Wednesday, July 29, 2015

'Najib Tak Ubah Seperti Maharaja'


Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim melihat bahawa Perdana Menteri, Najib Razak kini tidak ubah seperti seorang maharaja yang sanggup membuat apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab.

Najib Seperti Maharaja

Oleh itu, Najib perlu digantikan dengan calon lain yang lebih sesuai, katanya yang mengumpamakan perdana menteri seperti seorang maharaja Perancis, Louis XIV.

“Oleh itu, Najib adalah maharaja Malaysia yang pertama. Memang pun dia berlagak seperti maharaja. Beliau sangat kaya sebab, seperti Louis XIV, beliau mewarisi kekayaan yang besar, seperti didakwa pejabatnya.

“Bila adik beradiknya terpaksa jelaskan bahawa arwah bapa mereka – perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – bukan seorang yang kaya, Najib tidak pula menjelaskan bagaimana sebenarnya beliau mendapat duit.

“Beliau tidak beritahu rakyat jumlah kekayaannya, kerana seperti juga seorang maharaja, beliau tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun,” kata Zaid.

Selain itu, Najib tidak berminat untuk menjelaskan mengenai motif pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Zaid.

“Bila pengawal keselamatannya bunuh seorang wanita dari Mongolia dan meletupkan jasadnya hingga berkecai, beliau tidak berasa bahawa perlu ditanya sebabnya.

“Beliau tidak berminat langsung untuk menjelaskan perkara pelik ini padahal semua orang ingin tahu sebab pembunuhan itu berlaku.

“(Najib) hanya berminat untuk bersumpah dengan nama tuhan bahawa beliau tidak mengenali (Altantuya).

“Dengan lagak seorang maharaja, beliau tidak perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya, dan seterusnya, para pengawalnya itu,” tambahnya.

Dalam tulisannya di blog zaid.my, bekas MP Kota Bharu itu seterusnya membangkitkan mengenai isu pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kata Zaid, Najib masih belum menjelaskan mengenai hutang 1MDB sebanyak RM48 bilion.

"Tapi dia tidak perlu menjawab persoalan mengenai 1MDB kerana beliau seorang maharaja,” kata Zaid.

Sumber: Malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon