Sunday, August 31, 2014

20 Tahun Untuk Pembinaan Semula Gaza

20 Tahun Untuk Pembinaan Semula Gaza

Sebuah organisasi antarabangsa yang menilai proses pembinaan semula Gaza menyatakan, masa 20 tahun diperlukan untuk membina semula kediaman yang musnah dalam peperangan dengan Israel.

Gaza Destroyed by Terrorist

Penilaian tersebut dibuat oleh pertubuhan bantuan antarabangsa, Shelter Cluster yang turut dipengerusikan bersama oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Terdahulu, beberapa pegawai Palestin menganggarkan usaha membina semula Gaza menelan kos lebih AS$6 bilion (RM18.9 bilion).

(Baca: Umat Islam Tidak Berguna, Tidak Bererti dan Tidak Menakutkan Musuh!?)

"Sejumlah 17,000 unit rumah sama ada musnah atau rosak teruk dalam perang terbaharu di Gaza manakala 5,000 unit lagi masih perlu dibaiki akibat kerosakan yang dialami dalam beberapa kempen ketenteraan Israel sebelum ini," menurut Shelter Cluster dalam laporannya.

Kenyataan sama menyebut usaha membina semula Gaza mengambil masa lama ekoran sekatan yang dikuatkuasakan oleh Mesir dan Israel sejak Hamas mengambil alih pentadbiran wilayah Palestin itu pada 2007.

Perang terbaharu di Gaza tercetus yang berlarutan lebih sebulan tercetus selepas Israel melancarkan udara dan darat dengan alasan untuk menghentikan serangan roket Hamas ke dalam wilayahnya.-Agensi

Kontroversi! Aktivis Mesir, Aliaa, Hina Islam Dengan Darah Haid!

Kontroversi! Aktivis Mesir, Aliaa, Hina Islam Dengan Darah Haid!

Menerusi laman sosial, aktivis dan feminis Mesir, Aliaa Magda Elhamda, 23, memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang besar dan memandang belakang sambil menunjukkan jari tengah.

Aliaa Magda Elhamda

Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid.

Alia, bertindak biadap semata-mata bagi menunjukkan kebencian terhadap Islam yang digambarkannya menyokong keganasan, rasis dan hipokrasi.

Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah. Justeru mana-mana umat Islam yang melihat gambar ini pasti berasa sakit hati.

Sesungguhnya ini bukan soal sama ada kita menyokong perjuangan kekejaman ISIS atau tidak tetapi perlakuan Aliaa telah menghina agama Islam secara umum.

Ini bukan kali pertama Aliaa bertindak melampaui batas. Pada 2011 dia mengepos gambar bogelnya di laman sosial bagi menunjukkan pendirian sama.

Aliaa Magda Elhamda [2]

Begitu pun kebanyakan media cetak Arab dikatakan tidak melayan kegilaan Aliaa ini kerana tak mahu mencetak artikel bersama gambarnya bagi menjaga kesucian kalimah suci yang terdapat pada bendera yang disabotaj.

Tindakan itu mencetus kontroversi namun Aliaa tidak membalas kritikan diterimanya sementara pada masa sama terus aktif memperjuangkan hak sama rata wanita dan lelaki di Mesir. Sumber: Mynewshub.my

UPDATE!

Gambar mati kemalangan?

Aliaa-mati

Gambar wanita yang terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut adalah orang lain yang berlaku di San Paolo dan bukannya di Mesir.

Maklumat yang diperolehi yang mengatakan bahawa Aliaa telah menemui ajal selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang tersebar di blog dan laman sosial adalah palsu dan tidak benar.

Gadis yang menghina Kalimah Allah masih hidup dan setakat ini belum ada maklumat terbaru yang diterima mengenainya.

-SENTIASAPANAS.COM
Sudirman Ikon Kemerdekaan Sejati

Sudirman Ikon Kemerdekaan Sejati

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta | Selepas 22 tahun pemergian bertemu penciptanya, hati seakan-akan sayu apabila mendengar berita bahawa tema kemerdekaan tahun ini - Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta telah dinobatkan dari lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad.

Sudirman - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Sejak meninggal dunia pada 22 Februari 1992, dunia hiburan negara terutama melibatkan lagu patriotik seakan sepi.

Sebut sahaja lagu patriotik nyanyian beliau seperti 31 Ogos, Bendera Malaysia, Warisan dan banyak lagi lagu dari genre tersebut ia seakan menyuntik semangat kenegaraan yang kuat.

Budak kecil berusia empat tahun hingga warga emas pun boleh berdiri dengan bersemangat apabila Raja Pop Asia tersebut melantunkan suaranya.

Insan bernama Sudirman unik dalam kelasnya yang tersendiri.

Dalam suasana masyarakat hari ini dan di masa hayat beliau, Sudirman merupakan ikon yang berjaya menyatukan semua bangsa untuk menonton konsert meganya di Chow Kit Road, Kuala Lumpur pada tanggal 14 April 1986.

Apa lagi yang boleh diceritakan tentang Sudirman melainkan perkara-perkara yang indah-indah sahaja.

Sudirman yang digelar the singing lawyer, bukan sahaja menjadi johan Bintang RTM 1976 malah pernah membawa nama Malaysia gah di Royal Albert Hall London, apabila diangkat sebagai Penghibur Nombor Satu Asia di pentas penuh prestij itu pada tahun 1989.

Insan yang jika masih hidup berusia 60 tahun itu sesungguhnya selain boleh dianggap sebagai ikon 1Malaysia boleh juga dianggap sebagai ikon perpaduan negara ini.

Dalam masa isu perpecahan antara masyarakat akibat perbezaan fahaman politik yang memeningkan, nama Sudirman adalah tepat untuk diangkat sebagai sebahagian daripada nama insan yang memberi jisim yang lebih dalam sebuah sambutan kemerdekaan.

Setiap persembahannya menyajikan kelainan dan boleh dikatakan beliau berinovasi dalam memberi kepuasan kepada penonton yang hadir menyaksikan persembahannya.

Maka sewajarnya generasi seniman, pemimpin mahupun anak-anak muda mencontohi semangat legenda beliau yang begitu bertenaga setiap kali mengadakan persembahan sama ada di kaca televisyen mahupun di pentas.

Tentu rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas mengingati persembahan penuh penghayatan Sudirman ketika menyampaikan lagu Merisik Khabar yang memenangi Anugerah Persembahan Terbaik pada pentas akhir Juara Lagu 1987. Nyalaan api dari penyala api (lighter) dipetik mengikut irama akan terus diingati generasi peminatnya.

Pendek kata, jika generasi berusia hari ini tidak kenal siapa Sudirman dan impaknya sebagai penghibur kepada masyarakat hari ini sudah pasti orang itu menghadapi sakit lupa yang berat.

Sebagai ikon perpaduan, Sudirman perlu disanjung sebagai bukan sahaja anak seni tetapi penghibur yang berjaya merawat duka kita yang sedih dengan lagu rakyatnya seperti Punch Card, Seruling Anak Gembala, Basikal Tua dan Kulit.

Malahan lagu raya yang tidak menyebut perkataan raya di dalam liriknya iaitu lagu Balik Kampung boleh dianggap lagu 1Malaysia kerana ia menyuntik keceriaan dalam perayaan setiap penganut agama di negara kita.

Tidak kira apa jua bangsa sama ada Melayu, Cina, india dan lain-lain etnik semuanya balik ke kampung masing-masing mengikut tradisi nenek moyang sejak lama dulu.

Namun hari ini kesuraman dunia seni akibat isu cetak rompak dan muat turun lagu yang berleluasa di dunia maya telah membuatkan ingatan kita kepada Sudirman semakin nostalgik.

Selain Sudirman, kita juga telah kehilangan ramai karyawan seni yang hebat beberapa tahun kebelakangan ini seperti Loloq, Asri Rabbani, Datuk Ahmad Jais, Datuk Sharifah Aini dan lain-lain seniman veteran seperti Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsuddin.

Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Bagi seorang seniman bernama Datuk Sudirman yang mendapat gelaran dari Sultan Pahang pada 2009 sesungguhnya beliau telah pergi meninggalkan legasi seni yang tidak mampu ditandingi oleh generasi seniman hari ini.

Sesuai dengan lagunya One Thousand Million Smiles dan To know Malaysia is to love Malaysia cuma insan yang berhati besar yang mampu mendendangkan lagu tersebut dengan jiwa seorang bernama rakyat Malaysia.

Sesungguhnya tema ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-57, Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta tepat pada masanya.

Pada saat ada pihak yang ingin menjadikan negara ini sebagai pentas berpolitik yang boleh menyebabkan kacau bilau dalam masyarakat yang bertamadun, maka tema sedemikian ibarat cincin dengan permata.

Sesuai dan kena dengan masa dan ketikanya. Hayatilah bait-bait berikut sebagai satu pesanan untuk kita orang Melayu di negara berdaulat ini..

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan, timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan..

[Sumber]

Blog SP mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN buat semua pembaca..

Saturday, August 30, 2014

Pengacara Terkenal Hina Rakyat Palestin Koma!

Pengacara Terkenal Hina Rakyat Palestin Koma!

Menyifatkan rakyat Palestin patut mati kerana dianggapnya memulakan perang, pengacara terkenal ‘Fashion Police’ di saluran E! Joan Rivers mendapat kritikan yang cukup hebat daripada pihak yang menyokong perjuangan Palestin.

Fashion Police Joan Rivers

Selama ini ramai yang senang dengan karakter lucunya, namun kenyataan biadapnya mengenai pergolakan di Palestin awal bulan lalu nyata memakan diri.

Ia sekaligus mencalar reputasi yang dibinanya selama ini.

(Baca: Daun Teh Di Petik Gadis Perawan!)

Malangnya, semasa menjalani pembedahan tekak, dia tiba-tiba berhenti bernafas, namun berjaya distabilkan oleh pasukan perubatan.

Beberapa hari lalu, Rivers terpaksa dikejarkan ke hospital akibat masalah pernafasan.

Ramai yang mengaitkan kejadian yang menimpanya itu sebagai balasan akibat kelancangan mulutnya sebelum ini.

Rivers kini dalam keadaan koma dan belum sedarkan diri.-Mynewshub.my



Peel P50, Kereta Paling Kecil Di Dunia

Peel P50, Kereta Paling Kecil Di Dunia

Setiap kali tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, pasti timbul rasa cemburu melihat gelagat penunggang motosikal. Bagi yang berkereta, akan tersangkut dalam barisan berjam-jam lamanya.

Peel P50

Naik kereta mewah pun tak guna kalau tersangkut ditengah-tengah jalan raya.

Tapi, tahukah anda di Isle of Man, Ireland, terdapat sebuah kereta comel yang diberi nama Peel P50. Keluasan kereta kecil beroda tiga ini hanya boleh memuatkan seorang pemandu dan beberapa keping plastik mebeli-belah.

Apa yang menarik, kebanyakan aksesori yang dibina pada kereta ini hanya satu. Misalnya, sebuah pintu disebelah kiri kereta, sebilah swiper serta sebiji lampu besar di hadapan kereta. Memang sangat kecil dan tidak sesuai untuk ber'dating'.

Untuk pengetahuan anda, Peel P50 tidak memiliki gear undur. Ia digantikan dengan pemegang di belakang kereta untuk membolehkan pemandu menarik kenderaan itu jika mahu undur. Caranya, turun dari kereta, pegang pemicu di belakang dan tarik secara membulat.

Peel P50 Rivest
Undur dengan cara membulat.

Peel P50 adalah sebuah kereta mikro yang dikeluarkan pada tahun 1962 hingga 1965 oleh syarikat Peel Engineering Company yang berpangkalan di Isle of Island. Ia telah direka oleh Cyril Cannel. Manakala pembinaannya pula diketuai oleh George Geeling.

Pada tahun tersebut, kereta mini ini dijual pada harga $199 Pound atau RM1,053. Sepanjang tempoh kegemilangannya, kereta mini hanya dikeluarkan sebanyak 50 buah sahaja.

Bagaimanapun, hingga ke hari ini hanya terdapat 27 buah sahaja yang masih boleh digunakan.

Sejak dari awal kemunculan hingga tahun 2009, Peel P50 berjaya merangkul gelaran kereta terkecil di dunia sekaligus memegang rekod dunia.

Peel P50 Lut Sinar
Bumbung lut sinar serlahkan gaya terkini.

Ia hanya berukuran 54 inci panjang, 41 inci lebar dan berat tanpa muatan sebanyak 59 kilogram. Inilah kereta paling ringan dan comel di dunia!

Badan kenderaan ini pula dibuat menggunakan gentian kaca serta plastik berteknologi tinggi seperti yang digunakan dalam pembuatan 'Super bike' dan motor bot.

Jika dilihat reka bentuk sahaja, tentu kita menyangka ia berkelajuan rendah. Ia mampu meluncur laju di atas jalan raya dengan kelajuan 60 kilometer sejam. Agak laju bagi sebuah kenderaan kecil beroda tiga sebegini.

Dari segi bahan api pula, ia hanya memerlukan 2.8 liter petrol untuk jarak 100 kilometer dengan kuasa kuda 49 cc.

Selain Peel P50, terdapat juga beberapa model lain seperti Peel Trident dan Peel P50 Prototype. Semua model ini berlainan ciri dan berbeza.

Seperti Peel Trident, ia direka lebih kemas dan cantik. Selain memiliki bumbung lut sinar, kereta ini juga boleh memuatkan dua orang penumpang dalam satu-satu masa. Keunikan kereta ini adalah pintu utama perlu dibuka dari atas.

Peel P50 Door
Pintu dibuka dari belakang ke atas.

Pada tahun 2010, sebuah syarikat lain bernama Peel Engineering Ltd. yang berpangkalan di England telah membina semula Peel P50 dalam bentuk replika untuk pasaran hari ini. Rekaan replika itu mirip Peel P50 yang asal.

Namun begitu, terdapat beberapa penambahan dan pengurangan seiring dengan teknologi semasa. Antara perubahan besar adalah menukar enjin petrol kepada kuasa elektrik.

Kelajuan pula dikurangkan kepada 16 kilometer sejam. Takat kelajuan ini menyebabkan ia tidak boleh digunakan di atas jalan raya.

Pada tahun 2011, ia sekali lagi diubah. Kali ini, pereka Peel P50 menggunakan gabungan enjin petrol dan elektrik. Tambah menarik, ia telah diluluskan oleh undang-undang jalan raya dan selamat digunakan di jalan raya utama.

-Sentiasapanas.com

NGERI! Video Amah Indonesia Mati Gantung Diri

NGERI! Video Amah Indonesia Mati Gantung Diri

Mengerikan! Itulah gambarannya dalam satu video yang memaparkan seorang wanita Indonesia mati tergantung dalam keadaan berambut panjang mengurai kini tersebar di media siber.

Mati-Gantung-diri

Mayat dalam kejadian yang berlaku di Arab Saudi ini didakwa seorang pembantu rumah yang ditemui majikannya telah membunuh diri.

Bagaimana pun apabila video ini dikongsikan di sebuah laman Facebook untuk rakyat Indonesia, rata-rata memberi komen yang mereka yakin wanita tersebut dibunuh kerana tiada objek seperti kerusi berada di bawah kaki mangsa.

Selain itu mereka turut mendakwa mayat yang mengakhiri riwayat dengan menggantung diri biasa akan terjelir lidahnya tidak seperti dalam video ini.

Walau apa pun, janganlah sesekali memilih jalan sesat begini untuk mengkhiri masalah dan jika benar wanita ini teraniaya, semoga keadilan ditunjukkan. Wallahua’lam.-Mynewshub.my



Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kunjungan Lelaki Bujang!

Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kunjungan Lelaki Bujang!

Pekan Noiva do Cordeiro di Brazil yang hanya didiami oleh kaum wanita kini merayu mana-mana lelaki bujang untuk mengunjungi pekan itu bagi menghilangkan kesunyian terutama golongan wanita yang masih bujang, lapor Metro.co.uk.

Noiva do Cordeiro

Pekan yang terletak di tenggara Brazil ini didiami kira-kira 600 penduduk wanita dan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita cantik yang masih muda.

Suami kepada wanita di pekan itu hanya boleh mengunjungi mereka pada setiap hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun pula akan dihantar ke tempat lain.

Keadaan tersebut menyebabkan ramai wanita yang masih muda dan belum berkahwin sukar mencari jodoh sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.

Seorang penduduk, Nelma Fernandes, 23, berkata, dia berasa tertekan kerana sudah bertahun-tahun tidak bermesra dengan lelaki.

“Kami juga mengimpikan untuk jatuh cinta dan berkahwin tetapi tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari lelaki,” katanya.–Agensi

BACA INI JUGA: Gadis Asia Terbaik Di Dunia!

-Sentiasapanas.com

Friday, August 29, 2014

 Kekejaman ISIS Dan Kezaliman Zionis

Kekejaman ISIS Dan Kezaliman Zionis

Baru-baru ini apabila jornalis US, James Foley disembelih oleh ISIS di Iraq, serta-merta berita itu menjadi tajuk utama akhbar-akhbar media barat.

James Foley Killed by ISIS

Tajuk seperti US journalist James Foley beheaded by ISIS fighter "with London accent" mengambil tempat bagi banyak akhbar dan berita TV dan internet. Warga Muslim British menjadi pembunuh yang sangat ganas atas nama Islam. Itulah mesej yang terlekat pada kepala ramai pembaca.

Hanya apa yang boleh kita tegaskan bahawa apa yang ISIS buat pastinya bukan ajaran Islam. Kita juga hairan bagaimana ISIS begitu kuat dengan segala senjata dan anggotanya. Siapakah sebenarnya di belakang mereka?

Memotong kepala musuh untuk dipertontonkan kepada orang ramai bukan perbuatan yang diiktiraf oleh Islam. Apatah lagi membunuh mereka yang tidak terlibat di medan perang seperti wartawan. Ia sama sekali diharamkan syariat Islam yang mulia.

Tokoh besar tabi’i (murid sahabat Nabi SAW) iaitu al-Zuhri menyatakan: “Tidak pernah dibawa kepada Rasulullah SAW satu kepala pun, tidak sekalipun dalam Perang Badar.

Pada zaman dahulu, peperangan dan pembunuhan memang membabitkan pancung kepala. Semua pihak tanpa mengira agama. Pelbagai cara pembunuhan dilakukan dan pancung termasuk salah satu dari cara manusia membunuh.

Kristian dalam sejarahnya sangat kejam, sering membakar manusia hidup-hidup. Sementara itu, Islam pula menjadikan pancung kepala sebagai cara hukuman bunuh dijalankan kerana ia paling pantas membunuh pesalah dan mengelakkan kesakitan.

Apabila dengan pantasnya terputus badan dan kepala maka, tiada lagi nyawa. Bukan menyembelih manusia seperti yang ISIS lakukan.

Nabi SAW bersabda: “ALLAH telah menetapkan simpati untuk setiap perkara. Apabila membunuh maka elokkanlah cara pembunuhan”. (Riwayat Muslim)

Disebut Perang Badar dalam kenyataan al-Zuhri tadi disebabkan perang tersebut membabitkan ramai musuh utama umat Islam termasuk Abu Jahal yang sangat zalim yang telah menyeksa dan membunuh dengan kejamnya ramai pengikut Nabi Muhammad SAW. Dalam Perang Badar Abu Jahal telah dibunuh. Pun begitu tidak dibawa kepalanya kepada Nabi SAW.

Cerita kepala al-Aswad al-’Ansi yang dibawa kepada Nabi Muhammad SAW juga satu kekeliruan kerana al-Aswad dibunuh pada tahun ke sebelas hijrah, di masa Baginda SAW telah pun wafat. (lihat: Ibn Hajar al-’Asqalani, al-Talkhis al-Habir jld 4 ms 287. Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah)

Ketika dibawa kepala musuh iaitu Yannaq yang menjadi ketua di pihak Rome kepada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, beliau membantah. Lalu mereka berkata: “Wahai Khalifah! mereka itu melakukan yang sama kepada kita”.

Jawab Khalifah Abu Bakar: “Apakah kamu jadikan Parsi dan Rome sebagai contoh teladan?! Jangan bawa kepadaku kepala, cukuplah sekadar surat dan berita”. (Riwayat Said bin Mansur)

Abu Bakar as-Siddiq membantah perbuatan tersebut sekalipun pada zaman itu, manusia membunuh dengan cara sedemikian. Bahkan Abu Bakar tidak benarkan umat Islam meniru teladan buruk musuh sekalipun mereka berbuat demikian pada umat Islam.

Perbuatan ISIS di samping tidak mencanggahi Islam, ia hanya menimbulkan fitnah terhadap umat Islam terutama di zaman ini. Pasti, tiada siapa yang waras menyukai apa yang dibuat ISIS.

Gaza berdarah

Holocaust in Palestine

Presiden Obama ketika mengulas apa yang ISIS lakukan terhadap James Foley menyebut: “No just God would stand for what they did”.

Kita memang membantah apa yang ISIS buat cuma kita mesti bertanya adakah di sana tuhan yang adil yang akan mempertahankan apa yang Israel telah dan sedang lakukan terhadap rakyat Gaza?

Ribuan kanak-kanak, wanita, orang tua dan rakyat yang dibunuh dengan kejam oleh senjata Israel setiap hari. Hampir setengah juta kehilangan tempat tinggal. Sekolah, hospital, rumah dan segalanya di bom saban hari.

Bukan seorang wartawan, tapi ratusan ribu menjadi mangsa yang tidak berdosa. Bukan mereka pergi melaporkan berita yang mungkin sebahagiannya propaganda untuk media yang berat sebelah, tetapi mereka berada di rumah mereka sendiri.

Tapi Amerikalah yang mempertahankan dan membekalkan senjata kepada Israel. Kenapa Obama tidak menyebut "no just God would stand for what Israel did"?! Sebaliknya, beliaulah the demon behind the mask.

Di saat kota-kota Eropah bangkit melakukan demonstrasi membantah Israel atas kekejaman mereka terhadap Palestin, berita ISIS menyembelih dijelmakan menjadi tajuk utama keseluruhan media di Barat.

Rakyat Barat yang mempunyai kesedaran tentang hak-hak kemanusiaan kali ini dengan perkembangan media sosial mula nampak kejahatan Zionis. Anti-semitism yang merujuk kepada Yahudi yang lama dipendamkan, mula bangkit semula di Eropah.

Namun dengan isu terbaru ini maka mereka semacam mendapat modal untuk mengalih pandangan umum terhadap Israel.

Mereka seakan menyuruh rakyat melupakan kekejaman terhadap ratusan ribu manusia, berikan perhatian terhadap seorang wartawan yang disembelih oleh ISIS. Padahal ISIS sebelum ini telah menyembelih begitu banyak rakyat di Iraq. Siapakah sebenarnya di belakang mereka?

Islam tidak pernah meredai kezaliman terhadap umatnya, juga terhadap orang lain. Sifat rahmat Islam itu merangkumi setiap kehidupan termasuk setiap juzuk alam ini. Namun semua menjadi keliru.

Atas keadaan yang tidak adil dan kejam terhadap masyarakat yang lemah maka ramai Muslim yang keliru antara ajaran agamanya dan emosinya yang memberontak.

BACA INI JUGA: 10 Salah Faham Terbesar Mengenai Islam

Sumber: sinarharian.com.my