Saturday, July 26, 2014

Kontroversi! Azizulhasni Diarah Buka Sarung Tangan ‘Save Gaza’!

Kontroversi! Azizulhasni Diarah Buka Sarung Tangan ‘Save Gaza’!

Tindakan berani penunggang lumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang menggunakan sarung tangan bertulis ‘Save Gaza’ sewaktu beraksi di Sukan Komanwel semalam mengundang rasa tidak senang pada pihak penganjur.

Azizulhasni Awang Save Gaza

Justeru, dia telah diberi amaran dan tidak dibenarkan menggunakan sarung tangan tersebut untuk acara seterusnya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Azizulhasni menerusi akaun Facebooknya.

Azizulhasni Awang Save Gaza [2]

Menurutnya, mesej tersebut hanya luahannya dari segi kemanusiaan dan bukannya berbaur politik.

Pada masa yang sama, dia turut berterima kasih pada mereka yang menyokong tindakannya dan memohon maaf jika ada pihak yang merasakan perbuatannya itu sebagai satu kesalahan.

Azizulhasni merupakan satu-satunya wakil Malaysia ke suku akhir acara berbasikal pecut individu lelaki semalam dan berjaya menamatkan pusingan kelayakan di tempat ketujuh daripada 12 peserta dengan catatan masa 10.158s.

BACA INI JUGA: PEPSI - Pay Every Penny to Save Israel

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, July 25, 2014

HEBAT! ASTRO Sokong Negara Haram Yahudi!

HEBAT! ASTRO Sokong Negara Haram Yahudi!

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Boikot

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.

ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.

ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.

Boikot Astro dan Yahudi


Melalui kenyataan ini, Astro mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepada Amdocs.

Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro bagi menjawab pertanyaan yang dikemukan Dr Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO;

Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.

Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.

Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.

Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.

Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept.

Siapa dibelakang syarikat Amdocs?

Founded 30 years ago as a software developer for phone directories, Amdocs is one of the most successful, consistent and adaptive companies ever started in Israel, despite its aura of mystery. It is the undisputed global leader for billing systems, customer relations management ‏(CRM‏) systems and operations support systems ‏(OSS‏), and its 250 customers in more than 60 countries include some of the world’s largest corporations: AT&T, T-Mobile, Vodafone, Sprint Nextel and Comcast. Baca seterusnya DISINI

Kasihan umat Islam dan 'kerajaan Islam' di Malaysia. Menyumbang secara langsung ke atas PEMBUNUHAN rakyat Palestin yang tanah airnya dirampas pengganas Yahudi!!!

Jadi, apa tindakan anda?

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, July 24, 2014

AWAS! Hati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian!

AWAS! Hati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian!

Los Angeles – Berhati-hati apabila anda menerima video menunjukkan seorang wanita yang menanggalkan seluar dalam melalui Facebook, kerana ia merupakan video palsu, yang akan membolehkan penggodam memasuki komputer.

AWAS! Hati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian!

Video palsu itu akan menggalakkan penerima untuk menekan butang bagi melihat aksi selebihnya melalui YouTube. Ia boleh menyebabkan penggodam mencuri data peribadi pengguna.

Penggodam itu dilaporkan bermula di Albania.

(Baca: Top 5 Hacker Wanita Paling Cantik)

Jurucakap firma keselamatan dalam talian Bitdefender, Catalin Cosoi berkata, pelbagai cara digunakan oleh penggodam untuk mencuri data pengguna.

“Salah satunya adalah dengan menumpukan kepada kaum lelaki agar mereka berminat dengan video wanita menanggalkan pakaian.

“Video itu akan dimainkan selama beberapa saat dan ia telah ditonton oleh berjuta-juta pengguna Facebook,’’ katanya.

Akhirnya Pengganas pro-Rusia Mengaku Tembak MH17!

Akhirnya Pengganas pro-Rusia Mengaku Tembak MH17!

“Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”

MH17

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota pengganas militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar ItaliCorriere della Serapada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.

Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.

Menurut portalCorriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.

“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.

Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin pengganas puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.

Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’. Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”

Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam. -AstroAwani/SentiasaPanas

NGERI! Video Pelajar Ditetak Dalam Pondok Pengawal

NGERI! Video Pelajar Ditetak Dalam Pondok Pengawal

Satu rakaman kejadian tetak dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak pada April lalu kini tersebar di media siber.

Kena-tetak

Terdapat dua set rakaman kejadian ini yang diperoleh daripada kamera CCTV di luar pondok pengawal dan di dalamnya.

Daripada video yang diperoleh daripada kamera luar, kebanyakan wajah penyerang dan motosikal digunakan mereka kelihatan dirakam dengan jelas.

Manakala rakaman daripada CCTV dalam pondok pengawal menunjukkan suasana cemas apabila dua pemuda diserang dan ditetak dengan pisau dan parang oleh beberapa lelaki yang menyerbu masuk dan sebilangannya pula menetak dari celah tingkap.

Penjahat yang melakukan jenayah ini kelihatan tidak berhati perut apabila tergamak bergilir-gilir menyerang mangsa menggunakan parang hingga mereka dibasahi darah sebelum dapat melarikan diri.

Mengikut satu komen di Facebook, mangsa mengalami kecederaan parah dengan pergelangan tangan hampir putus ekoran kejadian ini.

Kena-tetak [2]

Kejadian dikatakan berpunca apabila kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar kolej menggagalkan usaha penjahat mencuri motosikal mereka.

Oleh sebab tidak puas hati penjahat tersebut memangggil geng pencuri lain lalu terjadilah insiden tetak menetak ini.

Diharapkan dengan bukti rakaman begini jelas setiap penyerang yang terlibat kini sudah dibawa ke muka pengadilan.-Mynewshub.my



Wednesday, July 23, 2014

Perbezaan Antara Dara Dan Janda

Perbezaan Antara Dara Dan Janda

Jika anak perempuan yang masih dara ingin berkahwin, keputusan tersebut terletak di tangan orang tuanya. Namun, bagaimana pula jika anak perempuan itu telah menjadi janda dan bukan lagi anak dara?

Anak Dara
Gambar hiasan.

Bagaimana pula jika dia pernah berzina dan bukan dara lagi. Adakah orang tuanya masih boleh memberi keputusan untuk berkahwin atau tidak mengikut pandangan agama?

Adakah gadis yang tiada lagi dara sama status dengan janda dari soal memberi keputusan untuk berkahwin?

Secara amnya, disyariatkan meminta izin wanita untuk menjalankan akad perkahwinan ke atasnya. Cuma ulama berbeza pandangan jika yang hendak dikahwinkan itu adalah gadis/dara.

Adakah meminta izinnya wajib atau sunat sahaja (jika yang menjadi walinya adalah bapa atau datuknya)?

Menurut mazhab Imam Malik, Syafie dan Ahmad, meminta izinnya sunat sahaja. Iaitu jika bapa atau datuk mengahwinkannya dengan lelaki pilihan mereka tanpa persetujuan gadis/dara, perkahwinan itu sah.

Mazhab Abu Hanifah pula berpendapat, wajib meminta keizinannya, jika tidak maka perkahwinan tidak sah. Adapun janda, tiada khilaf dikalangan ulama bahawa wajib diminta keizinannya, maka perkahwinan tidak sah.

Bagi gadis, tanda keizinannya memadai dengan diamnya. Adapun bagi janda, tidak memadai dengan diamnya sahaja akan tetapi wajib dengan pengakuan mulut darinya.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW, "Tidak dikahwinkan wanita janda kecuali dengan meminta arahannya dan tidak dikahwinkan gadis kecuali dengan meminta keizinannya".

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah. Bagaimana yang dikatakan keizinannya? Baginda menjawab, Dengan diamnya". (HR Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Dari keterangan di atas, kita dapat melihat ada perbezaan hukum antara gadis dan janda dalam masalah berkaitan.

Janda
Gambar hiasan.

Bagaimana untuk menentukan seorang wanita itu gadis atau janda mengikut hukum Syarak? Dalam kitab Al-Mughni (Imam Ibnu Qudamah), dijelaskan seperti berikut:

1. Menurut mazhab Imam Ahmad dan Syafie. Janda ialah wanita yang telah disetubuhi difarajnya sama ada dengan persetubuhan yang halal atau haram. Namun, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat, Wanita yang disetubuhi secara tidak halal, hukumnya masih wanita gadis.

2. Jika selaput dara hilang kerana sebab lain dari jimak seperti kerana terjatuh, darah haid terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya, maka hukumnya masih hukum dara/gadis.

3. Jika sesorang wanita disetubuhi di duburnya, status tidak berubah menjadi janda dan tidak tertakluk dengan hukum wanita janda kerana persetubuhan tidak berlaku pada farajnya.

Dalam kitab Kifayatul-Akhyar (Kitab Fiqh mazhab Syafie), pengarangnya menjelaskan, "Janda ialah wanita yang telah hilang selaput daranya melalui persetubuhan sama ada halal, syubhah ataupun zina.

Adapun jika hilang dara kerana terjatuh, menusuknya dengan jari, kuatnya darah haid atau terlalu lama membujang (tidak berkahwin), maka mengikut pandangan yang sahih, hukumnya masih seperti dara/gadis.

Jika hilang selaput daranya kerana persetubuhan yang dipaksa atau disetubuhi ketika tidur mahupun wanita gila (yang disetubuhi), maka hukumnya seperti janda mengikut pandangan yang terkuat.

Ada juga pandangan berkata, "Hukumnya masih seperti gadis. Jika seorang wanita dijadikan tanpa selaput dara, ia masih dianggap dara/gadis".

Kesimpulannya, mengikut pandangan mazhab Imam Ahmad dan Syafie, wanita yang pernah berzina, ia tidak lagi dianggap gadis. Maka kedudukannya sama seperti janda dalam masalah diatas iaitu wajib diminta keizinannya secara pengakuan mulut sebelum mangahwinkannya.

Adapun mengikut pandangan mazhab Hanafi dan Maliki, ia masih lagi gadis kerana persetubuhan yang halal (bukan persetubuhan melalui akad nikah yang sah).

BACA INI JUGA: Kisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung

-Sentiasapanas.com

Keindahan Tasik Baikal Yang Sangat Mempesonakan

Keindahan Tasik Baikal Yang Sangat Mempesonakan

Terletak di bahagian selatan Siberia di Russia, sebuah tasik air tawar dengan pemandangan yang indah. Dengan digelar sebagai ”The Pearl of Siberia”, Tasik Baikal di Rusia ini mempunyai kedalaman dan kejernihan air yang luar biasa.

The Pearl of Siberia - Lake Baikal

Tasik ini adalah yang paling dalam (1620 meter), tertua - berusia lebih kurang 30 juta tahun dan tasik kedua terbesar selepas Laut Kaspia.

Tasik ini dikenali sebagai salah satu daripada keajaiban semulajadi yang paling menakjubkan di dunia dan mengandungi satu perlima air tawar dunia. Ia juga dikenali kerana saiznya.

Satu daripada 800 spesis yang menjadi tuan rumah Baikal ialah anjing laut, satu misteri saintifik memandangkan tasik ini terletak beratus kilometer dari laut paling dekat.

Pada musim sejuk, Baikal sering membeku di landasan kereta api Siberia. Sejak 1992 tasik itu dan keseluruhan kawasan yang mengelilinginya telah ditetapkan sebagai taman negara.

Baikal yang kini merupakan tempat perlindungan untuk pencinta alam dan satu destinasi percutian indah.

Ketika ini, Tasik Baikal merupakan salah satu lokasi warisan dunia yang terletak di selatan Siberia di Rusia, antara Oblast Irkutsk di barat laut dan Buryatia di tenggara, berhampiran kota Irkutsk.

Nama ini berasal dari perkataan Tatar “Bai-Kul” – “tasik kaya”.

Baikal adalah representasi tasik dengan warna biru yang sangat ketara. Ini sekaligus menunjukkan kejernihan Tasik Baikal, yang airnya boleh diminum secara langsung tanpa penyaringan.

Pada musim sejuk, seluruh air di Tasik Baikal berubah menjadi ais dan menjadi antara pemandangan paling menakjubkan di dunia. [Sumber]

The Pearl of Siberia - Lake Baikal [2]
The Pearl of Siberia - Lake Baikal [3]
The Pearl of Siberia - Lake Baikal [4]
The Pearl of Siberia - Lake Baikal [5]
The Pearl of Siberia - Lake Baikal [6]

MH17: Daily Mail UK Giat Sebar Fitnah

MH17: Daily Mail UK Giat Sebar Fitnah

Memetik laporan Daily Mail UK, terdapat dua anak kapal kabin pesawat MH17 yang sepatutnya bertugas dalam penerbangan itu bertindak menukar syif kerja mereka dengan rakan sekerja lain kerana bimbang akan laluan yang dipilih pesawat itu yang merentasi zon perang.

Daily Mail UK MH17

Ia berikutan konflik yang berlaku antara Russia dan Ukraine sebelum ini.

Dakwaan mengenai tindakan dua anak kapal iaitu kru kabin Malaysia Airlines (MAS) yang dikatakan menukar syif bekerja sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan untuk menyalahkan syarikat penerbangan itu.

Pelbagai pihak ketika ini dilihat tidak berhenti menyalahkan MAS dalam insiden melibatkan pesawat Boeing 777-222 yang terhempas di Grobovo, Ukraine Khamis lepas.

Pesawat MAS, MH17 terhempas dipercayai akibat ditembak peluru berpandu dari darat ke udara membunuh kesemua 298 orang penumpang termasuk 15 orang anak kapal.

Lokasi nahas ialah di sebuah perkampungan di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia dan ia dikuasai puak pemberontak yang pro-Russia.

Kononnya Dakwaan Kakitangan MAS Tidak Dilayan

Menurut Daily Mail, beberapa juruterbang yang bimbang turut memaklumkan perkara itu kepada pihak kawalan trafik udara di Malaysia dan pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berkenaan isu itu.

Pihak MAS menafikan ada kakitangan mereka yang membangkitkan isu laluan merentasi Ukraine itu.

Menurut jurucakap MAS, pertukaran syif antara pekerja dan anak kapal merupakan perkara biasa dan disebabkan pelbagai faktor.

“Anak kapal pesawat menukar syif kerana pelbagai sebab, kita tidak boleh membincangkan corak bekerja sesetengah kakitangan,” kata jurucakap itu.

Menurut laporan tabloid itu, sebelum tragedi pada Khamis lepas, beberapa orang juruterbang kanan MAS mengemukakan kebimbangan berkenaan laluan penerbangan MAS itu yang merentasi zon konflik peperangan di timur Ukraine.

Pesawat MH17 dikatakan telah pun ditembak jatuh oleh peluru berpandu jenis BUK yang dimiliki Russia tetapi dibekalkan kepada pemberontak pro-Russia yang mampu menembak sehingga jarak 25km.

Perkara itu disokong oleh penganalisis penerbangan awam Chris Yates yang mengatakan laluan udara merentasi kawasan konflik mesti segera ditutup.

“Kenapa perlu mengambil risiko itu, asasnya ialah pesawat komersial perlu jadi lebih selamat,” katanya.

Biarpun mengikut peraturan selepas laluan itu memang diiktiraf dan diluluskan badan pengurusan penerbangan dunia seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan ia dikatakan selamat untuk dilalui, MAS sehingga kini terpaksa menjawab dakwaan mengatakan mereka mengambil risiko membahayakan nyawa anak kapal.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Tony Tyler berkata perbuatan menembak jatuh pesawat MH17, sebagai sebuah jet komersial, telah jelas mencabuli undang-undang, standard dan konvensyen antarabangsa.

“Pesawat Boeing 777 itu diletupkan di udara setelah memperkenalkan diri dan memaklumkan kehadirannya di koridor terbuka dan sibuk pada ketinggian yang dikira selamat.”

Menurut beliau, Ukraine bertanggungjawap terhadap tragedi MH17 kerana sebagai kerajaan dan penyedia perkhidmatan pandu arah memaklumkan kepada syarikat penerbangan tentang laluan yang boleh dilalui mereka dan juga sekatan yang ada dan syarikat penerbangan pula akan mematuhi panduan berikut.

Siasatan Dapati Banyak Pesawat Lain Guna Laluan Sama

Laluan MH17

Satu siasatan yang dijalankan oleh laman web mashable.com, menunjukkan banyak lagi penerbangan dari negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah menggunakan laluan sama dan juga merentasi laluan konflik lain pada ketinggian tinggi.

Antara laluan konflik yang digunakan ialah merentasi Syria, Ukraine, Iraq dan Afghanistan.

Menurut laman web itu, ketika pesawat MH17 dikatakan ditembak ia tidak terbang berseorangan di laluan itu.

Menurut syarikat yang mengendalikan sistem menjejak pesawat; FlightRadar24, terdapat 55 buah pesawat yang terbang merentasi timur Ukraine berhampiran pesawat MH17 ketika kejadian.

Antara pesawat itu ialah dari Qatar Airlines, Emirates, Etihad, Austrian Airlines, Thai Airways, Jet Airways dan Pakistan International Airways.

Pesawat Singapore Airlines penerbangan dari Copenhagen, Denmark ke Singapura berada dalam jarak 15 batu nautika ketika MH17 ditembak jatuh.

Dakwaan Daily Mail UK Tidak Berasas

Jadi, dakwaan Daily Mail UK bahawa syarikat penerbangan lain sebenarnya mengelak laluan berkenaan dilihat tidak mempunyai asas langsung kerana pada kejadian itu, masih banyak penerbangan menggunakan laluan yang sama.

Tindakan Daily Mail UK, menggunakan alasan pertukaran syif dua anak kapal MAS untuk menguatkan dakwaan bahawa syarikat itu mengambil risiko membahayakan nyawa kakitangan demi keuntungan amatlah tidak sesuai dan melampau.

Tambahan pula, pihak kawalan trafik udara di Eropah, Eurocontrol sendiri telah membenarkan laluan pesawat merentasi timur Ukraine itu pada ketinggian 35,000 kaki.
Bagaimanapun, pihak kawalan trafik udara di Ukraine menghadkan ketinggian MH17 kepada hanya 33,000 kaki.

Pada beberapa minggu sebelum itu, Ukraine pernah memaklumkan bahawa puak pemberontak telah berjaya menembak jatuh beberapa buah pesawat termasuk sebuah pengangkut jenis IL-76, pesawat pejuang Sukhoi Su-25 dan pengangkut ketenteraan AN-26. Kenapa ICAO tiada mengeluarkan amaran seperti yang dibuat April lalu mengenai laluan udara Crimea?

Sejak kejadian melibatkan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, media antarabangsa cenderung meletakkan kesalahan di pihak MAS biarpun bukti yang ada menunjukkan tidak ada cacat celanya syarikat penerbangan itu.

Fokus Utama Cari Siapa Yang Bertanggungjawab

MAS merupakan syarikat penerbangan antara yang terbaik di dunia dengan rekod penerbangan yang cemerlang.

Sumber: Mynewshub.my

Tuesday, July 22, 2014

MH17: Diplomasi Rahsia Najib Dan Ketua Pemberontak

MH17: Diplomasi Rahsia Najib Dan Ketua Pemberontak

ALHAMDULILLAH. Akhirnya segala usaha dan kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pegawainya dalam menangani isu MH17 telah mula menampakkan sinarnya.

Najib - Alexander Borodai

Seperti yang kita semua maklum, mereka telah berusaha di sebalik tabir bagi mewujudkan hubungan dengan mereka yang mengawal lokasi nahas.

Malam tadi, Najib sendiri telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku.

Mereka berdua akhirnya telah mencapai persetujuan.

Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez, akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada para wakil dari Netherlands.

Kereta api itu akan bertolak petang ini mengikut waktu Ukraine, dan akan diiringi enam anggota pasukan pengumpul bahan bukti dari Malaysia. Mayat-mayat itu kemudian akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.

Kedua, pada kira-kira 9 malam ini waktu Ukraine, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.

Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.

Menurut Najib, adakalanya beliau berasa mahu menyuarakan dengan lantang kemarahan dan kepiluan yang dirasai rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, kadang kala, kita perlu bekerja secara senyap untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) menyifatkan Najib telah menggunakan “diplomasi rahsia” dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan tersebut.

Kata pengarangnya, Najib berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan “yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia.”

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri cukup membanggakan.

Ini kerana beliau telah berfikir ‘di luar kotak’ atau di luar kaedah biasa yang digunakan pemimpin dunia bila berhadapan dengan krisis seperti ini.

Inilah kualiti kepimpinan kelas pertama yang ada pada beliau.

Kalau dilihat, semenjak akhir-akhir ini, Najib telah diduga dan diuji dengan pelbagai masalah dan ujian yang cukup berat.

Namun Najib tak pernah melatah, beliau seperti biasa, tetap tenang walaupun adakalanya airmatanya mengalir terutama ketika menemui waris mangsa baik MH370 mahupun MH17.

Tetapi disebalik ketenangannya itu, beliau telah bertindak lebih dahsyat dari seekor harimau yang luka.

Sebagai contoh sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa MH17, Najib tidak tidur hampir dua hari berturut-turut.

Beliau menghubungi pakar-pakar keselamatan dan penerbangan, pemimpin-pemimpin dunia, rakan sejawatnya dari seantero benua demi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dikeluarkan segera dari lokasi nahas dan kotak hitam pesawat MAS itu dapat diambil dari tangan pemberontak.

Antara pemimpin dunia yang telah dihubungi Perdana Menteri ialah Presiden Ukraine (Petro Poroshenko), Presiden Rusia (Vladimir Putin), Setiausaha Agung PBB (Ban Ki Moon), Presiden Amerika (Barrack Obama), Perdana Menteri Britain (David Cameron) Perdana Menteri Belanda (Mark Rutte), Perdana Menteri Australia (Tony Abbott), Presiden Indonesia (SBY), Perdana Menteri New Zeland (John Key), Perdana Menteri Singapura (Hsein Loong) dan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Bahrain.

Hari ini segala penat lelah dan usaha beliau telah mendatangkan hasil yang cukup membanggakan.

Sebab itu bukan mudah untuk menjadi pemimpin, ia tidak semudah memberi kata-kata manis dan pidato yang berapi-api.

Jawatan pemimpin juga satu bentuk ujian Allah.

Ketahuilah, tidak ada musibah yang Allah timpakan kepada hambaNya, melainkan ia sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya itu.

Dan musibah merupakan salah satu sebab seseorang dicintai oleh Allah, bahkan semakin besar musibah yang Allah berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah kepada hamba tersebut.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan (musibah), dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan kepada mereka, maka barangsiapa redha, maka baginya keredhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci, maka baginya kebencian dari Allah” (HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Apa yang pasti, tindakan dan perancangan Najib dalam isu ini sesuatu yang cukup membanggakan.

Najib bukan sekadar seorang bos, tetapi juga seorang pemimpin yang hebat.

Bak kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt;

”People ask the difference between a leader and a boss. The leader leads, and the boss drives.”

Syabas Datuk Seri!

Sumber: Mynewshub.my

Klinik Swasta Enggan Layan Mangsa Kemalangan!

Klinik Swasta Enggan Layan Mangsa Kemalangan!

Menerusi Facebook Sarawak Update, seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap pilih kasih sebuah klinik swasta dalam menerima pesakit.

WTH! Klinik Swasta Enggan Layan Mangsa Kemalangan!

Menurutnya, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu yang melibatkan tiga beranak.

Dalam keadaan cemas, dia segera pergi ke sebuah klinik swasta berdekatan bagi memaklumkan kejadian itu dengan harapan mereka akan menerima ketiga-tiga mangsa sebagai pesakit.

Malangnya, jururawat yang bertugas menolak permohonannya dan memberitahu mereka bimbang tiada siapa yang akan bertanggungjawab untuk membayar bil rawatan para mangsa.

Tambahnya lagi, hospital kerajaanlah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk kes itu.

WTH! Klinik Swasta Enggan Layan Mangsa Kemalangan! [2]

Justeru, Thomas mengecam sikap pihak klinik tersebut yang dianggap lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab untuk menyelamatkan pesakit.

Nampaknya, hospital kerajaan jugalah yang mengangkat tahap kesihatan lebih tinggi daripada wang ringgit.

Semoga memberi manfaat.

MH17: Anda Sokong Amerika Atau Rusia?

MH17: Anda Sokong Amerika Atau Rusia?

Dalam kesibukan kita beribadah di bulan Ramadhan, kita telah dikejutkan dengan banyak tragedi yang terjadi.

MH17 USA or Russian

Antaranya adalah pertempuran di Gaza antara pejuang Hamas, Briged Al-Qassam melawan Israeli Defense Force serta peristiwa yang terjadi di Sabah iaitu konfrontasi antara Askar Sulu dan juga pihak keselamatan negara kita.

Terbaru, kita sekali lagi dikejutkan dengan nahas yang melibatkan sebuah pesawat Boeing 777 9M-MRD milik MAS Airlines penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 yang telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dipercayai ditembak daripada Buk Missile Launcher di sebuah daerah dalam Ukraine berdekatan sempadan Russia.

AMARAN! Jangan Baca artikel ini sekiranya anda seorang yang malas berfikir. Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak berminat untuk tahu tentang isu semasa dan juga keselamatan negara. Bacalah artikel ini dengan minda yang terbuka dan hati yang lapang agar anda dapat menghadamnya.

Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita membaca analisa yang telah ditulis oleh CZ Fab seperti berikut.

MH17: Dipihak Manakah Anda?

1. Russia membiayai puak pro-russian separatist (PRS) di Ukraine. Rujuk artikel disini.

2. PRS menyokong Russia dan Vladimir Putin. Rujuk artikel disini.

3. Segala kelengkapan perang diperolehi dari Russia.

4. Musuh PRS adalah kerajaan Ukraine dan penyokong kerajaan Ukraine.

5. (Kononnya media antarabangsa kata) Russia yang memberi BUK (SA-11) missile system pada PRS. SA-11 pula berkeupayaan menembak sehingga 72,000 kaki. Rujuk artikel berkaitan BUK SA-11 disini.

6. Adakah Russia yang menyuruh PRS menembak MH17 semata-mata untuk trigger perang di rantau tersebut di antara Russia dan US (melalui pro-Ukraine)? Sedangkan Putin sendiri tidak mahu berlaku pertumpahan darah di Ukraine kerana mereka dulu asal bersaudara @ Russian juga.

7. Flight MH17 ditembak kerana sama bentuk dengan kapal terbang rasmi Putin tidak masuk akal. Kelengkapan missile darat ke udara bukan seperti manpad atau bazooka atau "shoulder-fired missile" yang hanya guna mata dan teropong kecil, akan tetapi teknologi pengesanan adalah pelbagai merangkumi kedudukan GPS kapal terbang, kemungkinan laser guidance, by radar/satelit dan sudah tentu mempunyai teropong berkuasa tinggi dilengkapi night vision serta dikendalikan oleh keputusan dari "war room". Rujuk artikel ini yang diterbitkan pada awalnya berkenaan kenyataan media menyebut tentang Ukraine tersalah tembak pesawat.

8. Persenjataan dalam ketenteraan adalah well-managed dan terurus. Ada pengendali dan assistant pengendali. Ada pengesah dan sub-pengesah. Mustahil silap nampak bentuk kapal terbang.

9. Jadi, kes MH17 semestinya well-planned oleh pihak2 tertentu (dan mungkin bukan oleh PRS). Pihak Drama Raja bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa pihak yang terlibat adalah Ukraine dan US serta ejen-ejen risikan mereka. Ini kerana, tembakan tersebut amat tepat dengan hanya 1 sahaja peluru berpandu yang dilepaskan dan ini bukan kerja pemberontak yang sudah pasti tidak "well-trained" melainkan kerja-kerja ejen risikan kuasa besar yang hebat seperti negara mata helang.

MH17 USA or Russian [2]

10. Dalam sesi PC oleh Tiong Lai semalam, dikatakan ada 14 dari 15 syarikat penerbangan yang masih menggunakan laluan/route penerbangan yg dilalui MH17. Jadi ini bukan masalah route dan dikira selesai.

11. Penduduk tempatan sudah tahu laluan atas kepala mereka dilalui oleh beratus penerbangan dalam sehari. Kenapa kapal terbang komersil pula jadi sasaran sedangkan itu perkara biasa lalu di atas kepala (jika comply pada peraturan No Fly Zone/NFZ, sila lihat di bawah berkenaan NFZ)? Dan dalam soal ini, KENAPA pula MH17 yang jadi sasaran? Kenapa bukan syarikat penerbangan yang lain? Ini bermakna MH17 adalah sasaran pihak tertentu. Pihak Drama Raja bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa MH17 dijadikan sasaran pihak tersebut kerana ini melibatkan perancangan untuk mengeluarkan Malaysia daripada hubunganbaik dengan Russia dan China. Pihak Drama Raja juga sepakat menyatakan bahawa pihak yang menjadikan MAS Airlines sebagai sasaran adalah US dan sekutu mereka dalam tujuan melancarkan kempen perang dunia terbaru ke atas kuasa besar Russia.

MH17 USA or Russian [3]

12. Merujuk pada flight yang sama bentuk dengan presiden Russia, MUSTAHIL dan TAK MASUK AKAL bahawa PRS yang menembak sedangkan Russia adalah pembiaya dan penyokong PRS. Putin adalah boss kepada PRS. DAN ADALAH BODOH PULA BAGI PENTADBIRAN PUTIN MENYURUH KAPAL TERBANG PRESIDEN MEREKA MASUK KE LALUAN KONFLIK YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN PRESIDEN SENDIRI.

MH17 USA or Russian [4]

13. (Konon dari media antarabangsa) Kotak hitam dipercayai telah dibawa ke Moscow untuk siasatan. Rujuk live update disini.

14. Jika (13) benar, adakah Russia mahu cepat-cepat mencari log data-data yang boleh mengkaitkan penglibatan Ukraine atau US?

15. Jika (14) benar, ada TAPInya, iaitu kemungkinan Russia mahu menutup jejak mereka melalui log data yang disimpan dalam kotak hitam? Tapi untuk apa menutup jejak jika Russia (melalui PRS) tidak terlibat?

16. Jika (13) benar, adakah kerana Russia mahu selamatkan cepat-cepat sebelum dimanipulasi pihak-pihak tertentu (diedit, modify, tambah tolak data dalam tu dsbnya).

17. No Fly Zone yang dikuatkuasakan di Ukraine pada 1 July 2014 ialah, tiada sebarang objek penerbangan di bawah ketinggian 26,000 kaki. Pada 14 July 2014, Russia menembak jatuh pesawat kargo Ukraine (AN-26) yang terbang pada ketinggian 21,000 kaki. Dan disebabkan ini, kerajaan Ukraine menaikkan had ketinggian kepada 32,000 kaki. AKAN TETAPI, MH17 TERBANG PADA KETINGGIAN 33,000 KAKI. Anda fikirkan sendiri. Rujuk sini untuk berita tentang No Fly Zone.

18. Ukraine adalah sekutu kuat US. Persenjataan sudah tentu banyak dibiayai oleh US. Rujuk artikel ini dan ini.

19. Umum mengetahui bahawa, setiap dua pihak yang sedang konflik, sentiasa ingin mencari punca atau pencetus kepada perang skala besar di antara keduanya.

20. Pencetus ini amat penting kerana ia merupakan cara permainan perang zaman moden disebabkan ramai pemerhati berbilion-bilion di peringkat antarabangsa. Untuk kekal sebagai status 'baik' dan 'penyelamat manusia', bukti cetusan diperlukan agar pihak yang kononnya baik tidak akan dipersalahkan. Perang zaman sekarang juga seperti mana kempen politik, mereka ingin melobi dan menunjukkan pada awam bahawa mereka "orang baik".

21. Kemungkinan besar MH17 adalah perancangan pihak-pihak yang ingin mencetuskan perang skala besar. Maka, MH17 telah 'dibahankan'. Hal ini amat serupa dengan kes hilangnya MH370 pada Mac lalu dimana jalan cerita dan skrip adalah hampir sama. Cuma bezanya, MH17 terus meletup manakala MH370 lenyap daripada radar. Sedangkan, kedua-dua pihak yang terlibat secara langsung dalam isu kedua-dua pesawat ini adalah sama dari segi musuh dan kawan, iaitu musuhnya adalah blok kuasa besar kedua iaitu Russia dan China manakala kawannya adalah US dan Malaysia.

22. Antara US dan Russia, kita sudah tahu siapa yang ingin 'mempercepatkan' perang. Sudah pasti pihak US, kerana merekalah satu-satunya negara dalam dunia yang sangat memerlukan dana kewangan bagi menampung kos ekonomi mereka yang sangat meruncing sekarang. Sedangkan kita di Malaysia walaupun banyak berhutang tetapi masih mampu untuk sustain dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi selagi bubbles dalam ekonomi masih belum meletup. Perang adalah satu bisnes yang amat menguntungkan. Kerana itu, US mahu melancarkan perang seterusnya setelah melihat isu di Syria dan Iraq tidak begitu menguntungkan mereka.

23. Kononnya dari media antarabangsa, diberitakan bahawa, SA-11 kepunyaan PRS/Ukraine cepat-cepat dibawa masuk ke sempadan Russia sebaik sahaja kejadian MH17 berlaku. Dan dikatakan juga, salah satu missile pada SA-11 telah hilang. Persoalannya, adakah missile yang hilang itu asalnya dari missile yang menembak AN-26 atau asal dari yang menembak MH17? Lagipun, kejadian AN-26 ditembak jatuh hanya berlaku beberapa hari sebelum kes MH17, iaitu masih baru lagi. Takkanlah pihak yang dituduh begitu bodoh tak cover missile yang hilang jika kita anggap bahawa semuanya adalah perancangan yang betul-betul rapi dan no-failures.

24. Persoalan tentang kamera yang merakamkan. Bagaimana dengan cepat dan mudah pula rakaman MH17 terhempas dilakukan? Seolah-olah seperti ada maklumat telah diketahui dan beberapa pak pacak sedia menunggu dengan kamera masing-masing. Jika benar, ini semua adalah perancangan rapi untuk mengheret pihak-pihak yang ingin dilagakan atau didakwa dengan BAHAN BUKTI sebagai 'lampu hijau' untuk menyerang pihak yang kononnya bertanggungjawab.

25. Security Council sedang dan akan bermesyuarat lagi, apa kata mereka? Apa mereka mahu? Apakah mereka mahu meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu Putin dan Russia? Mujur juga Putin dan Russia amat cool dalam isu ini dan tidak mudah melatah. Yang masih menjadi persoalan, setelah dua tragedi membabitkan MAS dan pesawat Boeing, mengapa masih BELUM ADA apa-apa penjelasan daripada pihak pembuat pesawat itu sendiri, iaitu syarikat Boeing?

26. Yang pasti, 'bahan' (kambing hitam) telah dipergunakan, 'boneka' telah dicari dan akan terus dicari lagi, proxy sedang bermaharajalela, dan PERANG AKHIR ZAMAN BAKAL TERCETUS. Sekiranya perang antara blok kapitalis tercetus menentang Russia, sudah pasti Iran akan terlibat sama. China akan berkecuali dalam hal ini kerana mereka telah melaksanakan dasar ekonomi tertutup. Russia dan Iran adalah dua buah negara berjiran yang amat rapat sekali dari segi ekonomi, politik, persenjataan dan sebagainya. Iran memerlukan persenjataan canggih dan juga taktikal daripada Russia. Manakala Russia pula memerlukan minyak dan bahan mentah daripada Iran. Sekiranya salah satu terlibat dalam perang, maka salah satunya juga akan diheret bersama. Dan kedua-dua buah negara tersebut juga pernah menjadi kawan baik kepada Malaysia yang mana kita sekarang ini dilihat hendak memutuskan hubungan dengan mereka dan menjalin hubungan baik pula dengan US dan sekutunya.

27. Perhatikan juga sequence serentak dibeberapa tempat yg mana andalah menjadi mata-mata bagi diri sendiri.

Ok, kita KIV sekejap soal panji timur dan kebangkitan dsbnya dan tumpu pada yang nyata telah berlaku hari ini. Jadi, anda sokong mana? Ukraine (US) atau PRS (Russia)? Buat penyiasat-penyiasat yang diberi kuasa di Malaysia, boleh saja jadikan artikel ini untuk speed up kerja siasatan. KAMI SAYANG MALAYSIA. MH17 adalah MARUAH KAMI JUGA.

Sekian,
Cz Fab
-Kelindan Lori cum Office Boy-

Penutup

Begitulah kupasan ringkas lagi padat oleh CZ Fab, pengasas Forum Atas Bawah yang pernah terkenal di Malaysia satu ketika dahulu. Artikel ini telah disunting semula oleh Brado Kapak dengan dibuat sedikit penambahan fakta pada setiap hyperlink yang disertakan.

Kami, segala warga kerja Drama Raja dengan ini menyatakan dengan jelas bahawa kami memilih untuk bersama-sama dengan pihak Russia!

Kami, TIDAK akan sama sekali redha untuk turut serta bersama-sama dengan pihak US dan sekutu kapitalis zionis mereka.

Sekiranya, pihak kerajaan kita memilih untuk bersama dengan pihak US, maka kami disini akan melakukan gerak kerja kami secara berjemaah tanpa perlu lagi mengharapkan apa-apa kebaikan daripada kerajaan melainkan pihak kerajaan membantu gerakan akhir zaman di dasar.

Kami amat yakin dalam rencana akhir zaman ini, pihak kerajaan kita tetap juga akan memilih US dan sekutunya sebagai wakil dalam percaturan dunia ini. Dan kami juga amat yakin, di akhir zaman ini, kelak akan munculnya satu pasukan daripada arah Timur akan kembali membawa sinar dan kegemilangan Islam dimuka bumi ini, insyaALLAH.

Siapakah golongan tersebut?

Ayuh! Jadilah salah seorang daripadanya. Sahutlah seruan tersebut.

Jangan takut untuk menerima cabaran !

Berdaganglah kamu dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan membeli jiwa kamu dengan harganya.

Persoalan saya tinggalkan kepada anda,

Berapakah nilai harga diri yang hendak didagangkan tersebut??

Anda fikirkan dan renungkanlah...

WasALLAHu ala Sayyidina Muhammad wa ala Aali Muhammad. Walhamdulillahi Rabbil Aalamiin.

Sekian.
Wassalam.

[Sumber]

Kasih Tak Terbanding Anak Pada Ibu Angkat

Kasih Tak Terbanding Anak Pada Ibu Angkat

Info Motivasi. Setiap tahun, China akan memilih 10 orang warganya yang telah memberi inspirasi kepada negara. Dan salah seorang penerima penghormatan itu ialah seorang gadis muda bernama Meng Peijie dari Shanxi, utara China.

Meng Peijie

Mari kita baca kisahnya. Sejak kecil, Peijie telah ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1996.

Selepas tragedi itu, ibunya hilang tempat untuk bergantung lantas memutuskan untuk menyerahkan Peijie kepada seorang ibu angkat bernama Liu Fanyang, seorang pekerja sosial ketika itu.

Ketika menerima anak itu, Fanyang juga sebenarnya mengalami masalah kewangan sebagaimana dihadapi ibu kandung Peijie. Namun, kekangan itu bukanlah penghalang untuk tidak menerima orang baru dalam hidup.

Selepas tiga tahun menjaga anak itu dengan penuh kasih sayang, Fanyang jatuh sakit dan disahkan lumpuh. Semenjak itu, si ibu tidak lagi mampu bergerak apatah lagi mengurus diri sendiri.

Tambah perit, bapa angkat Peijie tidak pernah kembali ke pangkuan mereka selepas keluar meninggalkan rumah.

Meng Peijie [2]

Bermula dari hari itu, kehidupan dua beranak ini berubah secara drastik. Tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membantu mengurus kehidupan mereka. Si ibu hanya terlantar tanpa mampu berbuat apa-apa.

Bagaimana si ibu ini mampu menjaga Peijie? Macam mana pula nanti dengan makanan dan pakaian anaknya? Siapa pula yang akan membantu menjaga mereka dalam keadaan si ibu tidak mampu bergerak?

Puas difikirkan, akhirnya Fanyang putus asa dan cuba membunuh diri. Akan tetapi, Peijie dapat menyelamatkan ibu angkatnya selepas menemui ubat penenang dan ubat tahan sakit yang sengaja disembunyikan di bawah bantal.

Si kecil ini seperti tahu bahaya pil-pil itu yang boleh menamatkan nyawa orang tersayang jika diambil secara berlebihan.

Meng Peijie [3]

Menurut Fanyang, anak angkatnya menangis teresak-esak sebaik sahaja menemui pil tersebut. Sejak hari itu, anak kecil itu nekad mahu menjaga dan merawat ibu angkatnya.

Malangnya, anak kecil itu hanya berusia lapan tahun pada hari kejadian. Apalah yang boleh dilakukan oleh gadis sekecil itu? Namun, siapa sangka dalam usia setahun jaguang, anak ini tidak kekok melakukan kerja-kerja orang dewasa - mengemas, membasuh dan memasak!

Menurut Fanyang lagi, Peijie terpaksa berdiri di atas bangku untuk mencapai periuk dan barang keperluan dapur. Tidak terkira sudah berapa kali dia terjatuh dari kerusi semasa melakukan kerja-kerja di dapur.

Pada mulanya anak kecil ini tidak tahu melakukannya tapi sangat menakjubkan, dia begitu cepat belajar, termasuklah memandikan ibunya, memasak, menyuap hinggalah memapah ibu tercinta ke tempat tidur.

Meng Peijie [4]

Peijie berkata, dia sanggup berpenat dan berlapar sehinggalah ibunya boleh makan dengan betul. Dia juga yakin, ibunya akan melakukan perkara yang sama jika berada di tempatnya.

Paling mengagumkan, sesibuk manapun, gadis ini tetap tekun belajar dan pergi ke sekolah. Berkat usaha, Peijie akhirnya berjaya masuk ke Shanxi Normal University (SNNU) pada tahun 2009.

Disebabkan jauh dari tempat tinggal, gadis ini menyewa sebuah rumah berhampiran kampus dan membawa ibunya yang lumpuh untuk tinggal bersama.

Pernah satu hari, si ibu dengan perasaan bersalah bertanya kepada Peijie, "Adakah kamu terbeban dan menyesal hidup dengan ibu?" Peijie menjawab, "Tidak. Selagi ibu sayangkan saya, saya akan terus berada di sisi ibu."

Meng Peijie [5]

Jawapan anak itu benar-benar meruntun hati ibunya dan bersyukur kerana telah diberikan anak perempuan sebaik Peijie walaupun bukan dari rahimnya sendiri.

Bagi Fanyang, anak angkatnya merupakan anak yang sangat luar biasa, cantik dan baik hati. Peijie, yang sudah meningkat remaja dan berusia 23 tahun sudah berbakti selama 15 tahun menjaga ibu angkatnya. Begitupun, dia tidak pernah jemu memanjakan ibunya.

Dia masih melatih si ibu untuk bergerak, memberus giginya dan melakukan refleksologi atau urutan kaki.

Kisah hidup anak ini akhirnya sampai ke pengetahuan pihak berwajib. Pada tahun 2010, sebuah hospital tempatan telah menawarkan rawatan ke rumah secara percuma kepada ibunya. Setengah tahun kemudian, ibu Peijie sudah boleh bangun dari tempat tidurnya dan duduk sendiri di kerusi rodanya.

Meng Peijie [6]

Sejak itu, Peijie semakin bersemangat membantu si ibu melakukan pelbagai senaman dengan harapan ibunya dapat berdiri satu hari nanti.

Jadi, adakah anda dan kita semua, seandainya terjadi perkara malang begini akan kuat, tabah dan sanggup melakukan perkara yang sama?

Semoga kita sama-sama mendapat inspirasi daripada sikap yang luar biasa anak ini.

-Sentiasapanas.com

Sokongan Selena Gomez Kepada Gaza Dikecam Peminat!

Sokongan Selena Gomez Kepada Gaza Dikecam Peminat!

Peperangan di Gaza antara Palestin dan Israel sememangnya menarik perhatian orang ramai termasuklah selebriti antarabangsa.

Selena Gomez ‘Pray For Gaza’ [3]

Kalau sebelum ini penyanyi Rihanna telah melahirkan sokongannya dengan menggunakan hashtag #FreePalestine sehingga mendapat kecaman jutaan peminatnya, kali ini tiba giliran Selena Gomez mengalami nasib yang serupa.

#FreePalestine by Rihanna

Menggunakan akaun Instagramnya, Selena menunjukkan tanda simpatinya terhadap apa yang menimpa rakyat Palestin di Gaza.

Tulis Selena Gomez: Please pray for those families and babies today. Please always remember what’s important in life. It’s not any of this. We are here to help, inspire and love. Be that change. #wearethenextgeneration

Susulan perkongsian itu, Selena Gomez telah dikecam hebat oleh jutaan peminatnya yang menyokong Israel. Membaca komen-komen yang diterima olehnya pasti membuatkan Selena terasa cuak. Mana tidaknya, ada yang siap ugut bunuh lagi.

Namun di dalam gambar seterusnya, Selena menerangkan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak cuma mahukan keamanan dan keperimanusiaan sahaja.

And of course to be clear, I am not picking any sides. I am praying for peace and humanity for all!

Selena Gomez ‘Pray For Gaza’ [2]

Apa pun, salute dengan Selena Gomez yang sedar mengenai isu semasa yang sedang berlaku di Gaza.

Semoga akan lebih ramai artis antarabangsa tampil dan membuat perkara yang serupa seperti yang telah dilakukan oleh Selena.

Sekurang-kurangnya dapat membuka mata peminat mereka mengenai apa yang sedang terjadi di Gaza.

BACA INI JUGA: Bintang Terkenal Kanak-kanak Disney Yang Kini Menjadi Simbol Seks Dewasa!

[Sumber]

Monday, July 21, 2014

Video Askar Israel Mati Ditembak Sniper Al-Qassam

Video Askar Israel Mati Ditembak Sniper Al-Qassam

Dari laporan yang diterima dari sumber dari Gaza, askar Israel yang terbunuh sudah pun mencecah puluhan orang tetapi mereka hanya berani melaporkan beberapa anggota mereka sahaja yang terbunuh.

Zionis-is-terrorist

Ini bagi memastikan moral tentera dan rakyat Israel tidak tergugat dalam kempem serangan ke atas Gaza kini.

Bagaimanapun laporan ini sebenarnya propaganda Israel yang enggan mengakui sebenarnya banyak lagi askar mereka sudah terbunuh, khususnya menjadi mangsa penembak tepat Briged al-Qassam.

Menurut sumber kanan tentera Zionis, penguasaan terowong rahsia di Gaza tidak memberi peluang kepada mereka untuk menguasai keseluruhan terowong yang sebenarnya begitu besar dan jauh.

Pada awal sebelum serangan darat Israel, pemimpin Hamas sudah pun memberikan amaran bahawa Israel akan menyesal jika meneruskan serangan darat dalam operasi kononnya membalas serangan roket yang ditembak oleh Hamas.

Dalam nada ketakutan, Israel berkata kononnya mereka sudah pun berjaya memusnahkan kira-kira 13 terowong rentas sempadan sejak Khamis lepas.

Menurut Jerusalem Post lagi, Hamas meningkatkan serangan ke atas askarnya yang menjalankan operasi mencari pintu masuk ke terowong rahsia di rumah-rumah warga Palestin berhampiran sempadan negara Zionis itu.

Hamas turut menggunakan terowong berkenaan sebagai laluan untuk masuk ke dalam Israel dan melancarkan serangan ke atas askar Israel.

Dalam satu kenyataan, Briged al-Qassam berkata enam askar dibunuh ketika pejuang-pejuang mereka merentasi sempadan Israel di bahagian selatan di Eshkol mengikut terowong bawah tanah.

Dua lagi operasi sama turut berjaya membunuh tujuh lagi askar Israel.

Di bandar Dimona yang terletak di gurun Negev, seorang lagi askar Zionis berjaya dibunuh.

Hakikatnya, ketika ini Israel sudah semakin gentar dalam melancarkan serangan darat ke atas Gaza dan mahu ia digerakkan dengan lebih hebat agar ancaman ke atas anggota tenteranya yang semakin hebat oleh pejuang Hamas.

Saksikan satu video yang dimuatnaik di laman YouTube pada 18 Julai menunjukkan seorang askar Israel ditembak mati oleh penembak tepat al-Qassam.



Video Tentera Israel Menyorok Ketakutan!

Video Tentera Israel Menyorok Ketakutan!

Bukti demi bukti bahawa tentera rejim Israel sedang dalam ketakutan semakin terserlah apabila ada video yang menunjukkan ketakutan mereka tersebar di internet.

Video Tentera Israel Menyorok Takut Mati

Satu video yang disiarkan dilaman Facebook, sekumpulan penduduk kawasan perumahan di Palestin bertindak menyerbu sebuah rumah dan menemui kira-kira 10 orang askar rejim Zionis bersembunyi ketakutan di dalam sebuah bilik.

Para penduduk kemudian bertindak menghalau kesemua askar rejim laknat berkenaan supaya keluar dari rumah itu.

Askar-askar berkenaan pastinya kecut akibat serangan dan tekanan oleh pejuang Hamas melalui briged al-Qassam yang memerangi mereka habis-habisan.

Sehingga kini dilaporkan sebanyak 18 orang tentera Israel sudah pun terbunuh dengan berpuluh-puluh lagi cedera.

(Baca: Inilah Sejarah Holocaust Yang Sebenarnya)

Masakan tidak kumpulan tentera ini dalam ketakutan, kerana sebelum ini mereka boleh menembak dengan sesuka hati tanpa ada penduduk Palestin yang melawan, tetapi kali ini mereka kembali ditentang habis-habisan.

Tambahan pula apabila mendengar rakan-rakan mereka ada yang sudah mati ditembak, pasti ketakutan semakin menyelubungi para anggota tentera Israel ini sehingga melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.

Jika begini semangat askar rejim Zionis yang konon-konon kuat, pastinya Hamas boleh memberi tekanan hebat kepada Israel dan seterusnya memenangi pertempuran menuntut bela di atas kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin selama ini.-Mynewshub.my