Saturday, November 30, 2013

PBB Lulus Resolusi Anti Pengintipan


Sebuah jawatankuasa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi hak maklumat persendirian yang dituntut oleh Jerman dan Brazil selepas skandal pengintipan yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) terbongkar baru-baru ini.

PBB Lulus Resolusi Anti Pengintipan
Penunjuk perasaan di Jerman mengadakan protes 
membantah skandal pengintipan yang dilakukan NSA.

Di bawah resolusi antipengintipan itu, mana-mana kerajaan yang memintas atau memantau data pihak lain mungkin boleh didakwa atas kesalahan mencabuli hak asasi dan kebebasan manusia.

Duta Jerman ke PBB, Peter Wittig memberitahu resolusi tersebut berfungsi untuk menghantar mesej politik yang penting kepada negara antarabangsa.

"Hak asasi manusia perlu sentiasa dilindungi tanpa mengira medium. Mana-mana negara perlu mengelakkan diri daripada melakukan pengintipan dan mereka perlu bertanggungjawab jika perbuatan itu terbongkar," tegasnya, dipetik dari laporan Press TV.

Difahamkan, Berlin dan Brasilia melancarkan inisiatif tersebut selepas pembocor maklumat risikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden membongkar skandal pengintipan panggilan telefon yang dilakukan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) ke atas pemimpin mereka.

Usul resolusi yang disokong 55 negara antarabangsa itu akan diundi oleh 193 negara anggota PBB pada bulan depan.

Sumber: Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon