Tuesday, August 04, 2015

Video Burung Kakak Tua Menyanyi Jadi Viral


Seekor burung kakak tua di Amerika Syarikat menjadi terkenal selepas sebuah video yang menunjukkan haiwan itu menyanyi lagu Everything is Awesome daripada filem The Lego Movie dimuat naik di internet dan menjadi viral.

Princess Yellow Feather sing Everything is Awesome

Aksi burung yang dinamakan sebagai Princess Yellow Feather itu dirakamkan menyanyi dengan penuh semangat di sebuah kedai penjualan burung eksotik, Birds on Safari di Stuart, Florida.

Video itu menunjukkan haiwan itu menyanyi sambil mengembangkan kepaknya dan rancak mengikut rentak lagu.

Burung berwarna hijau dan kuning itu berputar-putar di sangkarnya dan menari di sepanjang rakaman video dengan durasi 14 saat itu.

Terdapat sesetengah pengguna yang tidak percaya dengan kebolehan burung kakak tua itu menyanyi dan menganggapnya sebagai satu penipuan.

“Ia adalah betul!” kata seorang jurucakap Birds on Safari ketika memberi respon kepada orang ramai yang tidak percaya burung itu boleh menyanyi. –Agensi

BACA INI JUGA: Benarkah Burung Cenderawasih Berasal Dari Syurga?


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon