Jul 24, 2014

Akhirnya Pengganas pro-Rusia Mengaku Tembak MH17!

“Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”

MH17

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota pengganas militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar ItaliCorriere della Serapada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.

Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.

Menurut portalCorriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.

“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.

Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin pengganas puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.

Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’. Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”

Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam. -AstroAwani/SentiasaPanas

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

kalau betul laa pengakuan tu tulen, aku rasa macam nak hapuskan dorang semua jer....

Regards,
-Strider-

mereka ni ada senjata hebat.... susah nak hapuskan diorang ni...

Salam mullah qadammullah..mereka tidak mempunyai senjata sehebat kita..kita mempunyai senjata yang sehebat dan terbaik dari mereka malah lebih canggih lagi dari mereka..senjata kita adalah agama kita islam...al quran serta sunnah nabi muhammad saw..hayat lah isi kandungan nya kita akan tahu betapa hebat nya senjata kita..tiada tolok tandingnya dari pesawat raptor dan lain-lain lagii..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon