Tuesday, July 14, 2015

Rosmah Mansor Arah Bank Negara Siasat Isu RM2 Juta!


Dalam entri terbarunya diblog, Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan tempoh 72 jam yang diberikan peguam isteri PM Najib kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya.

ZamZeti

Bagaimana isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerintahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya?

Tindakan dibuat selepas pembocoran akaunnya di Affin Bank yang mengesahkan beliau menerima RM2 juta sebagaimana yang ditulis Sarawak Report.

Dan apa yang dilakukannya menimbulkan pelbagai persepsi.

Arahan 'Perdana Menteri' Sebenar Malaysia

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat apabila akaunnya di Afffin Bank yang dikatakan menerima simpanan RM2 juta terdedah. Beliau mahu pembocoran itu disiasat dalam masa 72 jam.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu.

Rosmah memang mempunyai akaun di bank itu sejak 1984 ketika beliau bekerja dengan Island & Peninsular Sdn Bhd, tetapi sama ada benar atau tidak, kemasukan simpanan RM2 juta itu dipersoalkan oleh orang ramai.

Hanya atas kewujudan akaun itu, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya, Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya kurang arif apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerintahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?

Pada pandangan saya, integriti dan reliability Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa yang ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.

Soal yang berbangkit sekarang kenapa Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?

Jika alasannya masih dalam siasatan maka kenaapa tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat penyiasatan?

Sentimen saya kepada Dr. Zeti sama seperti sentimen saya kepada bapanya Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunya Kak Azah (Allahyarhamah ) sebagai budayawan negara tersuhur yang mendorog saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untuk Yayasan Tun Abdul Razak.

Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible ~Zamkata

Dalam masa yang sama, tindakan Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara membuktikan biarpun dia hanya isteri seorang Perdana Menteri, beliau seolah-olah lebih berkuasa dari Perdana Menteri.

Tak Terkejut

Nazri-rosmah

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Abdul Aziz mempertahankan RM2 juta yang dilaporkan didepositkan ke dalam akaun bank Rosmah Mansor sebagai 'telus dan sah di segi undang-undang'.

Jumlah wang yang didepositkan itu mempunyai rekod bank berkomputer untuk semakan, dan oleh itu ia adalah telus, mengikut undang-undang dan bukan menyalahgunakan kuasa, kata Nazri.

Dalam respon kepada Sin Chew Daily di Kuala Kangsar, Nazri berkata ia tidak sepatutnya memeranjatkan jika Rosmah, sebagai isteri perdana menteri, mempunyai RM2 juta dalam akaun bank beliau.

Sebaliknya, kata menteri itu, ia hanya memeranjatkan jika akaun itu hanya ada RM5,000.

Rosmah juga sering menyumbang kepada kumpulan yang kurang bernasib baik, atas nama isteri perdana menteri untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Inilah ketelusan yang rakyat mahu," katanya sambil menambah beliau berharap rakyat tidak keliru apabila ada ketelusan dan fikir ia rasuah.

*Nazri patut terkejut kerana gaji Najib hanyalah RM22K sebulan. Macamana boleh terkumpul RM2 juta? Diorang tak makan nasik langsung ke selama ni? Patutlah kurus kering PM Rosmah..;)

BACA INI JUGA: Najib dan 1MDBnya Memalukan Negara Sendiri, Tun Mahathir

Sumber: Darisungaiderhaka/Malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon