Wednesday, July 29, 2015

'Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai'


Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bermain madah lagi petang ini (semalam) dan menariknya ia berlaku pada hari sama rombakan kabinet diumum perdana menteri yang menyaksikan seorang ahli politik Johor tersingkir.

TMJ

Seperti sifat beliau yang suka berkias, Tunku Ismail berkata, seseorang yang sedang berdepan dengan keadaan "lemas" akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri.

Langkah itu, kata status di Facebook, termasuklah menggapai "najis".

Memuatkan kenyataan itu secara soal jawab dengan "wartawan" Tunku Ismail ditanya pandangannya mengenai FAM.

"Tunku, ada sebarang komen berkenaan bolasepak atau FAM?" tanya wartawan.

Soalan itu dijawab dengan bersahaja oleh TMJ: "Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai."

TMJ [2]

Walaupun itu adalah reaksi Tunku Ismail mengenai FAM, soalan berikutnya daripada wartawan - yang tidak didedahkan identitinya itu - menjadi jawapan beliau lebih menarik.

Wartawan: Apa maksud Tunku?

TMJ: Fikir-fikirkanlah sendiri.

Wartawan: Adakah ini berkenaan bola sepak ataupun berkenaan isu-isu yang lain?

TMJ: (senyum)... Terima kasih.

Bagaimanapun, status tersebut tidak menjelaskan temu bual tersebut diadakan dengan media mana.

TMJ sebelum ini merupakan antara individu yang kuat mengkritik FAM.

Beliau juga menyahut cabaran untuk bertanding jawatan Presiden FAM pada Kongres Tahunan FAM ke-50 tahun lalu walaupun tewas kepada Tunku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sumber: Malaysiakini.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon