Saturday, October 25, 2014

Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata

Asal-usul Penemuan Dan Penciptaan Cermin Mata

Informasi Dunia. Penggunaan cermin mata pada zaman sekarang tidak lagi terbatas sebagai alat bantu penglihatan. Sebaliknya, ia sudah menjadi aksesori fesyen dan pelengkap gaya seseorang. Tapi, tahukah anda sejarah penciptaan cemin mata?

Asal-usul Cermin Mata

Sebelum ini, seorang pengkaji sejarah sains dan teknologi Islam dari Arab Saudi, Lutfallah Gari, pernah menelusuri rahsia penemuan cermin mata secara mendalam.

Daripada penelitian tersebut, beliau mendapati bahawa banyak peradaban termasuk peradaban Islam memainkan peranan penting dalam penemuan cermin mata.

Namun, sebelum manusia mengenali cermin mata, ilmuwan dari pelbagai peradaban dunia seperti Rom, Yunani dan Islam telah terlebih dahulu menemui lensa.

Demikian menurut Lutfallah dalam sebuah tulisan bertajuk http://www.muslimheritage.com/article/invention-spectacles-between-east-and-west/.

Menurut beliau, masyarakat pada zaman ini hanya mengenali cermin mata yang sebenarnya berfungsi sebagai kanta pembesar. Cara penghasilannya juga berbeza-beza dalam setiap peradaban. Sebagai contoh, orang Rom membuat kanta pembesar daripada kristal.

Masyarakat Yunani kuno pula menghasilkan peralatan sama menggunakan bola kaca berisi air.

Tiga ratus tahun sebelum masyarakat Eropah mengetahui perkara itu, peradaban Islam dikatakan terlebih dahulu mengenali dan menemui ilmu tentang kanta. Bukti penemuan itu jelas terungkap dalam karya Ibnu Al-Haitam (965 - 1039 Masihi), bertajuk Al-Manazir.

Ridha_al_Abbasi_Muin_al_Musawwer

Kitab ini menerangkan tentang optik - masalah pembesaran objek dan pembiasan cahaya. Malah, kebanyakan syair berusia sekitar 200 tahun yang dikarang oleh Ibnu Al-Hamdis (1055 - 1133 Masihi) turut mengungkapkan secara terperinci mengenai cermin mata.

Pada tahun 1268, seorang ilmuwan Inggeris, Roger Bacon, telah menulis tentang kanta pembesar dan bagaimana membesarkan objek menggunakan sepotong kaca. Alat ini, menurut Bacon, sangat bermanfaat untuk orang-orang tua dan mereka yang memiliki kelemahan pada penglihatan.

Beberapa orang sejarahwan bagaimanapun mendakwa, Bacon telah mengambil idea itu daripada Ibnu Al-Haitam. Beliau dikatakan terpengaruh dengan tulisan Al-Haitam tentang optik yang sebelum itu pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Namun, siapa sangka hikmah daripada perdebatan itu akhirnya membawa kepada siapa sebenarnya pencipta pertama cermin mata pertama.

Pembuatan cermin mata terawal dikatakan telah bermula di China. Masyarakat disana dipercayai adalah orang pertama menggunakan alat tersebut sebagaimana lazim digunakan sekarang.

Cermin mata yang mereka hasilkan biasanya dari lensa berbentuk bujur bersaiz besar, terbuat daripada kristal batu. Manakala bingkai pula adalah daripada tempurung kura-kura.

Pada waktu itu, bukan semua dikalangan pemakai cermin mata mengalami masalah rabun. Bagi orang Cina pada zaman itu, pemakaian cermin mata hanyalah sebagai alat untuk menjadikan mereka kelihatan lebih cerdik dan berwibawa. Sehinggakan, mereka hanya mengenakan bingkai tanpa menggunakan kanta pembesar.

Pada tahun 1270, Marco Polo telah berlayar ke China. Sepanjang berada disana, beliau sangat tertarik dengan cermin mata. Dia kemudiannya membawa benda tersebut bersama-sama dalam pelayarannya.

Bermula dari situ, penggunaan cermin mata tersebar dengan begitu pantas ke seluruh dunia.

Sejak itu juga, pada abad ke 13, cermin mata mula terkenal di Eropah. Pada awal kemunculannya, ia masih menyerupai cermin mata buatan China, terbuat daripada batu kristal.

Motif pemakaiannya juga berbeza. Namun, masyarakat Eropah lebih menggunakan alat itu untuk tujuan membantu penglihatan mereka.

Ancient Glasses

Untuk beberapa waktu, masyarakat Eropah pernah menggunakan cermin mata yang dikepit dengan sejenis peniti ke atas hidung mereka. Ada yang berpendapat, untuk memakainya perlu memasang logam panjang bermula dari batang hidung hingga ke bahagian tengah kepala dan turun ke bahagian leher.

Akan tetapi, gaya cermin mata begitu kurang diminati kerana cara pemakaiannya sangat rumit dan tidak praktikal. Selepas pelbagai percubaan dilakukan, muncullah idea baru dimana kawat keras dibentuk sebagai ganggang ditelinga seperti bentuk cermin mata yang wujud pada hari ini.

Menelusuri evolusi cermin mata, nyatalah ia merupakan salah satu penemuan terpenting dalam sejarah kehidupan manusia.

Tidak hairanlah kenapa banyak peradaban dunia tampil mendakwa sebagai pencipta terawal cermin mata di dunia.

Akhirnya, asal-usul cermin mata - siapa pencipta pertama, dari mana dan bila, sehingga kini terus menjadi rahsia.

-SENTIASAPANAS.COM

Dalang Gambar Anjing Hina Islam Dikenal Pasti!

Dalang Gambar Anjing Hina Islam Dikenal Pasti!

Cerita Panas. Dalam kehangatan isu umat Islam sentuh anjing diperkatakan di Malaysia, tup-tup tersebar satu gambar yang memanaskan lagi keadaan.

Mujahid Asari-Dakubo

Gambar anjing dipakaikan jubah dan serban yang disebarkan menerusi laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp membuatkan ramai panas punggung kerana ia terang-terangan menghina Islam.

Hinggakan, Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid turut mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan ini menghina para ulama dalam keadaan sekarang, di mana majoriti golongan pandai agama ini telah sepakat bahawa hukum memegang anjing tanpa sebab kukuh adalah dilarang mengikut mazhab Shafie.

Bagaimana pun, pemeriksaan akhirnya mendapati gambar anjing ini bukanlah kerja rakyat Malaysia tetapi pihak luar.

Mujahid Asari-Dakubo [2]

Cuma mungkin, gambar ini telah dikitar semula oleh individu tertentu yang melakukannya untuk mengambil kesempatan daripada keadaan sekarang untuk menimbulkan keadaan kurang harmoni.

Faktanya, gambar anjing berjubah dan berserban ini sebenarnya kerja pemimpin pembangkang mewakili etnik Ijaw di Niger Delta, Nigeria iaitu Mujahid Asari-Dakubo atau lebih dikenali sebagai Asari.

Dikenali sebagai seorang yang vokal, gambar anjing ini dibuat Asari khas untuk mengejek pemerintah baru Kano yang tak sebulu dengannya, Sanusi Lamido.

Mujahid Asari-Dakubo [3]

Ia dimuat naik di laman Facebook Asari empat bulan lalu dan tinjauan kami mendapati, ramai rakyat Nigeria yang beragama Islam turut tidak setuju dengan perbuatannya.

Diharapkan dengan penjelasan ini, tidak ada lagi kekeruhan suasana melibatkan gambar anjing berjubah dan berserban di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.

Sumber: Mynewshub.cc

Misteri Gadis Cantik Tidur 22 Jam Sehari!

Misteri Gadis Cantik Tidur 22 Jam Sehari!

Waktu tidur amat penting dalam kehidupan bukan sahaja merehatkan tubuh badan dan minda tetapi mempunyai hubung kait dengan sistem badan seseorang. Kita sering disarankan untuk mendapatkan tempoh tidur normal selama 8 jam sehari kerana ianya adalah salah satu terapi.

Beth Goodier Sleeping Beauty

Namun, agak misteri pula kisah seorang remaja perempuan dari Stockport, Greater Manchester kerana hanya mampu berjaga selama 2 jam sahaja sehari.

Ini sekali gus memaksa gadis 20 tahun ini tidur selama 22 jam sehari hingga boleh membahayakan nyawanya pula.

Anda sangka hobinya tidur?

Sebenarnya remaja cantik bernama Beth Goodier ini menghidap penyakit misteri yang jarang-jarang dihidapi iaitu Kleine-Levin Syndrome yang juga dikenali sebagai sindrom Sleeping Beauty.

Ala-ala cerita animasi yang sangat popular dulu-dulu. Tetapi Beth tidaklah seindah kisah animasi yang hanya sedar dengan ciuman cinta sejati.

Beliau menyedari tabiat tidurnya sejak berusia 16 tahun lagi dan terpaksa dijaga rapi seperti bayi oleh ibunya, Janine kerana risau keadaannya yang tiba-tiba bangun dalam keadaan bingung dan terpinga-pinga.

Dia akan normal selepas beberapa ketika namun doktor memberitahu jika ianya berterusan membawa kesan buruk kepadanya.

Kesian Beth, semoga suatu hari nanti dia dapat menjalani kehidupan seperti orang lain!

BACA INI JUGA: Tragedi Mimpi Ngeri Pulang Kampung!

-Sentiasapanas.com

Friday, October 24, 2014

Kontroversi Artis Malaysia Pernah Peluk Anjing!

Kontroversi Artis Malaysia Pernah Peluk Anjing!

Sejak kebelakangan ini, topik memegang anjing menjadi perdebatan utama di Malaysia.

Peluk Anjing

Semuanya gara-gara penganjuran program I Want To Touch A Dog yang diadakan Ahad lepas di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama.

Program terbabit mencetuskan perdebatan hangat di kalangan umat Islam di mana ada yang menyifatkan aktiviti seumpama ini sengaja diada-adakan bagi membangkitkan kemarahan orang Islam di Malaysia.

Hakikatnya, isu memegang anjing serta menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan di kalangan selebriti tempatan sudah ditimbulkan sejak dahulu lagi malah sebilangan artis teruk dikecam peminat gara-gara membela serta memegang anjing yang tergolong sebagai najis berat atau mughallazah.

Antara artis yang pernah menimbulkan kontroversi bergambar dengan anjing ialah Nanu Baharuddin, Sharifah Sofia, Din ahli kumpulan Estranged, Adira Suhaimi dan Baby Erin daripada kumpulan Res2.

Bagaimana pun, gambar di atas adalah kontroversi lama malah beberapa artis terlibat seperti Adira dan Sharifah Sofea pada hari ini sudah pun berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik apabila memilih untuk berhijab, alhamdulillah.

Sememangnya, Islam tidak melarang penganutnya menyentuh anjing jika bersebab tetapi jikalau niat sekadar untuk suka-suka apatah lagi menjadikan anjing haiwan peliharaan, maka hukumnya jelas dilarang.

Seelok-eloknya jika hendak melakukan perkara yang diragui daripada segi hukum agama, apa kata bertanya dahulu pada mereka yang lebih arif dan pakar mengenainya jadi tidaklah akidah serta pegangan agama kita terpesong.

Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk menuding kesalahan terhadap mana-mana pihak tetapi sekadar renungan untuk kita sama-sama renung dan fikir-fikirkan.

Sumber: Mynewshub.cc

Peluk Anjing [2]
Peluk Anjing [3]
Peluk Anjing [4]
Peluk Anjing [5]
Peluk Anjing [6]
Peluk Anjing [7]

Gadis Selfie Dengan Mayat Bapa Kena Kutuk!

Gadis Selfie Dengan Mayat Bapa Kena Kutuk!

Tidak dapat dipastikan kenapa gadis cantik yang dikenali sebagai Fify Azmi atau nama penuhnya Nur Afiqah Mohd Azmi yang juga peserta akhir pencarian Gadis Muka 2 (GM 2) Harian Metro melakukan tindakan kurang bijak apabila berselfie di samping jenazah ayahnya.

Nur Afiqah Mohd Azmi

Lebih menyedihkan apabila gambar itu dimuatnaikkan di Instagram miliknya, fifyazmi90 sekali gus menimbulkan rasa kurang senang pada yang melihatnya.

Hinggakan, ada yang meninggalkan komen mempersoalkan ‘kesedihan’ gadis ini.

“Betul ke u sedih?? I dont think so, u know why?? Sebab bila darah daging kita meninggal especially our parents, x de masa pun nak pandang hp!” - demikian komen ditinggalkan ‘drhusnafadzil’.

Menurut ‘Abdul Hafiz’ pula, gambar selfie itu kurang enak dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu” - tulisnya.

Nur Afiqah Mohd Azmi [2]
Klik untuk paparan besar.

Bagaimanapun, selepas ramai yang menegur, Fify didapati telah memadamkan gambar tersebut.

Selain gambar selfie bersama jenazah bapa, Fify turut memuat naik gambar keranda bapanya diusung keluar serta gambar ibunya sedang bertafakur di tanah perkuburan.

Peserta Gadis Muka 2 (GM 2) Harian Metro yang mempunyai pasangan kembar bernama Khalie ini, pernah memberitahu Harian Metro tentang keadaan arwah bapanya.

Nur Afiqah Mohd Azmi [3]

Ulas Fify ketika baru menyertai pertandingan ini:

“Untuk pengetahuan umum, kami datang daripada keluarga yang sederhana. Bapa saya dulunya bekerja tetapi sejak terlantar koma kerana asma kronik, ibulah yang mengambil alih tugas sebagai bapa.

“Antara sebab saya menyertai GM2, manalah tahu rezeki, saya boleh membantu meringankan beban keluarga.

“Ironinya, selepas tiga bulan bapa saya disahkan lumpuh, tiba-tiba I Like Entertainment Sdn Bhd selaku penerbit GM2 dan Harian Metro, akhbar rasmi pertandingan ini mengumumkan Pencarian GM2.”

Keputusan GM 2 bagaimana pun menyaksikan kemenangan menjadi milik Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf, gadis kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu dari Ampang, Selangor.

Nur Afiqah Mohd Azmi [4]

Selain itu, Fify juga merupakan peserta program Fear Factor Malaysia terbitan Astro yang digandingkan dengan pelakon Ungku Ismail.

Harap-harap segala teguran berkaitan insiden ini dipandang positif oleh Fify.

Janganlah terlalu sibuk nak cari perhatian sampai terlupa menjaga adab dan sensitiviti sebagai seorang Melayu beragama Islam.

Sumber: Mynewshub.cc

Anjing Pakai Serban Penghinaan Terhadap Islam

Anjing Pakai Serban Penghinaan Terhadap Islam

Cerita Panas. Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah perlu dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.


Beliau berkata gambar anjing berserban serta berjubah yang kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab lebih bertujuan menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.

“Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutup Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini pada Khamis.

Mohamad Tamyes berkata umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

“Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Video Skandal 'Ustaz Azhar Idrus'?

Video Skandal 'Ustaz Azhar Idrus'?

Cerita Panas. Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI.

Video Skandal 'Ustaz Azhar Idrus'

Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita.

Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit.

Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini:

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi.

Menurut Zulkifli juga, UAI tidak terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa.

Sumber:
http://www.kitabantai.info/2014/10/isu-video-skandal-ustaz-azhar-idrus.html

Thursday, October 23, 2014

Tragedi Ngeri 918 Jonestown

Tragedi Ngeri 918 Jonestown

Tahukah anda kira-kira 918 orang telah ditemui mati dalam satu kejadian di Jonestown, California pada 18 November 1978.

918 Jonestown

Lebih mengejutkan, kematian mereka bukannya berpunca daripada bencana alam tetapi disebabkan terlalu taksub kepada ajaran sesat yang dibawa oleh ketua mereka sehingga tergamak membunuh diri dan berbunuhan sesama sendiri.

Angka korban yang terlalu besar itu seolah-olah tidak masuk akal. Bagaimana mereka sanggup mengikut jejak langkah ketua ajaran sesat itu hingga tiada seorang pun yang berani menentang?

Atau, adakah mereka terlalu takut hingga terpaksa berbuat demikian?

Sekitar tahun 1970 hingga 1980, rakyat Amerika masih diselubungi masalah perkauman. Walaupun pandangan dan persepsi negatif sudah sekian lama pudar, tapi pengasingan kaum dan perbezaan layanan masih belum dapat dipulihkan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa golongan minoriti kulit putih yang berusaha memperjuangkan konsep menyatukan semua bangsa.

Antaranya seorang pastor bernama Jones yang menggunakan gereja rakyat sebagai landasan perjuangan itu.

Usaha beliau disambut baik oleh sebilangan kecil rakyat kulit putih serta orang-orang politik menyebabkan Jones menerima anugerah The Martin Luther King Jr. Humanitarian Award.

Pun begitu, usaha itu tidak disenangi oleh media-media kulit putih yang mengkritik perjuangannya.

918 Jonestown [2]
918 Jonestown [3]

Serabut dengan masalah itu, Jones bersama-sama pengikutnya lari dan membuka sebuah penempatan baru di Guyana, Amerika Selatan. Ketika itu, Guyana adalah hutan yang belum diterokai. Mereka telah menyewa kawasan baru ini dari kerajaan Guyana.

Semua pokok ditebang dan digantikan dengan tanaman pokok pisang untuk dijadikan makanan asas. Malah, perkampungan ini diberi nama, Jonestown.

Dan disinilah bermula segala-galanya...

Jones yang disanjung tinggi oleh pengikutnya mula menunjukkan taring. Pemerintahan yang dulunya demokrasi bertukar diktator.

Setiap kali ada pandangan diajukan padanya, pasti ada saja yang ditempelak. malah, pengikut yang tidak bersetuju dengannya akan diperhatikan oleh pembantu-pembantu kanan Jones.

Apabila puak Jones tidak lagi menghantar berita kepada keluarga masing-masing, timbul persoalan dikalangan ahli keluarga. Persoalan ini telah mendesak senator Amerika Syarikat membuat lawatan dan melihat sendiri keadaan rakyatnya di sana.

918 Jonestown [4]
918 Jonestown [5]

Maka, berangkatlah wakil kerajaan Amerika bersama pengamal media dan jurugambar ke Guyana.

Kehadiran perwakilan itu disambut baik oleh puak Jones. Rombongan itu dibawa masuk ke dalam hutan sejauh tujuh batu meredah laluan berlumpur.

Ketika tiba di perkampungan tersebut, seorang penduduk telah memasukkan sekeping kertas kecil yang bertulis, 'TOLONG BAWA KAMI KELUAR DARI TEMPAT INI' ke dalam poket salah seorang ahli rombongan.

Menyedari kepelikan surat tersebut, perwakilan itu terus bertanya kepada Jones.

Hasilnya, rakyat yang tidak lagi sebulu dengan Jones dibenarkan keluar dari perkampungan itu dengan syarat, anak-anak mereka tidak boleh dibawa bersama kerana mereka dikatakan hak milik penuh Jones.

Ketika rombongan itu bergerak untuk menaiki pesawat pulang ke Amerika Syarikat, tiba-tiba datang sekumpulan penembak dan melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah mereka.

Semua terkorban termasuklah wakil kerajaan Amerika Syarikat, pengamal media serta jurugambar. Selebihnya melarikan diri ke dalam hutan.

918 Jonestown [6]

Jones mula ketakutan. Dia yakin, berita itu akan sampai kepada pihak berkuasa. Selepas berfikir panjang, Jones mengumpul pengikutnya ditengah-tengah Jonestown berhampiran gereja. Dia memberitahu mereka bahawa dunia adalah tempat tinggal yang sangat kejam dan tidak selamat untuk mereka melainkan mati sahaja.

Bagi pengikut tegar, mati bersama Jones adalah adalah sesuatu yang diidam-idamkan. Cara yang paling mudah dan tidak meyakitkan adalah dengan meminum sejenis racun, Cynide Laced, yang bertindak melemahkan badan peminum sebelum tertidur lalu mati. Seolah-olah mati dalam tidur.

Sebelum diberikan racun, Jones pada mulanya membakar semua kebun pisang yang menjadi sumber makanan mereka.

Kemudian, dia menyusun kanak-kanak dan bayi didalam gereja sebelum disuntik dengan racun sehingga mati. Seterusnya, secawan racun diberikan kepada setiap orang dewasa seorang demi seorang.

Ketika itulah, beberapa orang pengikut mula sedar mereka telah ditipu oleh ketua yang mereka sanjung selama ini dengan satu kaedah psikologi gila dan tidak masuk akal.

Tanpa berfikir panjang, mereka cuba lari kedalam hutan untuk menyelamatkan diri, namun ditembak oleh orang-orang kanan Jones.

918 Jonestown [7]

Berita pembunuhan wakil kerajaan mendapat perhatian pihak berkuasa AS. Pasukan penyiasat dihantar untuk melihat kejadian sebenar.

Dan ketika sampai di Jonestown, mereka menemui 918 mayat busuk bergelimpangan!

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Ladang Myrtles

-Sentiasapanas.com

Wednesday, October 22, 2014

Deepavali, Diwali Dan Pesta Cahaya

Deepavali, Diwali Dan Pesta Cahaya

Deepavali dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'Perayaan Cahaya' dengan rata-rata penganut Hindu menerangi rumah-rumah mereka dengan pelita yang diperbuat daripada tanah liat dengan sumbu yang dipanggil "diyas" atau bentuk lampu yang lain.

Deepavali, Diwali Dan Pesta Cahaya

Kilauan cahaya yang terpancar daripada lampu ini bukan sahaja mencerminkan kehangatan yang dibawakan cahaya berkenaan, malah menggambarkan pencapaian semua sifat-sifat kekayaan, kemasyhuran, pengetahuan, kejayaan atau keamanan.

Pintu masuk rumah juga dihiasi indah dengan motif tradisi Kolam Rangoli untuk menyambut Dewi Lakshmi, iaitu dewi kekayaan dan kemakmuran.

Festival penuh warna-warni yang dirayakan penganut Hindu seluruh dunia ini, biasanya jatuh pada sekitar penghujung Oktober atau awal November. Pada tahun 2014, hari yang penuh bermakna ini dirayakan pada 22 Oktober di Malaysia.

Penganut Hindu menganggap Deepavali, yang juga dikenali sebagai Diwali oleh masyarakat India Utara, sebagai antara perayaan terpenting yang mempunyai legenda di sebalik perayaannya iaitu, meraikan kemenangan Dewa Krisnan menentang pemerintahan kuku besi raja jahat, Narakasura di kerajaan Pradyoshapuram.

Persediaan untuk menyambut Deepavali biasanya bermula sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sebelumnya dengan rumah dibersihkan, melakukan pengubahsuaian rumah atau sekadar mengecat rumah, menggantikan langsir dan sofa.

Biasanya sesebuah keluarga itu akan membeli pakaian dan aksesori baharu serta menambah barang perhiasan rumah serta membuat 'Kolam' di pintu masuk rumah.

Rekaan 'kolam' (motif rumit yang berwarna-warni) mencakupi unsur-unsur reka bentuk geometri dengan titik, garis, segi tiga, segi empat, bulatan, dan simbol keberuntungan lain seperti swastika, burung merak, cengkerang siput kon, bunga teratai, trisula, tapak kaki dan bintang mempunyai kaitan dengan ekspresi keharmonian kosmik dan tenaga spiritual dalam amalan veda tertentu.

Beras berwarna, kelapa parut bersama debu perak dan emas mungkin digunakan untuk membuat corak selain daripada tepung beras dan corak ini lazimnya dilukis di atas lantai berhampiran pintu rumah.

Pada hari yang penuh bermakna ini, penganut Hindu biasanya bangun awal pagi dan ritual pertama yang dilakukan ialah mandi dengan minyak secara hati-hati menggunakan serbuk kayu manis, yang merupakan amalan penting sejak sekian lama, meskipun generasi muda hari ini, lebih gemar mandi dengan menggunakan sabun dan syampu.

Seterusnya, mereka mengenakan pakaian baharu - lelaki memakai dhoti atau kurta, wanita mengenakan sari diperbuat daripada sutera, sut Punjabi, lengha, sut karisma yang pelbagai warna dan corak sebelum menuju ke kuil.

Mereka juga akan memberi hormat kepada orang tua serta yang sudah meninggal dunia. Ini merupakan upacara penting.

Mengunjungi rumah terbuka adalah suatu aktiviti yang pasti serta menarik pada hari kebesaran ini dengan pelbagai juadah, biskut dan kuih-muih masyarakat India dihidangkan.

'Marukku', yang bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat India malah Melayu dan Cina, turut menjadi kegemaran kerana keranggupannya ketika sambutan Deepavali.

Antara negara yang merayakan perayaan ini secara besar-besaran atau dengan cara unik tersendiri ialah India, Malaysia, Singapura, Sri Lanka, Mauritius, Fiji, Guyana, Thailand, Afrika Selatan, Trinidad dan Kanada.

Deepavali, yang merupakan hari kebesaran bagi penganut Hindu, turut diraikan bersama-sama rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang, menjadi suatu perayaan utama di Malaysia.

BACA INI JUGA: Festival Bertumbuk Takanakuy!

Sumber: BERNAMA

Tuesday, October 21, 2014

Apa Itu Penyakit Tiroid Dan Cara Merawatnya

Apa Itu Penyakit Tiroid Dan Cara Merawatnya

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

Penyakit Tiroid

Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.

Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).

Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.

Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki.

Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.

Penyakit hipotiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Kesan, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat.

Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Hipertiroidisme

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid.

Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar.

Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting.

Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan.

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan.

Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis.

Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan.

Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental.

Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat.

BACA INI JUGA: Merawat Penyakit Beguk Anak Anda

sumber: utusan