Friday, November 29, 2013

Sanggup Potong Kaki Sendiri!


Seorang wanita muda yang dilahirkan dengan kecacatan kaki membuat keputusan drastik untuk memotong kakinya agar dia dapat memakai kasut tumit tinggi untuk kali pertama.

Mariah Serrano
Mariah terpaksa memakai kasut 
sukan ketika menghadiri malam prom.

Dilahirkan dengan kaki kirinya bengkok, Mariah Serrano, 21, dimaklumkan doktor yang keadaannya tidak membolehkan dia memakai kasut tumit tinggi atau mencapai impiannya untuk bekerja dalam industri fesyen.

Mariah dari New York memutuskan untuk memotong separuh kakinya dan digantikan dengan kaki palsu.

Kini Mariah boleh memakai semua jenis kasut termasuk kasut tumit tinggi dan sandal.

“Sukar untuk membiasakan diri dengan kasut tumit tinggi tetapi gadis tanpa kaki dan yang mempunyai masalah kaki pun perlu belajar memakai kasut tumit tinggi buat kali pertama. Saya tidak pernah rasa sangat glamor atau sungguh berkeyakinan.

“Apabila diberitahu yang saya tidak boleh memakai kasut tumit tinggi dan perlu melupakan impian saya, saya sangat sedih.

“Pakar berkata, terdapat pilihan lain iaitu memotong kaki saya. Ibu sangat takut tetapi saya tidak boleh melupakan pendapat pakar itu. Saya perlu memikirkannya secara mendalam,” katanya.

Mariah Serrano
Kaki palsu dipakai Mariah (kanan).

Dalam kebanyakan kes, kaki yang bengkok itu dipulihkan ketika zaman kanak-kanak dengan memakai pendakap atau menjalani pembedahan.

Namun, ketika Mariah berusia 16 tahun, keadaan kakinya tidak berubah walaupun sudah menjalani lima pembedahan.

“Saya jemu memakai pendakap kaki. Disebabkan sebelah kaki lebih kecil, memakai kasut benar-benar satu masalah.

“Saya terpaksa memakai kasut sukan ketika malam prom sekolah tinggi semasa berusia 17 tahun. Saya rasa cemburu dengan kawan-kawan yang memakai kasut tumit tinggi,” katanya.

Pada April 2009, dia bertemu pakar yang memberitahunya mengenai pilihan memotong kaki.

“Buat kali pertama, saya mula memikirkan yang saya boleh melaluinya tetapi saya masih takut.

“Sehinggalah saya membaca artikel mengenai pereka kegemaran saya, Alexander McQueen yang mereka sepasang kaki palsu untuk atlit Aimee Mullins, saya tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Lelaki potong kaki sendiri kerana penyakit misteri

Zheng Yanliang

Sementara itu di China, seorang lelaki yang berkerja sebagai petani nekad memotong kakinya sendiri dengan menggunakan pisau dan gergaji besi kerana doktor tidak mahu memotong kakinya.

Bukan tanpa alasan Zheng Yanliang, 47, yang berasal dari Dongzang, Hebei, China memotong kakinya.  Zheng menghidap penyakit pelik yang tidak diketahui sebabnya.

Setelah berubat di klinik, Zheng dirujuk ke hospital besar di Beijing, namun usaha Zheng hampa kerana doktor yang memeriksanya tidak mengetahui apa penyakit yang dialaminya.

Zheng Yanliang

Kerana kekurangan wang, Zheng kembali ke rumah. Suatu hari kakinya terasa sangat sakit membuatkan Zheng tidak tahan menahan rasa sakit itu.

Akhirnya Zheng mengambil gergaji besi dan pisau lalu memotong kakinya sendiri.

Dengan hanya beralaskan tuala, Zheng kemudian memotong kakinya dan memerlukan masa 20 minit untuk memotong tulang kakinya.

Zheng Yanliang

Kisah Zheng yang memotong kakinya sendiri akhirnya tersebar di internet dan orang ramai heboh mengenainya.

"Kita menghabiskan ratusan bilion untuk bantuan luar negara dan cadangan pertukaran asing lebih daripada satu trilion, tapi rakyat kita menggergaji kakinya di rumah," kata seorang pengguna Weibo.

Sumber: Agensi/Zamrispoon

2 comments

  1. gila.. potong kaki nak cantik..
    yg sorang lg hebat..potong kaki sendiri!! tak payah pakai doktor!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan sebenarnya, bersyukur sangat diberi kesihatan yang baik..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon