Friday, August 29, 2014

Letupan Pelik Yang Tidak Sepatutnya Berlaku


Info Pelik. Letupan tidak semestinya merujuk kepada letupan bom semata-mata malahan letupan boleh sahaja tercetus di mana-mana sahaja dan disebabkan oleh apa-apa sahaja.

Mungkin kita pun tidak terfikir yang bahan dan barangan berikut boleh meletup tapi itulah hakikat yang berlaku. Jom kita ikuti kisah sebenar tentang letupan yang tidak sepatutnya berlaku.

Kerusi pejabat

Chair

Seorang kanak-kanak yang berusia 14 tahun dari China terlah terbunuh apabila kerusi yang didudukinya tiba-tiba sahaja meletup yang menyebabkan pecahan-pecahan kerusi tersebut telah memasuki rektumnya yang telah menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut.

Dikatakan, letupan itu berpunca daripada gas silinder yang berada di bahagian bawah kerusi iaitu bahagian yang membenarkan seseorang pengguna untuk mengubahsuai kedudukan kerusi ke bawah dan ke atas.

Kanister itu akan termampat bila kita duduk tetapi ia juga mampu untuk menghasilkan tenaga yang cukup untuk menyebabkan kusyen kerusi tersebut meletup.

Walaupun ramai yang sangsi itulah puncanya, namun mengikut laporan yang dibuat, itulah yang terjadi.

Deodoran

Deodoran

Seorang remaja yang berusia 16 tahun dari Chile telah tercedera akibat letupan dari sebuah deodoran berbentuk semburan yang baru sahaja digunakannya di dalam bilik air di rumahnya.

Remaja itu telah dimasukkan ke dalam hospital di Santiago akibat mendapat kecederaan terbakar dibahagian mukanya.

Menurut ayah tirinya, bekas deodoran berbentuk semburan itu tiba-tiba sahaja meletup selepas remaja tersebut baru sahaja mengguna dan meletakkannya di atas rak.

Mujurlah remaja itu sempat merendahkan kepalanya semasa kejadian. Letupan itu telah memusnahkan tingkap dan bumbung bilik air.

Gula-gula getah

Gula-gula getah

Seorang pelajar jurusan kimia dari Ukraine, Vladimir Likhonos yang berusia 25 tahun telah menemui ajalnya di rumah kedua ibu bapanya selepas satu kejadian seperti yang dilaporkan keluarganya bahawa mereka telah mendengar satu bunyi 'pop' yang sangat kuat.

Apabila mendengar bunyi tersebut, mereka bergegas ke bilik Vladimir dan bila sampai di situ mereka mendapati bahagian bawah muka Vladimir telah rosak teruk akibat letupan yang dihasilkan oleh gula-gula getah yang telah menghancurkan bahagian bawah rahangnya.

Ujian forensik yang dijalankan terhadap gula-gula getah mendapati terdapat sejenis bahan kimia yang tidak dikenalpasti berada dalam gula-gula getah tersebut.

Menurut siasatan yang dijalankan, Vladimir dikatakan gemar mencelup gula-gula getahnya ke dalam serbuk asid sitrik dan menurut para penyiasat, mereka percaya pada hari kejadian Vladimir mungkin telah tersilap mencelup gula-gula getahnya ke dalam bahan yang salah kerana bahan yang tidak dikenalpasti ini hampir sama dengan serbuk asid sitrik yang akhirnya telah membawa kepada kejadian letupan sekaligus meragut nyawanya.

Tandas bolehubah

Tandas bolehubah

Seorang lelaki telah mengalami kecederaan yang teruk akibat terbakar apabila dengan tiba-tiba sahaja sebuah tandas bolehubah telah meletup selepas lelaki tersebut duduk di dalamnya dan menyalakan sebatang rokok.

Lelaki tersebut, John Jenkins, 53, dan isterinya Ramona Jenkins yang berusia 35 tahun dari Brave telah menyaman kontraktor awam dan sebuah syarikat arang batu dengan tuduhan kelalaian.

Dalam saman tersebut menyebut bahawa muka, leher, tangan, torso dan kaki John telah terbakar teruk apabila rokok yang dinyalakannya telah mencetuskan api daripada gas metana yang bocor dari sebuah paip yang berada di bawah kedudukan tandas tersebut.

Komputer riba

Komputer riba

Dalam sebuah persidangan yang diadakan di Jepun, sebuah komputer riba tiba-tiba sahaja meletup dan mencetuskan kebakaran.

Namun, mujurlah ketika letupan itu berlaku, pemilik komputer tersebut meletakkan komputer diatas meja dan bukannya di atas riba. Jika tidak sudah pasti kejadian itu akan meninggalkan kesan buruk kepada dirinya.

Para pemerhati yang berada di persidangan itu melaporkan bahawa komputer itu terus terbakar selepas letupan tersebut yang menyebabkan beberapa lagi letupan turut tercetus dalam tempoh masa yang dianggarkan selama lima minit.

Tidak dapat dipastikan model komputer itu dan punca ia meletup juga tidak dapat dipastikan.

Ipod

Ipod

Dalam kejadian ini, Ken Stanborough yang berusia 47 tahun dari Liverpool, England telah menjatuhkan dengan tidak sengaja Ipod milik anak perempuannya yang berusia 11 tahun, Ellie.

Sewaktu terjatuh, ia mengeluarkan bunyi 'hiss', menurut Ken. Selepas itu dia dapat merasakan yang Ipod itu semakin panas di dalam tangannya dan melihat wap panas keluar dari Ipod tersebut.

Ken kemudiannya membuang Ipod tersebut keluar dari rumahnya dan dalam masa 30 saat sahaja kedengaran bunyi 'poop', seterusnya keluar asap yang banyak dan asapnya naik sehingga 10 kaki ke udara.

Dilaporkan bahawa model-model yang terlibat ialah versi lama alat digital pemain muzik tersebut dan rupanya Ken bukanlah orang pertama yang mengalami kejadian itu.

Ikan paus

Ikan paus

Seekor ikan paus seberat 50 tan yang tujuan asalnya akan digunakan bagi sebuah penyelidikan telah meletup secara tiba-tiba di sebatang jalan raya di Taiwan pada tahun 2004.

Akibat letupan tersebut, orang ramai yang sedang lalu lalang di jalan tersebut telah dihujani darah dan usus yang terkeluar dari paus semasa letupan itu berlaku.

Paus itu yang telah mati di tepi pantai sedang dalam perjalanan untuk dipindahkan ke Tainan untuk dilakukan penyelidikan apabila tiba-tiba sahaja ia meletup akibat tekanan gas yang terkumpul didalam badannya akibat pereputan.

Ia juga telah membasahkan beberapa buah kereta dan telah memaksa para penduduk serta pemilik kedai yang tinggal dikawasan itu untuk memakai topeng muka semasa membersihkan kawasan tersebut.

Paus itu yang seberat 50 tan dengan panjang 55 kaki menjadikan ia ikan paus paling besar pernah ditemui di Taiwan.

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon