Wednesday, August 26, 2015

Penurunan Nilai Ringgit, Kesan Buruk Melebihi Kesan Baik


Sesungguhnya, sesuatu perkara yang barlaku ada kesan baik dan buruk. Contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, maka kita mendapat kesan buruk kerana kehilangan wang sebaliknya kesan baik bagi pihak kedua seperti kedai bengkel baiki kenderaan.

Ringgit+jatuh

Apakah kebaikan kepada kita? Sebagai orang Islam, kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar, dimana kita juga mendapat kebaikkan iaitu pengajaran, ilmu dan pengalaman peristiwa tersebut yang lebih berharga. Sesungguhnya ilmu dan pengalaman sama berharga akibat kejatuhan nilai wang ringgit.

Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia

Nilai mata wang yang rendah sebenarnya memberikan kebaikan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah akan membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya.

Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.

Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak.

Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.

Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia

Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah.

Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang

1. Barangan Import lebih mahal

Barangan import yang dijual dalam Malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yang jatuh.

Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat.

Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit dan akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal.

2. Harga barangan akan naik

Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya.

Kesan kenaikan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit Malaysia.

3. Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang

Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara sudah berkurang.

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara terutama kepada mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.

4. Inflasi

Inflasi mungkin berlaku apabila barangan import yang lebih mahal yang menyebabkan inflasi tarikan permintaan.

Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing.

Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.

5. Penurunan Harga Minyak

Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar Amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang Malaysia juga mengalami penurunan.

Harga minyak mentah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong dimana penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun sebelumnya yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.

Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk.

Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.

BACA INI JUGA: Krisis Hutang Greece Yang Kita Perlu Tahu

Sumber: Pelaburanemaspublicgoldmalaysia

3 comments

  1. Sesuatu yang amat merisaukan...semoga Allah SWT Lindungi kita semua dan akan hadir sesuatu kebaikan dari setiap keburukan,Doa kan bersama.,

    ReplyDelete
  2. banyak dah dgr bunyi kesan nilai ringgit jatuh.. allahu tak maw laa berterusan..

    husna singgah dr blog kak lya..:)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon