Saturday, November 30, 2013

Khalid Nafi Bayar Anwar RM15 Juta

Khalid Nafi Bayar Anwar RM15 Juta

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat berjumlah RM15 juta untuk membayar tuntutan elaun Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.

Anwar Ibrahim

"Perkara itu tidak betul," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini semalam.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog, http://santauberapi.blogspot.com, yang mendakwa Anwar sebenarnya menerima gaji lebih daripada RM1 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Berdasarkan artikel dalam blog tersebut yang bertajuk 'Takkan Pas Selangor Masih Nak Lindungi Pembohongan Anwar Ibrahim?' itu, Anwar didakwa menerima lebih RM1 juta setiap bulan berdasarkan tuntutan yang dibuatnya.

Blog itu mendakwa, sepanjang tahun lepas sahaja, Anwar menerima sebanyak RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelbagai kos termasuk tuntutan elaun perjalanan ke luar negara.

Bagaimanapun Menteri Besar Khalid gagap dah keluar kenyataan menafikan pejabatnya ada keluar kenyataan seperti itu, begitu juga membayar wang sebesar itu untuk menanggung kos operasi pejabat Anwar yang semua orang tahu tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada negeri Selangor.

Penafian Khalid bagaimanapun tidak menyelesaikan semua persoalan yang timbul lanjutan dari pendedahan tersebut.

Benar dia kata pejabatnya tidak ada keluar kenyataan sedemikian tapi persoalannya jumlah itu betul atau tidak? Kalau bukan RM 15 juta, berapa?

Lagipun orang tahu pejabat Khalid sedang berkrisis dengan Anwar dalam soal kenaikan melampau gaji Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker baru-baru ini, kalau bukan dari Khalid secara rasmi, mana-mana pihak berkepentingan dalam pejabat itu yang bocorkan kepada pihak luar. Ini politik, apa pun boleh jadi.

Baiklah, soal politik kita uruskan kemudian, yang penting kos pejabat Anwar ini dulu sebab setakat yang rakyat Selangor (selaku pembayar cukai) tahu, kos rasmi pejabat ini ialah sebanyak RM 12 setahun – jumlah elaun RM 1 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi.

Tapi dalam masa yang sama kita juga tahu bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan Anwar seorang, tapi ada kakitangannya yang perlu juga dibayar gaji - takkan RM 1 juga (siapa nak kerja dengan gaji itu), selain Anwar sendiri mungkin layak terima kemudahan lain sesuai dengan jawatannya itu.

Yang inilah kita nak tahu jumlahnya.

Apatah lagi, sejak dilantik ke jawatan itu, kita tahu Anwar giat berjalan ke luar negara, terutama ke negara seperti Turki. Nak kata banyak kilang Turki di Selangor, tak juga, jadi apa hasil Anwar giat berjalan ke luar negara itu dan tujuannya, masih menjadi persoalan yang diimpikan jawapannya oleh ramai orang.

Kos perjalanan ini semua, kita tak rasa dengan gaji sekarang Anwar mampu. Berapa sangat gaji ahli parlimen dan elaun Ketua Pembangkang sampai boleh terlalu kerap ke luar negara?

Pasti ada sumber lain yang membayar semua kos tersebut untuk Anwar, dengan kebarangkalian paling besar sekali adalah sumber dari wang rakyat Selangor kerana Anwar ada jawatan di negeri itu.

Jadi atas nama ketelusan, silalah Khalid dedahkan untuk pengetahuan umum.

[Sumber]

Kisah Luarbiasa Bayi Yang Di Selamatkan Pelukan Kembarnya

Kisah Luarbiasa Bayi Yang Di Selamatkan Pelukan Kembarnya

Ramai yang percaya bayi kembar mempunyai hubungan rohani yang kuat. Kewujudan mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Brielle and Kyrie - The Rescuing Hug

Kisah berikut merupakan bukti bahawa saudara kembar saling menjaga dalam pelukan dan ikatan sehingga mampu menyelamatkan saudara kembarnya .

Heidi Jackson adalah seorang ibu kepada dua anak kembar perempuan yang diberi nama Brielle dan Kyrie Jackson.

Kedua-duanya lahir dalam keadaan pramatang dan sebaik dilahirkan, Brielle dan Kyrie diletakan di inkubator yang diasingkan.

Namun, dari dua anak kembarnya itu, hanya Kyrie yang dilihat mampu terus hidup.

Kembar Kyrie, Brielle mengalami satu keadaan yang memerlukan penjagaan rapi. Malah, beratnya tidak sampai satu kilogram. Dia juga mengalami gangguan pada jantungnya. Segala cara telah dilakukan, namun Brielle semakin lemah, dan tubuhnya kebiruan akibat terlalu banyak menangis.

Kemudiannya, seorang jururawat, Gayle Kasparian, yang menjaga Brielle mendapat idea yang sangat berisiko iaitu 'double bedding'.

Dengan menggunakan teknik ini, kedua-dua kembar tersebut akan diletakkan di dalam satu inkubator.

Jururawat itu kemudiannya menutup inkubator. Seketika kemudian, Brielle meringkuk di sebelah Kyrie yang tidak didampinginya sejak mereka lahir. Malah, ada kemajuan memberangsangkan pada Kyrie ketika Brielle menyentuhnya.

Dalam beberapa minit kemudian, Brielle kelihatan lebih tenang. Oksigen di dalam darahnya pulih. Kyrie juga meletakkan tangannya di sisi Brielle, seolah-olah merangkul kembarnya itu.

Hasilnya, keajaiban pun terjadi! Tubuh Brielle sembuh dan pulih dari masa ke masa.

Kisah benar ini terjadi pada Oktober 1995. Dan kini kedua-duanya sudah dewasa dan sihat.

Brielle and Kyrie - The Rescuing Hug

Namun gambar yang diambil ketika mereka masih bayi telah mengagumkan dunia dan menjadi salah satu kisah yang sering dibicarakan.

Fenomena ini sering disebut sebagai 'pelukan penyelamat', kerana pelukan dan sentuhan Kyrie memberikan kesan yang luar biasa.

Namun, sebenarnya kita tidak perlu menjadi kembar untuk merasakan keajaiban pelukan.

Suatu ketika, apabila orang yang anda sayangi mengalami kesusahan, peluklah dia kerana itu akan memberikannya ketenangan dan harapan.

BACA INI JUGA: Gambar Menyayat Hati Anak Yatim Palestin Di Sisi 'Gambar' Ibunya

-Sentiasapanas.com

'Selfie', Perkataan Terbaik 2013

'Selfie', Perkataan Terbaik 2013

'Selfie' adalah perkataan terbaik bagi 2013, kata seorang pegawai di London.

Nora Danish Selfie
Nora Danish antara artis popular yang sering menaikkan gambar selfie.

Ini berikutan penggunaan perkataan itu mencapai lebih 17,000 peratus sejak 12 bulan lalu, kata Oxford Dictionaries yang menyiarkan ‘Oxford English Dictionary[‘ (OED).

Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.

Pada 2013, perkataan ini mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial.

Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall berkata, program penyelidikan bahasa mereka mengumpul 150 juta perkataan yang digunakan setiap bulan.

“Kita boleh lihat penggunaan perkataan 'selfie' meningkat pada tahun ini dan membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013,” katanya.

Penggunaan terawal perkataan itu dikesan pada pos forum Australia pada September 2002.

Pearsall berkata: “Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan itu dengan ‘hashtag selfie’ (#selfie) muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas pada 2012 apabila media semakin meluas menggunakannya.

Perkataan lain dalam senarai perkataan tahun ini ialah ‘bedroom tax’ (merujuk kepada perubahan dasar kebajikan Britain); ‘binge-watch’ (bermaksud menonton beberapa episod televisyen sekali gus); bitcoin (mata wang digital); olinguito (mamalia dalam bahasa Amerika Selatan; schmeat (daging sintetik) dan showrooming (menonton tarikan di kedai online) dan twerk.

“Twerk mula disebut awal 1990-an iaitu merujuk kepada adegan muzik di New Orleans,” kata Oxford Dictionaries. -AFP

Pasangan Suami Isteri Bahagia, Rupanya Adik-Beradik!

Pasangan Suami Isteri Bahagia, Rupanya Adik-Beradik!

Dek kerana kesilapan 20 tahun lalu, sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing, rupa-rupanya mereka adik beradik!

Wei and Qing Chinese Couple

Kisah yang bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China. Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.

Mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.

Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta. Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu.

Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras.

Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.

Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.

Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.

Ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.

Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik.

Dr. Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.

Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang akan dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu.

Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan.

Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan.

[Sumber]

 Isteri Umum Cerai Suami Di Papan Tanda

Isteri Umum Cerai Suami Di Papan Tanda

Banyak penceraian dilakukan secara senyap-senyap. Tetapi apabila ia dikongsikan kepada umum, maka pasti ada pihak akan mendapat aib.

Paul, I'm Divorcing You

Di Swansea, Wales, England, seorang isteri yang bengang apabila mendapati suaminya curang dengan wanita lain bertindak menceraikan suaminya secara terbuka.

Caranya, memberitahu dia menceraikan suaminya dengan menulis ‘PAUL.. I AM DIVORCING YOU’ di papan tanda kafe dan bar yang selalu dikunjungi mereka.

Tak cukup dengan itu, hari berikutnya papan tanda bar ditulis pula ‘BTW I AM KEEPING THE DOG’.

Isteri berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia sengaja merancang semua itu kerana marah selepas mengetahui suaminya curang dengan perempuan lain. Dia mengakui lega selepas melakukannya.

Begitu pun mengikut rekod lama, isteri Paul ini memang terbiasa mendedahkan perasaannya menggunakan papan tanda kafe dan bar Noah’s Yard tersebut.

Malah dia turut melakukan perkara sama ketika meminta Paul mengahwininya beberapa tahun lalu memenerusi papan tanda tertulis ‘MARRY ME PAUL?’

Sementara itu pemilik kafe dan bar, Noah Redfern, 36, menyatakan premisnya memang memberikan perkhidmatan demikian namun ia biasanya ditulis dengan perkara berkaitan sukan.

Apabila sesuatu yang lebih peribadi seperti berlaku pada Paul dikongsikan pada papan tanda kedainya, perkara itu menarik perhatian pengunjung yang mahu tahu kisah di sebaliknya.

Tak kurang juga, para suami yang melahirkan kerisaun jika perkara sama dilakukan isteri mereka jika mereka kantoi mempunyai hubungan sulit.

Sumber: Metro UK

PBB Lulus Resolusi Anti Pengintipan

PBB Lulus Resolusi Anti Pengintipan

Sebuah jawatankuasa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi hak maklumat persendirian yang dituntut oleh Jerman dan Brazil selepas skandal pengintipan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) terbongkar baru-baru ini.

PBB Lulus Resolusi Anti Pengintipan
Penunjuk perasaan di Jerman mengadakan protes 
membantah skandal pengintipan yang dilakukan NSA.

Di bawah resolusi antipengintipan itu, mana-mana kerajaan yang memintas atau memantau data pihak lain mungkin boleh didakwa atas kesalahan mencabuli hak asasi dan kebebasan manusia.

Duta Jerman ke PBB, Peter Wittig memberitahu resolusi tersebut berfungsi untuk menghantar mesej politik yang penting kepada negara antarabangsa.

"Hak asasi manusia perlu sentiasa dilindungi tanpa mengira medium. Mana-mana negara perlu mengelakkan diri daripada melakukan pengintipan dan mereka perlu bertanggungjawab jika perbuatan itu terbongkar," tegasnya, dipetik dari laporan Press TV.

Difahamkan, Berlin dan Brasilia melancarkan inisiatif tersebut selepas pembocor maklumat risikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden membongkar skandal pengintipan panggilan telefon yang dilakukan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) ke atas pemimpin mereka.

Usul resolusi yang disokong 55 negara antarabangsa itu akan diundi oleh 193 negara anggota PBB pada bulan depan.

Sumber: Sinar Online

Friday, November 29, 2013

Tandas Paling Ekstrem Di Dunia!

Tandas Paling Ekstrem Di Dunia!

Tandas dengan pemandangan indah ini dipilih sebagai tandas paling ekstrem di dunia.

toilet

Tandas ini digunakan pekerja di stesen cuaca terpencil di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai dan terletak di cenuram setinggi 2,600 di atas paras laut.

Pekerja yang bekerja di stesen itu dikunjungi sebulan sekali oleh posmen yang mengumpul data cuaca dan helikopter yang menghantar makanan, air dan kayu untuk dijadikan bahan bakar pada setiap musim luruh.

Namun, mereka pasti memerlukan keberanian untuk menggunakan tandas menakutkan itu dan pastinya tidak kerap ke tandas ketika ditugaskan bekerja di stesen itu.

Tandas paling ekstrem di Pergunungan Altai terletak di tebing setinggi 2,600 meter dari paras laut.

toilet

Tandas berbahaya itu sudah digunakan sejak 1939, di daerah yang bernama “Black Heart” dalam bahasa Altaya Selatan.

Satu kaji selidik terbaru mengenai tandas luar biasa di seluruh dunia mendapati tandas di Altai itu menduduki tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.

Tandas lain yang berkualiti turut dinamakan dalam kategori berbeza dalam kaji selidik itu.

BACA INI JUGA: Sukan Paling Ekstrem Di Dunia!

Sanggup Potong Kaki Sendiri!

Sanggup Potong Kaki Sendiri!

Seorang wanita muda yang dilahirkan dengan kecacatan kaki membuat keputusan drastik untuk memotong kakinya agar dia dapat memakai kasut tumit tinggi untuk kali pertama.

Mariah Serrano
Mariah terpaksa memakai kasut 
sukan ketika menghadiri malam prom.

Dilahirkan dengan kaki kirinya bengkok, Mariah Serrano, 21, dimaklumkan doktor yang keadaannya tidak membolehkan dia memakai kasut tumit tinggi atau mencapai impiannya untuk bekerja dalam industri fesyen.

Mariah dari New York memutuskan untuk memotong separuh kakinya dan digantikan dengan kaki palsu.

Kini Mariah boleh memakai semua jenis kasut termasuk kasut tumit tinggi dan sandal.

“Sukar untuk membiasakan diri dengan kasut tumit tinggi tetapi gadis tanpa kaki dan yang mempunyai masalah kaki pun perlu belajar memakai kasut tumit tinggi buat kali pertama. Saya tidak pernah rasa sangat glamor atau sungguh berkeyakinan.

“Apabila diberitahu yang saya tidak boleh memakai kasut tumit tinggi dan perlu melupakan impian saya, saya sangat sedih.

“Pakar berkata, terdapat pilihan lain iaitu memotong kaki saya. Ibu sangat takut tetapi saya tidak boleh melupakan pendapat pakar itu. Saya perlu memikirkannya secara mendalam,” katanya.

Mariah Serrano
Kaki palsu dipakai Mariah (kanan).

Dalam kebanyakan kes, kaki yang bengkok itu dipulihkan ketika zaman kanak-kanak dengan memakai pendakap atau menjalani pembedahan.

Namun, ketika Mariah berusia 16 tahun, keadaan kakinya tidak berubah walaupun sudah menjalani lima pembedahan.

“Saya jemu memakai pendakap kaki. Disebabkan sebelah kaki lebih kecil, memakai kasut benar-benar satu masalah.

“Saya terpaksa memakai kasut sukan ketika malam prom sekolah tinggi semasa berusia 17 tahun. Saya rasa cemburu dengan kawan-kawan yang memakai kasut tumit tinggi,” katanya.

Pada April 2009, dia bertemu pakar yang memberitahunya mengenai pilihan memotong kaki.

“Buat kali pertama, saya mula memikirkan yang saya boleh melaluinya tetapi saya masih takut.

“Sehinggalah saya membaca artikel mengenai pereka kegemaran saya, Alexander McQueen yang mereka sepasang kaki palsu untuk atlit Aimee Mullins, saya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Lelaki potong kaki sendiri kerana penyakit misteri

Zheng Yanliang

Sementara itu di China, seorang lelaki yang berkerja sebagai petani nekad memotong kakinya sendiri dengan menggunakan pisau dan gergaji besi kerana doktor tidak mahu memotong kakinya.

Bukan tanpa alasan Zheng Yanliang, 47, yang berasal dari Dongzang, Hebei, China memotong kakinya.  Zheng menghidap penyakit pelik yang tidak diketahui sebabnya.

Setelah berubat di klinik, Zheng dirujuk ke hospital besar di Beijing, namun usaha Zheng hampa kerana doktor yang memeriksanya tidak mengetahui apa penyakit yang dialaminya.

Zheng Yanliang

Kerana kekurangan wang, Zheng kembali ke rumah. Suatu hari kakinya terasa sangat sakit membuatkan Zheng tidak tahan menahan rasa sakit itu.

Akhirnya Zheng mengambil gergaji besi dan pisau lalu memotong kakinya sendiri.

Dengan hanya beralaskan tuala, Zheng kemudian memotong kakinya dan memerlukan masa 20 minit untuk memotong tulang kakinya.

Zheng Yanliang

Kisah Zheng yang memotong kakinya sendiri akhirnya tersebar di internet dan orang ramai heboh mengenainya.

"Kita menghabiskan ratusan bilion untuk bantuan luar negara dan cadangan pertukaran asing lebih daripada satu trilion, tapi rakyat kita menggergaji kakinya di rumah," kata seorang pengguna Weibo.

Sumber: Agensi/Zamrispoon

Isu Gaji, Kenapa Bandingkan Dengan Sarawak?

Isu Gaji, Kenapa Bandingkan Dengan Sarawak?

Pasca PRU-13 yang lepas satu keunikan berlaku di Selangor apabila perlantikan semula Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua memecah tradisi bila mana Khalid diminta mengangkat sumpah sambil memegang tombak diikuti lafaz aku janji 10 perkara di hadapan Sultan Selangor.

Abdul Khalid Ibrahim

10 perkara aku janji yang diikrarkan itu ialah mendahulukan rakyat, menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian agama Islam sebagai agama negeri, menjaga kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya, memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Khalid juga berikrar untuk melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas serta turut memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain termasuklah memastikan wujudnya perpaduan dan kerjasama antara kaum dengan semangat muhibah.

Di antara 10 perkara itu, ada dua perkara yang menarik untuk diulas yakni perihal ikrar Khalid untuk mendahulukan rakyat disamping melaksanakan tugas sebagai MB dengan integriti yang tinggi, bertanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas kerana ia dilihat paling dekat dengan isu kenaikan mencanak gaji MB yang sedang heboh sekarang ini.

Berikutan kenaikan itu gaji bulanan Khalid sebagai MB bermula Januari depan meningkat dari RM14,175 sebulan kepada RM29,250 sebulan.

Itu baru gaji sebagai MB Selangor, belum masuk lagi gaji sebagai ADUN yang berjumlah RM11,250 dan gaji sebagai Ahli Parlimen serta lain-lain elaun yang semuanya akan mencecah hampir atau lebih RM50,000 sebulan.

Lumayan ganjarannya berbanding kakitangan Kerajaan Negeri yang cuma memperolehi setengah bulan bonus.

Nampak sangat habuan untuk diri sendiri lebih diutamakan. Patutlah ramai dikalangan pemimpin PR ada yang sibuk berebut nak menjadi MB Selangor sebab ganjarannya lumayan mengalahkan gaji Perdana Menteri.

Dalam konteks mendahulukan rakyat, kenaikan menggila gaji Khalid sebagai MB bukan sahaja tidak menepati ikrar Aku Janji malah boleh disimpulkan sebagai sengaja melanggar ikrar tersebut kerana ternampak jelas Khalid lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri dan anggota pentadbirannya berbanding kepentingan rakyat marhaen.

Bila Khalid lebih mengutamakan kepentingan diri dalam hal mendapat ganjaran yang menggila tinggi secara tidak langsung ia melanggar tuntutan ikrarnya sendiri untuk mentadbir Selangor secara bertanggungjawab, berintegriti, penuh amanah, jujur dan ikhlas, bukan begitu?

Kalau Khalid mendahulukan rakyat sepatutnya akan wujud rasa malu dalam dirinya bila mana isu kenaikan gaji MB dipertikaikan khalayak apatah lagi disaat pimpinan PR yang lain sibuk mahu bercakap perihal kononnya PR jauh berbeza dari BN yang sering dikaitkan dengan istilah Barang Naik.

Balik-balik bandingkan Selangor dengan kenaikan gaji KM Sarawak langsung tak kena.

Macamlah keluasan Selangor yang cuma 7,956 KM persegi jauh mengatasi keluasan 124,449 KM persegi bumi Sarawak yang mana hampir menyamai keluasan Semenanjung Malaysia.

Kata PR berbeza dari BN, yang nak diikut jejak Sarawak, apahal?

Jilat ludah sendiri

Gaji Menteri Selangor

Pembangkang juga bercakap tentang pembaziran yang kononnya dilakukan oleh kerajaan BN. Mereka bising tentang kos elektrik rumah rasmi Perdana Menteri.

Mereka riuh tentang kos perjalaanan DS Rosmah Mansor. Mereka mahu menteri-menteri memotong gaji mereka untuk 'membantu rakyat'

Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN akan dihentam kononnya membazir wang rakyat.

Tetapi, di manakah suara pemimpin-pemimpin pembangkang apabila kerajaan pakatan pembangkang menaikkan gaji mereka sendiri menggunakan wang rakyat di Selangor?

Di manakah suara Anwar, Rafizi Ramli dan yang lain-lain?

Inilah yang dinamakan hipokrit tahap memualkan pakatan pembangkang yang memperbodoh-bodohkan ahli-ahli, penyokong-penyokong pembangkang dan rakyat keseluruhannya.

Sumber: Mykmu.net/Novandri.blogspot.com

Pasangan Bercerai Muda, Bapa Mengaku Anak Pernah Di Perkosa!

Pasangan Bercerai Muda, Bapa Mengaku Anak Pernah Di Perkosa!

Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Cerai Muda

Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.

“Saya kahwinkan dia kerana diperkosa,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.

Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.

Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.

Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.

“Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.

“Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati,” katanya.

Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan.

Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Sumber: Malaysianinsider