Thursday, October 27, 2016

3 Bahan Yang Mampu Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Satu Minggu

3 Bahan Yang Mampu Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Satu Minggu

Ada orang badan kurus tetapi perut buncit. Ini akan merosakkan penampilan dan buat anda rasa tidak yakin diri. Macam mana nak hilangkan masalah perut buncit ini?

Kempiskan Perut Buncit

Anda boleh cuba petua 'ajaib' dan mudah ini, cukup berkesan untuk menghilangkan perut buncit seawal satu minggu dan boleh mengurangkan selera makan.

Bahan-bahannya:
  • Sebiji Lemon
  • Halia, 2 atau 3 inci
  • Air 1.5 liter

Seeloknya buat pada waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.

Cara penyediaan:

1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang sudah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk.


2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.

Kempiskan Perut Buncit

3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.

Kempiskan Perut Buncit

4. Padamkan api dan tutup habis periuk. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.

Cara minum

Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat.

Minum sedikit dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.

Semoga memberi manfaat..

BACA INI JUGA: Bahaya Makanan Ringan Kepada Tubuh

Sumber: MW

Ketahui Rahsia Zodiak Wanita

Ketahui Rahsia Zodiak Wanita

Anda mahu mengenali rahsia seorang wanita melalui bulan kelahirannya? Kami sajikan buat anda rahsia zodiak wanita agar lebih memahami seorang wanita yang anda minati atau bagaimana gambaran sifat pasangan anda.

Rahsia zodiak wanita

Wanita Tanah

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20 Mei), Virgo (24 Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari).

  • Seorang yang boleh dijangka.
  • Berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur.
  • Mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal.
  • Keperluan untuk teguh dalam perhubungan yang amat konservatif.
  • Serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang.
  • Seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

Wanita Api

Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

  • Dilahirkan sebagai pemimpin.
  • Mempunyai kekuatan diri.
  • Biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka.
  • Romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi.
  • Mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Wanita Angin

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

  • Berterus terang.
  • Berminda aktif.
  • Gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran terbuka.
  • Mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet.
  • Mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta terunggul.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Wanita Air

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

  • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati.
  • Mempunyai sifat mudah bersimpati.
  • Berdaya imaginatif sentimental.
  • Mempunyai perasaan yang berubah-ubah, berhati-hati, tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Wajah

Sumber: 1001rahsiadiri

Misteri Kehilangan Granger Taylor Dibawa Makhluk Asing!?

Misteri Kehilangan Granger Taylor Dibawa Makhluk Asing!?

Pada petang 29 November 1980, Granger Taylor keluar dari rumahnya di Duncan, Kanada. Sebelum keluar, Granger yang berusia 32 tahun meninggalkan sekeping nota untuk kedua orang tuanya. Nota itu berbunyi..

Granger Taylor

"Ibu dan ayah yang dikasihi, saya harus pergi menaiki kapal angkasa makhluk asing demi memenuhi impian saya menjelajah angkasa lepas selama 42 bulan, kemudian saya akan pulang semula.

"Saya tinggalkan semua harta benda saya kerana tidak memerlukannya lagi."

Selepas keluar dari rumahnya, Granger pergi ke sebuah restoran di pekan Duncan untuk menikmati makan malam lebih kurang pukul 6 petang. Dan itu adalah kelibat terakhir lelaki itu dilihat.

Sejak itu, sehingga ke hari ini, kehilangan Granger terus menjadi tanya tanya.

Persoalannya, benarkah Granger telah menaiki piring terbang? Benarkah dia dibawa oleh makhluk asing menjelajah angkasa lepas?

Secara logiknya, dakwaan itu sememangnya tidak masuk akal.

Granger lahir pada 7 Oktober 1948 dan membesar menjadi seorang lelaki yang gempal dan kuat.

Namun, personalitinya diluar jauh berbeza dengan fizikalnya. Granger seorang yang pendiam dan pemalu. Ada juga yang menggelarnya lelaki pelik.

Granger hanya bersekolah sehingga gred lapan kerana tidak berminat dalam bidang akademik.

Selepas berhenti sekolah, Granger menghabiskan waktu dengan bekerja sebagai mekanik di kedai-kedai sekitar bandar tidak jauh dari rumahnya.

Dia menunjukkan minat yang tinggi berkaitan kemahiran yang ada kaitan dengan mesin.

Kebolehan Granger mula terserlah. Dia sangat mahir membaiki pelbagai jentera dan kenderaan dan dianggap sebagai seorang yang genius dalam bidangnya.

Pada usia 14 tahun, Granger berjaya membina sebuah kereta satu silinder.

Ketika menemui sebuah lokomotif lama yang menggunakan sistem wap yang sudah tersadai puluhan tahun di dalam belukar, dia menariknya keluar dan berjaya membaiki lokomotif tersebut yang dibina pada tahun 1930an.

Granger Taylor Train

Kereta satu silinder dan lokomotif tersebut kini dipamerkan di Muzium Hutan Dunan.

Di usia 17 tahun, Granger berjaya membaiki sebuah jentolak lama, ketika tiada siapa berjaya membaikinya.

Granger turut membina sebuah replika jet pejuang zaman Perang Dunia Kedua yang akhirnya dibeli oleh seorang pengumpul dengan harga 20 ribu dollar.

Permulaan Kisah Makhluk Asing Dan UFO

Sekitar tahun 1940 dan 1950an, kisah makhluk asing, UFO dan piring terbang mula rancak diperkatakan.

Semasa Perang Dunia Kedua, beberapa juruterbang menceritakan telah melihat bebola cahaya yang luar biasa di dada langit.

Ini menguatkan lagi kisah kewujudan makhluk asing sekalipun saintis mengatakan itu mungkin hanya cahaya yang berpunca daripada gelombang elektro magnetik dan elektrostatik.

Sejak itu, pelbagai kejadian saksi yang mendakwa ternampak UFO dan makhluk asing mula direkodkan.

Ini termasuklah kisah orang-orang yang mendakwa mereka pernah diculik oleh makhluk asing.

Kisah kewujudan makhluk asing dan UFO terus hangat diperdebatkan sehingga penghujung tahun 1970an.

Waktu itu penggiat filem Barat turut menghasilkan beberapa filem dan siri TV berkaitan makhluk asing dan angkasa lepas seperti Star Wars dan Star Trek.

Replika UFO

UFO by Granger Taylor

Ketika inilah, di penghujung tahun 1970an, sewaktu kisah-kisah makhluk asing rancak diperkatakan, Granger mula menunjukkan minat yang ekstrem terhadap makhluk asing.

Kecenderungannya itu mendorong Granger untuk membina sebuah replika kapal angkasa lepas di ladang milik keluarganya dengan menggunakan barangan terbuang yang dikumpulnya.

Replika itu mempunyai dua satelit yang fungsinya seakan-akan menerima dan menghantar maklumat.

Di bahagian dalamnya dilengkapi dengan televisyen, sofa dan pendingin hawa.

Granger yang selalu tinggal dan tidur di dalam replika UFO ciptaannya menjadi begitu obses untuk mengetahui bagaimana cara untuk menerbangkan kapalnya.

Lebih kurang sebulan sebelum kehilangannya, Granger memberitahu rakannya bahawa dia telah berjaya berhubung dengan makhluk asing!

Berhubung Dengan Makhluk Asing

"Sewaktu berbaring di dalam kapalnya, dia mengakui berlaku komunikasi secara minda antaranya dengan seseorang dari angkasa lepas.

"Dia tidak dapat melihat wajah mereka, cuma makhluk asing itu berbicara dengannya melalui minda," cerita Bob Nielson, rakan rapat Granger.

Seorang lagi rakannya, Robert Keller menceritakan, Granger pernah memberitahu bahawa dia selalu bermimpi berjumpa makhluk asing yang berjanji akan datang mengambilnya.

Katanya, dia telah dijemput oleh 'mereka' untuk sama-sama mengembara ke angkasa lepas.

Kebetulan, pada malam kehilangan Granger, berlaku ribut taufan sehingga memutuskan bekalan elektrik.

Dan sejak itu jugalah, kelibat Granger yang memandu trak birunya tidak pernah lagi kelihatan.

Ada yang mengatakan cuaca buruk malam itu mungkin ada kaitan untuk menyembunyikan kedatangan UFO ke situ untuk membawa Granger pergi.

Misteri Kehilangan

Jim and Grace Taylor

Pencarian pihak berkuasa tidak menemui sebarang petunjuk. Malah, keretanya juga tidak ditemui.

Selama empat tahun, pemeriksaan rekod untuk mengesan kewujudan Granger dijalankan di hospital, pasport, majikan dan kenderaan, namun tiada sebarang klu ditemui.

Selama 42 bulan juga, orang tua Granger sengaja membiarkan pintu belakang rumah mereka tidak berkunci sepanjang masa, dengan harapan Granger akan kembali semula, seperti nota yang ditinggalkannya.

Namun, akhirnya mereka pasrah apabila Granger tidak pernah lagi muncul.

Misteri Terungkai?

Bulan Mac 1986, enam tahun selepas kehilangan Granger, seseorang menemui sebuah kawasan dengan bekas terbakar berdekatan gunung, lebih kurang lapan kilometer dari rumah keluarga Granger.

Terdapat serpihan logam yang dipercayai kenderaan dan serpihan tulang ditemui yang dipercayai telah berkecai akibat satu letupan.

Siasatan pihak berkuasa sebulat suara mengesahkan itu adalah mayat Granger. Kes ditutup kecuali jika ada penemuan baru.

Peliknya, jika benar sekalipun, apa motif Granger meletupkan diri bersama traknya?

Ramai yang tidak mempercayai rumusan pihak berkuasa dan lebih ramai yang percaya bahawa Granger memang benar-benar telah terbang ke galaksi lain.

Tidak kurang yang mendakwa ia adalah helah Granger untuk berpindah ke tempat lain dan hidup dengan menukar identiti.

Teori

Dari sudut teori pengkaji makhluk asing pula, ada kemungkinan Granger sengaja membuat letupan itu untuk menunjukkan bahawa dia telah membunuh diri.

Sedangkan hakikatnya, mungkin dia telah dibawa oleh makhluk asing di mana ia adalah perjalanan sehala, tanpa pulang semula ke bumi.

Terlalu banyak andaian dan teori mengaitkan kehilangan Granger.

Adakah benar serpihan tulang itu adalah Granger atau mungkin ketika ini dia sedang asyik menjelajah angkasa lepas dan tidak mahu pulang ke bumi?

Tiada siapa yang tahu kebenarannya.

BACA INI JUGA: Penemuan Misteri Piring Batu Dropa Stones

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 26, 2016

Subsidi Minyak Masak Dihapus Kecuali Peket 1kg

Subsidi Minyak Masak Dihapus Kecuali Peket 1kg

Berkuatkuasa 1 November 2016, harga minyak masak akan mengikut harga pasaran kecuali bagi peket 1 kilogram.

Harga minyak masak

Kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan.

"Bagi menentukan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selesa, kerajaan sentiasa berusaha mengekalkan subsidi bekalan minyak masak untuk dinikmati oleh golongan sasaran.

"Saya nak umumkan harga minyak masak (1kg) dikekalkan sebanyak RM2.50 sekilogram," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya.

Antara kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta produk minyak sawit tulen yang dijual dalam botol lebih besar.

Katanya, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).

"Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.

"Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran," katanya.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan November 2016 dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran.

Ia juga mencetuskan belian panik di kalangan pengguna menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di kedai dan pasar raya.

BACA INI JUGA: Minyak Naik, Rakyat Sakit ‘Tuh Di Sini’

Sumber: MK

Bilik Bedah Hospital Sultanah Aminah Pula Terbakar!

Bilik Bedah Hospital Sultanah Aminah Pula Terbakar!

Semua pekerja bangunan induk Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru diarah keluar apabila bangunan itu dipercayai mengeluarkan asap pada pukul 1.35 tengahari, lapor Bernama.

Hospital Sultanah Aminah

Difahamkan, satu lagi kebakaran berlaku di dewan bedah hospital Hospital Sultanah Aminah berkenaan.

Tiga kakitangannya dikatakan cedera dan kini sedang dirawat di unit kecemasan.

Semalam, enam pesakit meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, manakala 10 kakitangannya turut mengalami kecederaan.

Menurut Bernama, kekecohan di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah hari ini berpunca daripada litar pintas kecil akibat wayar terdedah terkena air kerja pembersihan, kata polis.

Dalam pada itu, seluruh bangunan induk Hospital Sultan Aminah diarah tutup 24 jam bagi tujuan kawalan dan pemantauan atas arahan ketua polis Johor Bahru Selatan.

Saksi memberitahu bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berada di lapangan berkenaan berjaya mengawal keadaan kira-kira pukul 2 petang.

Video yang dimuat naik dalam talian menunjukkan pesakit berkerusi roda atau yang berada di atas katil hospital keluar dengan kerusi roda dari bangunan tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata kementerian akan menjalankan audit keselamatan kebakaran di semua hospital awam dengan dimulai hospital lama.

Hospital Sultanah Aminah mula beroperasi pada 1942.

Suatu siasatan mengenai punca kebakaran yang berlaku semalam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang dijalankan.

Sementara, Bernama turut melaporkan, Jabatan Kesihatan Johor menafikan laporan yang diviralkan kononnya seorang kakitangan Hospital Sultanah Aminah yang cedera dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi hospital itu semalam, telah meninggal dunia.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican berkata tiga kakitangan hospital itu yang cedera dalam kebakaran kira-kira 9 pagi itu kini dalam keadaan stabil di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Mereka sedang mendapatkan rawatan dan ada di antara mereka telah pun sedar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSI di Johor Bahru, hari ini.

Beliau mengulas laporan media sosial mengenai Nurul Ain, antara jururawat yang dikatakan cedera dalam kebakaran itu, telah meninggal dunia.

Namun, setakat ini tiada senarai nama mereka yang cedera dikeluarkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab.

Kebakaran di tingkat dua itu meragut nyawa enam pesakit di wad ICU manakala seorang lagi pesakit dan tiga kakitangan Hospital Sultanah Aminah dapat diselamatkan.

Terdahulu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan melawat kakitangan yang cedera itu di Hospital Sultan Ismail.

Baginda tiba di Hospital Sultan Ismail kira-kira 10.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam dengan diiringi Pengarahnya, Arbain Lain dan Dr Rooshaimi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat berkata seramai 51 pesakit HSA termasuk tiga kakitangan Hospital Sultanah Aminah ditempatkan di Hospital Sultan Ismail.

Di Kuala Lumpur pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak dan agensi yang menyumbang tenaga dalam usaha menyelamat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam.

Ini termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, doktor, jururawat dan kakitangan hospital serta sukarelawan.

Dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini, Najib berkata siasatan terperinci akan dilakukan bagi membantu meningkatkan lagi tahap keselamatan di hospital kerajaan.

"Kita akan membantu keluarga mangsa dan pesakit terbabit, juga memastikan perkhidmatan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah berjalan seperti biasa," katanya, lapor Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

BACA INI JUGA: Letupan Pelik Yang Tidak Sepatutnya Berlaku

Sumber: MK

12 Perkara Menarik Taylor Swift Selepas Sedekad

12 Perkara Menarik Taylor Swift Selepas Sedekad

Tanggal 24 Oktober 2006, dunia muzik antarabangsa diperkenalkan kepada Taylor Swift. Pada tarikh itu, album sulungnya menggunakan namanya sendiri, menemui peminat.

Taylor Swift 2006

Album dengan 11 lagu itu sehingga kini telah dijual lebih 7 juta unit.

Bermula dari saat itu, Swift dikenali ramai sehingga menjadi antara bintang muzik paling kaya dan paling berjaya di dunia.

Sebagai meraikan sedekad usia Swift di dalam dunia hiburan, kami kongsikan beberapa fakta yang mungkin tidak diketahui ramai.

1. Berasal dari ladang pokok Krismas

Taylor Alison Swift dilahirkan pada 13 Disember 1989 dan berasal dari sebuah kawasan ladang pokok Krismas di Reading, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

2. Meminati muzik sejak kecil

Minat pada muzik bermula ketika berusia 9 tahun dan sering menyertai pelbagai persembahan muzikal.

3. Belajar gitar pada usia 12 tahun

Belajar bermain gitar ketika berusia 12 tahun daripada seorang pembaiki komputer, yang kemudiannya memberikannya inspirasi untuk mula menulis lagu.

4. Idola

Bintang country, Shania Twain merupakan idola Swift dan membuatkannya yakin mahu serius dalam muzik country.

5. Sokongan kuat keluarga

Keluarga Swift kemudiannya berpindah ke Nashville, Tennesse ketika dia berusia 14 tahun, demi membantu Swift memulakan kerjaya muziknya.

6. MySpace

Di peringkat awal kerjayanya, Swift menggunakan platform MySpace untuk memperkenalkan muziknya kepada peminat.

7. Penulis novel

Pernah menulis sebuah novel setebal 350 muka surat, namun tidak pernah diterbitkan.

8. Takut memandu kereta

Takut memandu kerana sudah terbabit dalam tiga insiden kemalangan sebelum ini.

9. Ketinggian

Berketinggian 1.78 meter, atau 5'10 inci.

10. Adiknya jurugambar

Adik lelaki Swift, Austin, merupakan jurugambar separuh masa bersama Getty Images.

11. Pelukis

Juga seorang pelukis yang berbakat.

12. Obses dengan iPhone

Obses dengan sarung (case) iPhone, dan mempunyai banyak koleksi vintaj dan buatan tangan.

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Yang Menjadi Inspirasi Lagu Hits

Sumber: AA

‘Angel Gowns’ Persalinan Terakhir Bayi Menuju Akhirat

‘Angel Gowns’ Persalinan Terakhir Bayi Menuju Akhirat

Puluhan helai gaun kanak-kanak perempuan tergantung di palang rak itu, tersedia untuk dipakaikan pada tubuh insan kecil yang telah pergi menghadap Penciptanya.

‘Angel Gowns’

Ya, dres beropol-ropol yang dijahit menggunakan fabrik mewah itu bukanlah untuk dipakai semasa majlis keraian mahupun hari perayaan, tetapi untuk membalut jenazah si kecil yang bakal dimakamkan.

Ini adalah satu inisiatif badan amal Angel Gowns untuk memberikan tiupan semangat kepada ibubapa yang kehilangan anak-anak mereka dengan cara ‘meraikan’ pemergian insan tersayang khususnya kanak-kanak dengan mendermakan baju-baju cantik sebagai persalinan terakhir si mati.

Ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Lisa Grubbs, isteri kepada doktor pakar bayi pramatang dan pengasas organisasi Helping Hands di Amerika Syarikat (AS) yang aktif memberi sokongan moral terhadap bayi-bayi yang menerima rawatan di dalam Unit Rawatan Intensif Neonatal.

Angel Gowns kini bukan sahaja boleh didapati di seluruh AS, bahkan telahpun berkembang ke sembilan buah negara termasuklah Australia, New Zealand dan Singapura.

Angel Gowns
Pengasas Angel Gowns, Lisa Grubbs (pertama dari kiri) bersama para sukarelawan.

Apa yang lebih istimewa, setiap gaun dijahit menggunakan fabrik daripada gaun pengantin yang didermakan kepada badan bukan-kerajaan (NGO) tersebut.

Menurut Grubbs; 44, dalam satu sesi interviu bersama portal berita Today.com, setiap gaun pengantin mampu menghasilkan antara 12 ke 20 helai dres bayi bergantung kepada saiz.

Walaupun gaun-gaun tersebut didermakan daripada wanita-wanita yang prihatin terhadap perasaan ibu bapa yang kematian bayi pramatang mereka, Grubbs menegaskan bahawa setiap dres Angel Gowns adalah istimewa dengan caranya tersendiri.

“Bayi-bayi ini bukanlah memakai busana terpakai ihsan orang lain, tetapi persalinan indah dan unik yang selayaknya mereka sarungkan untuk menemui Tuhan,” kata Grubbs.

Persoalannya, mengapa Angel Gowns hanya menerima gaun perkahwinan?

‘Angel Gowns’

Kata Grubbs, gaun perkahwinan memberi satu signifikasi yang mendalam terhadap si pemakai, yang selari dengan matlamat pertubuhan itu.

“Gaun perkahwinan melambangkan harapan dan kegembiraan untuk memulakan kehidupan baru.

“Jadi, bukankah ianya sesuatu yang indah bagi ibu bapa untuk memberikan yang terbaik kepada mendiang bayi mereka, meskipun buat kali terakhir?” jelas Grubbs lagi.

Setakat ini, organisasi ini sudahpun mempunyai 300 orang tukang jahit sukarelawan di seluruh dunia yang membantu untuk menyiapkan gaun-gaun tersebut.

‘Angel Gowns’

Angel Gowns ini mempunyai empat saiz iaitu micro preemie, S, M, dan L. Selain itu, mereka juga menyediakan barut untuk janin berusia 20 minggu ke bawah.

Setiap gaun didatangkan dengan kotak serta dibalut dengan kertas putih dan akan didermakan kepada hospital, rumah-rumah urusan pengebumian atau terus ke rumah keluarga si mati melalui pesanan khas.

BACA INI JUGA: Bayi Kerap Diurut Lebih Bijak!

Sumber: Mynewshub

Sahi Tayurak, Nenek Dipercayai Berusia 130 Tahun Ada 450 Cucu!

Sahi Tayurak, Nenek Dipercayai Berusia 130 Tahun Ada 450 Cucu!

Seorang wanita Turki berusia 97 tahun dari Diyarbakir, tenggara negara Islam itu mendakwa mempunyai 450 cucu hasil tiga perkahwinan.

Sahi Tayurak

Bagaimanapun, dalam wawancara dengan akhbar Hurriyet, anggota keluarganya pula berkata, wanita itu sebenarnya berusia 130 tahun.

Menurut mereka, jumlah cucu yang dimiliki Sahi Tayurak itu berdasarkan bancian tiga tahun lalu.

Jika benar dakwaan itu, Sahi ialah wanita tertua di dunia.

Anaknya, Telliye, 90, berkata, kad pengenalan ibunya menunjukkan dia dilahirkan pada 1919 tetapi percaya ia silap kerana Telliye sendiri dilahirkan pada 1926.

Berdasarkan itu, kata Telliye, keluarganya menganggarkan Sahi berumur 130 tahun,

“Saya selalu berasa sayu apabila berbual dengan ibu mengenai masa lalunya. Dia menceritakan pengalaman hidupnya yang miskin sehingga tidak mampu membeli baju atau kasut.

“Untuk mengira jumlah keseluruhan cucunya, saya menghubungi semua adik-beradik, sepupu, anak saudara dan cucu,” katanya.

Sahi Tayurak

Sementara itu, keluarga Sahi berkata, dia cuma menjalani satu pembedahan sepanjang hidupnya untuk membuang batu karang dari hempedu.

