Friday, November 29, 2013

Pasangan Bercerai Muda, Bapa Mengaku Anak Pernah Di Perkosa!


Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Cerai Muda

Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.

“Saya kahwinkan dia kerana diperkosa,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.

Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.

Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.

Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.

“Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.

“Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati,” katanya.

Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan.

Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Sumber: Malaysianinsider

1 comment

  1. Tiada istilah perkosa..budak pompuan tu yg syok serah body..tapi undang2 ..rela atau tak budak bwh 16 thn tetap istilah rogol...... Haiyaaaa..sudah byk kes ma di msia mcm itu...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon