Saturday, November 30, 2013

'Selfie', Perkataan Terbaik 2013


'Selfie' adalah perkataan terbaik bagi 2013, kata seorang pegawai di London.

Nora Danish Selfie
Nora Danish antara artis popular yang sering menaikkan gambar selfie.

Ini berikutan penggunaan perkataan itu mencapai lebih 17,000 peratus sejak 12 bulan lalu, kata Oxford Dictionaries yang menyiarkan ‘Oxford English Dictionary[‘ (OED).

Selfie membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.

Pada 2013, perkataan ini mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial.

Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall berkata, program penyelidikan bahasa mereka mengumpul 150 juta perkataan yang digunakan setiap bulan.

“Kita boleh lihat penggunaan perkataan 'selfie' meningkat pada tahun ini dan membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013,” katanya.

Penggunaan terawal perkataan itu dikesan pada pos forum Australia pada September 2002.

Pearsall berkata: “Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan itu dengan ‘hashtag selfie’ (#selfie) muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas pada 2012 apabila media semakin meluas menggunakannya.

Perkataan lain dalam senarai perkataan tahun ini ialah ‘bedroom tax’ (merujuk kepada perubahan dasar kebajikan Britain); ‘binge-watch’ (bermaksud menonton beberapa episod televisyen sekali gus); bitcoin (mata wang digital); olinguito (mamalia dalam bahasa Amerika Selatan; schmeat (daging sintetik) dan showrooming (menonton tarikan di kedai online) dan twerk.

“Twerk mula disebut awal 1990-an iaitu merujuk kepada adegan muzik di New Orleans,” kata Oxford Dictionaries. -AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon