Friday, May 22, 2015

Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!

Misteri Penemuan Jam Tangan Swiss Berusia 400 Tahun!

Sekitar hujung tahun 2008, dunia arkeologi digemparkan dengan penemuan baru. Penemuan yang tidak masuk dek akal, jam tangan Swiss!

Swiss ancient clock

Lokasi penemuan barang antik itu terletak di Shangsi, Selatan China. Lebih memeranjatkan, ia ditemui di dalam makam Si Qing, berusia lebih 400 tahun, yang wujud pada zaman Dinasti Ming.

Dinasti Ming merupakan pemerintah ke tujuh yang mentadbir China bermula pada tahun 1368 sehingga 1644.

Kisah ini bermula apabila sekumpulan arkeologi mendakwa telah menemui khazanah ini ketika membersihkan tanah di sekitar makam tersebut.

Menurut seorang kurator Muzium Guangxi, Jiang Yanhu, mereka secara tidak sengaja mendengar bunyi logam jatuh sewaktu melakukan pembersihan.

Pada mulanya, objek tersebut dianggap bukan logam kerana keadaannya yang diselaputi batu dan lumpur. Namun, selepas diamati dengan jelas, rupanya objek itu sebenarnya sebuah jam tangan.

Bentuk jam tangan itu juga agak pelik. Saiznya jauh lebih kecil berbanding jam tangan biasa. Ianya sangat kecil sehingga menyerupai sebentuk cincin.

Ketebalannya dianggarkan berukuran dua milimeter dan pada jam tersebut terdapat jarum yang menunjukkan ia berhenti pada pukul 10.06 minit.

Menambahkan misteri penemuan itu, mereka menemui tulisan 'Swiss' terukir pada bahagian belakang jam.

Penularan cerita mengenai jam tangan ini menimbulkan keraguan dan tanda-tanya kepada umum. Antara persoalan yang sering diajukan ialah bagaimana boleh wujud jam tangan ketika zaman purba dan siapa yang menciptanya?

Pakar tempatan sendiri tidak dapat menjelaskan penemuan membingungkan itu.

Para arkeologi membuat kesimpulan tentang situasi ini. Mereka menyatakan bahawa jam tangan masih belum wujud pada masa itu.

Tambahan pula, perkataan 'Swiss' itu sendiri memberi seribu satu pertanyaan kerana Switzerland belum lagi tertubuh sebagai sebuah negara ketika kemunculan zaman Dinasti Ming.

Swiss ancient clock

Dan jika difikirkan mengenai faktor lain seperti kebarangkalian ia barang tercicir milik individu atau sengaja diletakkan, ia juga sesuatu yang sangat mustahil.

Mereka percaya makan tersebut belum pernah ditemui, apatah lagi digali sejak ia mula-mula ditanam.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1541 di Geneva, dikatakan muncul undang-undang yang menyatakan tentang larangan terhadap barang kemas.

Jadi, kewujudan peraturan ini sedikit sebanyak memberi petanda tentang kemungkinan jam tangan telah dicipta pada waktu itu.

Namun begitu, cerita mengenai penggunaan jam tangan berupa cincin di Eropah pada ketika itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Apa yang pasti, kisah jam tangan Swiss masih kekal misteri dan lokasi penyimpanannya terus dirahsiakan sehingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Teknologi Canggih Manusia Zaman Kuno

-SENTIASAPANAS.COM

 Saintis Jerman Dedah Kebaikan Buang Air Mencangkung

Saintis Jerman Dedah Kebaikan Buang Air Mencangkung

Mencangkung atau duduk? Teknik mana yang akan anda gunakan untuk membuang air semasa di tandas?

Buang Air Mencangkung

Walaupun teknik mencangkung adalah budaya asal rakyat Malaysia, teknik ini semakin dilupakan kerana tandas cangkung kini semakin sukar untuk dijumpai khususnya di kawasan-kawasan bandar dan teknik duduk sambil membuang air besar dilihat lebih bersih dan "standard".

Tetapi seorang saintis dan penulis dari Jerman, Giulia Enders mendedahkan teknik duduk untuk membuang air adalah salah dan tidak baik untuk kesihatan.

Menariknya, saintis itu juga berkata cara yang baik untuk membuang air adalah dengan mencangkung.

Menurut Giulia, dengan mencangkung, keadaan usus lebih bersedia untuk mengeluarkan isinya.

Ahli mikrobiologi itu berkata, teknik duduk yang biasa digunakan oleh masyarakat di barat mempunyai efek negatif terhadap tubuh manusia.

Menurut beliau, dengan membuang najis sambil duduk, otot-otot yang berada di hujung usus lebih sukar membentuk untuk mengeluarkan najis. Ini boleh meningkatkan kemungkinan buasir dan lain-lain penyakit.

"1.2 bilion orang di seluruh dunia yang mencangkung hampir tidak mempunyai masalah penyakit diverticulosis atau buasir," katanya kepada The Guardian.

Giulia menambah, mencangkung lebih efektif kerana ia membolehkan usus membuka lubang dihujungnya dengan betul.

Bercakap kepada BBC Radio 4, Giula berkata "Bila kita duduk atau berdiri, terdapat satu otot yang menarik hujung usus menyebabkan ia(usus) menjadi sedikit melengkung."

Kata beliau lagi, lengkungan itu akan menjadi lurus apabila kita berada di posisi mencangkung, yang membolehkan najis keluar dengan lebih mudah.

BACA INI JUGA: Wanita Pakai Kasut Tumit Tinggi Cepat Tua!

Sumber: Siakapkeli.com.my

6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

6 Dosa Besar Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Setiap manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Semoga menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah.

Syurga dan neraka

1. Makan harta anak yatim secara haram

Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut.

Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus.

2. Menuduh wanita solehah berzina

Orang yang menuduh wanita solehah berzina hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosanya tidak terhapus dan taubatnya tidak akan diterima Allah SWT.

3. Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT

Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga. Cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu wahyu Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.

4. Melakukan sihir

Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.

5. Syirik kepada Allah atau menyamakan Allah dengan makhluk

Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyekutukan Allah SWT.

6. Membunuh Para Nabi yang diutuskan Allah SWT

Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah.

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.

BACA INI JUGA: Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

Sumber: Sportmusang

Thursday, May 21, 2015

Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal

Tiket Konsert Paling Mahal Selebriti Terkenal

Di tanahair kita, artis tempatan sukar nak buat konsert kerana tidak ada penaja dan bila dikenakan tiket yang mahal, ramai pula yang merungut walaupun itu adalah penyanyi kesayangan yang diminati mereka.

Namun bagi nama-nama tersohor dalam bidang hiburan di peringkat antarabangsa, soal tiket mahal bukanlah perkara baru namun mereka tidak berdepan sebarang masalah kerana biasanya tiket konsert mereka akan terjual dalam sekelip mata.

Berikut ialah antara tiket-tiket penghibur yang paling mahal pernah direkodkan diserata dunia.

Paul McCartney
USD$2,000

Paul McCartney

Sebagai salah seorang ahli kumpulan Beatles yang sangat terkenal dan tersohor di serata dunia, adalah agak mustahil untuk menafikan impak daripada namanya yang terkenal itu.

Jadi sudah tentulah tidak pelik jika peminatnya sanggup membayar berapa sahaja harga tiket yang dikenakan untuk melihat Paul beraksi asalkan impian mereka tercapai.

Secara puratanya tiket untuk konsert bergeraknya di Amerika Syarikat pada 2011 ialah USD$150 bagi tiket biasa tapi akan mencecah USD$2,000 bagi tiket-tiket VIP.

Barbara Streisand
USD$1,000

Barbara Streisand

Konsert bergerak yang diberi nama 'La Streisand' telah berjaya menjadikan Barbara Streisand sebagai penyanyi konsert bergerak dengan harga yang paling mahal pada tahun 2012 semasa beliau mengadakan konsert bergeraknya ke seluruh Amerika Syarikat.

Harganya dikatakan mencecah USD$1,000 selain para pembeli tiket turut dikenakan caj servis tambahan untuk menyaksikan konsert itu. Alasan Barbara untuk tiket konsertnya yang mahal itu ialah kerana dia jarang mengadakan konsert.

Namun, mujurlah dikatakan kebanyakan daripada keuntungan untuk konsert itu turut disalurkan ke badan kebajikan yang dibantu oleh Barbara.

Rod Stewart
USD$800

Rod Stewart

Rod Stewart telah mengikat kontrak selama dua tahun dengan Caesar's Palace di Las Vegas untuk membuat persembahan di tempat hiburan terkemuka dunia tersebut.

Dan dikatakan para peminat yang ingin menyaksikan beliau membuat persembahan dalam setiap konsertnya perlu membayar kira-kira USD$800 untuk tujuan tersebut.

Sebagai artis yang banyak pengalaman dan telah lama dalam bidang industri hiburan, mungkin harga tersebut dianggap berpatutan bagi peminatnya.

Sting
$700 Paun Sterling

Sting

Konsert yang dianjurkan bagi penyanyi Sting ini agak istimewa bagi Sting sendiri dan juga para peminat-peminatnya kerana ia diadakan pada tarikh yang sama dengan hari lahirnya. Jadi tidak hairanlah jika harga tiket konsertnya agak tinggi daripada biasa.

Namun bagi sesiapa yang menghadiri konsert tersebut, mereka bukan sahaja akan dihiburkan oleh Sting malahan konsert amal tersebut turut menampilkan Lady Gaga, Bruce Springsteen, Stevie Wonder serta beberapa orang penyanyi lain.

Walaupun konsert tersebut bertujuan mengutip derma namun mungkin bagi sesetengah peminat harga $700 paun yang dikenakan agak tinggi dan pasti ada yang telah terlepas untuk menyaksikan konsert itu kerana gagal mendapatkan tiket.

Donny & Marie Osmond
USD$750

Donny & Marie Osmond

Bagi mereka yang pernah membesar dalam tahun 70an dan 80an, rasanya nama Donny & Marie Osmond ini adalah sangat terkenal dan pelbagai barangan dengan menggunakan nama ataupun gambar mereka ada terjual di pasaran.

Sejak zaman kegemilangan mereka pada tahun 70an lagi, penyanyi adik-beradik ini berjaya menarik minat para peminat mereka untuk menyaksikan persembahan mereka tidak kira dimana mereka membuat persembahan.

Tiket-tiket untuk persembahan mereka sempena Krismas di Chicago dikatakan mencecah harga USD$750 secara purata.

Shania Twain
USD$600

Shania Twain

Nama Shania Twain telah lama bertapak dalam industri hiburan dan walaupun pelbagai masalah dan kontroversi pernah melanda dirinya namun Shania tetap berdiri teguh sebagai seorang penghibur dan kerana itu jugalah para peminatnya sanggup meleburkan duit sehingga USD$600 semata-mata untuk melihatnya membuat persembahan di Las Vegas. Selain Rod Stewart dan Luis Miguel yang membuat persembahan di situ, Shania juga mencari rezekinya di kota yang sama.

Luis Miguel
USD$500

Luis Miguel

Bagi kebanyakan kit penduduk di Asia, mungkin tidak kenal dengan nama ini namun di benua Amerika, nama Luis Miguel sangat besar dan berpengaruh. Malahan rtis ini pernah memenangi beberapa anugerah Grammy, selain penampilannya di konsert-konsert yang akan dihadiri ribuan peminat serta albumnya yang terjual berjuta-juta unit.

Dalam konsert bergeraknya pada tahun 2005-2007, dia telah membuat persembahan di hadapan kira-kira 1.5 juta orang penonton yang mana secara keseluruhannya, jumlah jualan tiket bagi konsertnya mencecah ke angka USD95 juta.

Tiket untuk konsertnya di Vegas berharga dalam lingkungan USD500.

Jackie Evancho
USD$450

Jackie Evancho

Berbanding nama-nama lain dalam senarai ini rasanya nama Jackie Evancho adalah yang paling muda dan kurang pengalaman, namun itu semua tidak pernah membezakan taraf layanan terhadapnya dan tidak mengubah rasa sayang peminat terhadapnya sehingga sanggup mengeluarkan duit beribu-ribu ringgit semata-mata untuk melihat Jackie menyanyi.

Jackie tiba-tiba sahaja menjadi bualan ramai apabila aksinya melalui YouTube selain penglibatannya dalam Amerika's Got Talent mendapat perhatian seluruh dunia. Dia berjaya mencapai kegemilangan ini pada usia hanya 13 tahun.

Mungkin sejak dikenali telah banyak acara yang bersejarah buat Jackie tapi salah satunya yang agak memberangsangkan ialah tiket untuk menyaksikan konsertnya di New York berharga kira-kira USD$450 untuk satu tiket.

Elton John
USD$200

Elton John

Nama Elton John tidak perlu diperkenalkan lagi kerana penghibur ini begitu terkenal di seluruh dunia. Aksinya didalam dunia hiburan cukup menghiburkan dan memberikan kepuasan pada para peminatnya jika dapat menonton persembahannya secara langsung.

Walaupun terpaksa membayar harga yang agak tinggi untuk menyaksikan konsert-konsert iaitu pada kadar 200 paun semasa konsert bergeraknya pada tahun 2008, namun para peminatnya tidak merungut kerana dia memberikan segala yang terbaik untuk para peminatnya dalam konsert-konsert tersebut.

Bon Jovi

Bon Jovi

Nama kumpulan Bon Jovi juga adalah antara kumpulan-kumpulan veteran yang telah lama terlibat dalam industri dan telah sekian lama menghiburkan para peminat-peminatnya dengan membuat persembahan di pelbagai konsert-konsert bergerak mereka.

Salah satu konsertnya yang paling berjaya ialah yang diadakan pada tahun 2010 yang mana secara keseluruhannya konsert tersebut berjaya membawa pulangan sebanyak USD$200 juta.

Tiket pada harga biasa ialah sekitar USD$100 tetapi untuk yang ingin mendapat 'pakej istimewa' maka harganya mampu mencecah sehingga beribu-ribu dolar.

BACA INI JUGA: Sumpahan Bintang-bintang Terkenal Disney

-SENTIASAPANAS.COM

Tahukah Anda Kepanasan Badan Hilang Melalui Kepala?

Tahukah Anda Kepanasan Badan Hilang Melalui Kepala?

Kajian seorang pakar otak, V.G. Rocine, mendapati bahawa fosforus otak mencair pada suhu 42 darjah selsius (108 darjah fahrenheit).

Demam

Kecairan fosforus otak boleh terjadi sekiranya seseorang itu terdedah di bawah terik matahari bagi suatu tempoh jangka masa yang lama tanpa sebarang penutup atau pelindung kepala.

Kesan kepanasan suhu kepala yang melampau ini boleh mengakibatkan fosforus otak mencair sehingga fungsi otak menurun selain menyebabkan kerosakan kekal pada saraf otak, kehilangan memori dan kehilangan sebahagian fungsi otak.

Kajian V.G. Rocine ini selari dengan artikel bertajuk Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online yang menyatakan sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105 darjah Fahrenheit, ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair sekaligus menjejaskan kesihatan otak.

Namun, kerosakan otak masih boleh diukur dalam julat yang kecil kesan pendedahan kepala terkena bahang panas matahari.

Jadi, kita dinasihatkan supaya menutup kepala sekiranya berada di bawah terik matahari atau keadaan cuaca panas.

Karima Burns pula melalui artikelnya bertajuk The Science Behind The Veil mendedahkan bahawa keputusan ujian perubatan turut mendapati sebanyak 40 hingga 60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang turut hilang melalui kepala.

Melalui artikelnya yang disiarkan dalam web Islamonline.net, Karima menyatakan sesiapa yang menutup kepala pada musim sejuk, mereka lebih mampu mengawal suhu badannya sekitar 50 peratus berbanding yang tidak berbuat begitu.

Demikian juga kaedah meletakkan tuala basah diatas kepala juga amat penting bagi mengeluarkan suhu panas dalam badan seseorang.

BACA INI JUGA: 'Ubatilah Orang Sakit Diantara Kamu Dengan Sedekah'

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Pembunuh Suami Muncul Dalam Mimpi Isteri

Misteri Pembunuh Suami Muncul Dalam Mimpi Isteri

Pada petang Ogos 1962, Ruth Ammer berdebar-debar semasa membungkus makanan untuk santapan suaminya, Joseph Ammer. Hatinya berasa tidak sedap. Jantungnya berdegup kencang. Ruth merasa risau dan takut.

Ogos 1962, Ruth Ammer

Semasa menunggu kepulangan suaminya untuk makan tengahari bersama, Ruth tertidur sebentar. Dalam tidurnya, dia bermimpi melihat suaminya dipukul bertalu-talu dengan penukul sehingga mati.

Suaminya menjerit-jerit meminta tolong, menahan kesakitan yang amat sangat, sehinggalah terkulai layu. Ruth melihat dengan jelas wajah pembunuh suaminya itu.

Sebaik terjaga, Ruth merasakan mimpinya itu bagaikan benar-benar berlaku. Perasaannya pelik sekali. Seolah-olah, Ruth telah menyaksikan saat kematian sebenar suaminya. Dahinya berpeluh, tangannya menggigil menahan ketakutan sejurus terjaga.

Hati Ruth semakin tidak keruan apabila suaminya yang memiliki kedai mmbaiki kasut tidak juga pulang untuk makan tengahari.

Setelah siap membungkus makanan, Ruth segera keluar menuju ke kedai suaminya yang hanya terletak selang beberapa blok dari rumahnya.

Bila sampai ke kedai suaminya, Ruth terkejut melihat mayat suaminya diikat dengan benang yang digunakan untuk menjahit kasut.

Tubuh suaminya dipenuhi luka akibat hentakan benda tumpul. Darah terpercik dimerata tempat. Penukul berlumuran darah yang digunakan sebagai senjata pembunuhan terletak bersebelahan mayat suaminya.

Ruth menceritakan mimpinya kepada pihak polis. Ruth yakin, lelaki di dalam mimpinya sebelum itu adalah pembunuh suaminya.

Malangnya, polis tidak menghiraukan ciri-ciri pembunuh yang diceritakan Ruth kerana apa yang diceritakan itu tidak masuk akal, ia hanya sekadar mimpi.

Tanpa disangka, polis berjaya memberkas pembunuh tersebut semasa dia sedang membersihkan kesan darah ditangannya selepas membunuh Joseph.

Ternyata segala maklumat yang disampaikan oleh Ruth sebelum ini sangat tepat termasuklah warna baju pembunuh tersebut.

Sekalipun segala maklumat melalui mimpi Ruth tidak boleh dijadikan bahan bukti pendakwaan di mahkamah, Ruth berpuas hati apabila pembunuh tersebut menerima hukuman setimpal atas jenayah yang dilakukannya.

BACA INI JUGA: Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, May 20, 2015

Abam (Bocey) Kesal Kritikan Kak Ogy Diputar-belit

Abam (Bocey) Kesal Kritikan Kak Ogy Diputar-belit

Pelawak dan pelakon Abam (Bocey) tidak faham mengapa luahan hatinya terhadap kritikan pelakon senior Fauziah Datuk Ahmad Daud perlu dijadikan isu.

Abam (Bocey)
Sumber foto: Rotikaya

Abam ketika dihubungi Astro Gempak berkata, perkara tersebut bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan.

“Saya tak faham kenapa kritikan kak Ogy perlu dijadikan isu? Ya, saya mengaku memuatnaik status mengenai kritikan kak Ogy kerana tersinggung.

“Saya ambil keputusan untuk memadam status berkenaan kerana saya nampak di sebuah blog hiburan yang mengatakan saya berang dengan kak Ogy.

“Itu satu fitnah! Berang dengan tersinggung dua perkara berbeza…Jangan kerana mahu melariskan blog, mereka jadikan orang lain sebagai mangsa,” katanya kecewa.

Tambah Abam, penulisan di blog tersebut seolah-olah menunjukkan dia sebagai seorang yang tidak boleh menerima kritikan.

“Apabila mereka menggunakan tajuk yang begitu, macam-macam andaian orang buat. Saya sendiri terkejut apabila membacanya.

“Terus-terang saya katakan, saya cuma tersinggung dengan ayat…Bocik menang atas undian peminat bukan sebab persembahan…itu sahaja.

“Setiap minggu kami struggle cari bahan untuk berikan yang terbaik. Andai tidak kelakar, kritiklah apa pun…Selama ini pun kami terima kritikan dengan hati terbuka. Malah kritikan kak Ogy itu kami jadikan sebagai panduan agar tidak lupa diri.

“Saya tak sebut pun nama kak Ogy dalam status yang saya muatnaik di Instagram…Blogger buat andaian sendiri yang kononnya saya dan Fad marah dengan Kak Ogy dan benda ni jadi kecoh sampai masuk surat khabar.

“Sebagai seorang manusia biasa, biasalah jika tersinggung…Saya tidak mahu kerana laporan tidak betul di blog, hubungan dengan orang lain bermasalah atau orang anggap kami (Bocey) lupa diri,” luah Abam kepada Astro Gempak.

Terdahulu Abam telah memuatnaik status tersinggung kritikan Ogy Ahmad Daud dalam program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun luahan hati Abam itu telah disalah tafsir oleh sebuah blog hiburan dengan menulis Abam dan Fad berang dengan Ogy yang juga juri program tersebut.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang Tinggalkan Ajaran Sainstologi

Sumber: Astro Gempak