Wednesday, July 23, 2014

MH17: Daily Mail UK Giat Sebar Fitnah


Memetik laporan Daily Mail UK, terdapat dua anak kapal kabin pesawat MH17 yang sepatutnya bertugas dalam penerbangan itu bertindak menukar syif kerja mereka dengan rakan sekerja lain kerana bimbang akan laluan yang dipilih pesawat itu yang merentasi zon perang.

Daily Mail UK MH17

Ia berikutan konflik yang berlaku antara Russia dan Ukraine sebelum ini.

Dakwaan mengenai tindakan dua anak kapal iaitu kru kabin Malaysia Airlines (MAS) yang dikatakan menukar syif bekerja sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan untuk menyalahkan syarikat penerbangan itu.

Pelbagai pihak ketika ini dilihat tidak berhenti menyalahkan MAS dalam insiden melibatkan pesawat Boeing 777-222 yang terhempas di Grobovo, Ukraine Khamis lepas.

Pesawat MAS, MH17 terhempas dipercayai akibat ditembak peluru berpandu dari darat ke udara membunuh kesemua 298 orang penumpang termasuk 15 orang anak kapal.

Lokasi nahas ialah di sebuah perkampungan di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia dan ia dikuasai puak pemberontak yang pro-Russia.

Kononnya Dakwaan Kakitangan MAS Tidak Dilayan

Menurut Daily Mail, beberapa juruterbang yang bimbang turut memaklumkan perkara itu kepada pihak kawalan trafik udara di Malaysia dan pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berkenaan isu itu.

Pihak MAS menafikan ada kakitangan mereka yang membangkitkan isu laluan merentasi Ukraine itu.

Menurut jurucakap MAS, pertukaran syif antara pekerja dan anak kapal merupakan perkara biasa dan disebabkan pelbagai faktor.

“Anak kapal pesawat menukar syif kerana pelbagai sebab, kita tidak boleh membincangkan corak bekerja sesetengah kakitangan,” kata jurucakap itu.

Menurut laporan tabloid itu, sebelum tragedi pada Khamis lepas, beberapa orang juruterbang kanan MAS mengemukakan kebimbangan berkenaan laluan penerbangan MAS itu yang merentasi zon konflik peperangan di timur Ukraine.

Pesawat MH17 dikatakan telah pun ditembak jatuh oleh peluru berpandu jenis BUK yang dimiliki Russia tetapi dibekalkan kepada pemberontak pro-Russia yang mampu menembak sehingga jarak 25km.

Perkara itu disokong oleh penganalisis penerbangan awam Chris Yates yang mengatakan laluan udara merentasi kawasan konflik mesti segera ditutup.

“Kenapa perlu mengambil risiko itu, asasnya ialah pesawat komersial perlu jadi lebih selamat,” katanya.

Biarpun mengikut peraturan selepas laluan itu memang diiktiraf dan diluluskan badan pengurusan penerbangan dunia seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan ia dikatakan selamat untuk dilalui, MAS sehingga kini terpaksa menjawab dakwaan mengatakan mereka mengambil risiko membahayakan nyawa anak kapal.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Tony Tyler berkata perbuatan menembak jatuh pesawat MH17, sebagai sebuah jet komersial, telah jelas mencabuli undang-undang, standard dan konvensyen antarabangsa.

“Pesawat Boeing 777 itu diletupkan di udara setelah memperkenalkan diri dan memaklumkan kehadirannya di koridor terbuka dan sibuk pada ketinggian yang dikira selamat.”

Menurut beliau, Ukraine bertanggungjawap terhadap tragedi MH17 kerana sebagai kerajaan dan penyedia perkhidmatan pandu arah memaklumkan kepada syarikat penerbangan tentang laluan yang boleh dilalui mereka dan juga sekatan yang ada dan syarikat penerbangan pula akan mematuhi panduan berikut.

Siasatan Dapati Banyak Pesawat Lain Guna Laluan Sama

Laluan MH17

Satu siasatan yang dijalankan oleh laman web mashable.com, menunjukkan banyak lagi penerbangan dari negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah menggunakan laluan sama dan juga merentasi laluan konflik lain pada ketinggian tinggi.

Antara laluan konflik yang digunakan ialah merentasi Syria, Ukraine, Iraq dan Afghanistan.

Menurut laman web itu, ketika pesawat MH17 dikatakan ditembak ia tidak terbang berseorangan di laluan itu.

Menurut syarikat yang mengendalikan sistem menjejak pesawat; FlightRadar24, terdapat 55 buah pesawat yang terbang merentasi timur Ukraine berhampiran pesawat MH17 ketika kejadian.

Antara pesawat itu ialah dari Qatar Airlines, Emirates, Etihad, Austrian Airlines, Thai Airways, Jet Airways dan Pakistan International Airways.

Pesawat Singapore Airlines penerbangan dari Copenhagen, Denmark ke Singapura berada dalam jarak 15 batu nautika ketika MH17 ditembak jatuh.

Dakwaan Daily Mail UK Tidak Berasas

Jadi, dakwaan Daily Mail UK bahawa syarikat penerbangan lain sebenarnya mengelak laluan berkenaan dilihat tidak mempunyai asas langsung kerana pada kejadian itu, masih banyak penerbangan menggunakan laluan yang sama.

Tindakan Daily Mail UK, menggunakan alasan pertukaran syif dua anak kapal MAS untuk menguatkan dakwaan bahawa syarikat itu mengambil risiko membahayakan nyawa kakitangan demi keuntungan amatlah tidak sesuai dan melampau.

Tambahan pula, pihak kawalan trafik udara di Eropah, Eurocontrol sendiri telah membenarkan laluan pesawat merentasi timur Ukraine itu pada ketinggian 35,000 kaki.
Bagaimanapun, pihak kawalan trafik udara di Ukraine menghadkan ketinggian MH17 kepada hanya 33,000 kaki.

Pada beberapa minggu sebelum itu, Ukraine pernah memaklumkan bahawa puak pemberontak telah berjaya menembak jatuh beberapa buah pesawat termasuk sebuah pengangkut jenis IL-76, pesawat pejuang Sukhoi Su-25 dan pengangkut ketenteraan AN-26. Kenapa ICAO tiada mengeluarkan amaran seperti yang dibuat April lalu mengenai laluan udara Crimea?

Sejak kejadian melibatkan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, media antarabangsa cenderung meletakkan kesalahan di pihak MAS biarpun bukti yang ada menunjukkan tidak ada cacat celanya syarikat penerbangan itu.

Fokus Utama Cari Siapa Yang Bertanggungjawab

MAS merupakan syarikat penerbangan antara yang terbaik di dunia dengan rekod penerbangan yang cemerlang.

Sumber: Mynewshub.my

2 comments

  1. Daily UK ini memang akhbar taboild yang suka mencari populariti murahan bagi menjual paper mereka....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. sekarang ini adalah masa utk mencari solusi , bkn menunding jari . perkara dah berlaku ...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon