Friday, February 12, 2016

'Sayang Bini Jangan Sampai Bunuh Orang'

'Sayang Bini Jangan Sampai Bunuh Orang'

Dalam ucapan terbarunya, Tun Mahathir berkata walaupun terhutang budi kepada bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak Hussein, namun beliau harus juga mengambil berat terhadap sebarang salah laku yang mungkin telah dilakukan oleh perdana menteri sekarang.

TUN+mahathir

Katanya, walaupun beliau mungkin merasa terhutang kerjaya politiknya kepada Tun Razak dan telah mengangkat kedudukan politik anak bekas perdana menteri itu, namun Mahathir berkata beliau tidak akan tutup mata terhadap sebarang salah laku.

"Hakikatnya ialah saya nak balas budi, kerana Tun Razak angkat saya jadi perdana menteri, (dan) saya cuba angkat anaknya (juga) menjadi perdana menteri.

"Saya sayang, saya sayang tetapi walaupun saya sayang, kita harus juga ambil berat.

"Kita tak boleh sayang satu orang sampai dia bunuh orang pun kita kata ok la," katanya kepada kira-kira 500 hadirin.

Tun, bagaimanapun, dengan cepat berkata bahawa apa yang dikatakannya itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

"(Ini) tidak ada kena (mengena) dengan apa-apa. Saya (hanya) bagi contoh," katanya di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan' anjuran NGO Prihatin.

Tun kemudiannya membuat rujukan mengenai sayang seseorang kepada isteri.

"Kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tidak boleh terima pasal dia isteri (kita)," tambahnya.

Bekas perdana menteri sekali lagi menafikan yang beliau merujuk kepada sebarang kes mahupun individu tertentu.

BACA INI JUGA: Manusia Luar Biasa, Bagaimana Mereka Akhirnya Mati?


Kisah Hebatnya Mabuk Cinta Terhadap Allah

Kisah Hebatnya Mabuk Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s. berjalan dihadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun.

Cinta Terhadap Allah

Bila pemuda itu melihat Nabi Isa a.s. berada dihadapannya, maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s., kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat zarah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s., "Wahai saudaraku, kamu tidak terdaya untuk seberat zarah itu."

Pemuda itu berkata lagi, "Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s. pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarah cintanya kepada-Mu."

Setelah Nabi Isa a.s.berdoa maka dia pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama kemudian, Nabi Isa a.s. datang lagi ke tempat pemuda itu tetapi Nabi Isa a.s. tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.

Maka Nabi Isa a.s. pun bertanya kepada orang di tempat tersebut dan berkatalah salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s. mendengar penjelasan itu, beliau pun berdoa kepada Allah SWT, "Wahai Tuhanku, tunjukkan kepadaku tentang pemuda itu."

Selesai sahaja berdoa, Nabi Isa a.s. pun dapat melihat pemuda itu yang berada diantara gunung-ganang sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s. pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s. lalu Nabi Isa a.s. berkata, "Aku ini Isa."

Kemudian Allah SWT menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarah cintanya kepada-Ku. Demi keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak menyedarinya."

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Freemason, Perang Salib, Knight Templar Dan Buku Sihir

-SENTIASAPANAS.COM

Syed Amen Dibunuh Kerana Lantang Pertahan Hak Melayu Pulau Pinang?!

Syed Amen Dibunuh Kerana Lantang Pertahan Hak Melayu Pulau Pinang?!

Ahli perniagaan Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut ditembak di Jalan Datuk Keramat pernah diugut beberapa kali kerana lantang dalam mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.

Syed Amen

Isteri mangsa Masita Abu Bakar, 46, berkata suaminya pernah memberitahunya mengenai perkara berkenaan dan berpesan agar mereka sekeluarga lebih berhati-hati.

Arwah disifatkan sebagai sering membantu rakan-rakannya yang dalam kesusahan dan biarpun ramai yang mengenalinya sebagai seorang yang cukup tegas tetapi hakikatnya hatinya mudah tersentuh jika melihat kesusahan orang lain.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, Syed Amen maut selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya selepas seorang lelaki melepaskan lima das tembakan ke arahnya.

Syed Amen yang berkahwin dengan isterinya, Masita, sejak 10 tahun lepas dan masih belum dikurniakan cahaya mata kerana isterinya mengalami keguguran beberapa kali termasuk yang terbaru pada minggu sebelum kejadian.

Syed Amen adalah antara aktivis yang aktif mempertahankan kampung dan gerai masyarakat Melayu yang diroboh pihak berkuasa tempatan.

Beliau pernah menerima Anugerah Ikon Bumiputera Pulau Pinang pada 2008.

Pada tahun 2014, kedai cuci kenderaan miliknya di Jalan Arraton pernah dibakar pihak yang dipercayai tidak berpuas hati dengan arwah kerana sangat lantang mempertahankan nasib orang Melayu.

Sementara itu adik mangsa Abdul Kader, 42, berkata beliau dihubungi rakannya yang memaklumkan abangnya telah ditembak namun beliau tidak mempercayai dan meminta kawannya itu melihat mayat berkenaan bagi mengesahkan ia adalah abangnya.

Beliau berkata Syed Amen merupakan anak kedua daripada lima adik beradik merupakan seorang yang suka menolong orang terutama rakan-rakan yang dalam kesusahan dan tidak mempedulikan ugutan yang dilakukan terhadapnya.

Jenazah Syed Amen dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Dua, Butterworth selepas solat Asar.

Allahyarham seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya kerana menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya di bawah nama ‘Amen Beyond’, beliau merujuk satu kejadian tembakan dan meramalkan perkara sama akan menimpanya.

Dalam status yang dimuat naik pada 4 Dis tahun lalu, Syed Amen turut meluahkan beliau tidak takut dengan kemungkinan itu. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Video Wartawan Dibunuh Ketika Siaran Langsung!

Thursday, February 11, 2016

Kisah Murid Dan Gajah Yang Lucu

Kisah Murid Dan Gajah Yang Lucu

Dalam sebuah kelas, seorang cikgu bertanya kepada murid-muridnya.

Lawak gajah

"Murid-murid, binatang apa yang bermula dengan hurug 'G'?"

Murid paling depan bangun menjawab.

"Gajah, cikgu."

Lalu dia dipuji oleh cikgu itu dengan penuh bangga.

"Bagus, cerdik jawapan awak."

"Soalan seterusnya, binatang apa pula yang bermula dengan huruf 'D'?"

Semua murid tidak dapat menjawab, lalu murid yang dipuji tadi bangun lagi.

"Dua ekor gajah, cikgu," jawapan penuh yakin.

Murid-murid lain tergelak sampai senak perut. Cikgu mula marah.

"Awak berdiri atas kerusi," kata cikgu.

"Soalan seterusnya, binatang apa pula yang bermula dengan huruf 'M'?"

Semua diam.

Bila tiada yang menjawab, murid yang berdiri atas kerusi bersuara.

"Mungkin gajah."

"Awak pergi berdiri luar kelas!" jerit cikgu yang mula stres.

"Soalan terakhir. Binatang apa pula yang bermula dengan huruf 'J'?"

Macam tadi juga, tiada murid yang dapat menjawab. Kelas sunyi sepi.

Tiba-tiba, dari luar kelas, murid tadi menjawab lagi.

"Jangan-jangan gajah."

Hehe..

BACA INI JUGA: Kisah Takut Bini Yang Lucu

-SENTIASAPANAS.COM

5 Sebab Utama Kenapa Rayani Air Dikritik Teruk Orang Ramai

5 Sebab Utama Kenapa Rayani Air Dikritik Teruk Orang Ramai

Seperti yang semua tahu, penerbangan Rayani Air dari Langkawi ke Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal, menyebabkan lebih 200 penumpang terkandas.

Rayani Air

Alasan, selepas disiasat, mereka mendapati cermin kokpit pesawat tersebut telah retak, mungkin terjadi atas sebab sabotaj dari pihak yang tak bertanggungjawab!

Kes ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai di laman sosial dan menerusi ruangan komen, dapat dikenal pasti 5 sebab kenapa Rayani Air dikritik teruk. Lihat senarai di bawah.

1. Selalu sangat flight cancelled dan semuanya diberitahu pada saat-saat akhir

Rayani Air Dikritik

 2. Customer service yang tidak memuaskan dan begitu susah untuk dihubungi.

Rayani Air Dikritik [2]

3. Langsung tak ada contingency plan untuk para penumpang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dirancang. Kalau ada pun, ianya dikatakan tidak setimpal.

Rayani Air Dikritik [3]

4. Hanya ada dua buah kapal terbang lama yang beroperasi dan tiada backup plane sekiranya berlaku kerosakan kepada pesawat

Rayani Air Dikritik [4]

5. Menggunakan 'patuh shariah' sebagai strategi pemasaran tetapi pelaksanaannya tidak secara menyeluruh

Rayani Air Dikritik [5]

Walau bagaimanapun, masih ada sinar di hujung terowong..

Rayani Air Dikritik [6]
Rayani Air Dikritik [7]

Apa pula kata Tun Mahathir?

Tun Mahathir

Nampaknya Tun 'no komen'..

BACA INI JUGA: 5 Nahas Pesawat Yang Disengajakan Juruterbang

Sumber: Says