Thursday, July 30, 2015

Pengakhiran Sedih Singa Kesayangan Rakyat Zimbabwe


Kematian singa jantan bernama Cecil yang berusia 13 tahun ini ternyata menimbulkan kesedihan buat ramai pencinta haiwan sehinggakan kisah mengenainya menjadi viral khususnya di negara barat.

Cecil

Barang kali, ada yang tertanya-tanya mengapakah haiwan liar bernama Cecil ini begitu popular sehinggakan kematiannya jadi perhatian dunia.

Untuk pengetahuan anda, Cecil diibarat bagai singa selebriti di Taman Negara Hwange, Zimbabwe dan menjadi salah satu haiwan kesayangan para pelancong.

Tidak sekadar itu, Cecil juga bukan sebarangan haiwan liar kerana terlibat dalam projek penelitian bersama Universiti Oxford.

Tragisnya, tiada siapa menduga haiwan kegemaran ramai ini akhirnya dibunuh dengan kejam oleh pemburu gara-gara ingin mendapatkan kulit dan kepalanya yang berharga.

Cecil [2]

Hal itu membuatkan ramai yang berang apatah lagi bila mengetahui Cecil diumpan keluar dari taman negara agar pemburunya dapat membunuh Cecil tanpa didakwa undang-undang perlindungan haiwan.

Berdasarkan siasatan, Cecil dilaporkan mulanya hanya sekadar cedera akibat terkena busur dan anak panah namun kemudian meninggal dunia setelah diburu lagi selama dua hari sebelum ditembak mengunakan pistol.

Apa yang mengejutkan, individu bertanggungjawab membunuh Cecil merupakan seorang doktor gigi dari Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Walter James Palmer.

Memetik laporan Telegraph, Palmer memberitahu dia tidak tahu menahu singa yang dibunuhnya pada 1 Julai lalu merupakan ‘kegemaran ramai’.

Walter James Palmer

“Pada awal bulan Julai, saya di Zimbabwe dalam perjalanan memburu panah untuk perlawanan besar. Saya turut mengupah beberapa pemburu profesional dan kami mempunyai permit memburu yang sah.

“Saya tidak tahu bahawa singa yang kami bunuh dikenali, kegemaran ramai dan sebahagian daripada kajian sehingga akhir memburu.

"Saya bergantung kepada kepakaran pemandu tempatan yang profesional untuk memastikan memburu ikut undang-undang. Sekali lagi, saya amat kesal dengan perkara ini,” ujarnya.

Palmer kemudiannya dikatakan berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Zimbabwe dan Amerika Syarikat berhubung siasatan namun hingga kini, dia gagal dijejaki. –Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Mngwa Pemangsa Paling Di Geruni Di Afrika

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon