Sunday, July 26, 2015

Manfaat Makan Tembikai Untuk Kaum Lelaki

Manfaat Makan Tembikai Untuk Kaum Lelaki

Buah berwarna merah kaya air dan serat ini bukan hanya segar dimakan semasa cuaca panas tetapi juga boleh menghilangkan dahaga dan boleh menurunkan tekanan darah tinggi.

Manfaat Makan Tembikai

Ada banyak buah yang mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk badan, namun hanya beberapa buah yang spesifik sangat baik untuk kesihatan lelaki, salah satunya adalah buah tembikai.

Manfaat yang boleh diperoleh lelaki jika makan tembikai, seperti berikut..

Kesihatan Prostat

Tembikai mengandungi banyak lycopene, dan lycopene berperanan sebagai antioksidan yang menjaga kesihatan kulit, jantung dan kantung prostat.

Sebuah ujian yang dilakukan oleh doktor di The University of Illinois di Chicago yang memberikan pengambilan lycopene dalam masa tiga minggu secara berkala kepada pesakit prostatektomi.

Hasil ujian menunjukkan bahawa ada pembaikan kerosakan pada tisu prostat. Pengambilan tembikai untuk lelaki normal pula berfungsi mencegah kanser prostat dan gangguan di bahagian tersebut.

Disfungsi Erektil

Kulit tembikai mengandungi phyto-nutrien yang sangat tinggi bernama citrulline. Citrulline boleh membantu mengendurkan saluran darah di bahagian organ pembiakan sehingga aliran darah lancar.

Citrulline dapat meningkatkan kadar oksida nitrik sehingga aliran darah lancar ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian Mr P.

Jadi, jangan hanya makan buahnya saja, kulit tembikai juga mempunyai manfaat. Anda boleh mengambil bahagian yang putih dan jadikan jus untuk diminum.

BACA INI JUGA: Buah Dan Sayuran Segar Penghalau Penyakit

Sumber: Gabancomel

Hukum Menyertai Dan Mengadakan Pertandingan Memancing

Hukum Menyertai Dan Mengadakan Pertandingan Memancing

Apakah hukumnya menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah termasuk dalam kategori judi?

Pertandingan memancing

Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.

Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?

Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.

Dua keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini. Pertamanya kerana menyertai pertaruhan,yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut.

Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.

Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.

Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa, "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).

Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie.

Firman Allah yang bermaksud, "Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (al-Maidah: 90)

Para mufassir di dalam memberi makna menegaskan bahawa, al-maisir (judi) di dalam ayat di atas merangkumi semua jenis pertaruhan (al-qimar).

Jumhur ulama berpendapat bahawa semua jenis pertaruhan (al-qimar) adalah haram mengikut Islam.

Yang dimaksudkan pertaruhan (al-qimar) itu ialah dua pihak atau lebih masing-masing mengeluarkan wang atau harta, kemudian pihak yang bernasib baik akan memperoleh wang itu, sementara yang tidak bernasib baik akan menanggung kerugian (hangus wang pertaruhannya).

Sedangkan Islam menegah unsur-unsur penindasan ke atas orang lain biarpun duit ditaruhkan atas nama yuran penyertaan dan pengurusan.

Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian.

Walau bagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.

Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:

1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).

2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya, "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."

Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.

Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.

Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:
  1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
  2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
  3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
  4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
  5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram.
(Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).

BACA INI JUGA: Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing


Sumber: Halaqah

Saturday, July 25, 2015

Tahukah Anda Siapa Yang Mencipta Tuala Wanita?

Tahukah Anda Siapa Yang Mencipta Tuala Wanita?

Pernahkah anda terfikir, siapa yang mencipta tuala wanita yang digunakan oleh kaum Hawa ketika 'lampu merah' tiba setiap bulan?

Tuala Wanita

Menurut sejarah, kesedaran tentang perlunya tuala wanita mula wujud sejak zaman Mesir kuno.

Ketika itu, wanita menggunakan daun papirus yang dilembutkan dan dibentuk seperti tampon yang digunakan pada masa kini.

Pada zaman tamadun Yunani, golongan wanita mula menggunakan bahan-bahan seperti kapas, serat sayuran dan rumput kering yang dimasukkan ke dalam beg berbentuk seperti poket panjang kemudian diikat pada pangkal paha.

Sekitar tahun 1867, 'mentsrual cup' yang dimasukkan ke dalam beg kecil lalu diikat pada pinggang telah dicipta.

Waktu itu, hanya wanita golongan atasan sahaja yang mampu menggunakan 'mentsrual cup' kerana harganya yang mahal.

Bagi wanita golongan bawahan pula hanya menggunakan kain kecil yang boleh dibasuh dan digunakan semula.

Ciptaan tuala wanita pakai buang yang pertama berasal daripada kapas pembalut luka ciptaan Benjamin Franklin. Pada mulanya ia digunakan untuk menyelamatkan askar yang luka terkena tembakan.

Ia bukanlah 100 peratus dari kapas, sebaliknya dihasilkan menggunakan serbuk kayu pulpa yang dilunturkan sehingga menjadi warna putih.

Jururawat yang melihat bagaimana pembalut luka itu mampu menyerap darah dengan lebih bersih dan berkesan telah menggunakan kapas pembalut luka itu bagi dijadikan tuala wanita.

Pada tahun 1920, Kotex (gabungan nama antara 'cotton' dan 'texture') mula dipasarkan. Ia tuala wanita pakai buang yang pertama berada dipasaran dan menjadi perintis kepada kemunculan jenama lain selepasnya.

Ciptaan tuala wanita terus berinovasi daripada kapas, wool fiber sehinggalah gel untuk memberikan keselesaan kepada penggunanya.

Kini, terdapat pelbagai jenis tuala wanita dipasaran dunia. Anda hanya perlu pilih, beli dan pakai.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Pencipta Gari?

-SENTIASAPANAS.COM

Cara-cara Isteri Menggoda Suami

Cara-cara Isteri Menggoda Suami

Rata-rata suami malah boleh dikatakan semua suami, suka isteri yang seksi dan menggoda. Tetapi hanya untuk mereka sahajalah, jangan pula jadi seksi dan menggoda pada mata masyarakat. Ini namanya mencari nahas!

Menggoda suami
Gambar hiasan.

Jadi, apakah cara menggoda suami yang paling terbaik untuk membuatkan suami anda cair? Adakah dengan mengenakan baju tidur yang seksi atau beraksi manja dan menggoda?

Mungkin berkesan, tetapi agak ‘tak nature’ dan kelihatan dibuat-buat jika anda menggunakan teknik di atas.

Tambahan pula suami sudah pasti dapat meneka apa yang anda ingin lakukan dan ini akan mengurangkan ‘element of surprise’ dalam kehidupan anda.

‘Surprise’ adalah sesuatu yang bagus, terutama dalam hubungan asmara dan aktiviti di ranjang. Oleh itu, jika tiada elemen kejutan, berkuranglah keintiman dalam asmara. Jadi bagaimana?

Berpakaian tetapi seksi

Apa yang dimaksudkan dengan “berpakaian tetapi seksi”? Tidak, saya tidak bermaksud mengenakan baju tidur yang seksi, atau pakaian ketat untuk menggoda suami anda.

Bagaimana jika anda mengenakan baju T-Shirt biasa, sedikit longgar tetapi dalam masa yang sama hanya memakai seluar dalam. Seksi?

Sudah pasti di mata suami anda!

Bayangkan pula sekiranya anda ‘melenggang’ di hadapan suami dengan berpakaian sebegini, dan melakukan aktiviti harian di rumah. Jangan terkejut sekiranya suami anda mengajak anda masuk ke bilik dengan segera. Atau kat dapur pun jadi..

Kejutan di ranjang, Sarapan seks

Bagaimana pula untuk memberi kejutan kepada suami di ranjang? Banyak caranya.

Sebagai contoh anda boleh memulakan pagi hari anda dengan seks sebagai sarapan pagi. Pernah tak anda terfikir untuk bersarapan pagi dengan zakar suami anda?

Jika tak pernah, sudah tiba waktunya untuk anda memasukkan tips ini dalam salah satu cara menggoda suami.

Selepas ini jangan kejutkan suami anda dari tidur, tetapi terus membelai zakar beliau. Apabila beliau membuka matanya, sudah pasti beliau akan terkejut dan menolak. Tetapi dengan segera beliau akan tersenyum dan bertenang apabila melihat apa yang sedang anda lakukan.

Jangan terkejut jika selepas itu anda akan dilayan sebagai permaisuri pada hari tersebut. Ini juga adalah tips yang bagus jika anda inginkan sesuatu daripada suami, beg tangan baru?

Jadi boss atas katil

Jika sebelum ini hanya suami yang mengawal situasi di ranjang dan memberi arahan. Apa kata kali ini anda pula yang mengambil alih tugas suami dan memberi arahan ketika berasmara.

Jangan risau suami anda tidak akan menolak dan akan menurut kata anda. Malahan berani saya katakan beliau akan menyukai apa yang anda lakukan. Sesetengah lelaki suka diarah dan menjadi manja ketika aktiviti seks.

Menjadi isteri seksi setiap masa

Menjadi isteri seksi adalah salah satu cara menggoda suami yang efektif. Seksi adalah sesuatu yang abstrak, terutama bagi kaum lelaki.

Ada lelaki yang meletakkan wanita yang bertubuh montok sebagai amat seksi. Namun ada juga lelaki yang gemarkan wanita yang bertubuh kurus dan langsing. Itu dari segi bentuk fizikal yang memang sukar untuk diubah.

Tetapi terdapat definisi ‘wanita seksi’ yang boleh diamalkan oleh setiap wanita, tidak kira bentuk tubuh fizikal mereka. Seksi yang saya maksudkan di sini ialah perwatakan anda.

Seksi bukan hanya pada bentuk tubuh anda dan bagaimana untuk menjadi isteri seksi dengan menukar perwatakan anda ketika bersama suami?

Tak sesukar seperti yang anda sangkakan. Pertama anda harus tahu yang kaum lelaki adalah kaum yang amat mudah tertarik dengan fizikal wanita.

Bukan sahaja bentuk tubuh, tetapi juga cara wanita tersebut membawa diri mereka. Kaum lelaki juga amat peka terhadap sebarang pergerakan kaum wanita, sama ada pergerakan besar atau kecil.

Oleh itu anda perlu menggunakan dan memanipulasi fakta ini sebaik mungkin.

Sentuhan seksi

Berapa kali sehari anda menyentuh suami anda? Semakin lama semakin berkurangkan?

Sayang sekali kerana setiap sentuhan fizikal antara suami isteri secara tidak langsung akan meningkatkan keintiman hubungan suami isteri, walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pasangan.

Selepas ini cuba sentuh suami anda lebih kerap. Tidak kiralah untuk apa sahaja. Sebagai contoh jika anda berbual dengan suami, apa kata letakkan tangan anda di paha suami sambil bercerita. Atau setiap kali anda ingin bertanyakan sesuatu kepada suami, sentuh lembut bahu suami anda.

Jadikan ini amalam sehingga menjadi kebiasaan kepada anda. Jangan perkecilkan kuasa sentuhan, walaupun bukan sentuhan fizikal di ranjang.

Menggoda suami satu kemestian

Seperti yang dinyatakan pada awal artikel ini, jangan hanya harapkan suami sahaja yang memulakan dulu dan menggoda anda.

Sebagai isteri yang sayangkan suami dan ingin memberi yang terbaik kepada suami, anda perlu mengubah diri anda kepada wanita yang boleh menaikkan nafsu suami, setiap masa.

Mungkin bagi sesetengah isteri hubungan seks dan aktiviti di ranjang bukanlah perkara penting di dalam rumahtangga dan bukan faktor penentu untuk kebahagiaan hubungan suami isteri.

Tetapi anda harus terima fakta yang hubungan seks adalah “antara” faktor penting yang “memainkan peranan” dalam hubungan suami isteri.

Oleh itu saya harap sebagai isteri yang peka dan ingin meningkatkan kebahagiaan rumahtangga anda, cara menggoda suami yang saya berikan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: tpi

Tabiat Pelik Sukar Tidur Malam Tanpa Pengering Rambut

Tabiat Pelik Sukar Tidur Malam Tanpa Pengering Rambut

Tidak boleh tidur lena tanpa bantal peluk atau istilah lainnya 'bantal busuk' mungkin perkara biasa dalam kehidupan sebahagian daripada kita.

Lori Broady Strange Addiction

Namun, bagi wanita, Lori Broady, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk tidur jika tiada bantal peluk. Sebaliknya, dia hanya mahukan pengering rambut beradadi sisinya setiap saat untuk mendapat tidur yang lena.

Pengering rambut biasanya digunakan oleh kaum wanita untuk mengeringkan rambut yang basah. Tetapi bagi Broady yang berasal dari Amerika Syarikat, alat ini sudah menjadi teman tidurnya sejak dia berUmur lapan tahun lagi.

Menurut Broady, sejak kecil dia sebenarnya qemar bermain dengan alat elektrik tersebut dan ia telah menjadi sebahagian daripada hobinya.

Bermula daripada hobi, lama-kelamaan wanita ini menjadi terlalu obses terhadap alat pengering rambut. Alat elektrik itu bukan saja harus berada di sampingnya ketika hendak tidur, tapi pada masa yang sama perlu sentiasa dihidupkan dan dihalakan tepat ke arah Broady.

Tambah pelik, alat itu perlu dihidupkan sepanjang malam sehinggalah dia terbangun daripada tidur pada keesokan hari.

Ekoran hobi peliknya itu, suami dan keluarga Broady sentiasa berwaspada kerana bimbang berlaku litar pintas ketika mereka sedang tidur.

Ini berikutan alat pengering rambut biasanya memerlukan kuasa elektrik yang agak tinggi, 1,200 hingga 1,875 Watt. Justeru, memasang alat dektrik dalam jangka masa lama boleh menyebabkan panas melampau lalu terbakar.

Tapi kenapa Broady berkelakuan aneh seperti itu? Persoalan inilah yang menjadi tanda-tanya di kalangan ahli keluarga Broady.

Tabiat aneh wanita ini kemudian menarik perhatian sebuah program televisyen di Amerika Syarikat. Mereka berminat untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kehidupan aneh Broady.

Rancangan tersebut akhirnya telah disiarkan di televisyen Amerika Syarikat pada tahun 2010 ketika cuti perayaan Krismas. Berdasarkan rancangan dokudrama berjudul, Entertainment Weekly "Hair Dryer Addiction".

Broady menceritakan kembali bagaimana tingkah laku anehnya itu bermula. Ketika zaman kanak-kanak, Broady mempunyai 10 orang adik-beradik.

Mereka merupakan keluarga yang sangat bahagia dan sentiasa berkumpul bersama. Selepas berkahwin, dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya dan keadaan itu menyebabkan Broady menjadi sangat sunyi terutamanya pada waktu malam.

Untuk mengatasi perasaan tersebut, cara terbaik yang dipilih oleh Broady ialah dengan menghidupkan alat pengering rambut. Teknik itu sedikit sebanyak mampu menqhilangkan rasa rindu pada keluarganya.

Walaupun telah berkali-kali dinasihati oleh suami tentang kelakuan peliknya, dia tidak pernah malu dengan hobinya itu malah nekad akan terus melakukannya sehingga dia benar-benar mampu menghilangkan rasa rindunya kepada keluarga.

