Friday, January 30, 2015

Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

Kali ini SP ingin berkongsi petua untuk mendapat ikan ketika memancing yang dipetik dari rakan blogger, mSelim3.

Doa-mendapat-ikan [2]

Memancing itu memerlukan kesabaran. Perkara ini memang tidak dapat dinafikan oleh mereka-mereka yang memang gemarkan aktiviti memancing untuk mengisi masa lapang atau yang terluang.

Kepada kaki pancing samada pro atau pun yang baru hendak berjinak-jinak dengan memancing ikan samada di tasik, kolam, ataupun lautan bolehlah amalkan doa ini semoga ada manfaatnya.

Semoga mendapat hasil tangkapan ikan yang banyak. Insyaa-Allah...

Tetapi jangan lupa pada cara memancing, teknik dan petua yang betul masa memancing. Ok!

Doa-mendapat-ikan

Maksudnya, "Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur". (Surah Al-Jathiya ayat 12)

Bacakan di mata kail yang telah berumpan dengan ayat ini. Insyaa-Allah ada ikan yang mengena walaupun seekor.

Pesanan

Doa memanggil ikan untuk kaki pancing ini adalah sebagai usaha kita memohon pertolongan kepada Allah.

Ingatlah Allah ketika waktu senang maupun susah. Sesungguhnya senjata orang mukmin itu adalah doa.

BACA INI JUGA: Bacaan Doa Jika Anda Sukar Tidur Malam

Tanda-Tanda Hati Yang Kotor

Tanda-Tanda Hati Yang Kotor

Tidak sukar untuk mengetahui bahawa kita menghidap penyakit hati jika kita muhasabah diri sendiri. Yang jadi tak tahu itu biasanya kerana tidak mahu memeriksa diri.

Hati-kotor

Cara paling mudah ialah dengan melihat rutin harian, yang biasa berlaku dan jarang tak berlaku. Secara ringkas, antaranya:

1. Sukar bangun subuh setiap hari secara konsisten, kalau bangun pun hanya pada hari-hari tertentu, atau atas kepentingan dan urusan tertentu.

2. Sukar menghadirkan diri berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

3. Sering berfikiran kotor dan negatif, hati merasa susah dengan kesenangan orang lain, selalu melihat sesuatu perkara dengan pandangan negatif. Apatah lagi mempunyai hasad dengki dan iri hati yang membuak-buak.

4. Sering teringat-ingat (atau rindu) dengan maksiat yang pernah dilakukan dulu, terasa indah seolah-olah ingin kembali semula.

5. Sentiasa merasa diri betul dan orang lain sentiasa salah.

6. Selalu tak cukup duit, hutang sukar berkurang malah semakin membukit.

Punca Hati Kotor

1. Selalu terlibat dengan maksiat yang dirasakan ‘ringan‘, seperti melihat gambar lucah dalam WhatsApp, melihat awek dalam Facebook, share sesuatu yang tak pasti sehingga menjadi fitnah di Twitter, WeChat keburukan rakan sehingga terjadinya mengumpat tanpa disedari, dan sebagainya.

2. Meng-open-kan maksiat ‘berat‘ seperti menjadi rakan yang supporting bila senyum tengok rakan bawa awek naik motor, membenarkan anak perempuan bawa balik kawan lelaki asal tak mengandung, dan sebagainya.

3. Mengambil ringan tentang dosa yang menjadi kebiasaan seperti budaya bersalaman bukan muhrim, adik tidak bertudung depan abang ipar, bersanding di majlis perkahwinan takut orang kata pelik tak bersanding, dan sebagainya.

4. Ambil ringan tentang pembangunan akhlak seperti makan atau minum sambil berdiri atau berjalan, bersetubuh tanpa berselimut, dan sebagainya.

5. Tidak menjaga pandangan mata seperti melihat najis, melihat aurat, melihat maksiat dan sebagainya.

6. Tidak memelihara pergaulan dengan masyarakat termasuklah berkawan rapat dengan orang yang sama minat atau hobi tetapi tidak sensitif terhadap agama, ‘merestui’ hubungan bernafsu syahwat (pakwe makse) kononnya open, malah ada juga yang ‘merestui’ nafsu sejenis dengan merasakan OK atau tidak menjadi masalah bagi diri mereka sendiri.

Cara Atasi Hati Kotor

1. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul

Setiap apa yang dah menjadi tabiat atau budaya, jika dapat tahu ianya salah, walau sesukar mana pun, betulkanlah.

Sebagai contoh, merokok. Dulu tak tahu sekarang dah tahu hukumnya haram. Berat tak berat, sukar tak sukar, betulkanlah. Hentikan tabiat haram itu.

Biasakan membuat perkara yang betul walaupun sukar atau dipandang serong oleh masyarakat sekeliling.

Contoh, mengelak untuk lepak dengan jiran sebab takut akan dosa mengumpat, tapi jiran-jiran pula duk mengumpat dia kata dia sombong dan sebagainya.

Maka biasakanlah yang betul, insya-Allah hati kotor itu akan bersih juga akhirnya.

2. Buat apa yang boleh dahulu

Gunakan apa yang ada sebagai peluang, jangan tunggu peluang datang. Contoh, pergi umrah nanti nak bersihkan hati kotor yang semakin berkarat ini.

Jangan! Bersihkan hati mulai sekarang, bila dah sampai sana kuatkan usaha yang telah pun disemai, bukan baru nak cuba.

Jangan tunggu sesuatu baru nak mula. Contoh, lepas kahwin nanti aku akan jaga solat 5 waktu.

Jangan! Jangan jaga nanti dah lepas kahwin, tetapi jaga solat mulai sekarang, selepas kahwin nanti dipertingkatkan lagi kualiti solat itu sendiri.

3. Bersungguh dalam beribadat

Kalau sebelum ini kita sudah pun solat lima waktu sehari semalam tanpa tinggal, tapi penyakit hati kotor masih membelenggu, cuba perbaiki setiap ibadat.

Kalau dulu solat tak tahu makna, lepas ni solatlah dengan kefahaman. Jika dulu bersedekah asyik seringgit jer, lepas ni sentiasa tingkatkan dan buang rasa sayang dan takut duit habis.

4. ‘Wujudkan’ Tuhan di hadapan sedang melihat kita

Khusyuk adalah rahsia nikmat dalam solat. Untuk mendapat khusyuk hati mesti suci bersih dahulu. Jadi bagaimana bila hati masih kotor?

Cuba ‘wujudkan’ Allah di hadapan kita. Bayangkan Allah s.w.t sedang melihat kita.

Walaupun kita sudah maklum bahawa Allah s.w.t memang ada di hadapan kita tapi kita tidak pernah endahkan, cuba belajar untuk rasai wujudnya Pencipta Agung.

5. Lawan saat nafsu memuncak nak buat maksiat

Sewaktu hati kotor masih bersama, akan hadir saat di mana kerinduan memuncak, syaitan dan nafsu menyerang tanpa belas kasihan.

Di saat itu pula maksiat ada di depan mata. Cuba lawan untuk sekali ini, anda pasti akan rasai kenikmatannya apabila anda menang melawan syaitan dan nafsu.

Masa itulah anda akan rasai magik yang benar-benar berlaku, dan anda bercita-cita untuk lawan nafsu dan syaitan untuk kali yang kedua.

6. Kepentingan ibadat sunat yang istiqamah, bukan sekali buat tapi panjang/lama

Ibadat sunat sangat berperanan mengubat hati kotor, termasuk wirid selepas solat, berzikir, bertahmid dan bertasbih, berdoa umum atau khusus, bersolat sunat rawatib selain solat dhuha dan tahajud, serta bersedeqah.

Wirid dalam solat biarlah pendek asal sentiasa buat. Bukannya sekali buat panjang berjela, kemudian bila ada kesibukan tak buat langsung.

Begitu juga solat sunat dhuha sebagai contoh. Biarlah solat itu tak sempurna sangat pun asal dibuat hampir setiap hari sampai bila-bila.

Jika bersedekah itu seringgit, janganlah terus naikkan RM50 lepas tu langsung tak sedekah. Ingat, yang penting konsisten. Naikkan RM5 dalam suatu jangkamasa, kemudian naik lagi kepada RM10 dalam suatu jangkamasa dengan penuh konsisten.

Lama kelamaan barulah dapat rasai nikmat bersedeqah RM50 setiap hari tanpa rasa sayang dan takut duit habis. Maka bersihlah hati orang yang tidak sayang dalam bersedeqah.

Semoga perkongsian di atas dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Yang Tidak Solat Selalunya Berjaya?

Sumber: Soleh.net

Thursday, January 29, 2015

Raja Baharu Arab Saudi Hafaz Al-Quran

Raja Baharu Arab Saudi Hafaz Al-Quran

Siapakah sebenarnya Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, iaitu raja baharu bagi Arab Saudi pada Jumaat minggu lalu? Mungkin ramai yang setakat berkata, baginda ialah raja yang memerintah ‘negara minyak’ terkaya di dunia ini.

Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud
Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud.

Namun, tahukah anda, pada usia semuda 10 tahun, Raja Salman sudah pun menghafaz Al-Quran di bawah bimbingan imam Masjidil Haram, Sheikh Abdullah Khayat, malah baginda juga disifatkan sebagai seorang yang warak.

Raja Salman khatam Al-Quran tiga kali pada setiap bulan suci Ramadan, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi, maka tidak hairanlah, raja baharu itu dilaporkan seorang yang memiliki daya ingatan amat kuat.

Yasser Arafat
Penyokong kuat perjuangan Yasser Arafat.

Baginda menerima pendidikan awalnya di Sekolah Putera-Putera di ibu kota, Riyadh bagi mempelajari subjek pendidikan agama dan sains moden, namun Raja Salman dikatakan lebih berminat terhadap pengajian sains sejak usia kecil lagi.

Ibarat ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kepandaian sains juga diwarisi anakandanya. Tahukah anda, Raja Salman ialah ayahanda kepada Putera Sultan, yang menjadi angkasawan Muslim pertama di dunia pada tahun 1980-an.

Seorang lagi anakanda lelakinya, Putera Khaled, dilaporkan menjadi antara juruterbang tentera yang menjalankan serangan udara terhadap kumpulan militan Daulah Islamiyah (IS) di Syria tahun lalu, menurut stesen penyiaran Amerika Syarikat (AS), CNN.

(Baca: Tahukah Anda Air Yang Paling Sedap Di Dunia?)

Portal berita Arabnews.com pula menulis, sebagai seorang individu, Raja Salman seorang yang sangat menjaga masa, dan tidak suka lambat bahkan baginda sampai ke pejabat tepat pada masanya setiap hari, sepanjang tahun.

Lantaran itu, Raja Salman kurang suka jika orang membazirkan masa baginda kerana baginda rajin melawat orang sakit dan menghadiri upacara pengebumian di tengah-tengah kesibukan dan jadual padat rasmi sebagai putera mahkota dahulu.

Raja yang menjadi pengamanah Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah itu juga dilaporkan seorang yang penyabar, laman berita Saudi Gazette melaporkan.

Portal berita Arabnews.com pula menulis, sebagai seorang individu, Raja Salman seorang yang sangat menjaga masa, dan tidak suka lambat bahkan baginda sampai ke pejabat tepat pada masanya setiap hari, sepanjang tahun.

Putera Sultan
Putera Sultan angkasawan Muslim pertama di dunia.

Lantaran itu, Raja Salman kurang suka jika orang membazirkan masa baginda kerana baginda rajin melawat orang sakit dan menghadiri upacara pengebumian di tengah-tengah kesibukan dan jadual padat rasmi sebagai putera mahkota dahulu.

Raja yang menjadi pengamanah Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah itu juga dilaporkan seorang yang penyabar, laman berita Saudi Gazette melaporkan.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc

Video Raja Arab Saudi 'Tinggalkan' Barrack Obama Demi Solat!

Video Raja Arab Saudi 'Tinggalkan' Barrack Obama Demi Solat!

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Raja Salman

Setelah berkunjung ke India, Presiden US, Barrack Obama singgah di Arab Saudi bersama dengan isterinya bagi mengucapkan takziah kepada keluarga diraja atas kemangkatan Raja Abdullah dan juga penghormatan keatas pertabalan raja baru iaitu Raja Salman.

Namun sesuatu yang luar biasa terjadi ketika kunjungan Obama di Arab Saudi dimana Raja baru itu pergi meninggalkan manusia paling berpengaruh itu dan isteri bersendirian apabila azan asar berkumandang.

Bayangkan di saat-saat protokol masih berlangsung, Raja Salman terus meninggalkan Obama untuk menunaikan solat Asar sebaik sahaja azan berkumandang.

Video ketika lawatan Obama itu telah dirakam dan dimuat naik ke laman Youtube dan menerima sejumlah tontonan yang banyak dengan komen positif dari pengguna laman tersebut.

(Baca: Mengapa Umat Islam Tidak Digalakkan Menyebut 'Rest In Peace'?)

Di dalam video tersebut, kelihatan Raja Salman bersama beberapa menteri menyambut kedatangan Obama di lapangan terbang. Setelah berjabat tangan, Raja Salman dilihat meninggalkan Obama untuk menunaikan solat Asar.

Obama setelah itu berjalan di atas karpet merah bersama isterinya tanpa ditemani oleh Raja Salman.

Seorang rakyat arab saudi telah memuat naik satu tweet berserta gambar dengan kapsyen "Inilah lelaki yang meninggalkan pemimpin negera terpenting dunia untuk sembahyang".

Saksikan video dibawah:



Bagaimanapun, Raja Salman menerusi rakaman siaran televisyen dilihat terlebih dahulu menjelaskannya kepada Presiden itu sebelum berlalu pergi. Salute!

Sumber:
Depalma-sp.blogspot.com/Mynewshub.cc

Pemain Bola Sepak Jerman Masuk Islam

Pemain Bola Sepak Jerman Masuk Islam

Tersentuh hati kami mendengar luahan seorang pemain bola sepak Jerman bernama Danny Blum yang mengumumkan telah memeluk agama Islam dan menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya.

Danny Blum

“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” beritahu Blum kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu.

Blum yang menyertai FC Nurnberg di Bavaria sejak Julai lalu juga pernah mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Bagaimanapun, beberapa minggu yang lalu pemain bola sepak ini akui mengambil keputusan untuk memeluk islam setelah tertarik agama ini ketika dalam lawatannya ke sebuah masjid.

“Saya ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik untuk mengetahui lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.

Danny Blum

Jejaka berusia 24 tahun ini akui sedang belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti solat dan pengambilan makanan halal.

Menurut Blum, pada mulanya dia gusar dan takut keputusannya memeluk agama Islam dihalang oleh ibu bapanya namun berita tersebut disambut baik oleh keluarganya.

“Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa Islam adalah agama betul,” katanya.

Kisah Danny Blum yang memeluk agama Islam ini heboh diperkatakan oleh media barat.

BACA INI JUGA:



Sumber: Mynewshub

Aplikasi WhatsApp Melalui Komputer Anda!

Aplikasi WhatsApp Melalui Komputer Anda!

Anda pengguna media sosial WhatsApp? Terima kasih kepada artikel ini yang dikongsikan oleh blogger Bin Muhammad melalui blognya di relaksminda.

WhatsApp Web

Ada berita baik untuk anda di mana kini Aplikasi WhatsApp boleh digunakan melalui komputer desktop/ labtop anda! Aplikasi ini dikenali sebagai WhatsApp Web tetapi hanya boleh digunakan melalui Browser Google Chrome.

Kini anda boleh berkomunikasi sesama rakan anda dengan lebih selesa di skin yang lebih besar! Ianya memaparkan paparan yang serupa seperti di smartphone anda dan boleh melihat semua gambar dan video dengan lebih jelas. Nak simpan pun mudah tanpa perlu memenuhkan memory card/ smartphone anda.

Aplikasi WhatsApp Web ini memerlukan sambungan tetap pada telefon pintar anda untuk berfungsi. Jika telefon anda terputus talian, WhatsApp Web akan tetap memaparkan segala yang telah di download sebelum itu. Senang kata, segala fungsinya sama seperti aplikasi di telefon pintar.

Cara Guna Aplikasi WhatsApp Web

Bagaimana cara untuk ada menggunakan Aplikasi WhatsApp Web ini? Mudah sahaja, hanya ikut panduan berikut:

Buka Google Chrome anda dan pergi ke website: https://web.whatsapp.com./. Anda akan lihat QR code. Scan code tersebut dan anda dah boleh gunakan Aplikasi WhatsApp Web ini. Mudah bukan...

WhatsApp Web [2]

Untuk lebih jelas, sila ke halaman berikut: Use WhatsApp Web

WhatsApp Web Guidelines

Connect your web browser to your WhatsApp client, simply open https://web.whatsapp.com in your Google Chrome browser. You will see a QR code --- scan the code inside of WhatsApp, and you're ready to go.

You have now paired WhatsApp on your phone with the WhatsApp web client. Your phone needs to stay connected to the internet for our web client to work, and please make sure to install the latest version of WhatsApp on your phone.

In terms of availability, it currently works on Android, Windows Phone, Blackberry, BlackBerry 10 and Nokia S60. Sorry... no web solution at this time for iOS users because of limitations of the platform

Selamat mencuba dan ceritakan pengalaman anda menggunakan Aplikasi WhatsApp Web ini...

BACA INI JUGA: Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media

Sumber:
http://relakssminda.blogspot.com/2015/01/guna-whatsapp-hanya-melalui-komputer.html
http://blog.whatsapp.com/614/WhatsApp-Web
http://www.androidcentral.com/whatsapp-now-has-chrome-web-client

Wednesday, January 28, 2015

Siti Nurhaliza Punca Zamani Jadi Penagih?

Siti Nurhaliza Punca Zamani Jadi Penagih?

Nampaknya kisah lama antara vokalis kumpulan Slam dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kembali dibangkitkan selepas nama Zamani kembali hangat, gara-gara ditangkap kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Siti-Nurhaliza

Seperti diketahui ramai peminat, mereka berdua pernah digosipkan satu ketika dahulu.

Namun ramai sudah terlupa tentangnya hinggalah komposer Saari Amri mengeluarkan satu kenyataan yang cukup panas di Facebook iaitu:

‘Siti Nurhaliza tahu kenapa Zamani jadi macam tu (seorang penagih)’.

Siti kemudiannya enggan memberi sebarang reaksi berkenaan persoalan tersebut dan menyifatkan status tersebut tiada kena mengena dengan dirinya.

Saari Amri
Saari Amri.

Namun, Saari sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut industri seni setelah berkata, suatu ketika dahulu dia pernah menasihati Zamani agar melupakan Siti.

Memetik kenyataannya di portal Malaysian Digest, “Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya banyak menghabiskan masa dengan dia.

“Pernah satu ketika saya bertanyakan kepada dia mengapa dia jadi begitu, nasihatkan dia melupakan Siti dan jalani hidup dengan lebih baik tapi Zamani seorang yang sangat setia.

“Jadi apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet’ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul.

“Ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi ia kisah lama. Tiada niat saya untuk bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu.”

Siti Nurhaliza Enggan Ulas

Sementara itu, Datuk Siti Nurhaliza mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai status Facebook komposer Saari Amri yang mendakwa penyanyi itu mengetahui sebab musabab kenapa Zamani mengambil dadah.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya.

“Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya.

Apa-apapun, diharapkan kehadiran tahun 2015 ini dapat memberikan sinar baru buat Zamani agar berubah seterusnya kembali mewarnai industri nyanyian tanahair.

Orang cakap ‘barang yang lepas usah dikenang’...

6 Rahsia Orang Berjaya

6 Rahsia Orang Berjaya

Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Success Secret

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku “Tough Times Never Last, But Tough People Do” oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap.

Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja.

Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua.

Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah?

Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain.

Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja.

Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa dia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini dia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat dia sangat marah hingga tekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang sukar. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau bahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang.

Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata “Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya”.

Baca ini juga: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup

Sumber: iluvislam.com