Mereka turut mendakwa Sahi menjalani imbasan tulang 15 tahun lalu yang menunjukkan usianya kini 97 tahun. Mereka kini mahukan Sahi menjalani satu lagi pemeriksaan untuk mengetahui usia sebenarnya.

Sahi kini tinggal dengan seorang anak lelakinya di Sur – antara kawasan paling bergolak sejak setahun lalu kerana pertempuran antara pasukan keselamatan Turki dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

BACA INI JUGA: 3 Biji Telur Mentah Sehari, Rahsia Umur Panjang 116 Tahun!

Sumber: Mynewshub

Tuesday, October 25, 2016

Video Neelofa Tak Sengaja Tayang 'Lurah' Jadi Viral

Video Neelofa Tak Sengaja Tayang 'Lurah' Jadi Viral

Drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot (SHMP) lakonan Neelofa dan Fattah Amin kini semakin menjadi bualan peminat yang sukakan keserasian di antara kedua-dua selebriti popular tersebut.

Neelofa tayang lurah

Walaupun baharu pertama kali digandingkan bersama, keserasian yang wujud dalam lakonan Neelofa dan Fattah dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot ini cukup diminati peminat sehinggakan mereka ingin melihat pasangan ini betul-betul bercinta seperti mana watak Ejaz Fakhri dan Warda Erina dalam SHMP.

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video viral menyaksikan sebuah babak di atas katil bila mana Neelofa secara tidak sengaja telah ‘memperlihatkan’ lurah dadanya selepas tudung dipakainya tersingkap seketika.

Peminat tidak melepaskan peluang berkongsi video lurah dada Neelofa terbuka tersebut di media sosial masing-masing.

Amat nyata sekali Neelofa bukannya sengaja menyingkap tudungnya sehingga lurah dada terdedah dan klip itu hanya satu saat.

Namun, ia tetap menarik perhatian begitu ramai peminat drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot itu.

BACA INI JUGA: 10 Fakta Menarik Drama Adaptasi Novel 'Suri Hati Mr. Pilot'


Sumber: Mynewshub

Mara Bagdasaryan, Gadis Kaya Yang Suka Cetus Masalah!

Mara Bagdasaryan, Gadis Kaya Yang Suka Cetus Masalah!

Tidak pernah serik. Disebabkan dia anak orang kaya, Mara Bagdasaryan, 23, sentiasa terlepas daripada hukuman meskipun dia dikenali di seluruh Rusia sebagai gadis yang suka memandu laju dan cuai.

Mara Bagdasaryan

Disebabkan kegilaannya memandu laju, Mara yang juga anak kepada taikun Rusia, Elmar Bagdasaryan, berjaya mengelak daripada hukuman berat meskipun setahun lalu dia terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga mengorbankan seorang rakannya, Marik Galperin dan seorang lagi pengguna jalan raya yang lain.

Dia juga dibayangi dengan 342 saman kerana memandu laju dengan jumlah denda melebihi RM50,000 namun bapanya sentiasa membayarkan.

Mara pernah ditangkap kerana berlumba kereta dengan anak salah seorang pegawai tinggi Rusia serta beberapa anak-anak orang kaya lain. Namun dia dibebaskan dengan ikat jamin.

Mara Bagdasaryan

Terbaru, selepas setahun insiden kemalangan melibatkan kematian rakannya, Mara sekali lagi `mencipta’ nama dengan merakamkan video dia memandu kereta mewah, Mercedes-Benz dalam keadaan laju di Moscow.

Video itu dimuatnaik dalam instagramnya untuk tontonan beribu-ribu peminatnya dengan tajuk `’Apabila anda mahu cepat’.

Mara Bagdasaryan car

Klip video itu juga memaparkan bagaimana polis mengejar mereka. Mara dilaporkan akan mewarisi harta kekayaan bapanya yang terlampau banyak itu apabila lelaki itu meninggal dunia kelak.

BACA INI JUGA: 60% Remaja Malaysia Tiada Dara!

Sumber: Mynewshub