Aug 4, 2015

Kisah Mengharukan Empat-beranak Bermotosikal Balik Kampung

Gambar empat beranak yang pulang ke kampung dengan hanya menunggang motorsikal merupakan antara kisah yang menjadi viral dan menyentuh hati ramai pengguna media sosial sewaktu musim Aidilfitri yang lalu.

Abdullah Firdaus Baharuddin

Seorang lelaki dilihat menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya sebagai pembonceng dari Sepang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perkara tersebut masih lagi menjadi perbualan hangat, dan seorang pengguna Facebook bernama Abdullah Firdaus Baharuddin baru-baru ini menyatakan kegembiraannya kerana dapat bertemu dengan mereka sekeluarga ketika dalam perjalanan pulang ke ibu kota.

Firdaus melalui akaun Facebooknya berkata, “Allahuakbar. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ini tadi otw balik kerja. Family ini yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari Sepang ke Penang.”

Menurut Firdaus, dia terjumpa mereka ketika dalam perjalanan pulang ke Serdang dan walaupun dia dapat mengecam mereka, Firdaus tidak sempat untuk menahan mereka berikutan kesesakan jalan raya.

Difahamkan, pemuda itu kemudian teruskan perjalanan dan menahan mereka berhampiran Putra Heights untuk memberi duit raya kepada tiga kanak-kanak tersebut.

“Saya teruskan perjalanan sampai exit Putra Heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni.

Bagaimanapun, Firdaus sebak apabila ayah mereka yang dikenali sebagai Moza sudi meghulur bantuan kerana beranggapan Firdaus kehabisan minyak ketika dia cuba menahan mereka.

"Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak, motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih."

Abdullah Firdaus Baharuddin [2]

Dalam keadaan kita tengok dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang.

Semoga anak-anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. InsyaAllah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang.

Tindakan Firdaus yang menyatakan kejadian itu menyebabkan kini ramai netizen tampil untuk menghulurkan bantuan kepada Moza dan keluarganya.

Dan walaupun berita ini sudah agak lama berlalu, namun kisah ini begitu menyentuh perasaan, fakta bagaimana ramai lagi sebenarnya insan-insan yang hidup kais pagi makan pagi dikala kita dimomokkan dengan berita 'orang-orang kaya' di Malaysia sekarang ini yang begitu mudah mendapat kekayaan berjuta, berbilion sedang ramai lagi yang miskin dan merana. ~admin

BACA INI JUGA: Betapa Bernilainya 4A 1B Buat Anak Miskin

Sumber: Aastroawani/Abdullah Firdaus

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

Kesian gak aku tgk depa nie...

P/S: Orang atasan pangkat besar tu tak nak derma kat keluarga nie sebijik kereta walaupun sebijik viva kat depa nie? kan banyak dapat derma RM 2.6 bilion katanya...derma-dermalah sikit kat rakyat2 jelata nie...

Macamana nak tahu masalah rakyat, jenguk pun 5 tahun sekali..

Uishhh...makan dalam sungguh nie...hehehe...:-P

Sepang ke penang bukan dekat. Org spt ini tiada dalam hati pemimpin negara

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon