Sunday, March 26, 2017

Sambutan Hari Ungu, Purple Day

Sambutan Hari Ungu, Purple Day disambut setiap tahun pada setiap 26 Mac bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit epilepsi.

Purple Day 26 March

Hari Ungu (Purple Day) telah diasaskan oleh Cassidy Megan pada tahun 2008, didorong oleh perjuangan beliau sendiri dengan epilepsi.

Matlamat Cassidy adalah untuk mengajak orang ramai untuk bercakap mengenai epilepsi dalam usaha untuk menghapuskan mitos dan memaklumkan mereka yang mempunyai sawan bahawa mereka tidak keseorangan.

Persatuan Epilepsi Nova Scotia pada tahun 2008 telah membantu membangunkan idea Cassidy itu yang kini dikenali sebagai Hari ungu untuk kempen epilepsi.

Warna ungu yang merupakan warna bunga lavender, diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai warna rasmi bagi epilepsi.

Bunga lavender yang sering dikaitkan dengan sifat bersendirian, menggambarkan perasaan kesepian orang yang terjejas oleh penyakit epilepsi ini.

Oleh itu, Hari Ungu (Purple Day) bertujuan untuk memberitahu bahawa mereka tidak keseorangan.

Purple Day

Pada hari ini, seluruh ahli PERUBATAN berdiri mengenakan pakaian serba ungu, menyatakan sokongan mereka.

Selain itu, mereka juga berjaya menyampaikan mesej kepada orang awam tentang peningkatan kritikal penyakit ini di seluruh dunia, terutamanya di negara membangun.

Simbolik baju ungu adalah sebagai satu isyarat, tahun-tahun yang mendatang, dunia akan berubah, hasil perubahan daripada keprihatinan kita.

Selamat menyambut Hari Ungu (Purple Day).

BACA INI JUGA:

sumber: perubatan

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Menarik.. tak teringat tarikh ni hari ni... Kalau tak boleh pakai baju purple hari ni...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.

#senarai bloglist hilang secara misteri. rakan blogger yang ada memasukkan blog ini dalam senarai bloglist, sila 'remove' blog ni ye. maaf diatas segala kesulitan.
EmoticonEmoticon