Menurut Broady, bunyi bising daripada alat pengering rambut itu seolah-olah satu alunan muzik yang merdu. Dia merasa selesa dan selamat apabila mendengar bunyi hembusan angin alat elektrik itu.

Broady mengakui pernah melecur di bahagian lengan dan kedua-dua dadanya akibat alat pengering rambut yang terlampau panas. Ekoran daripada itu, tabiat peliknya telah mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai.

Lori Broady Strange Addiction [2]

Kebanyakan daripada mereka berasa aneh melihat gelagat wanita tersebut. Ada sesetengah daripada mereka pula meluahkan rasa terkejut dan mengandaikan perbuatan itu sebagai tidak waras. Ini kerana, belum pernah ada individu di dunia ini yang menjadikan alat pengering rambut sebagai teman semasa tidur.

Kes-kes seperti ini dikategorikan sebagai psychological soother.

Kebiasaannya pesakit akan menganggap barang-barang yang menjadi ketagihan mereka sebagai penyelamat.

Bagi kes ini, penggunaan alat pengering rambut telah bertindak sebagai satu cara untuk melegakan ketegangan dan memberi ketenangan kepada Broady.

Sindrom ketagih ini bukanlah sesuatu yang anomali. Peliknya di sini kerana pesakit terlalu obses dengan pengering rambut.

Dalam kes sebegini, amat sukar untuk mengubah atau membetulkan persepsi pesakit.

Cuma sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan sahaja kaedah terbaik untuk memulihkan pesakit.

BACA INI JUGA: Misteri Gadis Cantik Tidur 22 Jam Sehari!

-Sentiasapanas.com

Friday, July 24, 2015

Gambar 2 Ekor Anjing Berpelukan ‘Rintih’ Nyawa Diselamatkan Jadi Viral

Gambar 2 Ekor Anjing Berpelukan ‘Rintih’ Nyawa Diselamatkan Jadi Viral

Sekeping gambar menyedihkan 2 ekor anjing yang sedang berpelukan di sebuah pusat perlindungan menjadi viral selepas ia dimuat naikkan di laman sosial facebook.

Gambar Anjing Berpelukan

Gambar tersebut mendapat perhatian umum kerana dua ekor anjing tersebut dikatakan bakal ‘ditidurkan’ buat selama-lamanya kerana tiada orang datang menuntut untuk menjaga kedua-dua anjing tersebut.

Angels Among Us Animal Rescue merupakan kumpulan amal dari Georgia telah memuat naik gambar anjing yang dipanggil Kala dan Kiera itu pada Isnin lalu dengan kapsyen merayu yang menggesa orang ramai untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Gambar Anjing Berpelukan [2]

Ternyata tindakan memuat naik gambar yang menyentuh perasaan orang ramai itu berkesan kerana dalam masa beberapa jam kemudian, seorang veterinar telah tampil untuk mengambil serta membela kedua-dua ekor anjing itu sekali gus menyelamatkan nyawa mereka daripada dimatikan secara baik.

BACA INI JUGA: Video Anak Anjing Comel Teruja Nampak Tuannya

Gambar Anjing Berpelukan [3]

Sumber: Mynewshub.cc

Inilah Punca Sebenar Kenapa Azwan Ali Kerap Cari Pasal

Inilah Punca Sebenar Kenapa Azwan Ali Kerap Cari Pasal

Ini cuma teori Indie. Azwan Ali percaya, jika dia buat pasal, maka akan tampil ramai orang yang melemparkan sumpah seranah terhadap dirinya.

Azwan Ali

Dengan itu dia percaya apabila dirinya disumpah seranah oleh orang ramai, dia akan mendapat pahala.

Yakni, bila dia buat pasal, dia akan dapat 1 dosa. Dalam masa yang sama, beribu-ribu orang maki hamun dia, dosa orang banyak ini akan ditransfer kepada dia secara pukal.

Macam, taipkan Azwan Ali 5, 10 atau 20 dan hantarkan ke nombor 666XXX.

Jadi, dengan beribu-ribu pahala yang dia dapat itu, dia sudah boleh cover 1 dosa yang dia buat mula-mula tadi. Jadi, takde hal kalau 1 dosa kita boleh dapat ribu-ribu pahala daripadanya! Ye ke?

Nampak tak macam mana Skim Cepat Pahala yang dijana oleh Azwan Ali? Dia ni belajar law, bijak mamat ni beb. Hehehe!

Skim ini kita boleh namakan sebagai, Why Walk When You Can Fly! Amacam?

Kalau Azwan Ali dapat tahu teori gua ini, konpom gua kena maki kaw-kaw dengan dia bhai.. Hahaha!

BACA INI JUGA: Semakin Tinggi Tingkat Kesombongan Kita, Semakin Sulit Mengesannya

Sumber: Sinaganaga Lan Benhussain

'Pengajian Tinggi Bidang Keusahawanan Adalah Membazir!'

'Pengajian Tinggi Bidang Keusahawanan Adalah Membazir!'

Kebanyakan mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan akan bertanya, "Adakah saya perlukan ijazah untuk menjadi usahawan berjaya?"

Usahawan berjaya

Terdapat kisah-kisah kejayaan mengenai mereka yang 'gagal' di sekolah dan kolej tetapi berjaya menjadi antara insan terkaya dan berjaya di dunia.

Salah seorang daripada mereka adalah Steve Jobs, yang meninggalkan kolej selepas enam bulan pengajian. Mark Zuckerberg pula gagal meneruskan pengajian pada tahun kedua.

Richard Branson? Beliau tidak pernah menghabiskan pengajian sekolah tinggi.

Jobs adalah pengasas Apple manakala Zuckerberg adalah pengasas Facebook dan Branson pengasas Virgin Group, sebuah syarikat penerbangan.

Menurut pendapat pengasas Insight, ketiga-tiga tokoh berkenaan dikecualikan dalam kisah kejayaan keusahawanan.

Justin Bariso memberitahu, berdasarkan sebuah laporan, kira-kira 51 peratus pemilik perniagaan di Amerika Syarikat (AS) mempunyai ijazah.

Namun begitu, disebabkan yuran kolej, tuisyen dan hutang pengajian yang sentiasa meningkat di samping maklumat semakin bebas diperolehi, nilai sebuah ijazah itu tidak boleh diterima tanpa sebuah penelitian.

Bariso tetap mempercayai keperluan pendidikan, namun beliau tidak menafikan kejayaan usahawan seperti Zuckerberg atau Jobs.

Beliau berpendapat, pengajian ke peringat tertinggi melalui cara 'tradisional' bukanlah satu-satu cara untuk menempa nama dan kejayaan.

Peter Thiel, pengasas bersama PayPal dan pelabur luar untuk Facebook juga mempunyai pendapat yang sama.

Thiel menamatkan pengajian di Universiti Stanford dan mempunyai ijazah yang sesuai untuk satu bidang pekerjaan.

Namun Thiel berpendapat, pengajian tinggi untuk bidang keusahawanan adalah membazir.

“Membazirkan masa anak muda yang sepatutnya membuat lebih banyak perkara yang produktif.

"Untuk sesetengah orang di dalam sesetengah bidang, pengajian kolej mungkin berbaloi untuk mereka bayar," kata Thiel dalam kolumnya di The New York Times.

Sementara itu, Bariso memberitahu bahawa sesetengah pihak berpendapat bahawa pengalaman di kolej itulah yang memberi kebaikan, bukan sahaja ijazah yang diperolehi.

Jadi adakah pergi ke kolej adalah satu-satunya cara untuk menjadi usahawan? Mungkin.

Alternatifnya, anda boleh menjadi pekerja sukarela, atau mengembara dalam negara, atau serata dunia, dan kosnya sama seperti pergi ke sebuah kolej.

Bagaimana pula caranya? Mulakan satu perniagaan. Atau dua perniagaan. Atau tiga perniagaan. Terpulang.

Semuanya berbalik kepada diri sendiri, orang muda perlu membuat keputusan yang betul dalam setiap pilihan yang dibuat.

Sebelum buat pilihan, ingatlah bahawa sekolah dan kolej boleh mengajar banyak benda, tetapi kehidupan mampu ajar lebih banyak lagi.

BACA INI JUGA: 5 Sebab Kenapa Kita Perlu Menyimpan Emas Bermula Sekarang!

Sumber: Sinarharian.com.my

Hanya 4 Syarat Untuk Wanita Masuk Ke Syurga

Hanya 4 Syarat Untuk Wanita Masuk Ke Syurga

Allah SWT telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.

Wanita syurga

Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan serta melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada Allah SWT terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah agama.

Empat syarat tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Melakukan solat lima waktu

Solat merupakan pemisahan antara keimanan dan kekufuran yang haq dan yang bathil. Allah SWT berfirman yang bermaksud: ”Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa) sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)

Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Perumpamaan solat lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua: Puasa di bulan Ramadhan

Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah SWT (maksudnya): ”Kecuali puasa yang dikerjakan untuk-Ku, maka Akulah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku”. Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga: Menjaga maruahnya

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah SWT.

Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba.

Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat.

Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdoa kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keempat: Mentaati perintah suami

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.” (Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Kelebihan Berkahwin Bagi Wanita

Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab.

Kekurangan untuk wanita yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki.

Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah.

Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintu mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat.

Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin akan memiliki pahala yang besar seperti berikut:

1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.

2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.

3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

4. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.

5. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah SAW di Syurga kelak.

7. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala .

8. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah SWT.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, taqwa, berilmu walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan bukan seorang hartawan.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Maksudnya disini bukanlah menjadi satu masaalah bagi lelaki yang telah berkahwin untuk melamar dan mengawini seorang wanita (berpoligami).

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.

Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk Syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Kenapakah Nabi SAW mengatakan ramai ahli Neraka adalah wanita? Apakah salah silapnya yang menjadikan penghuni Neraka majoritinya adalah wanita?
Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Wanita sering tidak bersyukur dengan nikmat rezeki yang dibawa balik oleh suaminya. Suka kepada kemewahan dan perhiasan yang hebat-hebat dan cantik.

2. Wanita sering menderhaka kepada suaminya. Suka membantah dan sentiasa menegakkan pendapatnya tanpa menghiraukan perasaan suami. Wanita yang meminta cerai kerana suaminya bercadang berpoligami adalah satu dosa kerana hak berpoligami adalah hak yang diberikan oleh Islam kepada kaum lelaki.

3. Wanita sering tidak menjaga kehormatan diri seperti suka membuka aurat (tidak bertudung kepala) dan suka berhias-hias untuk memperlihatkan kecantikannya kepada yang bukan mahram atau suami dan tidak dapat menjaga batas pergaulan yang ditetapkan syariat.

4. Wanita sukar untuk menjaga lidahnya daripada mengumpat dan mengadu domba. Dan sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suami dan orang lain. Terdapat juga sebahagian wanita yang fasik tidak dapat mengawal nafsunya hingga sanggup melakukan zina.

Oleh itu wahai wanita-wanita yang beriman! Jauhlah diri kalian daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa besar dan akan mengheret kalian ke Neraka Jahannam.

Rebutlah peluang keemasan ini iaitu melakukan ketaatan kepada empat perkara yang dinyatakan di atas. Ini adalah tawaran Allah SWT yang paling mudah untuk kalian memasuki Syurga Allah SWT melalui mana-mana pintu Syurga yang kalian pilih.

BACA INI JUGA: Gambaran Kecantikan Luarbiasa Bidadari Syurga

Sumber: Peribadirasulullah