Thursday, April 02, 2015

Tarikh Akhir Rayuan BR1M Dilanjutkan 15 April 2015

Tarikh Akhir Rayuan BR1M Dilanjutkan 15 April 2015

Kerajaan bersetuju melanjutkan tarikh akhir tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 kepada 15 April ini.

BR1M-4.0

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, lanjutan tarikh akhir itu bagi memberi peluang kepada pemohon-pemohon yang gagal mengemukakan rayuan.

“Permohonan rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat.

“Terdahulu, tarikh akhir tempoh rayuan BR1M 2015 adalah pada 31 Mac 2015,” kata kenyataan itu hari ini.

Kementerian Kewangan dalam pada itu memaklumkan kerajaan turut bersetuju pembayaran peringkat kedua BR1M 2015 bermula 28 Mei 2015.

Kata kenyataan itu, sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.

Kementerian Kewangan turut memaklumkan hampir 7.28 juta penerima telah mendapat manfaat dariapda BR1M 2015.

Menurut kenyataan itu, seramai 4.17 juta merupakan penerima kategori isi rumah di bawah pendapatan RM3,000 dan 410,000 penerima kategori isi rumah berpendapatan di antara RM3,001 – RM4,000.

“Manakala penerima bagi kategori individu bujang adalah seramai 2.7 juta penerima. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 bilion bagi menjayakan program BR1M ini,” kata kenyataan itu.

BACA INI JUGA: Amalan Terbalik Masyarakat Malaysia

Sumber: Mynewshub.cc

Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah!

Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah!

Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.

Yusrim Karim

Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.

Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.

"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.

Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.

Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.

Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.

Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi 'Coker Chat' merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.

"Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea," katanya.

Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.

Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.

Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.

Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.

Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.

"Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan kepada negara terutamanya Sabah," katanya.

BACA INI JUGA: GILER! Budak 8 Tahun Jana RM4.2 Juta Dari YouTube!

Sumber: Mstar.com.my

Kad Prabayar Dikecualikan GST

Kad Prabayar Dikecualikan GST

Walaupun perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) baru bermula, sudah banyak reaksi negatif mengenainya diluahkan menerusi laman-laman sosial.

GST

Ini termasuk rasa tidak berpuas hati pengguna dengan tindakan pengusaha syarikat telekomunikasi yang mengenakan GST terhadap kad tambah nilai prabayar walaupun ia sepatutnya dikecualikan GST.

Antara komen-komen di laman Facebook ialah "aku beli top up RM10 kena tambah lagi 60 sen menyusahkan aku.

"Aku baru sahaja topup.. Memang kena GST... kata seorang pengguna Facebook.

Sementara itu Timbalan Menteri Kewangan dalam twitternya berkata, berlaku salah faham di antara syarikat telco dengan kerajaan.

"Surat kastam telah dihantar kepada syarikat telco tentang top-up prabayar sebelum ini. Tindakan susulan akan segera diambil agar diikuti arahan harganya", tulisnya.

Malaysia menjadi negara kelapan dalam kalangan 10 negara Asean yang melaksanakan GST.

GST berkadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus yang diguna pakai selama ini, merupakan kadar terendah dalam kalangan negara Asean.

BACA INI JUGA: Aplikasi MyKira GST Permudah Semak Harga Barangan

Sumber: Sinarharian.com.my

Driver Teksi Nafi Berkasar, Difitnah Gadis MyVi

Driver Teksi Nafi Berkasar, Difitnah Gadis MyVi

Minggu ini video rakaman pertengkaran antara sekumpulan gadis dan seorang pemandu teksi telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.

Gaduh-viral

Pada mulanya ramai menyalahkan kelancangan mulut gadis-gadis dalam rakaman terbabit namun selepas beredarnya rakaman video lebih panjang dan laporan polis, rata-rata mula menyalahkan pemandu teksi yang dikatakan terlebih dahulu mengasari salah seorang gadis terbabit.

Cerita yang tersebar menyatakan, punca kejadian itu kerana pemandu teksi enggan memberi laluan kepada kereta Myvi walaupun sudah diberikan isyarat masuk ke kiri, termasuklah dengan menggunakan tangan.

“Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimput kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit. Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali,” dakwa Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid.

Jika itu cerita yang dimaklumkan pihak sebelah perempuan, timbul pula cerita lain, kali ini versi pemandu teksi terbabit.

Seorang individu yang mendakwa dirinya rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi, telah memuatnaik status di laman sosial, memberitahu pemandu teksi terbabit tidak mengaku ada berkasar dengan gadis-gadis tersebut.

Berikut petikannya...

Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.

Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.

Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.

Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam.

Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.

Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.

Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.

Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.

Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis.

Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.

Apa pun, kita serahkan sajalah kes ini untuk disiasat polis memandangkan kedua-dua belah pihak telah pun membuat laporan masing-masing.

Pada masa sama ambillah pengajaran, jangan dibiarkan perasaan marah menguasai diri hingga hilang pertimbangan baik dari segi percakapan mahu pun perbuatan.

BACA INI JUGA: Kisah Sebenar Insiden Amuk Sekumpulan Gadis Dan Pemandu Teksi

Sumber: Mynewshub.cc

Bekas Pengurus Tegar Ditahan Polis Singapura

Bekas Pengurus Tegar Ditahan Polis Singapura

Bekas pengurus penyanyi cilik popular Indonesia, Tegar Septian, telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura susulan laporan penderaan seksual yang dibuat oleh Tegar sebelum ini.

Tegar

Memetik laporan Berita Harian Singapura menyatakan penangkapan Arif Dollah itu berdasarkan kepada dua laporan yang telah dibuat terhadapnya sebelum ini.

“Seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditangkap sementara siasatan sedang dijalankan pada sekitar tiga petang tadi,” petik jurucakap polis Singapura.

Arif didakwa telah mendera secara seksual, Tegar sebelum ini.

Baru-baru ini, Tegar dilaporkan membuat aduan itu kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA).

BACA INI JUGA: Tegar Mengaku Dicabul Bekas Pengurus!

Sumber: Sinarharian.com.my

Wednesday, April 01, 2015

Blog Terbaik Malaysia Mac 2015

Blog Terbaik Malaysia Mac 2015

Senarai terbaru blog terbaik Malaysia bagi bulan Mac 2015 ini didedikasikan khusus buat rakan-rakan blogger dan para pembaca yang begitu sudi berkunjung, berkomentar dan membaca artikel di blog ini.

Mac 2015

Buat anda semua, tiada hadiah mahupun balasan istimewa mampu dihulur, hanya ucapan jutaan terima kasih diucapkan kerana kesudian menjadi rakan blogger dan rakan maya.

Dikesempatan ini SP memohon maaf kerana tidak mampu melayan komentar dan blogwalking yang tidak berjalan dengan lancar.

Dijemput rakan-rakan dan pembaca sekalian melawat senarai blog-blog hebat dibawah. Begitu banyak maklumat dan panduan yang bermanfaat, berkualiti dan berbaloi untuk dibaca.

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA MAC 2015


Semoga persahabatan yang terjalin ini berkekalan selama-lamanya, Insyaa-Allah..

Untuk semua, semoga Allah membalas seribu kali kebaikan buat anda sekalian. Amiin..

Terima kasih. Tanpa anda siapalah KAMI..

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Maksud 'Lorem Ipsum' Yang Ramai Tak Tahu!

Asal-usul Sambutan April Fool Yang Ramai Tak Tahu!

Asal-usul Sambutan April Fool Yang Ramai Tak Tahu!

Sambutan Hari April Fool Day disambut setiap tahun pada 1 April dengan jenaka dan gurauan dengan cara menipu kawan-kawan sebagai suatu gurauan.

April Fool

Individu yang menyambut April Fool dengan jenaka pembohongan ini kemudiannya akan mendedahkan gurauan mereka dengan menjerit April Fool.

Malah, ada juga beberapa akhbar, majalah dan media yang menerbitkan berita palsu, yang biasanya dijelaskan pada hari berikutnya atau di bawah seksyen berita dalam huruf kecil.

Dan walaupun sangat popular diseluruh dunia dan di sambut sejak abad ke-19, hari April Fool bukan cuti umum di mana-mana negara.

Adakah anda menyambut April Fool?


Hari ini tanggal 1 April. Sesuatu yang amat merugikan dan mencemar adab masyarakat Islam yang dilakukan oleh segelintir umat Islam pada bulan April ialah sambutan April Fool.

Biasanya apabila tiba 1 April, maka remaja Islam terikut-ikut dengan budaya barat yang menjadikan tarikh ini sebagai hari untuk 'memperbodohkan' atau 'mengenakan' orang lain.

Di manakah jati diri masyarakat Islam apabila apa-apa sahaja yang datang dari barat tanpa melihat sama ada ia bermanfaat atau merugikan terus dirayakan dan disambut tanpa usul periksa!

Malahan, sesuatu yang lebih teruk lagi apabila terdapatnya mereka yang begitu berbangga dengan apa sahaja yang datang dari barat seolah-olah ianya melambangkan simbol ketamadunan yang tinggi.

Apabila segelintir masyarakat Islam merayakan April Fool tanpa mengambil tahu asal-usul perayaan tersebut, ia bermakna umat Islam terus diperbodohkan dengan amalan-amalan yang tidak membawa faedah.

Maka, sewajarnyalah umat Islam tidak lagi terpedaya dan tertipu, sebaliknya berusaha untuk menghindarkan diri daripada terjebak dalam hal-hal seumpama ini.

1 April, Sambutan Kejayaan Membunuh Umat Islam Sepanyol

Ketika kerajaan Islam runtuh diserang tentera Kristian, penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol.

Justeru, mereka membuat helah. Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.

Orang Islam yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam. Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.

Bukan ajaran Islam

Walaupun cerita atau kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun budaya menyambut April Fool ini seolah-olah telah dapat diterima di seluruh dunia termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri.

Sebagai Muslim, kita hendaklah menjadikan ajaran Islam sebagai panduan supaya tidak terikut-ikut dengan sesuatu yang bukan daripada ajaran Islam, apatah lagi sesuatu yang boleh membawa kepada implikasi yang negatif.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud, "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum (golongan), dia termasuk dalam kalangan mereka".

Mereka yang menyambut April Fool ini sanggup berbuat apa sahaja termasuk menipu dan sebagainya semata-mata untuk menghidupkan budaya ini.

Hal ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana menipu, mengaibkan orang dan sebagainya merupakan perkara dosa yang hanya boleh merenggang dan memutuskan hubungan sesama manusia.

Walaupun ia hanyalah sekadar gurauan, namun gurauan itu pun ada had dan batasnya. Gurauan memang merupakan suatu perkara lumrah dalam kehidupan manusia.

Hidup dirasakan bertambah ceria dan bererti apabila terdapatnya gurauan yang menyenangkan hati dan perasaan. Akan tetapi sekiranya gurauan dilakukan secara melampau dan berlebihan, maka bukan keceriaan yang diperoleh, sebaliknya kekusutan, dendam dan pelbagai perkara negatif lain yang akan hadir dalam kehidupan.

Justeru, seseorang yang hendak bergurau, hendaklah memelihara adab-adab gurauan agar gurauan tersebut berlaku dalam suasana kasih sayang dan keceriaan dan tidak menyebabkan berlakunya permusuhan dan dendam.

Itulah indahnya Islam!

Sedar atau pun tidak, sambutan April Fool hanya akan memperbodohkan masyarakat kita sahaja bahkan sambutan itu adalah satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam!

Jadi, buat anda yang menyambut April Fool's Day, selamat mengapril foolkan diri anda..

BACA INI JUGA: Mengapa Umat Islam Tidak Digalakkan Menyebut 'Rest In Peace'?

-SENTIASAPANAS.COM

Kubur Paling Luarbiasa Terletak Ditengah Jalan Raya!

Kubur Paling Luarbiasa Terletak Ditengah Jalan Raya!

Mungkin kubur seorang wanita bernama Nancy Kerlin Barnett ini boleh dikira paling rare dalam dunia!

Nancy Kerlin Barnett

Disebabkan kesungguhan waris-warisnya sebelum ini, kuburnya tidak jadi dipindahkan oleh pihak berkuasa bandaraya Indiana, Amerika dan kekallah kuburnya seorang di situ.

Nancy dilaporkan meninggal dunia ketika usianya 37 tahun pada tahun 1831. Mendiang meninggalkan seorang suami dan 11 anak.

Nancy Kerlin Barnett [2]

Menunaikan hasrat mendiang isterinya yang ingin dikebumikan di tempat idamannya, di sebuah bukit kecil yang pada masa itu tidak lagi dibangunkan sehinggakan lama-kelamaan penduduk di sekitar itu pun menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak perkuburan penduduk-penduduk di situ.

Beberapa tahun kemudian selepas itu, pihak pemaju berniat untuk membangunkan sebuah jalan raya di situ sehingga memaksa kubur-kubur di situ dipindahkan ke satu lokasi lain.

Berpendirian teguh enggan membenarkan kubur mak dan nenek mereka dipindahkan, waris Nancy menentang keras cadangan itu sehingga memaksa pihak pemaju beralah dengan permintaan mereka itu.

Nancy Kerlin Barnett [3]

Lalu hanya tinggal kubur Nancy di tengah-tengah jalan tersebut.

Untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pemandu-pemandu, waris Nancy telah menaikkan satu papan tanda yang menceritakan mengenai sejarah kubur tersebut di situ.

BACA INI JUGA: Perkuburan Barangan Rosak Terbesar Di Dunia

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, March 31, 2015

Aktres Jelita Ramona Zamzam Pilih Lelaki Palestin, Nikah 15 Mei Ini!

Aktres Jelita Ramona Zamzam Pilih Lelaki Palestin, Nikah 15 Mei Ini!

Siapa sangka, dalam diam aktres jelita Ramona Zamzam, rupa-rupanya hati gadis ini sudah ditawan oleh seorang jejaka dari Palestin yang dikenali sebagai Rami Alashkar.

Ramona Zamzam

Apa yang paling mengejutkan campur gembira, pasangan bercinta ini sedang menghitung hari bergelar detik sejarah menjadi suami isteri yang akan berlangsung pada 15 Mei ini.

“Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang”

“Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

"Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama.

“Saya tidak akan mengadakan sebarang sidang media dan untuk majlis akad nikah, ia akan diadakan secara tertutup.

"Sebab saya rasa, saya bukan popular tapi saya bersedia berkongsi hari bersejarah saya bersama media, andai ada media yang mahu membuat liputan untuk majlis itu nanti,” katanya.

Menurut pelakon filem Jengka ini, majlis resepsi akan diadakan pada Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak disusuli majlis resepsi di Kuala Lumpur pada September.

Tahniah in advance kita ucapkan!

BACA INI JUGA: Pemuda Palestin Yang 'Takut' Mati Kerana Berhutang RM1.30!

Sumber:Mynewshub.cc

Kisah Sebenar Insiden Amuk Sekumpulan Gadis Dan Pemandu Teksi

Kisah Sebenar Insiden Amuk Sekumpulan Gadis Dan Pemandu Teksi

Kecoh di laman sosial hari ini apabila insiden amuk di antara sekumpulan wanita dan seorang pemandu teksi menjadi topik perbualan hangat netizen.

Gadis-mengamuk

Kebanyakkan pengguna Facebook rata-ratanya menunding jari terhadap kumpulan wanita berkenaan kerana video pertama yang tersebar memperlihatkan mereka bersikap biadap terhadap pemandu teksi terbabit.

Namun, perkara sebenarnya yang berlaku adalah dikatakan berpunca daripada pemandu teksi terbabit.

Di Facebook Oh Media, sebuah rakaman video yang lain dari pihak kumpulan wanita ada menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden terbabit.

Menurutnya, pemandu teksi tersebut pada mulanya telah melanggar secara tidak sengaja kereta kumpulan wanita terbabit.

Kemudian berlakulah kekecohan seketika sehingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.

Dikatakan, pemandu teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan meraka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.

Pemandu teksi terbabit dikatakan telah melepaskan geramnya disebabkan ‘mulut’ salah seorang daripada kumpulan wanita berkenaan didakwa agak kurang ajar.

Namun, melihatkan perkara ini, pemandu teksi terbabit tidak sepatutnya menggunakan kekerasan sebegini kerana ia secara terang-tarangan berpunca dari dirinya.

Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita yang tercedera ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu teksi tersebut sehingga berdarah di hidungnya.

Kejadian yang melibatkan pergaduhan sebegini bukan pertama berlaku.

Baru sahaja tahun lalu kita digemparkan dengak kejadian lebih kurang sama yang berlaku kepada seorang gadis bernama Kiki dengan insiden steering lock keretanya.

Kali ini datang pula sebuah lagi yang kes yang seakan sama.

Apa pun yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, selesaikanlah dengan cara yang lebih bertamadun.

Sebenarnya, perkara seperti ini tidak berlaku sekiranya kedua-dua pihak bawa berbincang dahulu.

Berikut merupakan video penuh yang dibawakan oleh Oh Media.

BACA INI JUGA: 6 Filem Balas Dendam Terbaik



Sumber: Mynewshub.cc