Sunday, May 31, 2015

Video Insiden Nazmi Meludah Pemain Timor Leste


Tindakan pemain Bawah 23 Malaysia, Nazmi Faiz Mansor yang meludah pemain Timor Leste dalam perlawanan skuad bawah 23 negara (B23) kini menjadi viral menerusi media sosial.

Nazmi Faiz Mansor Meludah

Tindakan Nazmi yang kemudiannya disebarkan menerusi platform tersebut dikatakan menjadi bahan kutukan rata-rata peminat di laman sosial.

Di media sosial, orang ramai memberi pandangan masing-masing terhadap insiden itu dan pandangan itu diluahkan di laman Facebook HarimauMalaya.

Kebanyakan daripada pengguna melahirkan kata-kata sokongan ke atas tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nazmi.

Ekoran dari tindakannya, Nazmi kini digantung dua perlawanan.

Menurut kebanyakan pengguna laman sosial, perbuatan itu mencemari permainan Timor Leste dengan Malaysia yang hanya menang tipis 1-0 ke atas pasukan tersebut.

BACA INI JUGA: Video Pekerja KFC Yang Sangat Menjijikkan Tersebar


Sumber: Sinarharian.com.my

4 comments

  1. macam macam masalah si Nazmi ni. Inilah akibatnya kalau bertindak ikut emosi.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak kalah....kalau kalah lagi kecoh isu ini

    ReplyDelete
  3. Pemain muda, sangat beremosi...

    ReplyDelete
  4. Mmg patut digantung.. tak profesional langsung.. tindakan yg memalukan negara!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon