Tuesday, June 02, 2015

Video Kes Buli Pelajar Kolej Viral

Video Kes Buli Pelajar Kolej Viral

BENTONG - Sebuah video dimuatnaik dalam laman sosial menunjukkan seorang pelajar kolej dibuli pelajar lain di daerah ini sedang viral tersebar.

Kes+Buli+Pelajar+Bentong

Video berdurasi 22 saat itu menujukkan mangsa yang hanya mengenakan tuala mandi dipukul bertubi-tubi oleh pelajar lain dipercayai dimuatnaik oleh rakan kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan perkara terbabit dan siasatan ke atas video terbabit sedang dijalankan.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 29 Mei lalu bertempat di dalam asrama kolej terbabit di mana tiga suspek telah dikenalpasti terlibat dalam kejadian terbabit.

"Sekitar jam lebih kurang 12.45 tengah hari, mangsa yang berusia 16 tahun telah dipanggil oleh suspek.

"Suspek bertanya kepada mangsa berkenaan kes pecah almari dalam asrama sama ada mangsa ada memberitahu guru berkaitan kejadian itu mahupun tidak," katanya.

Menurut laporan yang dibuat juga katanya, selepas ditanya tentang perkara terbabit, mangsa kemudiannya diminta untuk berpusing belakang.

"Sebaik berpusing belakang, suspek secara tiba-tiba menendang mangsa dari belakang sehingga mengakibatkan mangsa terhantuk ke dinding.

"Kemudian datang dua lagi suspek menumbuk dan menendang mangsa. Selepas memukul mangsa, suspek kemudiannya beredar dari tempat kejadian," katanya.

Mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor itu kemudiannya menerima rawatan di Hospital Kajang kerana pulang ke kampung halamannya untuk bercuti sekolah yang bermula pada Jumaat lalu.

Mansor berkata, pihak polis telah memperolehi memo perubatan mangsa daripada Hospital Kajang dan kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

BACA INI JUGA: Peraturan Kementerian Pendidikan, Guru Dilarang Berleter Kepada Murid!


Sumber: Sinarharian.com.my

Penemuan Piramid Misteri Di Nusantara

Penemuan Piramid Misteri Di Nusantara

Di Indonesia, arkeologi dan geologi sedang giat untuk membuktikan bahawa tanah Nusantara sememangnya telah wujud sebuah tamadun purba yang tinggi teknologinya. Salah satu teknologi ini adalah pembinaan piramid!

Gunung Lalakon
Gunung Lalakon.

Menurut Profesor Robert Schoch dalam kajiannya ada menyatakan bahawa sebenarnya teknologi pembinaan piramid bukanlah dari tamadun Mesir tetapi sebaliknya milik tamadun yang lebih tua berasal dari timur di sebelah benua yang telah tenggelam.

Menurutnya lagi, Sundaland yang tenggelam lebih kurang 7 ribu tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju dan membawa rahsia pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.

Gunung Lalakon, Bandung, Indonesia, adalah salah satu gunung yang berbentuk piramid. Piramid telah disahkan ditemui digunung ini yang terletak dibawah lapisan gunung tersebut.

Gunung Lalakon kelihatan jelas sekali mempunyai bentuk piramid yang mempunyai empat sisi dan empat sudut tidak seperti gunung-gunung yang lain. Gunung ini disahkan ketika sepasukan Turangga Seta melakukan penggalian di Gunung Lalakon pada tahun 2011.

Gunung Lalakon [2]

Menurut pasukan itu, masih ada ratusan piramid lain yang tersebar diseluruh Indonesia. Piramid-piramid itu dikatakan tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua.

Semasa kumpulan ini melakukan ujian batu secara saintifik, mereka mendapati dibawah permukaan Gunung Lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina oleh manusia. Mereka juga berjaya menemui beberapa batu boulder yang menjadi penutup bangunan piramid tersebut.

Menurut laporan VIVA News, batu-batu boulder itu ditemui ketika penggalian dengan lebar 3 meter, panjang 5 meter dan kedalaman sehingga 4 meter. Batu-batu boulder tersebut panjangnya antara 1.1 meter hingga 2 meter dengan ukuran yang sama selebar 30-40 sentimeter (cm) serta tersusun rapi dan teratur.

Ahli-ahli arkeologi Indonesia juga sedang giat mencari piramid-piramid di seluruh Nusantara dan hasilnya mereka berjaya menemui beberapa buah piramid yang berusia ribuan tahun lebih tua dari piramid Mesir.

Sebelum ini, piramid Mesir merupakan piramid yang terbesar di dunia. Tetapi kenyataan itu telah berubah sejak ahli-ahli geologi, arkeologi, antropologi menemui piramid di kawasan Nusantara.

Candi Borobudur

Selain itu juga, Gunung Sadahurip di Garut, Candi Cheto, Candi Borobodur, Candi Pasemah, Candi Prambanan juga mempunyai asas pembinaan piramid.

Candi Sukuh yang sangat terkenal di Jawa Tengah juga kelihatan seperti piramid yang dibina oleh kaum Maya dan Aztec di Amerika Tengah. Candi Sukuh dibina pada tahun 1437 Sebelum Masihi merupakan candi Hindu terakhir yang dibina sebelum kejatuhan kerajaan Majapahit selepas dikalahkan oleh kerajaan Islam Demak.

Bukti-bukti ini sudah cukup jelas menunjukkan bahawa pembinaan piramid tidak asing lagi di kawasan Nusantara.

BACA INI JUGA: Misteri Teknologi Canggih Pembinaan Piramid Firaun

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, June 01, 2015

Tahukah Anda Asal-usul Tarian Joget?

Tahukah Anda Asal-usul Tarian Joget?

Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Joget membawa erti sejenis tarian dan irama Melayu yang agak rancak iramanya. Disebalik maksud itu, sekilas pandang, tarian ini sebenarnya adalah manifestasi budaya timur dan barat.

Tarian Joget

Menurut beberapa buah manuskrip lama, Joget dibawa oleh masyarakat Portugis melalui pelayaran mereka mencari tanah baru di kawasan timur.

Tarian asal yang dipersembahkan mereka dikenalo sebagai Branyo. Mungkin tidak tahu apa itu Branyo? Tapi anda mungkin kenal dengan lagu 'Jingli Nona'. Inilah permulaan Joget di nusantara.

Branyo berkembang melalui laluan rempah dan tersebar sebagai perayaan yang mengasyikkan.

Semasa masyarakat Portugis menduduki Melaka sekitar 1511, masyarakat majmuk tempatan mengadaptasi keasyikan Branyo dengan cara menarikannya di jalanan. Tarian ini dikenali sebagai 'Joget lambak'. Alat muzik, pantun seloka dan rentak muzik menyamai Branyo.

Selepas beberapa generasi berlalu, irama joget dan tariannya berkembang ke dalam masyarakat Melayu Melaka. Perkembangan ini ditonjolkan melalui pesta yang diraikan seperti majlis kahwin dan sebagainya.

Bagaimanapun, orang Melayu Melaka tidak memanggilnya sebagai Joget, sebaliknya disebut sebagai 'Chakunchak'.

Pergerakan Joget

Terdapat dua jenis pergerakan joget bergantung pada jenis joget: pantas dan perlahan.

Joget yang berentak pantas lazim ditarikan oleh sepasang kekasih. Joget ditarikan dengan rentak dua atau empat langkah satu set, menyerupai tari tarantello dan fandango Eropah yang mempunyai rentak enam atau lapan langkah satu set. Irama joget pula disesuaikan daripada lagu Portugis.

Alat muzik yang mengiringi tari joget pula rebana, serunai, gambus, bangsi, gendang, gong. Pantas pergerakan joget, seiring dengan irama yang ceria.

Pada akhir tarian, paluan gendang menjadi cepat, sepasang kekasih akan berhadapan dan menari dengan bertukar kaki secara pantas.

Hal ini menunjukkan peranan joget pantas sebagai penerjemah kegembiraan dan kebahagiaan sepasang kekasih.

Selain rancak, joget dapat ditarikan secara gemalai juga. Joget dangkung yang ternama di Kepulauan Riau ditarikan dalam Upacara Enau di Kraton Bulungan, Kalimantan Timur.

Di Riau, nelayan menyaksikan joget dangkung sebagai hiburan untuk mengisi masa senggang yang panjang selepas muslim melaut.

Dalam upacara tersebut, dua orang wanita duduk bersimpuh lalu mengatur sembah. Selepas itu, mereka menari sambil memegang kipas.

Kebanyakan gaya tari mereka menggambarkan cara berhias wanita. Akhir sekali, tari diakhiri dengan kedudukan duduk bersimpuh dan mengatur sembah semula.

Namun begitu, apabila kesedaran Islam berkembang, wanita berubah menjadi penyanyi pantun, tugas menari pula diambil alih oleh lelaki.

Hal ini dikatakan demikian kerana agama Islam tidak membenarkan wanita merendahkan kehormatannya di hadapan lelaki dengan menari.

Oleh itu, lahir jugalah penari-penari wanita profesional dalam tari joget.

Di samping itu, joget gamelan yang berasal dari Pahang dan Terengganu ditarikan oleh sekumpulan wanita secara gemalai dan perlahan juga, menyerlahkan kesantunan dan kesederhanaan orang Melayu.

Joget gamelan, berdasar pada tujuan asalnya, ditarikan untuk menghibur bangsawan di istana.

Beberapa pergerakan joget gamelan seperti duduk simpuh katak, campak lenggang (menari tertib), campak lenggang sambut gong (menari tertib berpandukan rentak alat muzik), mengayak (bergerak ke kiri, ke kanan) dan menapak (maju dengan membengkokkan lutut).

Secara umum, indahnya joget terserlah dalam langkah-langkah yang tertib, perlahan, santun dan kadang-kadang melaju untuk pasangan meluahkan kegembiraan.

Pantun Joget

Selain langkah-langkah joget, pantun meranumkan keindahan yang setimpal dengan lemah gemalainya pergerakan joget. Pantun digubah sebagai seni kata joget.

Hal ini dikatakan demikian kerana hubungan antara pembayang dengan bahagian maksud bertaut secara indah dan berbudi bahasa.

Dalam pantun, salah satu kayu ukur keindahan pantun hubungan yang harmoni antara pembayang dengan maksud.

Kebanyakan pantun joget menceritakan penantian kekasih dan berirama sayu. Oleh itu, pembayang alam yang merawankan rasa sering dikaitkan dengan kehampaan penantian.

BACA INI JUGA: 5 Lagu Dangdut Yang Diharamkan Kerana Tidak Bermoral

-Sentiasapanas.com

Sunday, May 31, 2015

Video Insiden Nazmi Meludah Pemain Timor Leste

Video Insiden Nazmi Meludah Pemain Timor Leste

Tindakan pemain Bawah 23 Malaysia, Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor Leste dalam perlawanan skuad bawah 23 negara (B23) kini menjadi viral menerusi media sosial.

Nazmi Faiz Mansor Meludah

Tindakan Nazmi yang kemudiannya disebarkan menerusi platform tersebut dikatakan menjadi bahan kutukan rata-rata peminat di laman sosial.

Di media sosial, orang ramai memberi pandangan masing-masing terhadap insiden itu dan pandangan itu diluahkan di laman Facebook HarimauMalaya.

Kebanyakan daripada pengguna melahirkan kata-kata sokongan ke atas tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nazmi.

Ekoran dari tindakannya, Nazmi kini digantung dua perlawanan.

Menurut kebanyakan pengguna laman sosial, perbuatan itu mencemari permainan Timor Leste dengan Malaysia yang hanya menang tipis 1-0 ke atas pasukan tersebut.

BACA INI JUGA: Video Pekerja KFC Yang Sangat Menjijikkan Tersebar


Sumber: Sinarharian.com.my

Hadiah RM1 Juta Jika Dapat Dedahkan Rahsia Kekayaan Tun Mahathir!

Hadiah RM1 Juta Jika Dapat Dedahkan Rahsia Kekayaan Tun Mahathir!

Kemelut kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara nampaknya semakin panas apabila ada pihak mula mengungkit pelbagai cerita mengenai penyelewengan negarawan tersebut.

Tun Mahathir

Sebelum ini, beberapa penulis blog pernah mempersoalkan kekayaan anak-anak beliau yang didakwa menerima keistimewaan tertentu sepanjang 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir selain rakan-rakan rapat beliau sendiri.

Namun kali ini sebuah badan bukan kerajaan dikenali Citizens for Accountable Malaysia (CAGM) secara terbuka menawarkan hadiah RM1 juta tunai kepada mana-mana pihak dapat mendedahkan kekayaan rahsia Dr. Mahathir.

Dalam satu kenyataan media pada Sabtu, Pengerusi CAGM, Md. Zainal Abidin berkata pihaknya bersedia memberi wang tunai lumayan itu kepada individu yang berjaya membongkar kemewahan tersembunyi bekas pemimpin itu.

Bakal pemenang mestilah tampil menyediakan maklumat dan bukti kukuh sekali gus membawa kepada kesahihan segala harta dan wang tunai yang dimiliki secara rahsia oleh Dr. Mahathir serta tiada sesiapa belum tahu lagi.

Ganjaran akan diberi kepada individu tersebut berdasarkan sejauh mana besarnya maklumat, ketulenan dan tahap kepentingan bukti yang boleh digunakan agensi penguatkuasaan bagi membongkar rahsia kekayaan Dr. Mahathir.

“Namun, hadiah RM1 juta ini masih lagi tertakluk kepada terma dan syarat tertentu, manakala identiti pemberi maklumat tersebut akan dilindungi ketat oleh pihak CAGM dengan apa cara sekali pun,” tegas Md Zainal.

Beliau berkata, berdasarkan penyelidikan CAGM, sepanjang lebih dua dekad memimpin negara, Dr. Mahathir menyembunyikan kekayaan menerusi beberapa institusi pulau pesisir antarabangsa dalam pelbagai bentuk.

Malah ujarnya, laman rujukan popular Wikipedia pernah menyatakan Dr. Mahathir sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia selepas mantan Presiden Mesir, Hosni Mubarak dengan kekayaan bersih AS$44 bilion.

“Keadaan itu kemungkinan besar menjelaskan keupayaan Dr. Mahathir sebagai ‘kingmaker‘ atau orang yang amat berpengaruh dalam mencorakkan hal ehwal politik Malaysia walaupun telah lama bersara,” jelas Md. Zainal.

CAGM pada masa sama mendesak Parlimen mengeluarkan usul ‘wang gelap’ bagi membongkar segala aset dan pendapatan asing yang cuba dirahsiakan oleh ramai pemimpin politik, ahli-ahli keluarga dan proksi mereka.

Sebuah pasukan khas wajar dibentuk oleh kerajaan untuk mencari dan membawa balik ‘wang gelap’ itu yang disimpan tokoh politik khasnya bekas perdana menteri waima pemimpin negara sedia ada.

BACA INI JUGA: Dua Pembohongan Najib Kes Kehilangan Wang 1MDB - Tun Mahathir

CAGM Reward vs Mahathir

Sumber: Mynewshub.cc

Misteri Ramalan Kematian John Lennon

Misteri Ramalan Kematian John Lennon

Pada tanggal 8 September 1980, Alex Tonous, seorang pakar psikik Amerika Syarikat telah ditemubual oleh Lee Speigel untuk siaran radio NBC.

John Lennon

Temuramah untuk rancangan Unexplained Phenomena itu diadakan di pejabat Persatuan Penyelidikan Psikik Amerika Syarikat, New York City.

Menerusi rancangan itu, Lee meminta Alex membuat ramalan mudah, menarik dan menguja perhatian pendengar rancangan tersebut yang rata-ratanya peminat muzik rock berusia antara 18 hingga 35 tahun.

"Seorang bintang rock terkenal akan menemui ajalnya tidak lama lagi. Ia akan berlaku bila-bila masa daripada sekarang.

"Kematiannya akan memberi kesan yang mendalam kepada ramai orang kerana kemahsyurannya," ramal Alex begitu yakin.

Semasa membuat ramalan itu, Alex merenung ke arah sebuah bangunan mewah yang terletak bersetentangan dengan pejabatnya.

Tanpa menyatakan nama, Alex hanya memberi gambaran bintang rock itu menetap di Amerika namun bukan dilahirkan di negara itu.

Tiada siapa dapat meneka bintang rock yang diramal Alex dalam temubual berkenaan.

Tiga bulan kemudian selepas temubual itu disiarkan, dunia dikejutkan dengan berita kematian penyanyi terkenal John Lennon.

Bintang rock anggota kumpulan The Beattles itu ditembak mati dari jarak dekat di depan pintu masuk kediamannya, Apartmen Dakota.

Dan itulah bangunan mewah yang direnung Alex semasa membuat ramalan tersebut.

BACA INI JUGA: Gambar-gambar Terakhir Selebriti Terkenal Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, May 30, 2015

Panduan Mengelak Sembelit Pada Kanak-kanak

Panduan Mengelak Sembelit Pada Kanak-kanak

Masalah sembelit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sering dipandang ringan oleh sesetengah ibu bapa.

sembelit kanak-kanak

Mereka beranggapan keadaan itu biasa berlaku ketika proses tumbesaran anak-anak, terutama pada bayi berusia enam bulan ke atas kerana makanan pejal mula diperkenalkan.

Namun, masalah sembelit yang pada asasnya tidak memberi kesan besar pada tumbesaran kanak-kanak, ada kalanya boleh membawa kepada keadaan yang lebih kronik.

Lazimnya, kanak-kanak yang masih menyusu badan jarang mengalami masalah sembelit. Mereka akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari dengan konsistensi najisnya lembut atau cair, walaupun ada kalanya bayi tersebut dilihat meneran dan mengeluarkan dengusan.

Bagi kanak-kanak yang diberikan susu formula pula, mereka akan membuang air besar sekali sehari atau sekali dalam tiga hingga empat hari.Kedua-dua keadaan itu adalah normal dan bukanlah tanda-tanda sembelit jika najis mereka tidak keras atau berketul-ketul.

Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan otot dan akan melambatkan pengeluaran najis. Semakin lama najis itu tidak dikeluarkan, najis itu menjadi keras dan kering sehingga akhirnya kanak-kanak akan berasa sakit untuk membuang air besar.

Lazimnya, bayi boleh sembelit pada usia enam bulan iaitu pada tempoh pengenalan makanan pejal kepada mereka. Jika salah pemilihan makanan, mereka mudah mengalami sembelit.

Pun begitu, menurut Pakar Perunding Pediatrik Hospital KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, kanak-kanak yang sembelit perlu dipastikan keadaan itu berlaku bukan disebabkan sembelit ketika lahir yang berpunca daripada kekurangan ganglion (sel) pada usus yang berpunca daripada beberapa penyakit, antaranya hirschsprung.

“Biasanya selepas kelahiran, bayi tersebut akan dipastikan dapat membuang air kecil dan besar dalam tempoh 24 jam, jika tidak mereka tidak dibenarkan pulang kerana bayi mungkin menghidap penyakit lain yang berbahaya kepada mereka,” katanya.

Masalah sembelit mudah berlaku kepada kanak-kanak disebabkan kekurangan serat dan kandungan air di dalam badan.

Keadaan itu boleh terjadi ketika proses pengenalan makanan pejal kepada mereka yang mana air kurang diberikan sebagai tambahan kepada susu.

Jelas Dr. Nor Mahani, ibu bapa perlu tahu bahawa proses awal pengenalan makanan pejal kepada bayi amat penting kerana pada waktu itu bayi perlu didedahkan dengan pelbagai kategori makanan mengikut piramid makanan.

“Ini kerana, pemberian jumlah makanan mengikut saranan piramid makanan membantu kanak-kanak mendapatkan khasiat yang cukup.

“Apabila air tidak cukup, makanan yang diambil adalah pejal dan menyebabkan apabila sampai ke usus, air menjadi kurang. Badan bertindak menyimpan air, jadi akan menarik air pada bahagian bahan buangan, sebab itu najis akan menjadi semakin keras.

“Masalahnya, apabila najis keras bayi akan berasa sakit untuk membuang najis.Apabila itu berlaku, bayi akan tahan untuk tidak membuang najis sehingga beberapa hari kerana mereka tahu jika berbuat demikian akan berasa sakit dan ini mengundang masalah lain,” ujar beliau.

Antara komplikasi sembelit adalah menyebabkan bayi atau kanak-kanak kurang selera makan, sakit kepala serta boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing.

Ini boleh berlaku kerana apabila kanak-kanak mula berasa sakit untuk membuang air besar, mereka enggan makan kerana apabila makan mereka akan membuang air besar sekali gus akan berasa sakit.

“Selain menyebabkan kanak-kanak fobia untuk membuang air besar, mereka juga akan hilang selera makan kerana perut dirasakan seperti sudah penuh.

“Masalah sembelit yang berlaku terlalu lama juga menyebabkan najis akan bertakung dalam badan dan apa yang berlaku kencing akan menjadi tidak lawas dan memudahkan jangkitan kuman kepada pundi kencing pula.

“Lazimnya, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas pula akan mengadu sakit kepala jika mengalami masalah sembelit. Justeru, ibu bapa perlu peka jika kanak-kanak mengadu tentang masalah mereka,” katanya.

Pemberian karbohidrat seperti nasi dan roti merupakan antara makanan yang mudah menyebabkan sembelit.

Namun, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana penyediaan makanan secara sihat dapat mengelakkan sembelit misalnya, melengkapkan sajian karbohidrat dengan hidangan buah-buahan, sayur-sayuran serta air yang banyak.

Dalam pemberian makanan pejal kepada bayi berusia enam bulan, ibu bapa perlu membuat pengubahsuaian terhadap makanan agar sesuai dengan mereka.

Perkara itu dapat dipastikan dengan melihat keadaan najis bayi mereka dalam tempoh beberapa hari selepas makanan diperkenalkan.

“Lihat najis mereka, jika bayi tidak membuang air besar dua hingga empat hari, cuba lebihkan air atau buah dalam sajian mereka dan biasanya perubahan dapat dilihat selepas beberapa hari kemudian.

“Bagi kanak-kanak pula, apabila mereka sudah mula berjalan dan berlari, berilah air dengan lebih banyak kerana jumlah keperluan air pada usia adalah berbeza mengikut keadaan mereka,” ujar beliau.

Sembelit tidak ada rawatan yang khusus, namun kanak-kanak yang sembelit dinasihatkan mengambil jumlah air dan serat yang tinggi seperti mengambil buah jambu, epal dan betik serta sayuran hijau.

Bagi rawatan segera, kanak-kanak sembelit akan diberikan ubat untuk memudahkan mereka membuang najis selain ubat tahan sakit bagi mengelakkan mereka berasa sakit di bahagian tempat keluar najis.

Rawatan tradisional pula, lazimnya ibu bapa boleh menyuruh anak-anak bermain dalam air suam supaya bahagian punggung mereka kurang rasa sakit di samping boleh melakukan urutan di bahagian kaki dan perut untuk membuang angin dan membantu untuk melancarkan proses membuang air.

“Kita juga menggalakkan pemberian kapsul probiotik untuk membantu penghadaman di bahagian usus kanak-kanak selain kelancaran untuk membuang air besar.

“Pemberian buah-buahan serta sayuran hijau juga bagus untuk pemakanan kanak-kanak. Ibu bapa perlu kreatif untuk membolehkan kanak-kanak makan sayur dan buah secukupnya dalam hidangan harian,” katanya.

BACA INI JUGA: Khasiat Buah Betik Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Utusan.com.my