Oct 24, 2014

Kontroversi Artis Malaysia Pernah Peluk Anjing!

Sejak kebelakangan ini, topik memegang anjing menjadi perdebatan utama di Malaysia.

Peluk Anjing

Semuanya gara-gara penganjuran program I Want To Touch A Dog yang diadakan Ahad lepas di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama.

Program terbabit mencetuskan perdebatan hangat di kalangan umat Islam di mana ada yang menyifatkan aktiviti seumpama ini sengaja diada-adakan bagi membangkitkan kemarahan orang Islam di Malaysia.

Hakikatnya, isu memegang anjing serta menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan di kalangan selebriti tempatan sudah ditimbulkan sejak dahulu lagi malah sebilangan artis teruk dikecam peminat gara-gara membela serta memegang anjing yang tergolong sebagai najis berat atau mughallazah.

Antara artis yang pernah menimbulkan kontroversi bergambar dengan anjing ialah Nanu Baharuddin, Sharifah Sofia, Din ahli kumpulan Estranged, Adira Suhaimi dan Baby Erin daripada kumpulan Res2.

Bagaimana pun, gambar di atas adalah kontroversi lama malah beberapa artis terlibat seperti Adira dan Sharifah Sofea pada hari ini sudah pun berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik apabila memilih untuk berhijab, alhamdulillah.

Sememangnya, Islam tidak melarang penganutnya menyentuh anjing jika bersebab tetapi jikalau niat sekadar untuk suka-suka apatah lagi menjadikan anjing haiwan peliharaan, maka hukumnya jelas dilarang.

Seelok-eloknya jika hendak melakukan perkara yang diragui daripada segi hukum agama, apa kata bertanya dahulu pada mereka yang lebih arif dan pakar mengenainya jadi tidaklah akidah serta pegangan agama kita terpesong.

Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk menuding kesalahan terhadap mana-mana pihak tetapi sekadar renungan untuk kita sama-sama renung dan fikir-fikirkan.

Sumber: Mynewshub.cc

Peluk Anjing [2]
Peluk Anjing [3]
Peluk Anjing [4]
Peluk Anjing [5]
Peluk Anjing [6]
Peluk Anjing [7]

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Jngn ambil mudah soal hukum ni.. bukan berfikiran kolot tp soal hukum jngn nak memandai2...

Sayang sungguh artis-artis dan selebriti kita ramai yang jahil dan ambil mudah soal hukum.

Ni la masalahnya kalau hukum hakam agama dikesampingkan.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon