Tuesday, August 25, 2015

10 Aplikasi Paling Popular 'Kegilaan' Remaja 2015

10 Aplikasi Paling Popular 'Kegilaan' Remaja 2015

Anda masih remaja atau sudah berusia? Tahukah anda, golongan remaja hari ini sudah mengambil-alih internet.

Suatu masa dahulu, MySpace dan Hi5 menjadi sebahagian daripada beberapa tapak media sosial popular dikalangan remaja pada ketika itu. Namun, dunia internet telah berubah secara radikal sejak itu hingga kini.

Tahukah anda apakah 10 aplikasi popular yang menjadi pilihan atau 'kegilaan' golongan remaja sekarang?

Kali ini kami akan mendedahkan aplikasi yang menjadi 'kegilaan' mereka.

1. Whatsapp

Whatsapp

Gergasi pesanan segera yang baru dibeli Facebook dengan nilai kira-kira 20 bilion dolar. Aplikasi ini dipasang pada hampir setiap telefon pintar remaja dan digunakan secara berlebihan.

2. Instagram

Instagram

Penuras foto menjadi kelebihannya. Menunjukkan momen dari perjalanan anda, malah apa yang anda nikmati sewaktu makan tengahari. Setiap orang menjadi jurufoto profesional dengan Instagram.

Satu lagi aplikasi yang dibeli Facebook pada harga satu bilion dolar!

3. Ask.fm

Ask.fm

Tanya soalan, dapat jawapan. Nampak mudah, betul tak? Itu sebabnya 130 juta orang menggunakannya.

4. Snapchat

Snapchat

Snapchat menghantar pesanan dengan foto atau video dan kemudian terus memadamkannya selepas itu. Aplikasi ini menyeronokkan remaja kerana ibu bapa tidak menggunakannya.

5. Pheed

Pheed

Digunakan oleh agak ramai selebriti, Pheed adalah sejenis rangkaian sosial yang membolehkan anda meletakkan kandungan termasuk foto dan video serta menetapkan satu harga untuknya.

6. Tumblr

Tumblr

Tumblr adalah sebuah platform menulis blog terutamanya popular untuk berkongsi foto dan video. Ia ketika ini menampung 217 blog.

7. KIK

KIK

Kik adalah sebuah aplikasi pesanan tetapi anda boleh berkongsi lebih banyak foto berbanding teks. Anda juga boleh menggunakannya sebagai aplikasi web dan mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna.

8. Twitter

Twitter

Remaja menggemari Twitter atas dua sebab; pesta selebriti dan pesanan ringkas dan blog dengan serta merta.

Twitter adalah gergasi yang telah menguasai 31 syarikat permulaan setakat ini.

9. Vine

Vine

Vine membolehkan anda berkongsi video 6 saat. Khabarnya, 1 bilion kitaran video dimainkan setiap hari. Ini menunjukkan begitu banyak kreativiti yang ada pada setiap pengguna. Juga disebut sebagai salah satu 'bayi' Twitter.

10. Pinterest

Pinterest

Sebuah aplikasi cantik yang membolehkan penggunanya mencipta papan (board) mengikut minat mereka. Malah, kandungannya juga hampir ekslusif. Ia mempunyai 70 juta pengguna, dimana 80% adalah wanita.

BACA INI JUGA: Lapa, Aplikasi Kesan Kedudukan Anak Dan Barang Jika Hilang!

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Tsunami Ais

Misteri Tsunami Ais

Pagi 11 Mac 2013, cuaca sekitar Izatys Resort begitu nyaman sekali memandangkan musim panas akan tiba. Namun, tiupan angin yang agak kuat berbanding hari-hari sebelumnya.

Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota

Sekitar jam 11 pagi, suasana yang hening tiba-tiba bertukar panik apabila riak air tasik Mille Lacs, Minnesota, melimpah ke tebing secara tiba-tiba.

Peliknya, riak itu bukan percikan air tetapi kepingan ais dengan ketebalan mencecah satu inci lebih. Penduduk juga mendapati halaman di belakang rumah diliputi ais tebal.

Udara yang pada mulanya tenang tidak semena-mena bertukar menjadi angin kencang.

Kepingan ais setinggi dua kaki terus mara menuju ke rumah-rumah penduduk seperti pergerakan lava gunung berapi apabila angin bertiup lebih kencang.

Apa yang menghairankan, kejadian itu berlaku dipenghujung musim bunga dan bukannya pada musim sejuk.

Menyaksikan kejadian luarbiasa itu, Darla Johnson dengan pantas mencapai telefon bimbit dan merakam semua kejadian itu sebelum dimuat naik ke laman sosial.

Video berdurasi 6 minit 52 saat itu dengan jelas menunjukkan bagaimana ais bergerak secara perlahan-lahan menutupi permukaan tanah sebelum meranapkan rumah-rumah penduduk.

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada pergerakan angin berkelajuan 30 hingga 40 batu sejam yang bertiup kencang lalu menolak ketulan-ketulan ais ke arah tebing.

Sekurang-kurangnya, 4 kilometer daratan sepanjang tasik diliputi ais dengan ketebalan sembilan hingga 30 kaki.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang baik pada hari berikutnya membantu mencairkan ais secara perlahan-lahan.

Kejadian serupa turut berlaku di tasik Dauphin, Kanada, kira-kira 965 kilometer dari tasik Melle Lacs.

Menurut seorang saksi, Elaine Davis, ketika kejadian dia berada dipantai sebelum terdengar sesuatu yang pelik seperti kaca berlaga dari tasik Dauphin.

Lima minit kemudian, ais melimpah ke tebing dan menghentam rumah penduduk dalam sekelip mata. Enam buah rumah musnah manakala 14 lagi rosak teruk.

Persoalannya, bagaimana tsunami ais boleh berlaku pada musim bunga?

Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [2]
Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [3]
Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [4]
Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [5]
Ice Shove, Mille Lacs, Minnesota [6]

Ice Shove

Kejadian tsunami ais atau juga dikenali sebagai Ice Shove atau Ivu, adalah kejadian yang sangat jarang terjadi. Namun, ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Kejadian tsunami ais boleh dikatakan hampir serupa dengan kejadian air. Bagaimanapun, tsunami air berlaku berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Tekanan tinggi yang dihasilkan daripada geseran itulah yang menyebabkan air laut tertolak dan melimpah ke kawasan-kawasan yang rendah.

Tsunami air juga biasanya berlaku di lokasi-lokasi beriklim panas, manakala tsunami ais pula berlaku di negara-negara beriklim sejuk.

Ketika musim sejuk, beberapa lokasi di dalam lautan membeku. Apabila masuk musim bunga, ais mula mengembang sebelum mencair akibat perubahan cuaca.

Semasa proses pengembangan berlaku, wujud satu tenaga dari bawah lain yang memberi tekanan kepada bongkah-bongkah tersebut sehingga berlaku letupan.

Ketulan-ketulan ais yang tumpat dibawa naik oleh arus laut ke permukaan sehingga ke ketinggian 92 kaki. Dan angin kencang yang bertiup akan membawa ais-ais ke kawasan-kawasan rendah berhampiran pantai.

Walau apa pun kemungkinannya, masih belum ada jawapan yang jelas tentang misteri tsunami ais ini. Punca sebenar kejadian ini masih lagi dalam peringkat kajian.

Pun begitu, fenomena ini sebenarnya hampir serupa dengan tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dasar laut.

Ia tidak mustahil boleh berlaku lagi dimasa-masa akan datang tanpa kita sedari kerana ia berkait rapat dengan cuaca melampau yang sukar diramal.

BACA INI JUGA: Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!

-SENTIASAPANAS.COM

Kenapa SPRM‎ Disingkir Siasat Skandal 1MDB?

Kenapa SPRM‎ Disingkir Siasat Skandal 1MDB?

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar mempersoalkan tindakan kerajaan menyingkirkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pasukan petugas khas National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Akhbar Satar

Menurutnya, ketiadaan SPRM dalam penyiasatan itu mengukuhkan lagi dakwaan wujud salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dana melibatkan skandal 1MDB.

“Sesuatu yang amat mengejutkan kerana pasukan baharu ini (NRRET) akan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan wakil-wakil Bank Negara dan pihak polis tetapi tanpa SPRM.

“Ini menunjukkan pihak berkuasa sedang memanipulasi penyiasatan dan tanpa SPRM, NRRET akan kehilangan taring selain kemungkinan isu 1MDB dan dana dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat diselesaikan dengan telus.” katanya.

Akhbar turut mempersoalkan peranan Mohamed Apandi yang akan mengetuai pasukan petugas khas tersebut.

“Peranan Peguam Negara dalam pasukan petugas sebelum ini bertindak sebagai pemberi maklumat dan nasihat undang-undang.

“Namun, kini dilantik mengetuai NRRET. Adakah beliau menentukan apa yang perlu disiasat dan apa yang sepatutnya tidak dan bagaimana siasatan untuk dilakukan?” soalnya.

Beliau berkata, NRRET perlu diketuai seseorang yang tidak mempunyai fahaman politik dan memiliki rekod cemerlang untuk tadbir urus baik.

“Kerajaan jangan campur tangan dalam penyiasatan SPRM dan membenarkan pegawainya untuk menjalankan tugas secara profesional serta bebas selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC) Perkara 16 (2)." katanya.

Jadi anak jantan, mara ke hadapan

Datuk Abdul Hamid Bador

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador menggesa pihak yang terbabit dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) agar tampil memberi jawapan yang meyakinkan kepada rakyat mengenai isu itu.

Katanya, pelbagai polemik timbul berkenaan isu tersebut, sehingga menggusarkan rakyat dan jawapan yang diberikan pihak yang bertanggungjawab pula dilihat begitu mengelirukan sehingga menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Mengenai kekeliruan yang timbul sekarang iaitu isu tentang 1MDB ini, tampillah ke hadapan, perkara ini mudah dan beritahu rakyat.

"Apa 1MDB ini, ke mana duit. Terang apa yang berlaku kerana sekejap orang bagi kenyataan bercanggah, kenyataan tidak lengkap, bila ditanya tutup soalan. 'What happen (apa berlaku), di mana duit rakyat nak tahu.

"Betul ke berhutang begitu banyak, betul ke duit dah lesap? Kalau tak betul come forward (datang ke hadapan), kenapa dilambatkan. Rakyat resah, orang kampung resah," katanya kepada media di Damansara.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pihak berkenaan perlu berani menghuraikan segala kekusutan dalam isu 1MDB ini.

"You must be brave, be a man come forward (awak mesti berani, jadi 'jantan' dan mara ke hadapan dan kongsilah, insyaALLAH kalau penjelasan benar rakyat dapat terima. Persepsi yang terbina sekarang amat negatif sekali.

"Tetapi bagi kami yang percaya 'rule of law ' yang percaya keutuhan perlembgaaan, saya percaya setiap orang itu ada hak untuk menjelaskan dan hak untuk diberi peluang untuk menjelaskan. Banyak forum yg boleh dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, 1MDB bukanlah isu perkauman dan ia merupakan isu rakyat.

"Rakyat cuma ingin tahu kebenarannya, jangan bagi alasan ‎seperti tunggu dulu biar jawatankuasa, lepas itu tunda lagi penjelasan.

"Susah sangat ke PAC, dan Jawatankuasa khas hendak beritahu, kalau kata kes panjang sangat tapi ada bahagian selesai, kenapa bahagian yang selesai itu tidak diumumkan.

"Kongsilah dengan rakyat," katanya.

Katanya, tahap kesabaran rakyat sudah di penghujung tetapi rakyat masih boleh bersabar, namun tidak dijangka sampai bila kesabaran tersebut dapat dibendung.

"Kembalikan tanggungjawab dalam majlis jelaskan satu persatu. Buat sesi kedua ,ketiga sekurangnya rakyat dapat sabar tahu satu persatu.

"Saya cakap sebab persepsi terbina sekarang amat buruk. Belum bicara rakyat dah hukum. Tidakkah kita rasa tanggungjawab nak betulkan kalau rakyat salah persepsi. Tampil ke depan dan jelaskan," katanya.

BACA INI JUGA: Undi Tidak Percaya Dipanggil Pemindahan Politik, Bukannya 'Guling Kerajaan'!

Sumber: Sinarharian.com.my

Pakatan Misteri Disebalik Sumbangan RM2.6 Bilion?‎

Pakatan Misteri Disebalik Sumbangan RM2.6 Bilion?‎

Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mempersoalkan sama ada wujud pakatan tertentu di sebalik sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Misteri RM2.6 bilion

Beliau berkata, wang ringgit dilihat seolah-olah begitu penting sehingga memerlukan penderma asing untuk menggerakkan parti.

“Persoalan saya ialah apa agaknya pakatan-pakatan tertentu di sebalik sumbangan tersebut? Apa agaknya yang dijanjikan kepada mereka (penderma)?

“Pendekatan apa agaknya yang dijangka dan diharapkan oleh penderma yang sanggup menderma wang sebegitu besar jumlahnya?” soal beliau dalam satu kenyataan.

Rafidah yang juga bekas menteri Kabinet turut mempersoalkan sama ada sumbangan itu akan menyebabkan kerajaan terhutang budi kepada penderma dan membolehkan kerajaan dipengaruhi pihak luar.

“Umno adalah parti tunjang kerajaan BN. Mempengaruhi Umno akan bererti mempengaruhi kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa politik wang telah menjadi kebiasaan dalam Umno dan menjadi masalah yang begitu serius.

“Sebenarnya, setiap ahli Umno wajar merasakan isu RM2.6 bilion sebagai masalah mereka sendiri. Ia pada asasnya memaparkan bagaimana politik wang dalam Umno telah mencapai satu tanda aras tinggi yang baru.

“Bagaimana wang ringgit telah menjadi penggerak tunggal untuk kerja berjalan di peringkat akar umbi. Ia merupakan corak dan ciri-ciri budaya politik Umno pada masa sekarang dan menuju ke hadapan,” katanya.

Katanya, politik wang ini bukan saja menghancurkan keperibadian parti tetapi juga akan merosakkan semangat juang, berusaha dan berkhidmat dalam kalangan pemimpin parti.

“Pemimpin Umno di semua peringkat mesti menerima dan mengambil sedikit sebanyak tempias isu wang dalam akaun presiden itu.

"Pasti sebahagian wang tersebut telah turun ke akar umbi dan tentu ramai yang telah sama-sama 'merasa'.

“Atau tidakkah kita patut menolak gejala politik wang supaya siapa juga yang dipilih sebagai pemimpin, adalah yang benar-benar berkemampuan untuk berkhidmat,” katanya.

BACA INI JUGA: Kalau Derma, RM2.6 Bilion Sepatutnya Milik Rakyat, Bukan Duit Najib!

Gambar Viral Pelajar UniMAP, Contoh Terbaik 1Malaysia

Gambar Viral Pelajar UniMAP, Contoh Terbaik 1Malaysia

Menjadi viral sekeping gambar yang menunjukkan empat pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang di antaranya berbangsa Cina dan India melindungi beberapa pelajar Islam ketika menunaikan solat berjemaah dari terkena hujan.

Pelajar-pelajar UniMAP di kem PPMS
Pelajar-pelajar UniMAP di kem PPMS.

Menerusi gambar, dapat dilihat perbezaan bangsa dan agama tidak membataskan hubungan apabila pelajar berbangsa Cina dan India memayungi rakan mereka sewaktu di Kem PPMS UniMAP di Kaki Bukit, Perlis.

Sikap pelajar bukan Islam berkenaan mendapat pujian daripada netizen serta dianggap sebagai watak sebenar 1Malaysia yang perlu ada di dalam hati warganegara.

Tinjauan kami di media sosial pula mendapati, gambar tersebut telah mencetuskan perbualan hangat di mana rata-ratanya amat kagum dengan sikap yang dipamerkan.

“This why I like being Malaysian….terbaik la korang!!! I suka Chinese and Indian, Malay as well dan lain-lain,” kata Nur Atika Hisham.

“Walaupun hanyalah ‘kem’, kenapa tidak kita doakan agar semua ini berkekalan dengan kekalnya semangat perpaduan? Come’on Malaysian, inilah masa untuk tumbuhnya pokok generasi baru,” kata Rasyid Razak.

Selain itu, slogan Sehati Sejiwa yang digunapakai untuk sambutan Merdeka kali ini merangkumi seluruh hubungan etnik sememangnya bertepatan dengan Bulan Kemerdekaan yang bakal disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tak berapa hari lagi.

Inilah semangat setiakawan serta toleransi agama yang diperlukan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.

Kudos buat pelajar-pelajar UniMAP!

BACA INI JUGA: Aksi Dalam Tandas Yang Amat Mengejutkan!

Sumber: Mynewshub.cc

Windows 10, Lebih Hebat, Canggih Dan Percuma!

Windows 10, Lebih Hebat, Canggih Dan Percuma!

Windows 10 yang dinantikan sudah muncul dengan menawarkan beberapa ciri baru kepada peminat Windows, walaupun penggunaan Windows 8 semakin meluas sekarang.

Windows 10

Sistem operasi hebat dan percuma ini yang anda patut miliki dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2015.

Setelah versi baru ini dilancarkan, anda kini sudah boleh menaik taraf Windows 7, Windows 8 dan Windows Phone tanpa bayaran, pada tahun pertama.

Spesifikasi dan Kelebihan Windows 10:

OS Tunggal

Ketika ini terdapat tiga jenis yang berbeza untuk sistem operasi (OS) Windows dipasaran atau empat jenis jika versi yang berteraskan 32 bit dan 64 bit diambil kira.

Windows 8 sendiri merupakan perisian x86 yang dibina untuk digunakan dalam PC, laptop dan tablet. Selain itu, dihasilkan juga Windows RT, versi yang digunakan pada tablet.

Akhir sekali, versi Windows Phone 8 yang disasarkan untuk kegunaan di telefon pintar.

Namun, dengan kemunculan Windows 10 akan menghapuskan pembahagian ini, sekurang-kurangnya dari segi prinsip.

Microsoft juga mendakwa sistem operasi baru ini boleh dijalankan dalam PC, laptop, tablet dan telefon pintar. Lebih penting, semua aplikasinya akan berfungsi dengan semua peranti ini.

Ini mampu dibuktikan jika anda pernah mencuba sendiri versi prebiu/beta Windows 10 yang pertama pada telefon pintar.

Menu Start

Akhirnya menu Start kembali dalam Windows 10 dengan ciri lebih baik berbanding Windows 8.1. Kembalinya ciri ini adalah perubahan utama OS baru ini pada desktop.

Menu Start dalam OS ini telah ditambah baik dengan menjadikan apps Windows berguna biarpun tanpa keupayaan untuk menggunakannya dalam semua peranti yang berasaskan Windows.

Menu ini menyenaraikan apps yang selalu digunakan serta pintasan kepada tetapan PC.

Melalui menu ini anda boleh mencari dokumen serta folder gambar dan dibawahnya terdapat pintasan All apps.

Fungsi Windows 8 Start di kanan skrin juga dikekalkan manakala Live Tiles boleh diubah saiznya supaya anda boleh memeriksa emel yang belum dibaca atau kalendar temu janji.

Selain itu, anda boleh mengubah saiz menu Start, menyusun kembali tab dan boleh kembali kepada laman permulaan Windows 8 yang asal jika mahu.

Sokong Xbox

Microsoft juga cuba memanfaatkan kehebatan Xbox. Pengguna Windows 8 boleh memasang apps Xbox pada PC, cuma tidak banyak menawarkan pengalaman Xbox sebenar.

Microsoft kali ini cuba membawakan Xbox ke dalam Windows 10 dengan ciri terbaik dari Xbox Live dan Xbox console. OS ini tampil dengan aplikasi yang terbina dalam Xbox, selain menawarkan tontonan bersepadu untuk permainan, aktiviti rakan dan aktiviti permainan.

Windows 10 juga beroperasi dalam Xbox Live agar lebih 50 juta ahli Xbox Live boleh dihubungkan merentasi pelbagai peranti dengan cara baru.

Soalnya, sejauh mana pelaksanaan Xbox Windows 10 ini berfungsi? Tetapi jika Microsoft boleh menyampaikan visinya untuk menikmati sesi permainan yang dialirkan dimana juga ada peranti Windows 10, ini boleh mengubah keadaan.

Satu penambahbaikan besar berbanding Windows 8.

Ciri Cortana

Satu lagi ciri baru Windows 10 yang penting dan tiada dalam Windows 8. Pembantu digital daripada Microsoft ini mirip ciri Siri daripada Apple.

Cortana bukan sekadar mengecam suara, malah sentiasa mengakses web untuk memastikan interaksi dengan anda bermaklumat. Ciri ini belajar daripada gelagat dan kenalan untuk memenuhi keperluan anda dengan lebih baik.

Cortana pada Windows Phone agak hebat dan penggunaannya juga ditambah baik.

Fungsi Carian

Sebenarnya fungsi yang sudah ada dalam Windows Vista ini semakin matang dalam Windows 8 dan maju dalam Windows 10.

Ciri ini menjadikan carian apps atau fail lebih cepat serta mudah dengan adanya tambahan butang carian dibahagian taskbar. Ini juga antara ciri penting yang terdapat dibahagian desktop Windows 10.

Menurut Microsoft, ciri Search and File Explorer kini menayang fail yang baru dipaparkan dan folder yang kerap diakses.

Snap Assist

Melalui fungsi Snap Assist, setiap app dalam Windows 10 boleh diubah saiznya untuk dimuatkan dalam sebuah tetingkap.

Dalam Windows 8, app boleh dikecilkan untuk dimuatkan dalam separuh ruang skrin, tetapi dengan Windows 10, anda boleh memuatkan sehingga empat aplikasi untuk setiap skrin.

Ciri baru seperti ini berpotensi untuk menjadi aplikasi produktiviti penting kerana beberapa tugas boleh dikendalikan dalam sebuah tetingkap.

Task View

Satu lagi produktiviti dalam Windows 10 untuk menghasilkan desktop maya yang boleh diakses menerusi butang Task View dibahagian taskbar.

Tekan butang ini atau kekunci Windows + Tab untuk melihat susunan desktop maya; paparan yang boleh mengumpulkan banyak apps pilihan anda.

Jadi, anda boleh mengekalkan e-mel dan pelayar web pada sesebuah desktop yang boleh disorokkan apabila melakukan sesuatu kerja atau tugas.

BACA INI JUGA: Mana Lebih Hebat, Tablet Windows Atau Android?

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, August 24, 2015

Video Panas! Mat Said Dedah Rahsia Jijik Kelahiran 1MDB!

Video Panas! Mat Said Dedah Rahsia Jijik Kelahiran 1MDB!

Rahsia kelahiran kelahiran 1MDB dilondehkan oleh Datuk Ahmad Said. Walaupun pendedahan ini sudah cukup panas, tapi katanya masih banyak yang belum beliau ddedahkan kenana menunggu masa yang sesuai.

Mat Said dedah rahsia 1MDB

1MDB Cuba Cagar Minyak Dan Gas Terengganu

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan bahawa Terengganu Investment Authority (TIA) yang kini dikenali 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagar hasil minyak dan gas negeri itu.

"IMDB yang sebelum ini dikenali TIA bukan agensi yang modalnya berbayar, saya dan kerajaan negeri yang bayar.

"Tetapi kerajaan negeri mengesan ada hanky-panky (perkara yang tidak betul) yang sedang berlaku, lebih-lebih lagi apabila mereka cuba memajak minyak dan gas di Terengganu," katanya.

Ahmad berkata, perkara ini dan beberapa lagi faktor memaksa beliau menarik diri, malah turut dimarahi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Tazak) kerana perkara ini.

TIA ditukar kepada 1MDB pada 2009 selepas kerajaan persekutuan mengambil alih.



BACA INI JUGA: Isu RM2.6 Bilion, Dari Awal Lagi Rakyat Telah DiPerbodohkan!

Sumber: Youtube/mStar

Stacy Peluk Islam, Pilih Nama Ummu Syaikhah?

Stacy Peluk Islam, Pilih Nama Ummu Syaikhah?

Hubungan cinta di antara penyanyi Stacy dan Akim Ahmad bukan lagi rahsia di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan.

Ummu Syaikhah

Perhubungan mereka bertambah erat dan pada sambutan Aidilfitri lalu, kedua-dua bergaya sedondon menggayakan busana baju Melayu dan baju kurung moden dari warna yang sama termasuk juga anak angkat Stacy, Bella.

Ummu Syaikhah [2]

Menerusi portal Rotikaya, Stacy dikhabarkan sudah memeluk Islam, baru-baru ini.

Ditemani ibu Akim dan Akim sendiri, Stacy dikatan memilih Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya.

Ummu Syaikhah [3]

Jika benar seperti yang dikhabarkan, selamat datang buat saudara baru dan semoga Stacy diberikan bimbingan sepenuhnya seperti mana seorang muallaf yang lain. InsyaAllah.

BACA INI JUGA: Simbol Segitiga Di Leher Nora Danish Lambang Illuminati?

Sumber: Mynewshub.cc