May 20, 2015

Abam (Bocey) Kesal Kritikan Kak Ogy Diputar-belit

Pelawak dan pelakon Abam (Bocey) tidak faham mengapa luahan hatinya terhadap kritikan pelakon senior Fauziah Datuk Ahmad Daud perlu dijadikan isu.

Abam (Bocey)
Sumber foto: Rotikaya

Abam ketika dihubungi Astro Gempak berkata, perkara tersebut bukanlah satu isu yang perlu diperbesarkan.

“Saya tak faham kenapa kritikan kak Ogy perlu dijadikan isu? Ya, saya mengaku memuatnaik status mengenai kritikan kak Ogy kerana tersinggung.

“Saya ambil keputusan untuk memadam status berkenaan kerana saya nampak di sebuah blog hiburan yang mengatakan saya berang dengan kak Ogy.

“Itu satu fitnah! Berang dengan tersinggung dua perkara berbeza…Jangan kerana mahu melariskan blog, mereka jadikan orang lain sebagai mangsa,” katanya kecewa.

Tambah Abam, penulisan di blog tersebut seolah-olah menunjukkan dia sebagai seorang yang tidak boleh menerima kritikan.

“Apabila mereka menggunakan tajuk yang begitu, macam-macam andaian orang buat. Saya sendiri terkejut apabila membacanya.

“Terus-terang saya katakan, saya cuma tersinggung dengan ayat…Bocik menang atas undian peminat bukan sebab persembahan…itu sahaja.

“Setiap minggu kami struggle cari bahan untuk berikan yang terbaik. Andai tidak kelakar, kritiklah apa pun…Selama ini pun kami terima kritikan dengan hati terbuka. Malah kritikan kak Ogy itu kami jadikan sebagai panduan agar tidak lupa diri.

“Saya tak sebut pun nama kak Ogy dalam status yang saya muatnaik di Instagram…Blogger buat andaian sendiri yang kononnya saya dan Fad marah dengan Kak Ogy dan benda ni jadi kecoh sampai masuk surat khabar.

“Sebagai seorang manusia biasa, biasalah jika tersinggung…Saya tidak mahu kerana laporan tidak betul di blog, hubungan dengan orang lain bermasalah atau orang anggap kami (Bocey) lupa diri,” luah Abam kepada Astro Gempak.

Terdahulu Abam telah memuatnaik status tersinggung kritikan Ogy Ahmad Daud dalam program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun luahan hati Abam itu telah disalah tafsir oleh sebuah blog hiburan dengan menulis Abam dan Fad berang dengan Ogy yang juga juri program tersebut.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang Tinggalkan Ajaran Sainstologi

Sumber: Astro Gempak

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Biasa la tu adat dalam pertandingan, tersinggung bila dikritik tu dah biasa...namun yang tak bestnya ada pula yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh..no good

Inilah dugaan jadi retis.. bnyk perkara selalu dimanipulasikan.. sabar jelah abam.. :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon