Wednesday, October 24, 2012

Taikun ASTRO Terima Pampasan RM761 Juta!


Mahkamah Tinggi Singapura menganugerahkan pampasan berjumlah AS$250 juta (RM761 juta) kepada taikun Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan (gambar) atas kegagalan satu usahasama antara Astro dan bekas rakan kongsinya dari Indonesia, James Riady.


Mahkamah Tinggi dalam keputusannya, semalam mengekalkan keputusan mahkamah timbang tara sebelum ini yang memihak kepada syarikat dari Malaysia itu.

Pampasan itu dianugerahkan kepada Ananda pada 2010 oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura, sebuah badan yang dibentuk bagi menyelesaikan pertikaian perniagaan yang kompleks selepas projek kerjasama televisyen berbayar di Indonesia gagal.

Anada mengetuai empayar komunikasi Astro di Malaysia, manakala Riady menguruskan Lippo Group di Indonesia.

Kedua-dua jutawan Asia itu berganding bahu untuk menubuhkan sebuah perniagaan televisyen berbayar di Indonesia pada 2005, namun kerjasama itu tidak bertahan sehingga 2008.

Dalam tempoh itu, Astro memberitahu bahawa ia telah membiayai perniagaan berkenaan atas permintaan Lippo.

Astro merujuk kes itu ke mahkamah timbang tara di Singapura dalam usaha untuk mendapatkan kembali modal bagi membiayai projek kerjasama itu.

Hakim Belinda Ang dalam keputusan setebal 86 muka surat berkata, pampasan yang diputuskan oleh mahkamah timbang tara itu adalah 'muktamad dan tidak boleh diubah'.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon