Thursday, August 27, 2015

5 Perkara Najib Perlu Lakukan Sekarang

5 Perkara Najib Perlu Lakukan Sekarang

Melihat pada keadaan yang berlaku di negara kita sekarang, adalah penting sekiranya kita lihat semula kuasa yang berkaitan dengan Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana sikap terhadap kuasa ini adalah perkara utama dalam kontroversi yang melanda negara kita pada masa ini.

Najib penyamun

Tidak ramai yang tahu bahawa Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk tempoh tiga bulan pada 1959 kerana ingin memperkukuhkan partinya, iaitu Perikatan, sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Persekutuan selepas parti berkenaan tewas di dua negeri, Kelantan dan Terengganu, dalam Pilihan Raya Negeri yang ketika itu diadakan sebelum pilihan raya di peringkat pusat.

Kesediaan Tunku untuk berundur adalah satu tindakan luar biasa dan ia menunjukkan bahawa beliau tidak mementingkan kedudukannya.

Tunku menegaskan bahawa adalah salah baginya untuk terus menerima ganjaran sebagai Perdana Menteri ketika sedang memberi tumpuan kepada tugas-tugas parti.

Beberapa tahun kemudian, berikutan kekalahan Perikatan dalam Pilihanraya Umum 1969, yang diikuti dengan kritikan yang semakin memuncak berhubung kepimpinannya, Tunku memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, parti utama dalam Perikatan.

Beliau memilih untuk tidak terus memegang pada kuasa.

Pengganti Tunku, Tun Abdul Razak, berkuasa penuh selaku Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran), yang ditubuhkan untuk memulihkan keadaan berikutan rusuhan kaum 13 Mei.

Tanpa meneruskan kuasa di bawah pemerintahan Mageran – di mana beliau boleh lakukan – Razak dan pemimpin lain berjaya memulihkan pemerintahan demokrasi berparlimen.

Ternyata bahawa Razak lebih cenderung kepada kuasa demokratik walaupun kuasa itu lebih terhad berbanding dengan kuasa besar di bawah pemerintahan mutlak.

Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, memerintah selama lebih lima tahun dan terpaksa berundur berikutan masalah kesihatan. Kesediaannya untuk berundur difahami dan disanjungi oleh rakyat.

Berbanding Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagaimanapun memerintah lebih lama.

Beliau menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama 22 tahun, namun beliau juga melepaskan jawatannya dengan rela hati. Penyerahan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dilakukan dengan lancar.

Abdullah berkhidmat hanya selama lima tahun, empat bulan. Kegagalan Barisan Nasional yang memerintah untuk mengekalkan majoriti di Parlimen dan kekalahan di lima negeri menyebabkan agak sukar bagi Abdullah meneruskan pemerintahan sebagai Perdana Menteri.

Lalu beliau memilih untuk melepaskan jawatan yang tertinggi itu dengan cara yang terhormat. Ketika berkuasa, beliau mewujudkan lebih banyak ruang untuk rakyat menyuarakan perbezaan pendapat dan ini dipermudahkan oleh media baru.

Dalam demokrasi, perbezaan pendapat sememangnya dibenarkan.

Penggantinya, Datuk Seri Najib Razak melakukan beberapa reformasi demokrasi menerusi Akta Perhimpunan Aman dan meminda Akta Penerbitan dan Percetakan serta Akta Universiti Kolej Universiti.

Beliau juga melakukan apa yang perdana menteri sebelumnya tidak berani melakukan. Beliau memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan peruntukan untuk menahan tanpa perbicaraan dan beberapa peruntukan Darurat yang lain pada September 2011.

Dengan melakukannya, beliau mengurangkan kuasa eksekutif untuk mendominasi dan mengawal rakyat. Najib dilihat sebagai bertindak untuk mengurangkan kuasa besar yang ada padanya.

Namun dalam tempoh beberapa bulan yang lepas berikutan kontroversi besar yang berkaitan integriti dan kejujuran, Najib mempamerkan sikap bahawa beliau akan terus memegang kuasa yang ada padanya tidak kira apa yang berlaku.

Ketika beliau sepatutnya memudahkan usaha serta mempercepatkan penyiasatan mengenai 1MDB, sebaliknya beliau menggugurkan dua rakan Kabinetnya – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal – berikutan suara mereka yang paling kuat dalam menuntut Kabinet menunaikan janji untuk mendedahkan kepada umum cerita sebenar mengenai 1MDB.

Najib dan penyokongnya juga menganggu tugas beberapa agensi yang diamanahkan untuk mendedahkan operasi syarikat milik kerajaan itu, dengan memecat bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail; memindahkan dan mengancam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); menyiasat kakitangan Bank Negara; dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) dengan melantik empat daripada anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan sebahagian besar rakyat adalah ketidakmampuannya untuk memberi penjelasan sejujur mungkin mengenai wang tunai berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya pada 2013.

Beberapa cubaan lucu oleh rakan-rakan Perdana Menteri bagi mewajarkan kemasukan jumlah sebesar itu ke akaunnya sebagai derma yang digunakan untuk Umno dan BN atau sebagai penghargaan terhadap dasar-dasar kerajaan Malaysia daripada keluarga kaya tertentu di negara Arab telah menyebabkan kredibilitinya terjejas.

Ternyata bahawa kredibiliti Najib kini semakin tercalar. Keyakinan rakyat terhadapnya sudah sampai ke tahap paling rendah. Terdapat jurang keyakinan yang besar di antara beliau dan orang ramai.

Justeru, bagi memulihkan keyakinan rakyat beliau sepatutnya:
  1. Bersikap jujur dan terbuka mengenai kedua-dua 1MDB – di mana beliau menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya – dan wang yang berada di dalam akaunnya. Sebilangan orang sudah pun membuat gesaan ini beberapa kali.
  2. Menyeru dengan secara terbuka agar Ketua Audit Negara menyelesaikan penyiasatan secepat mungkin dan tidak menunggu sehingga Disember.
  3. Membolehkan PAC meneruskan tugasnya dengan serta-merta dengan mengisikan kekosongan dalam jawatankuasa itu tanpa berlengah lagi.
  4. Memberi sokongan sepenuhnya kepada pegawai SPRM dalam menyiapkan siasatan tanpa takut atau menyebelahi mana-mana pihak.
  5. Mengisytiharkan dengan terbuka bahawa memandangkan Bank Negara telah menyerahkan hasil penyiasatannya kepada Peguam Negara dan berharap agar beliau bertindak ke atas perakuannya, Peguam Negara hendaklah bertindak dengan kadar segera. Peguam Negara hendaklah juga bertindak dengan berani berdasarkan perakuan SPRM dan PAC apabila tiba masanya.

Sekiranya Perdana Menteri tidak bertindak secara jujur dan berintegriti dan keadaan menjadi semakin teruk dengan kesan yang melanda ekonomi dan politik, gesaan agar beliau meletakkan jawatan yang kini pun sudah semakin kuat didengar dijangka menjadi bertambah kuat lagi tidak lama lagi.

Oleh: Dr Chandra Muzaffar

*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan blog ini.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

16 Jenis Nasi Di Malaysia, Semua Sedap!

Nasi sememangnya merupakan makanan ruji bagi kita rakyat Malaysia. Ada segelintir daripada kita yang tak boleh hidup tanpa nasi. Pergi mana-mana mesti kena ada nasi. Kalau sehari tak makan nasi, rasa macam tak lengkap. Betul tak?

Jadi, ayuh sama-sama kita lihat 16 jenis nasi yang sudah sebati dengan seluruh rakyat Malaysia. Selamat menjamu mata!

