Saturday, November 30, 2013

Khalid Nafi Bayar Anwar RM15 Juta


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat berjumlah RM15 juta untuk membayar tuntutan elaun Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.

Anwar Ibrahim

"Perkara itu tidak betul," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini semalam.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog, http://santauberapi.blogspot.com, yang mendakwa Anwar sebenarnya menerima gaji lebih daripada RM1 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Berdasarkan artikel dalam blog tersebut yang bertajuk 'Takkan Pas Selangor Masih Nak Lindungi Pembohongan Anwar Ibrahim?' itu, Anwar didakwa menerima lebih RM1 juta setiap bulan berdasarkan tuntutan yang dibuatnya.

Blog itu mendakwa, sepanjang tahun lepas sahaja, Anwar menerima sebanyak RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelbagai kos termasuk tuntutan elaun perjalanan ke luar negara.

Bagaimanapun Menteri Besar Khalid gagap dah keluar kenyataan menafikan pejabatnya ada keluar kenyataan seperti itu, begitu juga membayar wang sebesar itu untuk menanggung kos operasi pejabat Anwar yang semua orang tahu tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada negeri Selangor.

Penafian Khalid bagaimanapun tidak menyelesaikan semua persoalan yang timbul lanjutan dari pendedahan tersebut.

Benar dia kata pejabatnya tidak ada keluar kenyataan sedemikian tapi persoalannya jumlah itu betul atau tidak? Kalau bukan RM 15 juta, berapa?

Lagipun orang tahu pejabat Khalid sedang berkrisis dengan Anwar dalam soal kenaikan melampau gaji Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker baru-baru ini, kalau bukan dari Khalid secara rasmi, mana-mana pihak berkepentingan dalam pejabat itu yang bocorkan kepada pihak luar. Ini politik, apa pun boleh jadi.

Baiklah, soal politik kita uruskan kemudian, yang penting kos pejabat Anwar ini dulu sebab setakat yang rakyat Selangor (selaku pembayar cukai) tahu, kos rasmi pejabat ini ialah sebanyak RM 12 setahun – jumlah elaun RM 1 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi.

Tapi dalam masa yang sama kita juga tahu bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan Anwar seorang, tapi ada kakitangannya yang perlu juga dibayar gaji - takkan RM 1 juga (siapa nak kerja dengan gaji itu), selain Anwar sendiri mungkin layak terima kemudahan lain sesuai dengan jawatannya itu.

Yang inilah kita nak tahu jumlahnya.

Apatah lagi, sejak dilantik ke jawatan itu, kita tahu Anwar giat berjalan ke luar negara, terutama ke negara seperti Turki. Nak kata banyak kilang Turki di Selangor, tak juga, jadi apa hasil Anwar giat berjalan ke luar negara itu dan tujuannya, masih menjadi persoalan yang diimpikan jawapannya oleh ramai orang.

Kos perjalanan ini semua, kita tak rasa dengan gaji sekarang Anwar mampu. Berapa sangat gaji ahli parlimen dan elaun Ketua Pembangkang sampai boleh terlalu kerap ke luar negara?

Pasti ada sumber lain yang membayar semua kos tersebut untuk Anwar, dengan kebarangkalian paling besar sekali adalah sumber dari wang rakyat Selangor kerana Anwar ada jawatan di negeri itu.

Jadi atas nama ketelusan, silalah Khalid dedahkan untuk pengetahuan umum.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon