Aug 25, 2015

Windows 10, Lebih Hebat, Canggih Dan Percuma!

Windows 10 yang dinantikan sudah muncul dengan menawarkan beberapa ciri baru kepada peminat Windows, walaupun penggunaan Windows 8 semakin meluas sekarang.

Windows 10

Sistem operasi hebat dan percuma ini yang anda patut miliki dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2015.

Setelah versi baru ini dilancarkan, anda kini sudah boleh menaik taraf Windows 7, Windows 8 dan Windows Phone tanpa bayaran, pada tahun pertama.

Spesifikasi dan Kelebihan Windows 10:

OS Tunggal

Ketika ini terdapat tiga jenis yang berbeza untuk sistem operasi (OS) Windows dipasaran atau empat jenis jika versi yang berteraskan 32 bit dan 64 bit diambil kira.

Windows 8 sendiri merupakan perisian x86 yang dibina untuk digunakan dalam PC, laptop dan tablet. Selain itu, dihasilkan juga Windows RT, versi yang digunakan pada tablet.

Akhir sekali, versi Windows Phone 8 yang disasarkan untuk kegunaan di telefon pintar.

Namun, dengan kemunculan Windows 10 akan menghapuskan pembahagian ini, sekurang-kurangnya dari segi prinsip.

Microsoft juga mendakwa sistem operasi baru ini boleh dijalankan dalam PC, laptop, tablet dan telefon pintar. Lebih penting, semua aplikasinya akan berfungsi dengan semua peranti ini.

Ini mampu dibuktikan jika anda pernah mencuba sendiri versi prebiu/beta Windows 10 yang pertama pada telefon pintar.

Menu Start

Akhirnya menu Start kembali dalam Windows 10 dengan ciri lebih baik berbanding Windows 8.1. Kembalinya ciri ini adalah perubahan utama OS baru ini pada desktop.

Menu Start dalam OS ini telah ditambah baik dengan menjadikan apps Windows berguna biarpun tanpa keupayaan untuk menggunakannya dalam semua peranti yang berasaskan Windows.

Menu ini menyenaraikan apps yang selalu digunakan serta pintasan kepada tetapan PC.

Melalui menu ini anda boleh mencari dokumen serta folder gambar dan dibawahnya terdapat pintasan All apps.

Fungsi Windows 8 Start di kanan skrin juga dikekalkan manakala Live Tiles boleh diubah saiznya supaya anda boleh memeriksa emel yang belum dibaca atau kalendar temu janji.

Selain itu, anda boleh mengubah saiz menu Start, menyusun kembali tab dan boleh kembali kepada laman permulaan Windows 8 yang asal jika mahu.

Sokong Xbox

Microsoft juga cuba memanfaatkan kehebatan Xbox. Pengguna Windows 8 boleh memasang apps Xbox pada PC, cuma tidak banyak menawarkan pengalaman Xbox sebenar.

Microsoft kali ini cuba membawakan Xbox ke dalam Windows 10 dengan ciri terbaik dari Xbox Live dan Xbox console. OS ini tampil dengan aplikasi yang terbina dalam Xbox, selain menawarkan tontonan bersepadu untuk permainan, aktiviti rakan dan aktiviti permainan.

Windows 10 juga beroperasi dalam Xbox Live agar lebih 50 juta ahli Xbox Live boleh dihubungkan merentasi pelbagai peranti dengan cara baru.

Soalnya, sejauh mana pelaksanaan Xbox Windows 10 ini berfungsi? Tetapi jika Microsoft boleh menyampaikan visinya untuk menikmati sesi permainan yang dialirkan dimana juga ada peranti Windows 10, ini boleh mengubah keadaan.

Satu penambahbaikan besar berbanding Windows 8.

Ciri Cortana

Satu lagi ciri baru Windows 10 yang penting dan tiada dalam Windows 8. Pembantu digital daripada Microsoft ini mirip ciri Siri daripada Apple.

Cortana bukan sekadar mengecam suara, malah sentiasa mengakses web untuk memastikan interaksi dengan anda bermaklumat. Ciri ini belajar daripada gelagat dan kenalan untuk memenuhi keperluan anda dengan lebih baik.

Cortana pada Windows Phone agak hebat dan penggunaannya juga ditambah baik.

Fungsi Carian

Sebenarnya fungsi yang sudah ada dalam Windows Vista ini semakin matang dalam Windows 8 dan maju dalam Windows 10.

Ciri ini menjadikan carian apps atau fail lebih cepat serta mudah dengan adanya tambahan butang carian dibahagian taskbar. Ini juga antara ciri penting yang terdapat dibahagian desktop Windows 10.

Menurut Microsoft, ciri Search and File Explorer kini menayang fail yang baru dipaparkan dan folder yang kerap diakses.

Snap Assist

Melalui fungsi Snap Assist, setiap app dalam Windows 10 boleh diubah saiznya untuk dimuatkan dalam sebuah tetingkap.

Dalam Windows 8, app boleh dikecilkan untuk dimuatkan dalam separuh ruang skrin, tetapi dengan Windows 10, anda boleh memuatkan sehingga empat aplikasi untuk setiap skrin.

Ciri baru seperti ini berpotensi untuk menjadi aplikasi produktiviti penting kerana beberapa tugas boleh dikendalikan dalam sebuah tetingkap.

Task View

Satu lagi produktiviti dalam Windows 10 untuk menghasilkan desktop maya yang boleh diakses menerusi butang Task View dibahagian taskbar.

Tekan butang ini atau kekunci Windows + Tab untuk melihat susunan desktop maya; paparan yang boleh mengumpulkan banyak apps pilihan anda.

Jadi, anda boleh mengekalkan e-mel dan pelayar web pada sesebuah desktop yang boleh disorokkan apabila melakukan sesuatu kerja atau tugas.

BACA INI JUGA: Mana Lebih Hebat, Tablet Windows Atau Android?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon