Monday, August 24, 2015

Bekas Pengurus Dedah 'Maksiat' Nad Zainal

Bekas Pengurus Dedah 'Maksiat' Nad Zainal

Tidak tahan dengan sikap Nad Zainal yang seakan-akan mencabar kesabarannya, bekas pengurus artis tersebut, Along Zuren membuka satu persatu perkara dan juga masalah yang pernah dilakukannya sepanjang menjadi pengurus Nad sebelum ini.

Skandal+Nad Zaina [2]
Gambar hiasan.

Menerusi muatnaik beberapa status di akaun Facebook miliknya, Along mendedahkan bahawa Nad pernah membawa pulang teman lelaki ke rumahnya (dan diketahui oleh ibunya sendiri) malah oleh kerana sebab itu juga, Along turut dimarahi oleh keluarga Nad.

“Saya sudah lama berdiam diri kerana kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menjaga aib satu sama lain. Namun, kesabaran saya seperti teruji apabila dia (Nad) membuat kenyataan sebegitu (melarikan duit Nad Zainal) di Melodi. “Ini bukan kali pertama”

“Saya sudah dikhabarkan mengenai perkara ini beberapa kali. Jujur saya katakan tuduhan yang dilemparkan kepada saya tidak berasas. Saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan bukti yang ada demi membersihkan nama baik saya. Bukan niat untuk memburukkan sesiapa namun Nad yang memulakan perkara ini,” memetik penjelasannya daripada BH Online.

Skandal+Nad Zaina

Selain itu, dalam masa yang sama, Along juga mendedahkan bahawa Nad merupakan seorang artis yang sangat bermasalah selain tidak mahu bersama-sama mendekati dan menghargai peminatnya.

Perkara itu dibuktikan melalui satu video di laman Facebooknya di mana Nad Zainal tidak melayan kerenah anak yatim dan menurut Along, Nad hanya memberi perhatian kepada telefonnya sepanjang berkunjung ke rumah anak yatim tersebut.

Apa pun, semoga perkara ini menemui jalan berdamai, atau kata putusnya, Along akan meneruskan niatnya untuk melakukan saman malu terhadap pelakon wanita ini.

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Sumber: Rotikaya

'Mak' Aku Hilang!

'Mak' Aku Hilang!

Pagi-pagi lagi aku dah masuk ofis macam biasa. Start komputer, konon nak buat kerja tapi sebenarnya aku cover line untuk klik Facebook.

Bengang

Tiba-tiba, si Mamat lalu sambil mundar mandir. Muka Mamat kusut masai, macam orang hilang arah. Ke sana kemari dia berlegar-legar. Habis satu pejabat ditawafnya.

Aku pun tanya Mamat, "Lu kenapa bro?"

Bukan apa, aku dengan Mamat ni kira ngamlah jugak. Mamat ni baik, muda sikit daripada aku.

Kalau nak buat perbandingan, dah tentu rupa aku lebih hensem daripada si Mamat.

"Mak aku hilanglah," kata Mamat. Wajahnya sedih.

Apa? Mak ko hilang Mamat? Punyalah aku terkejut bila dengar.

"Ko biar betul, mak ko hilang? Bila hilangnya?" serius muka aku masa tanya soalan tu. Jantung aku berdebar-debar. Muka aku yang hensem terus menjadi cemas.

"Ha ah, dari petang semalam lagi. Merata tempat aku cari tapi tak jumpa," kata Mamat sambil berjalan longlai keluar dari ofis. Kasihan pula aku tengok.

Mesti kepala Mamat tengah serabut. Mahu tidak, mak dia hilang! Mesti pening kepala beb.

Apa yang aku tau, mak si Mamat ni duduk rumah je. Ayah dia pula keja gomen, dua tiga tahun lagi baru pencen.

Hmm.. kesian Mamat. Aku pun tak tau macam mana nak tolong.

Lebih kurang 20 minit kemudian, aku nampak kelibat Mamat berjalan masuk dari arah belakang ofis. Kali ni muka dia tak kusut masai macam tadi. Dah ceria, berseri-seri macam lepas dapat tandatangan Nora Danish, artis pujaan Mamat.

Mamat lalu tepi meja aku dan beritahu, "Aku dah jumpa mak aku!"

Aku apa lagi, terus mengucap syukur lalu bertanya, "Kat mana lu jumpa?"

Dengan wajah gembira dipenuhi keceriaan beserta sifat jujur dan ikhlas, Mamat menjawab, "Dalam singki kat pantry!"

Mamat berlalu pergi sambil menjinjing sebuah koleh kaca.

Tiba-tiba aku terlopong. Mulut tak boleh katup. Tak tau nak cakap apa. Kalau boleh aku rasa nak tikam dada si Mamat bertubi-tubi.

Dalam hati, aku menjerit sekuatnya - Itu MUG la.. MUG!!!!!!

Sangat jahanam pronunciation ko Mamat!

Sia-sia aku berdebar tak tentu pasal pagi ni.

Cis aku terkena! Arghhhhhhh!!!

BACA INI JUGA: Video Prank Tercirit Dalam Lif Yang Sangat Lucu

-SENTIASAPANAS.COM

Isu RM 2.6 Bilion Semakin Merepek, Deposit USD$100 Juta Mana Lagi Ni!?

Isu RM 2.6 Bilion Semakin Merepek, Deposit USD$100 Juta Mana Lagi Ni!?

Kali ini kita nak komen kenyataan terbaru Zahid mengenai Derma RM2.6 bilion Najib tetapi mengenai 2 lagi point Zahid yang rasanya ramai tak perasan akan implikasinya.

Pemimpin+UMNO+Pendusta
Gambar hiasan.

Dari Malaysiakini..

Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak. -Mkini

Kenapa Zahid tak pasal-pasal sebut tentang KWAP? Ramai yang tahu dana KWAP RM4 bilion yang dipinjam oleh SRC itu SEDANG disiasat oleh SPRM.

Ia juga berkaitan dengan dakwaan deposit RM42 juta yang dimasukkan ke akaun Najib setelah melalui beberapa siri transaksi yang melibatkan Gandingan mentari dan Ihsan Perdana. Nama-nama Jho Low, Nik Faisal dan Suboh sedang dicari untuk disoal siasat berhubung kes sama.

Point saya, Kes SEDANG DISIASAT dan Zahid pula seperti mendahului siasatan dengan kenyataan di atas!?

Satu lagi, kenapa Zahid sebut sedangkan isu itu belum panas lagi? Adakah Zahid pula yang sengaja mahu memanaskan isu KWAP?

Satu lagi Zahid kata..

"(Wang) AS$100 juta pertama diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib."

Huh? AS$100 juta mana pulak ni? Ada lagi deposit bernilai AS$100 juta ke?

Takperlah.. mungkin typo di pihak Malaysiakini tu, tapi aksi pindahan melalui beberapa syarikat supaya identiti penderma tidak dikenali atau supaya tidak ada yang melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib adalah satu alasan yang lawak.

Kalau setakat mahu merahsiakan identiti, cukup sekadar persetujuan antara penderma dan penerima, tidak perlu bersusah payah nak pakai pelbagai akaun bagai..

Kalau tanya saya, ia lebih berupa satu aksi Money Laundering!!

Tapi mungkin Zahid rasa orang Umno boleh terima penjelasan sebegitu..

Zahid Mendahului Siasatan SPRM

Merujuk kepada tajuk artikel JMD - Isu derma makin lama makin merepek, cuba baca kenyataan Ketua Umno Kepong.

"Umno ini satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi..." - TMI.

Hadooi la.... dah jadi macam satu pertandingan pula sesama pemimpin-pemimpin Umno, siapa yang paling kuat bodek Najib! Pelbagai versi dah timbul. Mana perginya versi dana politik dulu?

Ada betulnya cakap Anina Saadudin di bawah ini..

Anina RM2.6 bilion

KLiK untuk ke Youtube.

...dah jadi seperti musim sinetron kat TV! Setiap ucapan perasmian itu dia akan cuba usaha untuk menerangkan tentang isu derma 2.6 bilion. Malangnya ahli Umno disajikan dengan versi penerangan yang berbeza-beza. Contohnya untuk politik, untuk pilihanraya, untuk ISIS, untuk Yahudi.... and what's next?

...Kita bukan berhadapan dengan 3 juta ahli Umno, kita berhadapan dengan 28 juta rakyat Malaysia... mereka berhak untuk tahu perkara yang sebenar.

...sudah sampai masanya untuk Presiden Umno Datuk Seri Najib tampil dengan satu penerangan yang jelas dan terang bukan hanya untuk 3 juta ahli Umno tapi untuk seluruh rakyat.

BACA INI JUGA: Skandal DEIG Di Selangor Lebih Dahsyat Dari 1MDB?

Sumber: Dinturtle

Sunday, August 23, 2015

Tahukah Anda Siapa Pencipta Pin Baju @ Baby Pin?

Tahukah Anda Siapa Pencipta Pin Baju @ Baby Pin?

Suatu ketika dulu, bagi memastikan lampin kemas dipakai oleh bayi, pin akan disemat diatas permukaan kain tersebut. Dan tahukah anda penggunaan pin bayi telah digunakan selama 2,500 tahun!

Safety-Pin - Baby pin

Disebabkan penggunaan kerap keatas lampin, maka gelaran 'baby pin' menjadi sinonim dengan objek kecil ini.

Selain pin bayi, ia juga dikenali sebagai pin keselamatan (safety pin), sebab fungsi utama alat ini adalah untuk mengelakkan pin daripada tercucuk kulit.

Jika mencucuk peniti pada kain, selalunya tiada bahagian penutup bertindak menghalang jarum sampai ke badan. Silap-silap boleh terluka kulit akibat tusukan berduri.

Lebih malang, apabila objek halus tersebut berisiko tinggi mencederakan kulit anak kecil kerana ia perlu digunakan setiap hari bagi mengelakkan balutan lampin menjadi longgar dan tidak kemas.

Kewujudan pin mula wujud sejak zaman kuno Yunani dan dikenali sebagai Fibula. Alat yang popular dengan 'tugas' mengancing pakaian ini sangat meluas penggunaannya dikalangan masyarakat zaman dahulu.

Pin pada zaman ini wujud dalam pelbagai bentuk dan diperbuat daripada gangsa dan besi.

Bahagian luar fibula turut diselaputi permata dan dihiasi perhiasan seperti enamel, kaca, batu kacang dan tulang.

Terdapat empat bahagian utama dalam fibula iaitu badan, pin, spring dan engsel.

Keempat-empat bahagian ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan pin sebagai pengancing pakaian.

Kebanyakan golongan atasan menggunakan pin yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga dan gading. Sementara golongan bawahan pula menggunakan kayu sebagai pin mereka.

Situasi ini berterusan sehinggalah pin keselamatan dimodenkan oleh seorang pereka.

Pencipta Pertama Pin Moden

Walter Hunt adalah individu yang bertanggungjawab dalam memodenkan ciptaan pin. Mekanik dari New York ini memperoleh hak paten buat pertama kali pada tahun 1826 namun paten tersebut bukanlah ke atas pin keselamatan sebaliknya mesin jahit.

Sebelum berjaya mereka pin bayi, Walter telah berjaya mereka cipta beberapa peralatan canggih pada masa itu. Antaranya alat pemintal benang, pengasah pisau dan mesin membuat paku.

Idea penciptaan pin bermula pada tahun 1849, dimana ketika itu Walter mengalami masalah kewangan. Ia berlaku ketika Walter secara tidak sengaja memintal cebisan wayar ditangannya.

Ketika itu, dia berada dalam dilema memikirkan cara untuk membayar hutang berjumlah $15 dolar yang dipinjam darida kawannya.

Tanpa disangka, pintalan dawai tadi terbentuk menjadi pin yang boleh dibuka dan dicangkuk semula dan selamat digunakan.

Sejak itu, pin keselamatan berjaya dicipta secara moden. Pertama, bahagian jarum dilindungi sepenuhnya selepas pin dicangkuk. Tujuannya supaya jari tidak terdedah dengan bahagian jarum yang tajam. Kedua, penambahan pusingan keliling pada lekuk pin bertindak sebagai spring sekaligus menjadikan pegangan jarum lebih sempurna.

Uniknya, ciptaan Walter merupakan pin pertama yang direka bercirikan keselamatan yang memastikan kulit selamat daripada kecederaan.

Hasil lakaran yang berjaya disiapkan bersama prototaip, pin keselamatan telah dipatenkan pada 10 April 1849.

Akhirnya, Walter berjaya membayar hutangnya selepas menjual hak paten kepada W.R. Grace pada harga $400 dolar.

Budaya Punk

Pada era tahun 70an, pin menjadi semakin popular dalam budaya punk. Kebanyakan mereka menggayakan pin dalam pelbagai cara.

Antaranya sebagai aksesori pakaian, tatu pada badan dan tusukan jarum pin kecil tersebut pada permukaan kulit.

Bapa Industri Pin

Disebabkan permintaan tinggi serta penggunaan meluas dikalangan masyarakat, Samuel Slocum bertindak membina sebuah kilang pin di Poughkeepsie, New York.

Samuel Slocum juga dikenali sebagai bapa industri pin di Amerika Syarikat.

Bagi memastikan tahap kecekapan proses, sebuah mesin khas dengan pelbagai fungsi turut direka. Hasilnya, hampir 100,000 pin berjaya dikeluarkan setiap hari sepanjang tahun.

Dikatakan ketika itu hanya ada dua syarikat menjadi pengeluar pin keselamatan di Amerika Syarikat.

Dan kini, sebanyak 3,000,000 pin bayi mampu dikeluarkan dalam tempoh satu hari.

Lebih menarik, pelbagai rekaan comel menghiasi pin bayi bagi menambahkan keceriaan kepada pengguna.

Sementara itu, bagi mengenang sejarah permulaan pin keselamatan moden serta pereka, Walter Hunt, 10 April dijadikan sebagai tarikh rasmi menyambut 'Hari Pin Keselamatan Antarabangsa' setiap tahun.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal-usul Topeng Revolusi Inggeris?

-SENTIASAPANAS.COM

Tanam 400 Ekar Bunga Matahari Demi Isteri Tercinta

Tanam 400 Ekar Bunga Matahari Demi Isteri Tercinta

Babbette Jaquish yang mati pada November tahun lalu sangat gemarkan bunga matahari sehingga digelar sebagai ‘Wanita Bunga Matahari’ oleh penduduk di tempatnya.

Wanita Bunga Matahari

Dan seorang suami telah merealisasikan impian mendiang isterinya yang mati akibat penyakit kanser dengan menghasilkan ladang bunga matahari seluas 400 ekar di Eau Claire, Winsconsin.

Wanita ini bercita-cita untuk menghasilkan ladang bunga matahari dan menjual benihnya dan menyumbangkan hasil jualan itu kepada pusat penyelidikan penyakit kanser.

Wanita Bunga Matahari [2]
Wanita Bunga Matahari [3]

Walau bagaimanapun, hasrat murninya tidak kesampaian kerana Babbette tewas dalam pertarungannya melawan penyakit pembunuh itu pada usia 66 tahun.

Justeru itu, demi melaksanakan impian wanita itu, suaminya, Don Jaquish telah mengambil alih cita-cita isterinya itu dan jadikannya satu realiti.

Wanita Bunga Matahari [4]
Wanita Bunga Matahari [6]

Don telah menanam bunga matahari seluas 400 ekar di sepanjang lebuh raya 85 Winsconsi di Eau Claire sekali gus berjaya membuka syarikat yang bernama Babbette’s Seed Of Hopes.

Menurut Don, dia sangat bertuah kerana memiliki Babbette sebagai isterinya. Babbette mempunyai hati yang suci dan murni. Dia tahu kepentingan kajian untuk percubaan secara klinikal.

Wanita Bunga Matahari [7]

“Semua orang yang bertemu dengan Babbette akan jatuh cinta padanya. Saya sangat bertuah kerana menjadi lelaki yang dia cintai,” kata Don kepada sumber.

Wanita Bunga Matahari [8]

Semoga apa yang telah diusahakan oleh Don untuk mendiang isteri kesayangannya itu mendapat faedah serta pulangan yang baik serta mencapai misi utama cita-cita mereka. –Agensi/MYNEWSHUB

BACA INI JUGA: Bagaimana Membuktikan Cinta Sejati?

9 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

9 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

Di sebalik populariti artis Korea, ternyata ramai di antara mereka mempunyai masalah jiwa yang tidak dapat diselesaikan sehingga mereka nekad membunuh diri ketika berada di puncak kemahsyuran.

Populariti dan pendapatan yang tinggi nampaknya bukan pengukur kebahagiaan bagi artis-artis ini.

Mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu yang menyebabkan mereka mengalami kemurungan dan mengakhiri hidup dengan cara membunuh diri.

Berikut adalah 9 Artis Korea Yang Mati Membunuh Diri.

Jeon Mi Sun

Artis Korea Membunuh Diri

Pihak polis mengesahkan kematian pelakon Korea Jeon Mi Sun, pada Jun 2019 adalah kerana bunuh diri, ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara.

Difahamkan, Mi Sun juga berdepan dengan masalah kemurungan akibat beberapa peristiwa yang berlaku pada keluarganya.
Sebelum kejadian, ada ahli keluarganya telah meninggal dunia dan ibunya juga sakit. Disebabkan keadaan itu nampaknya Mi Sun mengalami depresi.

Dia telah menghubungi bapanya pada jam 1:04 pagi dan dianggarkan kematiaannya berlaku kira-kira 2 jam kemudian.

Mi Sun dikenali sebagai pelakon sekitar tahun 1990 dan popular dalam berapa siri seperti Memories of Murder, Moon Embracing the Sun dan Hide and Seek.

Han Chae Won

Han Chae Won

Han Chae Won membunuh diri di rumahnya pada 25 Ogos 2011. Sebelum membunuh diri, Chae Won telah membuat catatan dalam laman peribadinya.

"Saya benar-benar tak tahu mengapa. Saya hanya ingin menghentikan penderitaan dan berhenti menangis. Dan ini boleh diselesaikan jika saya meraih kejayaan, tapi ....." tulis Chae Won.

U Nee

U Nee

Pada Januari 2007, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan kehilangan artis kebanggaan mereka. U Nee yang selama ini dikenali sebagai penyanyi dan pelakon ditemui menggantung diri di rumahnya di Seo-Gu, Korea Selatan.

Ibunya mengesahkan U Nee mengalami kemurungan. Dia juga sangat menderita dengan populariti yang diraihnya serta masalah peribadi lain yang menimpa kehidupan artis tersebut.

Song Ji Seon

Song Ji Seon

Song Ji Seon membunuh diri dengan cara yang ekstrem. Pengacara cantik ini mati setelah terjun dari apartment tingkat 19 di Seochodong pada 23 Mei 2011.

Banyak spekulasi mengatakan keputusan Song Ji Seon untuk membunuh diri kerana skandal cintanya dengan atlet baseball, Im Tae-Hoon.

Song Ji Seon pernah mendedahkan kisah cintanya dengan atlet tersebut tetapi atlet itu menafikan pengakuan wanita cantik ini. Im Tae-Hoon menafikan pernah mempunyai hubungan dengan pengacara tersebut.

Dia merasa sakit hati dengan penafian Im Tae-Hoon. Ketika mencurahkan isi hatinya, "Jika tak boleh mengambil saya, sekurang-kurangnya memberi aku kekuatan. Hati saya sangat sakit," tulis Song Ji Seon pada sepucuk surat pada 7 Mei 2011.

Jung Da Bin

Jung Da Bin

Pelakon dan penyanyi Jung Da Bin, juga mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia ditemui menggantung dirinya di pangsapuri kekasihnya di Seoul. Peristiwa itu berlaku pada 10 Februari 2007.

Namun, tidak ada catatan yang ditinggalkan artis tersebut. Tetapi, menurut catatan di blog peribadinya yang ditulis sebelum dia meninggal dunia, Jum Da Bin mengatakan dirinya sedang dilanda kemurungan. Dan inilah catatan terakhir Jun Da Bin.

"Semuanya sangat lengkap. Saya marah tanpa alasan, dan merasakan saya akan menjadi gila. Ini sangat menyakitkan. Saya merasa sakit. Kepala saya sangat sakit dan membuat saya menangis. Saya seperti kanak-kanak. Saya merasa seperti kehilangan diri saya, kehilangan identiti.

Dan di saat yang sama saya mendapatkan nasihat. Saya merasa tenang. Tuhan sangat mencintai saya. Tuhan telah membuat saya menjadi penting dan memberikan saya keberanian. Dia mengangkat saya dan berkata saya akan baik-baik saja. Dan saya baik-baik saja."

Choi Jin Sil

Choi Jin Sil

Artis popular Korea ini ditemui mati membunuh diri dengan cara menggantung dirinya di bilik mandi di rumahnya di Seoul.

Sebelum meninggal, Choi Jin Sil sempat menulis mesej. Dia meminta agar ada yang menjaga anak-anaknya walau apa pun yang terjadi.

Alasannya sama dengan artis Korea lain yang membunuh diri, kemurungan! Choi Jin Sil mengalami kemurungan sejak 2004 selepas bercerai.

Menurut salah sahabtnya, Choi Jin Sil sangat tertekan dengan perceraian. Dia juga mengalami masalah hutang.

Lee Eun Joo

Lee Eun Joo

Pelakon dan penyanyi Korea ini ditemui membunuh diri di apartmennya di Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005.

Yang menyedihkan lagi, artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun ini melakukan membunuh diri selepas beberapa hari lulus dari Universiti Dankook.

Dia meninggal dengan cara memotong urat tangannya dan menggantung diri. Artis itu juga mengalami imsomnia gara-gara melakukan adegan bogel di 'The Scarlet Letter'.

Sebelum membunuh diri, Lee Eun Joo sempat menulis pesanan untuk ibunya. Dia menulis mesej itu dengan darahnya sendiri.

"Mama, saya minta maaf dan saya mencintai kamu. Saya ingin melakukan banyak perkara. Meskipun saya hidup, tetapi saya tidak merasa hidup. Saya tak mahu mengecewakan mama lagi" pesan Lee Eun Joo.

Jang Ja Yeon

Jang Ja Yeon

Kematian Jang Ja Yeon sangat menarik perhatian rakyat Korea Selatan. Maklum saja, artis cantik ini adalah pendatang baru dalam dunia seni hiburan. Dia ditemui mati membunuh diri di rumahnya.

Jang Ja Yeon menulis, sebelum dia mengambil keputusan menamatkan hidupnya, bahawa dia dieksploitasi dan juga didera secara seksual semasa berkarier dalam dunia hiburan.

Dalam tujuh catatan yang dibuat oleh artis yang berlakon di siri 'Boys Before Flowers' ini, dia menceritakan betapa kejamnya dunia hiburan di Korea.

Dia mendakwa dipaksa menjadi hamba seks untuk orang-orang kaya demi kariernya sebagai artis.

Woo Seung Yoon

Woo Seung Yoon

Berita kematian artis Woo Seung Yoon sangat mengejutkan. Woo Seung Yoon mati membunuh diri di saat fenomena bunuh diri sedang dibicarakan di Korea.

Artis ini menghembuskan nafas terakhirnya pada usia muda 24 tahun.

Dia ditemui pada waktu pagi di rumahnya dalam keadaan yang mengerikan. Dia menggantung diri dirumahnya pada 27 April 2009. Punca bunuh diri artis cantik ini kerana mengalami kemurungan yang berpanjangan.

Salah seorang ahli keluarga mengatakan bahawa Woo Seung Yoon baru saja selesai menjalani rawatan kerana kemurungan.

Namun, dia tak sanggup menghadapi kesedihan dan membuat keputusan untuk membunuh diri.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, August 22, 2015

21 Petua Menjaga Prestasi Batin Lelaki

21 Petua Menjaga Prestasi Batin Lelaki

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta-merta atau jangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

Batin Lelaki

Berikut adalah 21 petua terbaik jika anda mahu menjaga prestasi seks sehingga ke hari tua.

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jimak. Batang zakar harus sentiasa 'panas'.

2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

3. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.

4. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.

6. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian barulah minum air.

7. Jangan makan kepak ayam, daging kerana ia melemahkan zakar.

8. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

9. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

10. Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

11. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering.

12. Buang air kecil dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik

13. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

14. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

15. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimak lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

16. Jangan jimak di dalam air.

17. Jangan terus minum air selepas jimak, rehat dahulu 15 minit.

18. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

19. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

20. Jangan jimak isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

21. Jangan cungkil gigi dengan semuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga.

Semoga bermanfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!

8 Haiwan Hodoh Yang Diancam Kepupusan!

Bukan sahaja haiwan ‘glamor’ seperti singa dan gorila sahaja yang diancam kepupusan, malah Persatuan Perlindungan Haiwan Hodoh juga menyeru agar spesis kurang popular ini turut mendapat perhatian dunia sebelum mereka lenyap daripada alam maya selama-lamanya. Jom kita kenali mereka:

1. Katak Pig-Nose Ungu
Nama saintifik: Nasikabatrachus sahyadrensis

Katak Pig-Nose Ungu (Nasikabatrachus sahyadrensis)

Kata berwarna ungu yang hidup di belantara India ini lebih selesa menghabiskan masanya di bawah tanah sepanjang tahun, dan hanya keluar menerjah dunia luar selama dua minggu pertama musim tengkujuh untu membiak di lopak-lopak sementara yang terbentuk akibat hujan lebat.

Oleh kerana gaya hidupnya yang gemar memencil, spesis katak ini hanya ditemui pada tahun 2003.

2. Belut Hagfish Pasifik
Nama saintifik: Eptatretus stoutii

Belut Hagfish Pasifik (Eptatretus stoutii)

Hagfish merupakan salah satu haiwan bertulang belakang purba yang masih wujud hingga ke hari ini. Santapan kegemarannya adalah bangkai hidupan marin yang hanyut ke lantai laut.

Badannya yang tirus mampu menghasilkan lendiran yang berfungsi untuk mencekik mangsa dan melindungi dirinya daripada pemangsa.

3. Monyet Proboscis
Nama saintifik: Nasalis larvatus

Monyet Proboscis (Nasalis larvatus)

Monyet proboscis atau bekantan ini sememangnya unik kerana mempunyai hidung yang besar dan panjang seakan-akan belalai. Hidung bekantan jantan lazimnya lebih besar berbanding betina.

Oleh itu, saiz hidung menjadi ‘aset’ untuk memikat bekantan betina. Bekantan merupakan satu-satunya spesis monyet yang mengunyah rumput kering bagi membantu sistem penghadamannya yang rumit.

Oleh kerana habitatnya diceroboh dan dimusnahkan manusia tamak, akibatnya bekantan juga terdedah kepada ancaman kepupusan.

4. Kodok Gergasi Tasik Titicaca
Nama saintifik: Telmatobius culeus

Kodok Gergasi Tasik Titicaca (Telmatobius culeus)

Spesis kodok yang terdapat di Tasik Titicaca, Amerika Selatan ini mempunyai kulit berlapis-lapis yang membolehkan ia serap lebih banyak oksigen daripada udara sekeliling.

Oleh sebab kulit yang melendut dan berlapis itu, kodok ini juga kadangkala dikenali sebagai kodok kerandut Titicaca.

Kodok Tasik Titicaca ini diancam kepupusan tahap kritikal akibat terlalu banyak ditangkap untuk dijadikan makanan oleh manusia di samping pencerobohan habitat mereka.

5. Humphead Wrasse
Nama saintifik: Cheilinus undulatus

Humphead Wrasse (Cheilinus undulatus)

Ikan humphead wrasse merupakan spesis pemakan mangsa yang hidup di terumbu karang lautan Indo-Pasifik.

Saiz fizikalnya yang agak besar iaitu kira-kira 2 meter panjang dan dahi berbonjol menjadikan haiwan ini kelihatan agak ‘gangster’ berbanding ikan-ikan lain.

Bagi menambahkan elemen gangsternya, ikan humphead gemar memakan haiwan-haiwan bertoksik seperti lintah laut dan tapak sulaiman berduri.

6. Tikus Mondok Telanjang
Nama saintifik: Heterocephalus glaber

Tikus Mondok Telanjang (Heterocephalus glaber)

Betullah kata pepatah, usah nilai buku pada muka depannya. Meskipun telanjang bulat, spesis tikus mondok ini mempunyai kelasnya yang tersendiri dalam dunia zoologi: ianya merupakan salah satu daripada dua spesis mamalia yang dikategorikan sebagai ‘eusosial‘ di mana hanya ‘permaisuri’ sahaja yang ditugaskan untuk membiak manakala tikus-tikus lain bekerja untuk menggali lubang dan mendapatkan bekalan makanan bagi ahli koloninya.

Tikus mondok telanjang ini juga kebal daripada jangkitan kanser. Pada tahun 2014, penyelidik telah mengesahkan kulitnya berpotensi dijadikan ubat anti-kanser.

7. Babi Berbintat Visaya
Nama saintifik: Sus cebifrons

Babi Berbintat Visaya (Sus cebifrons)

Hanya terdapat di kepulauan Filipina, babi berbintat Visaya ini digelar sebegitu akibat kutil-kutil seperti kudis yang tumbuh disekeliling wajahnya.

Namun, meskipun rupanya menggelikan sesiapa yang melihat, haiwan ini tetap dilindungi oleh kerana bilangannya telah menurun secara kritikal sebanyak 80 peratus hanya dalam tempoh tiga generasi sahaja.

8. Aye-aye
Nama saintifik: Daubentonia madagascariensis

Aye-aye (Daubentonia madagascariensis)

Dengan mata terbeliak, bulu kusut masai dan jemari yang tirus dan panjang, haiwan yang berasal daripada susur galur kongkang ini memang cukup hodoh.

Satu-satunya spesis monyet yang terdapat di Madagascar, aye-aye gemar melekapkan diri pada batang pokok sebelum menggigitnya bagi mendapatkan ulat kayu yang menjadi makanan ruji haiwan ini.

Kemusnahan berterusan yang dilakukan terhadap habitatnya mengakibatkan aye-aye semakin diancam kepupusan.

BACA INI JUGA: Apa Istimewanya Burung Hud-hud Sehingga Disebut Dalam Al-Qur'an?

Sumber: Mynewshub