1. Nasi Bujang

Nasi Bujang

Yang paling mudah dan paling murah tentunya Nasi Bujang. Hidangan Nasi Bujang hanya terdiri daripada nasi putih, telur dadar beserta dengan sup kosong dan juga sambal belacan.

Untuk menambahkan perisa, biasanya nasi putih itu akan dituangkan dengan kicap manis.

Nama Nasi Bujang dikaitkan dengan gaya hidup orang bujang dan juga pelajar yang suka berjimat cermat kerana tidak mempunyai banyak wang, terutamanya lelaki.

Ia boleh didapatkan di pelbagai kedai makan di serata tempat dan selalunya hanya dicaj sebanyak RM2 bagi satu hidangan. Sangat murah! Memang sesuai dengan orang bujang.

2. Nasi Kerabu

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi berwarna biru yang dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropok, serbuk kelapa, budu dan sayur-sayuran yang lain.

Warna biru nasi terhasil daripada kelopak Clitoria ternatea (bunga telang) yang digunakan dalam masakan. Nasi Kerabu sering dimakan dengan solok lada dan juga keropok goreng.

Nasi Kerabu amat popular di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu, dan kini boleh didapati di seluruh Malaysia dan juga di selatan Thailand.

3. Nasi Ayam

Nasi Ayam

Salah satu hidangan yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia. Pergi sahaja ke mana-mana pasti hidangan Nasi Ayam sangat mudah untuk ditemui.

Rasanya semua sudah sedia maklum dengan Nasi Ayam bukan? Nasi berwarna kuning, dihidang bersama ayam, sayur timun, salad dan juga tomato. Tidak lupa juga sup, kicap dan sos bagi menambahkan lagi perisa.

4. Nasi Impit

Nasi Impit

Ada ke orang Malaysia yang tak suka Nasi Impit? Ini adalah hidangan yang boleh kata paling digemari oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ia merupakan hidangan paling utama untuk dihidangkan kepada para tetamu ketika Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Raya Aidiladha.

Sesetengah orang menganggap Nasi Impit ini wajib disajikan sekali dengan kuah kacang. Kalau tiada kuah kacang, memang tidak lengkap.

Ia turut melengkapi hidangan lain seperti satay, lodeh atau lontong, rendang daging atau ayam, ayam masak merah dan timun.

5. Nasi Beriyani

Nasi Beriyani

Nasi Beriyani merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah, beras (biasanya basmati) dan ayam, daging kambing, ikan, telor atau sayur-sayuran.

Satu variasi Nasi Beriyani yang sangat terkenal di Malaysia ialah Nasi Beriyani Gam. Nasi Beriyani Gam, dimasak dengan memasukkan ketulan daging yang telah diperap semalaman di dalam periuk bersama 'lapisan' beras.

Perkataan "Beriyani" diambil dari bahasa Parsi yang memberi maksud "goreng atau panggang". Beriyani dipercayai dicipta di dapur Maharaja Mungal Muslim yang kemudiannya dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang dari Selatan India.

Nasi beriyani dimasak menggunakan beras panjang bersama rempah ratus yang digoreng sebelum ditanak berasnya.

6. Nasi Ambeng

Nasi Ambeng

Nasi Ambeng atau Nasi ambang adalah hidangan beras wangi terdiri daripada nasi putih disediakan dengan ayam masak kicap atau ayam masak ungkep, sayur-sayuran, mi goreng, ikan kering bulu ayam, daging, serunding kelapa, telur, dan sambal goreng.

Ia merupakan sebuah masakan popular masyarakat Jawa, terutama Jawa-Melayu di negeri-negeri di Semenanjung seperti Selangor dan Johor, dan juga di Jawa, Indonesia.

Secara tradisinya, Nasi Ambeng dihidangkan semasa perayaan dan dihidangkan di dalam dulang untuk dinikmati bersama-sama oleh empat hingga lima orang.

Tetapi sekarang ia boleh dijumpai di kedai-kedai makan yang dijual untuk hidangan satu orang.

7. Nasi Kukus

Nasi Kukus

Kalau tak silap, hidangan Nasi Kukus seperti dalam gambar mula popular pada tahun 2007 di mana ia pada awalnya hanya dijual di gerai-gerai tepi jalan.

Kini nasi kukus telah menjadi popular sebagai salah satu hidangan untuk makan tengahari dan turut dijual di pelbagai restoran di serata Malaysia.

Nasi Kukus biasanya terdiri daripada nasi putih yang dikukus, ayam goreng, kuah kari, sambal dan sedikit sayur-sayuran.

8. Nasi Lemak

Nasi Lemak

Dikenali sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, Nasi Lemak sememangnya merupakan hidangan kegemaran semua orang.

Nasi lemak adalah hidangan beras wangi yang dimasak dalam santan dan daun pandan yang juga popular di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Kepulauan Riau dan selatan Thailand.

Ia sangat sesuai disajikan pada bila-bila masa tidak kira untuk hidangan sarapan pagi, makan tengahari ataupun makan malam.

9. Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas

Nasi Hujan Panas adalah resipi nasi Melayu yang popular di Malaysia dan Indonesia. Sesetengah orang merujuk hidangan ini sebagai "Rainbow Rice" kerana memaparkan beras berwarna-warni.

Ia biasanya dihidangkan dengan masakan Melayu yang lain seperti rendang daging atau kari ayam.

Ciri utama Nasi Hujan Panas ialah rupanya yang berwarna-warni. Penampilannya tidak pernah gagal dalam menarik minat orang ramai untuk menjamu selera terutama golongan kanak-kanak.

10. Nasi Ulam

Nasi Ulam

Nasi Ulam adalah ciri masakan Melayu dengan banyak variasi dan lazim dijumpai di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand.

Nasi Ulam di Malaysia terdiri daripada nasi putih, sayur-sayuran segar seperti kangkung, kacang panjang, petai, kacang botor dan lain-lain, dan dimakan dengan telur masin, ikan goreng dan sambal belacan. Ikan goreng kadang-kadang dicincang dan dicampurkan ke dalam nasi.

Versi ini adalah perkara biasa di bahagian barat Semenanjung Malaysia. Nasi kerabu juga merupakan sejenis nasi ulam di mana nasi diwarnakan biru yang terkenal di negeri-negeri pantai timur.

11. Nasi Beringin

Nasi Beringin

Barangkali ada yang tidak pernah mendengar nama Nasi Beringin sebelum ini. Hidangan ini dikatakan berasal dari negeri Johor dan sangat popular di daerah Muar.

Ia seakan-akan nasi minyak tetapi berlainan dari segi penampilan kerana warna nasi yang agak keputihan, rasa dan juga hidangan sampingan.

Biasanya Nasi Beringin dihidang bersama ayam masak merah atau ayam rendang, daging lembu, sambal, acar buah, sayur-sayuran beserta sup.

12. Nasi Kandar

Nasi Kandar

Siapa yang tak kenal Nasi kandar? Ini adalah antara hidangan paling popular di Malaysia, yang berasal dari pulau mutiara, Pulau Pinang.

Ia adalah hidangan nasi yang disajikan dengan pelbagai aneka kari dan kuah dituang ke atas nasi beserta hidangan sampingan lain.

Antara hidangan sampingan yang selalu datang dengan Nasi Kandar adalah ayam goreng, daging lembu, daging kambing, ketam, sotong, udang, telur, sayur-sayuran dan macam-macam lagi.

Tapi yang paling penting, campuran kuah dan kari mesti dituang terus ke atas nasi sehingga 'banjir'.

13. Nasi Tomato

Nasi Tomato

Nasi Tomato merupakan salah satu hidangan tradisional orang Melayu negeri Pahang yang sangat popular. Ia biasanya dihidangkan semasa majlis perkahwinan tradisional Melayu dan pertunangan, perayaan Melayu seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan juga sesuai untuk makan tengahari dan makan malam.

Rasa hidangan nasi tradisional ini adalah manis kerana pes tomato diadun dan dicampur dengan beras. Kadang-kadang, kismis dan gajus-kacang juga turut ditambah ke dalam campuran untuk memberikan rasa yang lebih pelbagai.

Nasi Tomato didatangkan dengan ayam masak merah atau ayam rendang, daging, patcheri nanas dan dalcha.

14. Nasi Tumpang

Nasi Tumpang

Nasi Tumpang adalah sejenis hidangan nasi yang berasal dari Kelantan. Ia terdiri daripada nasi putih dengan campuran lapisan hidangan lain yang berbeza yang kemudiannya dibungkus dalam bentuk kon daun pisang.

Secara tradisinya, ia adalah makanan ruji pelancong atau petani di Kelantan untuk dibawa bersama ketika bekerja. Nasi Tumpang padat dengan lapisan seperti telur, daging lembu atau ikan benang, sambal, timun, serunding dan lain-lain.

15. Nasi Minyak

Nasi Minyak

Nasi Minyak memang sangat popular dan menjadi hidangan utama bagi majlis perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia. Rasa janggal jika sesebuah majlis perkahwinan tidak menyajikan nasi minyak kepada tetamu yang datang.

Hidangan sampingan kegemaran untuk dimakan bersama Nasi Minyak adalah ayam masak merah, daging lembu, kuah dhall, acar buah dan juga papadom. Kalau ingin mencuba hidangan ini, kenalah hadir ke mana-mana majlis perkahwinan orang Melayu.

16. Nasi Dagang

Nasi Dagang

Nasi Dagang adalah beras yang dikukus di dalam susu kelapa, kari ikan dan bahan-bahan tambahan seperti kelapa goreng dicukur, telur rebus dan jeruk sayur-sayuran.

Ia adalah makanan sarapan yang terkenal di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, seperti Terengganu dan Kelantan dan Selatan Thailand wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.

Nasi dagang yang paling terkenal di Terengganu berasal dari Kampung Ladang, sebuah kawasan di dalam daerah Kuala Terengganu.

Nasi Dagang juga boleh dianggap sebagai hidangan semasa Hari Raya Aidilfitri di Kelantan dan Terengganu untuk dimakan sebagai sarapan sebelum atau selepas solat Hari Raya di masjid.

BACA INI JUGA: Memakan Telur Bantu Tubuh Serap Nutrisi

Sumber: Says

Wednesday, August 26, 2015

Penurunan Nilai Ringgit, Kesan Buruk Melebihi Kesan Baik

Penurunan Nilai Ringgit, Kesan Buruk Melebihi Kesan Baik

Sesungguhnya, sesuatu perkara yang barlaku ada kesan baik dan buruk. Contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, maka kita mendapat kesan buruk kerana kehilangan wang sebaliknya kesan baik bagi pihak kedua seperti kedai bengkel baiki kenderaan.

Ringgit+jatuh

Apakah kebaikan kepada kita? Sebagai orang Islam, kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar, dimana kita juga mendapat kebaikkan iaitu pengajaran, ilmu dan pengalaman peristiwa tersebut yang lebih berharga. Sesungguhnya ilmu dan pengalaman sama berharga akibat kejatuhan nilai wang ringgit.

Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia

Nilai mata wang yang rendah sebenarnya memberikan kebaikan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah akan membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya.

Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.

Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak.

Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.

Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia

Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah.

Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang

1. Barangan Import lebih mahal

Barangan import yang dijual dalam Malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yang jatuh.

Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat.

Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit dan akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal.

2. Harga barangan akan naik

Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya.

Kesan kenaikan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit Malaysia.

3. Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang

Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara sudah berkurang.

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara terutama kepada mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.

4. Inflasi

Inflasi mungkin berlaku apabila barangan import yang lebih mahal yang menyebabkan inflasi tarikan permintaan.

Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing.

Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.

5. Penurunan Harga Minyak

Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar Amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang Malaysia juga mengalami penurunan.

Harga minyak mentah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong dimana penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun sebelumnya yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.

Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk.

Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.

BACA INI JUGA: Krisis Hutang Greece Yang Kita Perlu Tahu

Sumber: Pelaburanemaspublicgoldmalaysia

Tuhan Kena Tukar Nama!

Tuhan Kena Tukar Nama!

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mahu seorang lelaki yang bernama Tuhan menukar namanya kerana nama itu tidak layak diberi kepada manusia.

Tuhan

Ketua MUI Jawa Timur, Abdussomad Bukhori berkata, mengikut agama Islam penggunaan nama Tuhan pada manusia adalah tidak tepat.

“Tuhan disembah oleh manusia dan sebab itu nama itu tidak sesuai diberi kepada manusia kerana boleh menyebabkan syirik.

“Nama Tuhan hanya boleh digunakan sekiranya ada penambah nama di awal seperti Abdullah yang bermakna hamba Allah,” katanya.

Abdussomad mendesak lelaki itu menukar namanya dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya dia masih berdegil.

“Sekiranya dia masih enggan menukar nama saya menggesa pihak berkuasa tidak mengeluarkan kad pengenalan kepadanya,” tegasnya.

Sementara itu, Tuhan berkata, dia tetap bertegas enggan menukar namanya kerana yakin ibu bapanya memberi nama itu atas sebab yang baik.

“Sekiranya nama saya ditukar, semua dokumen seperti kad pengenalan, surat nikah dan dokumen lain perlu juga ditukar,” katanya.

Bapa kepada dua anak ini juga melihat tiada keperluan untuk menukar namanya kerana nama itu tidak pernah mendatangkan masalah kepadanya.

BACA INI JUGA: Penciptaan Allah Yang Paling Menakjubkan

Sumber: Hmetro.com.my

Sultan Tahu Putrajaya Bodohkan Rakyat!

Sultan Tahu Putrajaya Bodohkan Rakyat!

Titah ucapan baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengingatkan Putrajaya supaya tidak memperbodohkan rakyat mendedahkan baginda sedar rakyat dibodohkan oleh pimpinan di Putrajaya.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Gambar fail.

Dengan titah itu, baginda membuktikan bahawa bahawa walaupun berada diatas takhta tetapi baginda dapat menyelami dan menghayati perasaan sebenar berjuta rakyat di akar umbi ketika ini.

Memang rakyat merasakan mereka diperbodohkan, dipertontonkan dengan warna-warna indah untuk menyembunyikan hal sebenar.

Sehingga kini rakyat terus berada dalam krisis keyakinan yang meruncing kerana mereka tidak menemui penjelasan yang kukuh dalam krisis 1MDB sebaliknya dikaburkan oleh sandiwara penjualan tanah 1MDB Tabung Haji kepada hartawan Indonesia yang dibatalkan, penangkapan dan pertukaran pegawai-pegawai SPRM dan pegawai polis, pemberhentian mengejut AG, pembubaran PAC dan Petugas Khas dan flip flop siasatan 1MBD,

Rakyat tertanya-tanya jika pegawai-pegawai yang terlibat dengan pertukaran dan tangkapan adalah kerana membocorkan rahsia maka apakah yang mendorong mereka sehingga sanggup berbuat demikian?

Adakah kerana mereka tidak mahu dan tidak lagi sanggup berkongsi dosa melihat kemungkaran yang dahsyat?

Penjelasan mengenai RM2.6 bilion yang di masukkan ke dalam akaun Najib juga semakin menimbulkan keraguan kerana informasi mengenainya longgar dan berbagai yang datang dalam bentuk politik, ekonomi dan juga keselamatan.

Informasi yang tidak dikoordinasikan dan tidak profesional kerana menilai rakyat "bodoh" dapat menerimanya dengan mudah.

Pandangan Bekas Menteri paling kanan Rafidah Aziz bahawa penerimaan wang itu oleh UMNO akan mengikat negara ini menjadi alat asing semakin membimbangkan rakyat. Patutkah pekara yang melibatkan maruah dan keselamatan negara didedahkan?

Terkini, pertukaran seorang pegawai tinggi Bahagian Khas Polis di Raja Malaysia ke JPM dan kesanggupannya untuk mati demi mendedahkan kebenaran menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa ada pekara -pekara besar yang mahu disembunyikan yang dimilikinya.

Memang tepat sekali anggapan Sultan Johor Sultan Ibrahim bahawa rakyat merasakan mereka dianggap bodoh dengan diberikan informasi yang diwarna-warnikan untuk menyembunyikan hal yang sebenar.

"Jangan anggap mereka bodoh dengan memberikan berita-berita yang indah," titah baginda.

Dalam memberikan peringatan ini, baginda menegaskan tidak berniat mencampuri politik tetapi kenyataan baginda ini menyebabkan rakyat sekarang memahami dan mengenali peranan Sultan dan Raja-Raja sebagai penyelamat rakyat dan mengapakah raja diperlukan.

Sultan Johor telah mengisi pengertian ini.

Rakyat selama ini hanya merasakan sebagai retorik sahaja Sultan-Sultan sebagai penyelamat bangsa dan sekarang rakyat sedar bila Sultan Johor tampil ke muka untuk mempertahankan maruah mereka dari terus diperbodohkan.

Dalam tradisi British, rakyat memahami keperluan mengekalkan Raja adalah untuk menyekat Perdana Menteri dari ingatan hendak menjadi Raja.

Sekarang, rakyat negara ini juga sedar bahawa mereka memerlukan Raja-Raja dan Sultan Sultan atas alasan yang sama, untuk menyekat PM dan isteri dari menjadi Raja dan Permaisuri.

Adakah wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di Johor yang tentunya termasuk ketua-ketua Bahagian UMNO di seluruh negeri Johor dan MB Johor memahami apa yang tersirat dari titah baginda?

Cukuplah dengan titah baginda, "Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan tidak utamakan kepentingan diri."

Tetapi, banyak ketua bahagian dan termasuk Sharir Abdul Samad yang lebih memikirkan kepentingan masa depan walaupun sudah tua.

Suatu masa namanya agung kerana mempertahankan prinsip, sayang!

BACA INI JUGA: Video Panas! Mat Said Dedah Rahsia Jijik Kelahiran 1MDB!

Sumber: Zamkata

Ngerinya Kepala Bayi Terputus Dan Tertinggal Dalam Perut Ketika Bersalin!

Ngerinya Kepala Bayi Terputus Dan Tertinggal Dalam Perut Ketika Bersalin!

Sangat cuai dan amat menakutkan. Itu yang berlaku kepada seorang ibu apabila dia meninggal dunia selepas kepala bayi yang dilahirkannya terputus dan tertinggal di dalam perutnya akibat kecuaian doktor di sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh.

Geeta Devi, 32

Wanita itu, Geeta Devi, 32, dimasukkan ke hospital terbabit pada Sabtu lalu selepas mengadu mahu bersalin namun meninggal dunia pada awal pagi Ahad setelah doktor yang bertugas telah menarik badan bayi itu hingga terputus.

Lebih teruk dalam kes kecuaian perubatan ini, Geeta dibiarkan dan dihantar ke hospital lain ketika kepala bayinya masih berada dalam perut wanita itu.

Hanya di hospital di Bareilly, barulah doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi terbabit tetapi mereka gagal menyelamatkan nyawanya.

Menurut suaminya, Hemant, kejadian itu merupakan kecuaian doktor terbabit.

“Sebenarnya jururawat yang mengeluarkan kepala bayi saya tetapi isteri saya gagal diselamatkan,’’ katanya.

Dalam pada itu pegawai polis, K G Yadav berkata, hospital terbabit tidak dilengkapi dengan peralatan untuk menghadapi kelahiran yang rumit itu.

“Doktor juga tidak berupaya menangani situasi tragik ini dan ia merupakan kecuaian mereka di mana kepala bayi itu terputus,’’ katanya.

Polis kini sedang mengesan doktor yang mengendalikan kes berkenaan ketika Geeta bersalin. –Mynewshub

BACA INI JUGA: Video Pendaratan 'Mengerikan' Pesawat Dilanda Angin Kencang

Badak Sumbu Sumatera Disahkan Pupus Dari Hutan Malaysia!

Badak Sumbu Sumatera Disahkan Pupus Dari Hutan Malaysia!

Badak Sumbu Sumatera, salah satu spesis badak yang paling unik di dunia, kini dianggap sebagai telah pupus dari rimba Malaysia.

Dicerorhinus Sumatrensis
Badak Sumbu Sumatera atau Badak Borneo (Dicerorhinus Sumatrensis).

Penemuan itu diumumkan oleh Jurnal Pemuliharaan Antarabangsa ORYX dalam kajian yang diumumkan dalam bulan ini.

Dua ekor badak betina jenis itu ditangkap bagi pembiakan pada tahun 2011 dan 2014 di negara ini merupakan yang terakhir pernah dilihat.

Selain pada dua ekor berkenaan, tidak ada seekor pun Badak Sumbu Sumatera yang dikesan dalam hutan-hutan di Malaysia sejak tahun 2007.

Pengesahan mengenai kali terakhir haiwan berkenaan dijumpai dibuat oleh Muzium Sejarah Asli Denmark melalui satu kenyataan akhbar.

Kelangsungan hidup haiwan unik berkenaan kini bergantung sepenuhnya kepada jumlah di bawah 100 ekor yang dipercayai masih berada di belantara Indonesia.

Namun, jika tidak akan langkah-langkah penjagaan drastik dan menyeluruh diambil, haiwan berkenaan dijangka akan pupus sepenuhnya di negara itu juga tidak lama lagi.

Punca utama kepupusan dipercayai akibat kemusnahan habitat akibat aktiviti pembukaan hutan dan pembalakan, pemburuan dan bilangan spesis yang ada tinggal berjauhan antara satu sama lain.

BACA INI JUGA: Spesis Mergastua Yang Telah Pupus Di Muka Bumi

Sumber: Mynewshub.cc

10 Sebab Doa Tidak Diterima Allah

10 Sebab Doa Tidak Diterima Allah

Ketika Ibrahim Bin Adham, seorang ahli sufi berada ditengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai.

Berdoa

Antara mereka ada yang bertanya, "Mengapakah doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?

Ibrahim menjawab, "Kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara."

1. Doa dari mereka yang mengaku mengenali Allah, akan tetapi tidak melakukan segala suruhan-Nya.

2. Mengasihi Rasulullah, tetapi tidak mengikuti sunnahnya.

3. Sering membaca Al-Qur'an, tetapi tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai panduan hidup.

4. Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

5. Memusuhi syaitan, tetapi langsung tidak menentangnya.

6. Mengakui kewujudan syurga di alam akhirat, tetapi tidak beramal untuk ke syurga.

7. Mengakui kewujudan neraka di alam akhirat, tetapi tidak cuba menjauhkan diri dari masuk ke dalamnya.

8. Mengakui mati itu pasti kepada semua makhluk, tetapi tidak cuba untuk menjauhkan diri dari masuk ke dalamnya.

9. Sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi sering lupa dengan keaiban sendiri.

10. Mengebumikan mayat saudara Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

BACA INI JUGA: 25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar

-SENTIASAPANAS.COM