Aug 26, 2015

Sultan Tahu Putrajaya Bodohkan Rakyat!

Titah ucapan baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengingatkan Putrajaya supaya tidak memperbodohkan rakyat mendedahkan baginda sedar rakyat dibodohkan oleh pimpinan di Putrajaya.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Gambar fail.

Dengan titah itu, baginda membuktikan bahawa bahawa walaupun berada diatas takhta tetapi baginda dapat menyelami dan menghayati perasaan sebenar berjuta rakyat di akar umbi ketika ini.

Memang rakyat merasakan mereka diperbodohkan, dipertontonkan dengan warna-warna indah untuk menyembunyikan hal sebenar.

Sehingga kini rakyat terus berada dalam krisis keyakinan yang meruncing kerana mereka tidak menemui penjelasan yang kukuh dalam krisis 1MDB sebaliknya dikaburkan oleh sandiwara penjualan tanah 1MDB Tabung Haji kepada hartawan Indonesia yang dibatalkan, penangkapan dan pertukaran pegawai-pegawai SPRM dan pegawai polis, pemberhentian mengejut AG, pembubaran PAC dan Petugas Khas dan flip flop siasatan 1MBD,

Rakyat tertanya-tanya jika pegawai-pegawai yang terlibat dengan pertukaran dan tangkapan adalah kerana membocorkan rahsia maka apakah yang mendorong mereka sehingga sanggup berbuat demikian?

Adakah kerana mereka tidak mahu dan tidak lagi sanggup berkongsi dosa melihat kemungkaran yang dahsyat?

Penjelasan mengenai RM2.6 bilion yang di masukkan ke dalam akaun Najib juga semakin menimbulkan keraguan kerana informasi mengenainya longgar dan berbagai yang datang dalam bentuk politik, ekonomi dan juga keselamatan.

Informasi yang tidak dikoordinasikan dan tidak profesional kerana menilai rakyat "bodoh" dapat menerimanya dengan mudah.

Pandangan Bekas Menteri paling kanan Rafidah Aziz bahawa penerimaan wang itu oleh UMNO akan mengikat negara ini menjadi alat asing semakin membimbangkan rakyat. Patutkah pekara yang melibatkan maruah dan keselamatan negara didedahkan?

Terkini, pertukaran seorang pegawai tinggi Bahagian Khas Polis di Raja Malaysia ke JPM dan kesanggupannya untuk mati demi mendedahkan kebenaran menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa ada pekara -pekara besar yang mahu disembunyikan yang dimilikinya.

Memang tepat sekali anggapan Sultan Johor Sultan Ibrahim bahawa rakyat merasakan mereka dianggap bodoh dengan diberikan informasi yang diwarna-warnikan untuk menyembunyikan hal yang sebenar.

"Jangan anggap mereka bodoh dengan memberikan berita-berita yang indah," titah baginda.

Dalam memberikan peringatan ini, baginda menegaskan tidak berniat mencampuri politik tetapi kenyataan baginda ini menyebabkan rakyat sekarang memahami dan mengenali peranan Sultan dan Raja-Raja sebagai penyelamat rakyat dan mengapakah raja diperlukan.

Sultan Johor telah mengisi pengertian ini.

Rakyat selama ini hanya merasakan sebagai retorik sahaja Sultan-Sultan sebagai penyelamat bangsa dan sekarang rakyat sedar bila Sultan Johor tampil ke muka untuk mempertahankan maruah mereka dari terus diperbodohkan.

Dalam tradisi British, rakyat memahami keperluan mengekalkan Raja adalah untuk menyekat Perdana Menteri dari ingatan hendak menjadi Raja.

Sekarang, rakyat negara ini juga sedar bahawa mereka memerlukan Raja-Raja dan Sultan Sultan atas alasan yang sama, untuk menyekat PM dan isteri dari menjadi Raja dan Permaisuri.

Adakah wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di Johor yang tentunya termasuk ketua-ketua Bahagian UMNO di seluruh negeri Johor dan MB Johor memahami apa yang tersirat dari titah baginda?

Cukuplah dengan titah baginda, "Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan tidak utamakan kepentingan diri."

Tetapi, banyak ketua bahagian dan termasuk Sharir Abdul Samad yang lebih memikirkan kepentingan masa depan walaupun sudah tua.

Suatu masa namanya agung kerana mempertahankan prinsip, sayang!

BACA INI JUGA: Video Panas! Mat Said Dedah Rahsia Jijik Kelahiran 1MDB!

Sumber: Zamkata

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Tak tahu dah nak cakap apa sekarang ni

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon