Thursday, July 30, 2015

Rakaman Audio Tangkap Najib Tersebar

Rakaman Audio Tangkap Najib Tersebar

Cuba dengar betul-betul rakaman audio dibawah. Ianya sudah tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak dari semalam lagi.

Tangkap-najib

Ramai yang mengatakannya itu adalah suara seorang pemimpin UMNO yang memegang jawatan Menteri Besar.

Download audio mp3 di SINI.

Dan ianya juga telah dinafikan oleh MB tersebut.

Berikut antara transkrip rakaman itu:

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan suara rakaman audio yang tersebar luas di laman media sosial mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah miliknya kerana terdapat kesilapan fakta dalam rakaman audio itu membabitkan dirinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Moahamad berkata individu dalam rakaman audio itu mengakui dirinya merupakan anak kepada seorang guru, sedangkan bapanya bukan seorang guru.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

"Saya ingin menegaskan, saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu," kata Mohamad, dalam kenyataannya.

Beliau berkata, penyebaran rakaman audio yang cuba mengaitkan dirinya itu adalah satu fitnah berniat jahat dan cuba melaga-lagakan kepimpinan Umno.

"Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

"Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti Umno mahupun dalam kerajaan," kata Mohamad.

"Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya."

Rakaman audio berdurasi 1.54 minit itu mengandungi suara seorang individu yang mempersoalkan tindakan Najib berhubung isu siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara inti pati rakaman audio itu adalah individu berkenaan mempersoalkan tindakan siasatan yang dikenakan terhadap beberapa individu, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya bukan nak menyebelahi Muhyiddin, mana-mana pihak, tapi dia cakap tu pun ada fakta, betul, dia kata kesilapan dilakukan, 'just apologise', kita akan bersama dia bukan kita minta dia berhenti, letak jawatan.

"Betulkan balik, jom sama-sama 'repair'. Macam (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) tanya, 'simple', dia tak tanya apa, duit tu pegi mana, itu sahaja, apa yang Najib susah sangat, duit ini aku dah terpakai, salah 'manage', dah tersilap habis cerita. Mahathir nak tanya itu je.

"Yang ditangkapnya 'office boy', 'despatch', 1MDB. Ya Allah.

"Muhyiddin kata tu betul, kenapa tak tangkap orang yang disyaki, yang ditangkapnya tak bersalah, yang buat onar orang kata Najib, tangkaplah Najib, siasatlah Najib. Ini yang dituduh tak ditangkap, yang disyaki disiasat.

"Apa 'standard office boy' nak buat kerja RM42 bilion ini...macam tak logik. Ini mendatangkan kemarahan rakyat. Rakyat zaman ni tak bodoh. Zaman mak bapak kita bodohlah. Zaman itu tiada komputer..." kata suara rakaman audio itu. ~The Malaysian Insider

Sekali dengar macam suara dia, tapi jangan cepat percaya sebab rakaman suara saja, ramai yang boleh meniru suara orang lain..

Lagipun individu yang bersuara seperti Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengaku dirinya merupakan anak kepada seorang guru, sedangkan bapa Menteri Besar Negeri Sembilan bukan seorang guru.

Sumber: Darisungaiderhaka

Pengakhiran Sedih Singa Kesayangan Rakyat Zimbabwe

Pengakhiran Sedih Singa Kesayangan Rakyat Zimbabwe

Kematian singa jantan bernama Cecil yang berusia 13 tahun ini ternyata menimbulkan kesedihan buat ramai pencinta haiwan sehinggakan kisah mengenainya menjadi viral khususnya di negara barat.

Cecil

Barang kali, ada yang tertanya-tanya mengapakah haiwan liar bernama Cecil ini begitu popular sehinggakan kematiannya jadi perhatian dunia.

Untuk pengetahuan anda, Cecil diibarat bagai singa selebriti di Taman Negara Hwange, Zimbabwe dan menjadi salah satu haiwan kesayangan para pelancong.

Tidak sekadar itu, Cecil juga bukan sebarangan haiwan liar kerana terlibat dalam projek penelitian bersama Universiti Oxford.

Tragisnya, tiada siapa menduga haiwan kegemaran ramai ini akhirnya dibunuh dengan kejam oleh pemburu gara-gara ingin mendapatkan kulit dan kepalanya yang berharga.

Cecil [2]

Hal itu membuatkan ramai yang berang apatah lagi bila mengetahui Cecil diumpan keluar dari taman negara agar pemburunya dapat membunuh Cecil tanpa didakwa undang-undang perlindungan haiwan.

Berdasarkan siasatan, Cecil dilaporkan mulanya hanya sekadar cedera akibat terkena busur dan anak panah namun kemudian meninggal dunia setelah diburu lagi selama dua hari sebelum ditembak mengunakan pistol.

Apa yang mengejutkan, individu bertanggungjawab membunuh Cecil merupakan seorang doktor gigi dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Walter James Palmer.

Memetik laporan Telegraph, Palmer memberitahu dia tidak tahu menahu singa yang dibunuhnya pada 1 Julai lalu merupakan ‘kegemaran ramai’.

Walter James Palmer

“Pada awal bulan Julai, saya di Zimbabwe dalam perjalanan memburu panah untuk perlawanan besar. Saya turut mengupah beberapa pemburu profesional dan kami mempunyai permit memburu yang sah.

“Saya tidak tahu bahawa singa yang kami bunuh dikenali, kegemaran ramai dan sebahagian daripada kajian sehingga akhir memburu.

"Saya bergantung kepada kepakaran pemandu tempatan yang profesional untuk memastikan memburu ikut undang-undang. Sekali lagi, saya amat kesal dengan perkara ini,” ujarnya.

Palmer kemudiannya dikatakan berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Zimbabwe dan Amerika Syarikat berhubung siasatan namun hingga kini, dia gagal dijejaki. –Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Mngwa Pemangsa Paling Di Geruni Di Afrika

2 Hari Untuk Sahkan Kod BB670 Milik MH370

2 Hari Untuk Sahkan Kod BB670 Milik MH370

LONDON – Kementerian Pengangkutan Malaysia memerlukan masa sehingga dua hari untuk mengesahkan sama ada kod BB670 yang ditemui pada satu serpihan hanyut di pantai pulau Reunion sebagai milik pesawat MH370.

MH370

Perkara itu diakui Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang dipetik akhbar berpengaruh Britain, The Guardian susulan penemuan serpihan sayap pengemudi dipercayai daripada bangkai sebuah pesawat.

“Sekumpulan pakar dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS) menyertai wakil dari pengeluar pesawat Boeing akan dihantar bagi menyiasat kesahihan serpihan tersebut,” jelas beliau.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di New York, Amerika Syarikat semalam mengenai sepasukan pakar dari Malaysia bakal dihantar ke Reunion.

“Kita mungkin ambil masa dua hari untuk melengkapkan proses pengecaman bangkai sekali gus mengesahkan sama ada BB670 itu memang benar adalah serpihan yang berasal daripada MH370,” ujar Abdul Aziz lagi.

Mengulas lanjut katanya, sebaik menerima maklumat daripada pihak berkuasa Perancis yang mentadir pulau peranginan di Lautan Hindi itu, kementerian berkenaan segera membentuk pasukan penyiasat pergi ke sana.

Malah, pasukan DCA dan MAS dijangka bekerjasama rapat dengan Bureau d’Enquetes et d’Analyses (BEA), sebuah agensi siasatan nahas udara di bawah kerajaan Perancis bagi menyemak kesahihan serpihan tersebut.

Bagaimanapun menurut laporan agensi berita antarabangsa Reuters yang tersebar luar di seluruh dunia, Abdul Aziz telah difahamkan ketua penyiasat kes berkenaan mengesahkan BB670 itu kemungkinan besar milik MH370.

Keyakinan tinggi tersebut turut berdasarkan kepada rupa bentuk serpihan itu yang disebut dalam bahasa teknikal sebagai flaperon kerana ia memang direka khas hanya untuk dipasang pada model Boeing 777-200 sahaja.

Secara kebetulan cuma ada sebuah sahaja kapal terbang jenis model itu yang terlibat dalam nahas udara di dunia sepanjang tahun lalu iaitu 9M MRO iaitu nombor pendaftaran badan untuk penerbangan MH370 milik MAS.

Serpihan sepanjang 2.7 meter itu dijumpai di pantai Saint-Andre di timur pulau Reunion dan siasatan awal pakar penerbangan Perancis, Xavier Tytelman mengesahkan ia hampir menyerupai flaperon daripada MH370.

Waris Gembira, Tunggu Serpihan Dibuktikan Dari MH370

Kaylene Mann

Kaylene Mann (kanan), salah seorang waris mangsa nahas pesawat MH370 yang kehilangannya mencetuskan misteri selama ini menyifatkan perkembangan terbaharu dipercayai ada kaitan dengan pesawat tersebut adalah berita yang menggembirakan.

Ulasan itu dibuat berikutan penemuan serpihan dipercayai ada kena mengena dengan pesawat Boeing 777 MH370 di Reunion Island.

“Berita itu sedikit menggembirakan hati tapi selagi tidak dibuktikan, ianya masih bukan apa-apa. Kita perlu tunggu sehingga apa yang difikirkan itu terbukti,” kata Kaylene yang berada di Brisbane ketika dihubungi Fairfax Media.

Kaylene kehilangan abang dan kakak iparnya, Rodney dan Mary Burrows yang berada dalam senarai penumpang MH370 ketika ianya dilaporkan terputus hubungan dari menara kawalan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan pada 8 Mac 2014.

Ketika kejadian pesawat Boeing 777 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Selepas kehilangan waris dalam tragedi MH370 pada Mac, Kaylene sekali lagi kehilangan anak tiri dan menantunya, Maree Rizk dan Albert dalam tragedi nahas yang juga babitkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 pada Julai 2014.

Mary dan Rodney Burrows
Mary dan Rodney Burrows.

Kaylene kehilangan abang dan kakak iparnya, Rodney dan Mary Burrows yang berada dalam senarai penumpang MH370 ketika ianya dilaporkan terputus hubungan dari menara kawalan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan pada 8 Mac 2014.

Ketika kejadian pesawat Boeing 777 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.

Selepas kehilangan waris dalam tragedi MH370 pada Mac, Kaylene sekali lagi kehilangan anak tiri dan menantunya, Maree Rizk dan Albert dalam tragedi nahas yang juga babitkan pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 pada Julai 2014.

Malaysia Hantar Pasukan Untuk Pastikan Serpihan Milik MH370

Malaysia sudah mengirim satu pasukan pakar ke Pulau Reunion di Lautan Hindi untuk memastikan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di sana, milik Malaysia Airlines penerbangan MH370.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan hari ini berkata pasukan itu dianggotai pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines dan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia untuk MH370.

“Kami juga berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini,” tambah kenyataan itu.

Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini yang berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.

Kementerian Pengangkutan berkata ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian sehingga terdapat bukti sahih serpihan tersebut milik pesawat yang hilang itu.

Kementerian itu menjelaskan ia akan membuat pengumuman sebaik semua bukti dapat disahkan.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Jan tahun ini, DCA mengumumkan kehilangan pesawat itu sebagai kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, dan semua 239 orang di dalamnya dianggap terkorban.

BACA INI JUGA: Tragedi MH370, MH17 Dan QZ8501 Angkara Siapa?

Sumber: Mynewshub/BERNAMA

Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz Kena Serangan Jantung?

Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz Kena Serangan Jantung?

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti yang dikhabarkan sesetengah pihak.

Gabenor Bank Negara

Jurucakap Bank Negara memberitahu China Press, Zeti bekerja di Bank Negara seperti biasa dan tidak diwadkan seperti yang dikhabarkan.

"Tidak, Zeti tidak mengalami serangan jantung. Beliau dalam keadaan baik," kata jurucakap yang tidak dinamakan itu.

Menurut jurucakap tersebut, Zeti tidak hadir di Bank Negara pada pagi Isnin, tetapi memulakan kerja di pejabat pada sebelah petang.

Zeti sehari dua ini juga menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman Bank Negara sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau dalam keadaan tidak sihat.

UPDATE

KPN nafi Gabenor Bank Negara disiasat

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya melakukan siasatan terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

“Siapa cakap polis siasat kerana setahu saya tiada sesiapa yang siasat ke atasnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan Pingat Kedaulatan Negara kepada 262 pegawai dan anggota, di Cheras, di sini hari ini. -Utusan

BACA INI JUGA: Rosmah Mansor Arah Bank Negara Siasat Isu RM2 Juta!

Sumber: MalaysiaGazette

Video Muhyiddin Kata Najib Akui RM2.6 Bilion Masuk Akaun Peribadi

Video Muhyiddin Kata Najib Akui RM2.6 Bilion Masuk Akaun Peribadi

Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian semalam.

Najib RM2 bilion

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?" soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya, mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini (semalam).

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas)... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?


Sumber: Darisungaiderhaka

Wednesday, July 29, 2015

'Najib Tak Ubah Seperti Maharaja'

'Najib Tak Ubah Seperti Maharaja'

Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim melihat bahawa Perdana Menteri, Najib Razak kini tidak ubah seperti seorang maharaja yang sanggup membuat apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab.

Najib Seperti Maharaja

Oleh itu, Najib perlu digantikan dengan calon lain yang lebih sesuai, katanya yang mengumpamakan perdana menteri seperti seorang maharaja Perancis, Louis XIV.

“Oleh itu, Najib adalah maharaja Malaysia yang pertama. Memang pun dia berlagak seperti maharaja. Beliau sangat kaya sebab, seperti Louis XIV, beliau mewarisi kekayaan yang besar, seperti didakwa pejabatnya.

“Bila adik beradiknya terpaksa jelaskan bahawa arwah bapa mereka – perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – bukan seorang yang kaya, Najib tidak pula menjelaskan bagaimana sebenarnya beliau mendapat duit.

“Beliau tidak beritahu rakyat jumlah kekayaannya, kerana seperti juga seorang maharaja, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun,” kata Zaid.

Selain itu, Najib tidak berminat untuk menjelaskan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Zaid.

“Bila pengawal keselamatannya bunuh seorang wanita dari Mongolia dan meletupkan jasadnya hingga berkecai, beliau tidak berasa bahawa perlu ditanya sebabnya.

“Beliau tidak berminat langsung untuk menjelaskan perkara pelik ini padahal semua orang ingin tahu sebab pembunuhan itu berlaku.

“(Najib) hanya berminat untuk bersumpah dengan nama tuhan bahawa beliau tidak mengenali (Altantuya).

“Dengan lagak seorang maharaja, beliau tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya, dan seterusnya, para pengawalnya itu,” tambahnya.

Dalam tulisannya di blog zaid.my, bekas MP Kota Bharu itu seterusnya membangkitkan mengenai isu pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kata Zaid, Najib masih belum menjelaskan mengenai hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion.

"Tapi dia tidak perlu menjawab persoalan mengenai 1MDB kerana beliau seorang maharaja,” kata Zaid.

Sumber: Malaysiakini

5 Persitiwa Paling Pelik Di Malaysia Minggu Ini

5 Persitiwa Paling Pelik Di Malaysia Minggu Ini

Ketika Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sedang menarik perhatian dunia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), persoalan wang dalam akaun peribadi, aset anak isterinya dan tindakan sesetengah pemimpin Umno yang mempersoal kepemimpinannya, Najib Razak semalam menampakkan ‘belang’.

Konspirasi

Menduduki kerusi Perdana Menteri pada 2009 selepas ‘turut memberi tekanan’ kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya meninggalkan Putrajaya, Najib semalam mengumumkan ‘pemecatan’ beberapa menteri kanan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat-kuasa esok (hari ini).

Namun yang pelik, menghairankan dan amat jarang berlaku sebelum ini adalah pengumuman rombakan Kabinet itu berlaku hampir serentak dengan empat berita mengejutkan lain yang diandaikan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Isu hutang oleh 1MDB berjumlah RM42 bilion yang dikawal sendiri oleh Najib, isu wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi beliau dan isu RM2 juta didakwa masuk ke akaun isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, selain persoalan mengenai dari mana anak tirinya memperoleh jutaan ringgi bagi membiayai filem lucah, menghampiri kemuncaknya apabila kerajaan cuba menutup mulut pemimpin dan rakyat daripada bersuara.

Tidak boleh dinafikan bahawa kelima-lima ‘peristiwa pelik’ itu telah membawa kepada persepsi rakyat bahawa kerajaan di bawah kepemimpinan Najib sekarang ini sedang berusaha ‘mematahkan’ serangan terhadap beliau.

1. Rombakan Kabinet (Pemecatan Muhyiddin dan isu 1MDB)



Mula menduduki kerusi TPM pada 10 April 2009, semua orang tahu Muhyiddin yang dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada Islam, malah bapanya yang juga seorang ulama, tidak takut untuk mempertahankan kebenaran.

Muhyiddin yang sebelum ini pernah dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai TPM tetapi ditolak oleh Najib, mula menyuarakan pandangannya sebagai Timbalan Presiden yang bertanggungjawab terhadap parti Umno dan sebagai TPM yang perlu bertanggungjawab kepada negara serta rakyat.

Kita yakin sebagai TPM, bukannya Muhyiddin tidak mengetahui mengenai isu dan masalah yang menimpa 1MDB sebelum ini, namun demi menjaga Najib sebagai boss dan rakan, beliau dipercayai lebih banyak mendiamkan diri.

Sehinggalah isu 1MDB semakin panas dan kemudian dikaitkan pula dengan laporan The Wall Street Journal bahawa kira-kira RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Najib, serta laporan mengatakan RM2 juta masuk ke akaun peribadi isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Muhyiddin mula memberi nasihat kepada Perdana Menteri, namun tidak dipedulikan.

Akhirnya, Muhyiddin mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap 1MDB secara umum dalam perjumpaan dengan ahli Umno sama ada secara tertutup atau terbuka dan dalam Kabinet. Kita yakin beliau tidak membuat kritikan dan menyerang secara terus Perdana Menteri atau keluarganya.

Kita menganggap tidaklah berat sangat kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB dan nasihat kepada Najib sehingga Perdana Menteri begitu kejam ‘mematikan’ karier politik orang yang selalu membelanya.

2. Penamatan khidmat Gani Patail sebagai Peguam Negara (Siasatan terhadap 1MDB)



Alasan yang diberi ialah kerana Gani menghadapi masalah kesihatan. Tidak dinafikan Gani mempunyai masalah kesihatan, namun rata-rata orang ramai melihat tindakan itu ada kaitan dengan siasatan Pasukan Petugas Khas ke atas 1MDB, yang dipercayai memperoleh banyak maklumat mengelirukan mengenai berbilion-bilion wang yang dipinjam daripada bank tempatan dan luar.

Apa yang memeranjatkan ialah pendedahan oleh The Wall Street Journal yang memetik laporan Pasukan Penyiasat Khas itu mendedahkan berlaku aliran wang tunai ke dalam akaun Najib berjumlah RM2.6 bilion.

Najib walaupun sudah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan, namun masih tidak menjawab sama ada betul atau tidak wang berkenaan berada di dalam akaun beliau. Ya atau tidak!

Malah, ada dakwaan bahawa Gani sudah mempunyai maklumat lengkap dan bercadang mengenakan tuduhan terhadap Najib. Pasukan Penyiasat Khas itu turut dianggotai SPRM, Gabenor Bank Negara, dan PDRM dan kerap menyiarkan kenyataan mengenai siasatan mereka.

Khidmat Gani akhirnya ditamatkan. Adakah Pasukan Penyiasat Khas juga terpaksa menghentikan siasatan mereka atau menyerahkan semua dokumen siasatan kepada Najib?

3. PMSP lapor SPRM mengenai 1BestariNet (Pembabitan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran)



Secara tiba-tiba sahaja, PMSP semalam membuat aduan kepada SPRM supaya menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

Dalam kenyataan kepada media selepas mengemukakan laporan itu, Penasihat Ekonomi PMSP, Suud Ridzuan dilaporkan meminta Muhyiddin mengambil cuti rehat sehingga siasatan SPRM ke atas projek itu selesai.

“Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar,” kata Suud.

Mungkin, Suud tidak mengetahui bahawa RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB adalah wang rakyat dan jumlahnya lebih besar daripada RM663 juta.

Namun, kita hairan kenapa pertubuhan yang mempunyai minda prihatin itu tidak membuat aduan terhadap Najib selepas dakwaan mengatakan RM2.4 bilion wang 1MDB yang juga wang rakyat masuk ke akaun peribadi Najib.

Jika PMSP menggesa Muhyiddin berehat kerana kata mereka kes itu melibatkan wang rakyat yang jumlahnya sangat besar, wajar juga mereka menggesa Najib supaya berehat kerana wang yang dikawal oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan ‘pengawal’ 1MDB adalah berkali-kali ganda besarnya – bukan juta tapi bilion.

Apabila Muhyiddin sudah menjadi rakyat biasa (kecuali masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno dan Ahli Parlimen), mudahlah siasatan dijalankan ke atas beliau.

4. Pelantikan Pengerusi PAC sebagai timbalan menteri (Siasatan terhadap 1MDB)



Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah Pengerusi PAC yang kini sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan wang oleh 1MDB yang dikawal oleh Najib.

Adakah, pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (satu portfolio penting) adalah usaha untuk memperlahankan siasatan PAC ke atas 1MDB?

Ini kerana pelantikan anggota PAC perlu dibuat di Parlimen sedangkan sidang Dewan Rakyat sesi akan datang masih lambat lagi.

Sudah diketahui ramai bahawa 1MDB membuat hutang daripada bank tempatan dan luar negara paling besar dalam sejarah Malaysia iaitu kira-kira RM42 bilion. Wang yang dipinjam itu pula kini dikatakan tidak dapat dikesan.

Pastinya siasatan PAC terhadap 1MDB tergendala apabila Nur Jazlan berkata beliau akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC selepas dilantik sebagai timbalan menteri.

Siapa yang akan meneruskan siasatan apabila ‘kepala’ PAC dan Pasukan Penyiasat Khas (Gani) tiada?

5. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru



Apa pula kaitan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dalam hal siasatan terhadap 1MDB atau Najib? Memang agak sukar untuk dikaitkan, namun perlu diingat bahawa peranan SB dalam sebarang siasatan kes tidak boleh diketepikan apa lagi dalam isu-isu yang besar dan mengancam keamanan negara.

Namun, mungkinkah hanya kebetulan Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri baharu yang akan memulakan tugas rasminya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan pelantikan Mohamad Fuzi Harun sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara?

Sumber: Ismaweb.net

Facebook Najib Dibanjiri Mesej #najibletakjawatan

Facebook Najib Dibanjiri Mesej #najibletakjawatan

Laman Facebook Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah dibanjiri dengan mesej "#najibletakjawatan" sejak semalam, selepas beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

#najibletakjawatan

Dalam posting Najib mengenai kabinet barunya, ruangan komen telah dibanjiri hampir keseluruhannya dengan mesej yang sama, #najibletakjawatan.

Sehingga pagi ini, terdapat sejumlah 34,952 komen, kebanyakan dengan hashtag #najibletakjawatan.

#najibletakjawatan [2]

Post ini juga mendapat 16,926 'likes'.

Beberapa penyokong Najib berusaha untuk menangani kebanjiran spam itu dengan hastag "#WeSupportYouNajibRazak".

Sumber: Malaysiakini.com

'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'

'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'

Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bermain madah lagi petang ini (semalam) dan menariknya ia berlaku pada hari sama rombakan kabinet diumum perdana menteri yang menyaksikan seorang ahli politik Johor tersingkir.

TMJ

Seperti sifat beliau yang suka berkias, Tunku Ismail berkata, seseorang yang sedang berdepan dengan keadaan "lemas" akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri.

Langkah itu, kata status di Facebook, termasuklah menggapai "najis".

Memuatkan kenyataan itu secara soal jawab dengan "wartawan" Tunku Ismail ditanya pandangannya mengenai FAM.

"Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?" tanya wartawan.

Soalan itu dijawab dengan bersahaja oleh TMJ: "Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai."

TMJ [2]

Walaupun itu adalah reaksi Tunku Ismail mengenai FAM, soalan berikutnya daripada wartawan - yang tidak didedahkan identitinya itu - menjadi jawapan beliau lebih menarik.

Wartawan: Apa maksud Tunku?

TMJ: Fikir-fikirkanlah sendiri.

Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?

TMJ: (senyum)... Terima kasih.

Bagaimanapun, status tersebut tidak menjelaskan temu bual tersebut diadakan dengan media mana.

TMJ sebelum ini merupakan antara individu yang kuat mengkritik FAM.

Beliau juga menyahut cabaran untuk bertanding jawatan Presiden FAM pada Kongres Tahunan FAM ke-50 tahun lalu walaupun tewas kepada Tunku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sumber: Malaysiakini.com