Wednesday, August 05, 2015

RM2.6 Bilion Dana Penderma? Najib Cakap Tak Serupa Bikin Atau Berbohong?!

RM2.6 Bilion Dana Penderma? Najib Cakap Tak Serupa Bikin Atau Berbohong?!

Walapun ramai yang sudah menjangkakan mengenai pendedahan SPRM yang mengesahkan deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib, namun tetap ramai juga yang terkejut.

RM2.6 Bilion Dana Penderma
Gambar hiasan.

Ini menunjukkan bahawa rakyat walaupun di luar mereka agak kritikal namun didalam hati, mereka masih menaruh harapan bahawa dakwaan deposit itu adalah palsu.

Amaun yang terlalu besar, mustahil Najib sanggup melakukannya!

Ternyata harapan itu hancur dengan pengumuman SPRM. Ramai yang marah dan kecewa dengan Najib. Kita percaya, mereka yang atas pagar semua dah give-up dengan Umno selagi Najib masih di atas.

Apapun alasan yang cuba diberikan bagi memberi justifikasi kepada deposit itu oleh pro Najib, semuanya seperti bunyi tin kosong sebab tidak ada siapa yang mampu pusing kembali waktu dan memberi alasan yang sama ketika WSJ mula buat pendedahan deposit itu sebelum ini.

Ya, KENAPA TIDAK JAWAB WAKTU ITU?

Dana+Politik+1MDB

Kita semua masih ingat lagi jawapan yang diberikan Najib sebagai reaksi awal pendedahan WSJ dulu. Kenapa bersembunyi disebalik kebenaran? Kenapa libatkan Tun Mahathir? Kenapa berselindung disebalik mainan kata-kata? Kenapa tubuhkan Task Force untuk menyiasat?

Rakyat Malaysia merasa di TIPU! Sebab tu ramai yang marah mendengar pengumuman SPRM.

Ayat SPRM hanya menyebut sumbangan dana tanpa dinyatakan dengan jelas apakah ia untuk politik atau untuk anak yatim atau untuk apa-apa tujuan. Hanya disebut sumbangan dana.

"Dana Politik" itu hanya dimainkan oleh kabinet 1MDB sejak beberapa hari lalu. Dan hasilnya, kini semua orang merujuk RM2.6 bilion itu sebagai sumbangan dana politik.

Takpe, kita layan Dana Politik mereka. Mungkin mereka lupa sebelum dana politik itu masuk ke dalam akaun Najib pada tahun 2013, setahun sebelum itu Najib ada mengumumkan satu inisiatif di bawah GTP bagi menghalang benda yang sama dari berlaku!

Adakah ini kes Cakap Tak Serupa Bikin? Artikel Malaysiakini bertarikh 27 Feb 2012:

Dalam langkah yang tidak dijangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan satu inisiatif baru untuk mengawal selia pembiayaan politik bagi semua parti.

"Inisiatif ini akan memberi penekanan bahawa setiap sumbangan kepada mana-mana parti politik, sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri, mesti disalurkan melalui akaun rasmi parti.

"Ini adalah untuk mengelakkan ahli-ahli politik daripada menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudian diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

"Setiap sumbangan yang diberikan perlu dikeluarkan resit dan dibankkan ke dalam akaun parti itu. Dengan rekod berkenaan sumbangan, ia boleh diaudit pada akhir setiap tahun kewangan," kata beliau.

Kerajaan, kata Najib, yakin inisiatif berkenaan mampu mencegah rasuah dan penyalahgunaan dana pada peringkat akar umbi yang akan memberi manfaat kepada parti dan orang awam.

Inisiatif itu akan diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dicadangkan oleh lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat.

Dana+Politik+1MDB [2]
Malaysiakini 27/2/2012.

Jika benar deposit itu merupakan dana politik, ternyata Najib sendiri tidak ikhlas dengan pengumuman yang dibuatnya setahun sebelum itu.

I don't think so, tapi nak buat macamana kalau itu yang dicanang oleh orang Najib sendiri.

Sedutan ucapan Obama baru-baru ini. Bagus untuk direnung bersama -
And I’ll be honest with you, I’m looking forward to life after being president.

I won’t have such a big security detail all the time. It means I can go take a walk. I can spend time with my family. I can find other ways to serve. I can visit Africa more often.

The point is I don’t understand why people want to stay so long. Especially when they’ve got a lot of money.

When a leader tries to change the rules in the middle of the game just to stay in office, it risks instability and strife as we’ve seen in Burundi. And this is often just the first step down a perilous path.

And sometimes you’ll hear a leader say, ‘Well, I’m the only person who can hold this nation together.’ If that’s true then that leader has truly failed to build their nation.

You look at Nelson Mandela. Mandiba, like George Washington, forged a lasting legacy not only of what they did in office but because they were willing to leave office and transfer power peacefully.

Renung-renungkanlah..

Sumber: Dinturtle

'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'

Status seorang jurugambar yang berkongsi pendapat di laman Facebook tentang sistem cukai pendapatan di Sweden mendapat perhatian warga media sosial.

Saiful Nang

Dalam status tersebut, jurugambar berkenaan, Saiful Nang, percaya jika kebajikan mereka dijaga, tiada sebab untuk rakyat naik berang walaupun terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi.

Beliau memberi contoh negara Sweden, di mana rakyat negara tersebut perlu membayar cukai pendapatan sebanyak 45 peratus, di samping nilai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mencecah 20 peratus.

Biarpun begitu, dengan nilai yang dibayar penduduk negara itu, mereka diberi 'balasan' yang setimpal.

Ia diperolehi dalam bentuk pendidikan percuma di semua peringkat, sistem pengangkutan awam yang teratur dan murah, harga barangan makanan yang murah serta perkhidmatan kesihatan kelas pertama yang berpatutan.

Saiful Nang [2]

Dalam masa tiga jam selepas dimuat naik, status itu menerima lebih 50 ribu likers, dengan hampir 10 ribu perkongsian.

Saiful Nang merupakan pemilik syarikat fotografi CandidSyndrome, selain turut mendedikasikan masa dan tenaga untuk aktiviti kebajikan bersama Rumah Pengasih Warga Prihatin.

BACA INI JUGA: Wang Zakat Berjuta Ringgit, Orang Miskin Hidup Melarat

Sumber: Astroawani

Tuesday, August 04, 2015

Siri Gambar Bapa Dan Anak Yang Sangat Mengharukan

Siri Gambar Bapa Dan Anak Yang Sangat Mengharukan

Siri gambar seorang bapa dan anaknya sejak lahir ini ternyata sangat mengharukan serta berjaya menyentuh perasaan orang ramai.

Gambar+Nostalgia

Sejak anaknya dilahirkan pada tahun 1986, seorang lelaki ini tidak pernah ketinggalan untuk menangkap gambar bersama-sama anak yang dikasihinya itu setiap tahun sehingga tahun 2013.

Hasilnya sememangnya mampu menitiskan air mata kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Tidak semua anak berkesempatan melakukan perkara yang sedemikian.

Masa tidak menunggu sesiapa dan cara terbaik untuk kembali ke zaman lalu adalah menerusi gambar yang telah dirakam.

Perubahan demi perubahan dapat dilihat, jom sama-sama kita tengok gambar yang boleh mengundang emosi ini.

1986
1986

1987
1987

1988
1988

1989
1989

1990
1990

1991
1991

1992
1992

1993
1993

1994
1994

1995
1995

1996
1996

1997
1997

1998
1998

1999
1999

2000
2000

2001
2001

2002
2002

2003
2003

2004
2004

2005
2005

2006
2006

2007
2007

2008
2008

2009
2009

2010
2010

2011
2011

2012
2012

2013
2013

2015
2015

Sinonim dengan ungkapan kasih ibu membawa ke syurga, sesungguhnya kasih bapa sepanjang masa..

BACA INI JUGA: Yang Anda Tidak Tahu Tentang Seorang Ayah

Sumber: Mynewshub.cc

Ronaldo Hadiahkan Sebuah Pulau Sempena Perkahwinan Kawan!

Ronaldo Hadiahkan Sebuah Pulau Sempena Perkahwinan Kawan!

Kalau dah kaya, pulau pun boleh dibeli. Itu kejutan yang diberikan oleh bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo kepada rakannya, Jorge Mendes sebagai hadiah perkahwinannya. Beliau menghadiahkan Mendes sebuah pulau di Greek.

Cristiano Ronaldo - Jorge Mendes

Ronaldo juga menjadi pengapit kepada Mendes pada majlis perkahwinannya yang diadakan di Porto.

Mendes merupakan orang tengah untuk mencari pemain bagi kelab bola sepak dunia.

Beliau pernah menjadi broker untuk pemindahan pemain melibatkan urusniaga lebih berbilion ringgit.

Malah Sir Alex Ferguson sendiri menyifatkan Mendes sebagai agen terbaik.

“Jorge Mendes adalah agen terbaik yang pernah saya berurusan dan tanpa ragu-ragu. Beliau amat bertanggungjawab, menjaga pemain dan amat telus dengan kelab-kelab,” katanya.

Mendes yang turut digelar sebagai lelaki paling berkuasa dalam bidang bola sepak dan telah membantu mengembangkan karier Ronaldo, Nani, Anderson, Angel di Maria dan Radamel Falcao.

BACA INI JUGA: 10 Pemain Bola Sepak Paling Kaya 2014

Sumber: Mynewshub.cc

Wanita Jadi Buta Selepas Minum 28 Tin Red Bull Setiap Hari

Wanita Jadi Buta Selepas Minum 28 Tin Red Bull Setiap Hari

Ireland –Sorang wanita yang tidak mempunyai pekerjaan bakal buta mata selepas minum 28 tin Red Bull setiap hari hinggakan badannya menjadi gemuk manakala otaknya pula membengkak.

Lena Lupari, 26

Lena Lupari, 26, yang juga ibu kepada tiga anak itu minum Red Bull mengandungi lebih 3,000 kalori setiap hari.

Dia tidak menyedari mengenai bahaya pengambilan minuman itu dalam kuantiti yang banyak sehinggalah Lena pengsan pada Jun lepas.

Dia juga membelanjakan sebanyak £450 daripada £1,800 wang yang diterimanya daripada kerajaan untuk membeli minuman tenaga itu dan kemudiannya menjadi ketagih.

“Saya minum 28 tin Red Bull setiap hari dan hanya makan malam sahaja dan kebiasaannya makanan itu adalah makanan segera.

“Saya mempunyai tiga anak kecil dengan salah seorang memerlukan penjagaan khusus jadi saya tidak mempunyai masa untuk melakukan apa-apa,’’ katanya.

Menurut Lena dia menghidap migrain dan sakit kepala sejak lima tahun lalu dan terpaksa mengambil ubat penahan sakit untuk mengatasinya.

“Penglihatan saya kabur dan saya juga tidak boleh langsung mengangkat kepala hingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama enam hari,’’ katanya.

Lena terpaksa mengurangkan berat badannya dan sejak dimasukkan ke hospital pada 18 Jun lalu, Lena tidak lagi mengambil minuman Red Bull.

Doktor memaklumkan dia mengalami keadaan dikenali sebagai diopathic intracranial hypertension (IIH) yang disebabkan oleh gemuk.

BACA INI JUGA: Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Minum Air Kelapa Setiap Hari?

Sumber: Mynewshub.cc

Abby Abadi Bakal Nikahi Wartawan Harakah

Abby Abadi Bakal Nikahi Wartawan Harakah

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi bakal bernikah dengan wartawan akhbar pembangkang Harakah, Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos ini.

Abby-Faizal

Dipetik dari mStar, bakal suami Abby berkata dia mahu menjadikan Abby sebagai isterinya kerana tertarik dengan sikap penyayang dan dermawannya.

"Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang yang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya."

Dalam pada itu, Faizal yang juga duda anak tiga berkata, dia tidak menilai bakal isterinya itu berdasarkan cakap-cakap negatif kerana ia tidak adil.

"Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan."

Sementara itu, Faizal turut menceritakan mereka mula menjalin hubungan cinta selepas kembali bertemu pada akhir tahun lalu.

"Saya seorang wartawan dan banyak membuat 'follow-up' dengan Abby selain pernah bertemu dengannya ketika menghadiri program yang melibatkannya atas kapasiti kerja.

"Selepas pilihan raya umum pada 2013 berakhir, kami pun tidak lagi berhubung, namun kembali bertemu setahun kemudian dalam sebuah program pada Disember tahun lalu dan mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin."

Abby dan Faizal bakal diijabkabulkan pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat, manakala majlis kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos.

BACA INI JUGA: Video Sedih Kisah Cinta Sejati

Sumber: Tupai
10 Soalan Objektif UPSR Dan Paling Mudah Untuk Najib Jawab

10 Soalan Objektif UPSR Dan Paling Mudah Untuk Najib Jawab

Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan malah mengelak dari menjawab isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca keyakinan rakyat terhadapnya kini semakin merosot.

Najib-Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mendapatkan jawapan yang jelas, beliau memberikan 10 soalan objektif bagi memudahkan Najib menjawabnya.

Berikut 10 soalan objektif yang dikemukakan kepada Najib:

1. Adakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?

A. Ya
B. Tidak

2. Adakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?

A. Ya
B. Tidak

3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?

A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB
B. Versi Tan Sri Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM
C. Versi Datuk Seri Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah
D. Versi Datuk Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM
E. Versi Tun Mahathir – duit itu untuk pilihanraya
F. Versi jawapan asal Datuk Seri – Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri

4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Adakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan Datuk Seri yang meluluskannya?

A. Ya
B. Tidak

5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?

A. Ya
B. Tidak

6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB. Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit. Siapa yang sedang berbohong?

A. Datuk Seri Najib Razak
B. Datuk Abdul Azeez Rahim

7. Adakah saman WSJ ke belum?

A. Belum
B. Sudah

8. Adakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti Tan Sri Muhyiddin?

A. Ya
B. Tidak

9. Adakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?

A. Ya
B. Tidak

10. Adakah Datuk Seri bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?

A. Ya
B. Tidak

Sumber: Freemalaysiatoday

Kisah Mengharukan Empat-beranak Bermotosikal Balik Kampung

Kisah Mengharukan Empat-beranak Bermotosikal Balik Kampung

Gambar empat beranak yang pulang ke kampung dengan hanya menunggang motorsikal merupakan antara kisah yang menjadi viral dan menyentuh hati ramai pengguna media sosial sewaktu musim Aidilfitri yang lalu.

Abdullah Firdaus Baharuddin

Seorang lelaki dilihat menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya sebagai pembonceng dari Sepang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perkara tersebut masih lagi menjadi perbualan hangat, dan seorang pengguna Facebook bernama Abdullah Firdaus Baharuddin baru-baru ini menyatakan kegembiraannya kerana dapat bertemu dengan mereka sekeluarga ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Firdaus melalui akaun Facebooknya berkata, “Allahuakbar. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ini tadi otw balik kerja. Family ini yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari Sepang ke Penang.”

Menurut Firdaus, dia terjumpa mereka ketika dalam perjalanan pulang ke Serdang dan walaupun dia dapat mengecam mereka, Firdaus tidak sempat untuk menahan mereka berikutan kesesakan jalan raya.

Difahamkan, pemuda itu kemudian teruskan perjalanan dan menahan mereka berhampiran Putra Heights untuk memberi duit raya kepada tiga kanak-kanak tersebut.

“Saya teruskan perjalanan sampai exit Putra Heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni.

Bagaimanapun, Firdaus sebak apabila ayah mereka yang dikenali sebagai Moza sudi meghulur bantuan kerana beranggapan Firdaus kehabisan minyak ketika dia cuba menahan mereka.

"Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak, motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih."

Abdullah Firdaus Baharuddin [2]

Dalam keadaan kita tengok dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang.

Semoga anak-anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. InsyaAllah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang.

Tindakan Firdaus yang menyatakan kejadian itu menyebabkan kini ramai netizen tampil untuk menghulurkan bantuan kepada Moza dan keluarganya.

Dan walaupun berita ini sudah agak lama berlalu, namun kisah ini begitu menyentuh perasaan, fakta bagaimana ramai lagi sebenarnya insan-insan yang hidup kais pagi makan pagi dikala kita dimomokkan dengan berita 'orang-orang kaya' di Malaysia sekarang ini yang begitu mudah mendapat kekayaan berjuta, berbilion sedang ramai lagi yang miskin dan merana. ~admin

BACA INI JUGA: Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin

Sumber: Aastroawani/Abdullah Firdaus

Video Burung Kakak Tua Menyanyi Jadi Viral

Video Burung Kakak Tua Menyanyi Jadi Viral

Seekor burung kakak tua di Amerika Syarikat menjadi terkenal selepas sebuah video yang menunjukkan haiwan itu menyanyi lagu Everything is Awesome daripada filem The Lego Movie dimuat naik di internet dan menjadi viral.

Princess Yellow Feather sing Everything is Awesome

Aksi burung yang dinamakan sebagai Princess Yellow Feather itu dirakamkan menyanyi dengan penuh semangat di sebuah kedai penjualan burung eksotik, Birds on Safari di Stuart, Florida.

Video itu menunjukkan haiwan itu menyanyi sambil mengembangkan kepaknya dan rancak mengikut rentak lagu.

Burung berwarna hijau dan kuning itu berputar-putar di sangkarnya dan menari di sepanjang rakaman video dengan durasi 14 saat itu.

Terdapat sesetengah pengguna yang tidak percaya dengan kebolehan burung kakak tua itu menyanyi dan menganggapnya sebagai satu penipuan.

“Ia adalah betul!” kata seorang jurucakap Birds on Safari ketika memberi respon kepada orang ramai yang tidak percaya burung itu boleh menyanyi. –Agensi

BACA INI JUGA: Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?


 Najib SAH Terima RM2.6 Bilion Ke Dalam Akaun Peribadi! Persoalannya Salah Atau Tidak?

Najib SAH Terima RM2.6 Bilion Ke Dalam Akaun Peribadi! Persoalannya Salah Atau Tidak?

SAH! Dakwaan deposit USD700 juta atau RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib memang wujud! Ini disahkan sendiri oleh SPRM. Samada ia datang dari 1MDB atau dari sesiapa pun, itu soal lain. Masih penting juga sumbernya tapi persoalan yang harus kita tumpukan sekarang adalah, Adakah deposit itu sah dari segi undang-undang?

1MDB akaun Najib

Adakah jika ia datang dari sumber 1MDB maka ia salah di sisi undang-undang tapi jika datang dari sumber lain, ia tidak salah?

Kenyataan SPRM juga bagi kita tidak lengkap. Seharusnya dinyatakan dengan jelas juga, adakah perkara itu merupakan satu kesalahan atau tidak. Sekarang ramai yang berdebat soal salah atau tak salah.

Kenapa tidak nyatakan sekali kedudukan deposit itu dari segi undang-undang? Kan perkara-perkara macam ni mainan bagi SPRM. Takkan itu pun nak kena tunggu sebulan juga?

Soal pendirian SPRM itu diterima atau tidak dengan lapang dada itu soal lain, rakyat mahu tahu dulu sekarang kedudukannya, adakah ia melanggar undang-undang atau tidak?

Rakyat mahu tahu jika ada klausa-klausa tertentu yang tidak menyabitkan sebarang kesalahan bagi seorang PM menerima derma bernilai RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi.

Sebab setahu kita, kalau menerima derma hamper sekalipun, orang dah pandang semacam!

Kemudian persoalan income tax seperti yang disebut chedet - 17. Soal yang saya ingin tanya ialah apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah bertindak dengan kuasa yang diberi kepadanya ke atas wang sebanyak RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Sri Najib.

Bukankah kena cukai derma itu? Adakah Najib lari dari cukai dalam soal derma ni? Tak silap dekat 25% tu!

Kalau Tun boleh didenda RM130k atas nilai RM20k oleh pihak LHDN kerana tidak melaporkan pendapatan, tidakkah Najib juga boleh dikenakan tindakan yang sama? Denda 6 kali amaun?!

ATAU segalanya OK dalam kes ini?

Itu belum masuk bab KE MANA PERGINYA RM2.6 bilion itu?! Banyak tu.. yang ini kita sambung artikel lain.

Rata-rata semua orang tak tahu apa-apa masa mula-mula didedahkan oleh WSJ. Ini menunjukkan transaksi itu adalah rahsia. Ingat beberapa hari sebelum Raya Ahmad Husni ada mengeluarkan kenyataan -

Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang 'kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu' tidak timbul.

Nah, tidakkah itu berupa satu fitnah atau menipu rakyat?

Cuma akhir-akhir ini saja baru pro Najib sudah mula memainkan peranan untuk saiko pemikiran rakyat supaya menganggap deposit itu TIDAK APA. Rupa-rupanya sebagai persiapan kepada pengumuman SPRM ini!

Sejak pendedahan SPRM tadi, pro Najib pula yang melalak apa yang kita semua sebut selama ini - Najib tidak pernah menafikan wujud deposit RM2.6 billion itu! Ha ha ha ha...

Sekarang keutamaan pihak berkuasa adalah segera tampil dan berikan pendirian adakah perbuatan menerima RM2.6 bilion derma ke dalam akaun peribadi Najib itu merupakan satu kesalahan atau tidak.

Cuba pro Najib jawab soalan ini - kenapa tidak dari awal lagi Najib mengaku?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com