Sunday, November 03, 2013

Video Magik Pelik Criss Angel

Video Magik Pelik Criss Angel

Ilusi silap mata dilihat semakin melampaui batas sejak akhir-akhir ini sehingga ia dilihat seperti tidak masuk akal apabila orang ramai menontonnya.

Criss Angel

Seorang Pakar Ilusi dunia Criss Angel dalam ilusi terbaru mengejutkan warga internet di laman YouTube dengan ilusi gila sehingga sampai membuatkan badan seseorang seperti terputus dua.

Video berkenaan dimuatnaik pada 8 Oktober lepas menunjukan Criss di sebuah taman bersama beberapa orang yang mungkin kebetulan berada di situ untuk melihat aksi ilusi atau silap matanya.

Beliau kemudian meminta seorang lelaki dan wanita menjadi sukarelawan untuk aksi berkenaan dan mereka diminta baring di atas kerusi di taman itu.

Kemudian beberapa orang berdekatan diminta pula memegang kaki dan tangan pasangan tadi.

Secara tiba-tiba, Criss menjadikan badan mereka terpisah daripada paras pinggang ke bawah disambut oleh jeritan ketakutan oleh mereka disekeliling kawasan itu.

Dalam keadaan kecoh itu Criss kemudian melekatkan kembali badan mereka berdua tetapi badan lelaki dilekatkan ke badan wanita manakala badan wanita dilekatkan ke badan lelaki tadi.

Criss kemudiannya dengan selama meninggalkan mereka tanpa menjadikan mereka pulih seperti sediakala.

Penulis menganggap ia tetap sebuah ilusi kerana dalam zaman sekarang, apa sahaja teknologi boleh digunakan bagi melakukan video dan ilusi sebegitu.



Anda lihatlah sendiri diatas, ilusi yang gila ini..

Sumber: Mynewshub

Unik! Seni Menarik Diperbuat Dari Tunggul Dan Pokok Kayu

Unik! Seni Menarik Diperbuat Dari Tunggul Dan Pokok Kayu

Info Unik Dunia. Tunggul kayu hanyut atau terbiar di kebun selalunya akan dibuang atau dibakar dan tidak ramai yang tahu ia sebenarnya boleh memberi pendapatan lumayan jika dijadikan barangan kraf tangan sehingga mencecah ribuan ringgit.

Igor Dzheknavarov amazing arts

Jom kita kita lihat apa yang berlaku di Bandar Ukraine..

Bandar Ukraine Simferopol telah berubah menjadi sebuah galeri seni bandar oleh seorang seniman misteri yang mengukir patung kayu dari tunggul kayu mati. Kini ada puluhan karya-karya yang luar biasa berada di seluruh bandar Crimea.

Masyarakat di Bandar Ukraine pada mulanya tidak mengendahkan ketika karya unik ini pertama kali muncul di pelbagai tempat di Simferopol, tetapi dalam tahun-tahun terakhir, bandar ini dipenuhi patung-patung unik ini.

Penduduk tempatan tertanya-tanya siapa di sebalik pengukir patung-patung ini? Kerajaan tempatan, kumpulan seni tempatan atau patung-patung tersebut muncul secara ajaib? .

Namun media tempatan akhirnya berjaya menjejak "si pelaku". Namanya Igor Dzheknavarov dan dia bukannya pemahat terlatih atau tukang kayu, tapi tukang masak!

"Masakan adalah seni terbesar dari segala-galanya," katanya berjenaka kepada wartawan

"Jika anda boleh menggoreng kentang, anda boleh melakukan apa saja."

Sepuluh tahun yang lalu, Igor belajar sendiri cara memahat dan mula menggunakan kemahiran yang baru dipelajarinya untuk meningkatkan paparan seni memahat di kotanya.

Dia menyebut dirinya seorang co-artis, kerana semua karya yang diilhamkan sangat unik yang terukir indah di pohon-pohon jalanan.

Igor Dzheknavarov amazing arts
Igor Dzheknavarov amazing arts
Igor Dzheknavarov amazing arts
Igor Dzheknavarov amazing arts
Igor Dzheknavarov amazing arts

Sungguh menggagumkan..

[Sumber] [Edited by SP]

Umat Islam Ditegah Pergi Berperang Di Syria

Umat Islam Ditegah Pergi Berperang Di Syria

Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz al-Sheikh menggesa golongan muda negara itu dan umat Islam, supaya tidak menyertai kumpulan militan menentang kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad.

Sheikh Abdulaziz al-Sheikh

“Semua ini adalah salah dan tidak diwajibkan. Konflik di Syria adalah pertelagahan puak dan kita tidak patut pergi ke sana. Saya tidak mencadangkan sesiapa ke negara itu.

“Jika anda pergi ke wilayah yang anda tidak tahu dan tiada pengalaman, anda hanya akan menjadi beban kepada mereka. Apa yang mereka mahu adalah doa anda semua,” katanya yang dipetik akhbar al-Hayat.

Ketika menyampaikan ceramah mengenai ‘masalah penyelewengan dalam kalangan belia’ di sebuah masjid di sini, Sheikh Abdulaziz juga mengkritik pemimpin agama yang menggalakkan rakyat negara itu berperang di Syria.

“Umat Islam hanya perlu takut kepada Allah, tidak wajar menipu warga muda dan mengeksploitasi kelemahan serta ketiadaan pengalaman dengan mengajak mereka pergi berperang.

“Saya meminta ulama menasihati belia negara ini sama seperti mereka menasihati anak lelaki masing-masing,” katanya yang dipetik akhbar tempatan.

Kerajaan Arab Saudi yang menyokong penentangan ke atas Presiden Bashar al-Assad, secara terbuka menggesa kuasa dunia membantu Syria mempertahankan sendiri kedaulatannya.

Bagaimanapun, pada masa sama kerajaan negara itu bimbang jika pejuang yang kembali dari Syria akan bertindak melancarkan perang ke atas pemerintah.

Puak Islam di Arab Saudi, mengecam pemerintahan Assad dan menganggapnya sebagai kafir kerana berfahaman Alawiyyin, sebahagian daripada fahaman puak Syiah.

-REUTERS

Video Polis Trafik Wanita Bergaduh Di Tengah Jalan

Video Polis Trafik Wanita Bergaduh Di Tengah Jalan

Dua pembantu pegawai polis trafik di Bandar Tangshan China utara telah dipecat setelah didapati berkelahi ketika sedang bertugas.

Two Tangshan traffic policewomen fight each other right in the middle of the street

Aksi pergaduhan mereka telah di rakam dan telah di muat naik di YouTube. Pergaduhan dua pembantu polis ini kemudiannya heboh di perkatakan oleh media china .

Video perkelahian mereka yang dilabel "Two Tangshan traffic policewomen fight each other right in the middle of the street".

Dipetik dari English.sina.com, pihak polis Tangshan kemudian mengumumkan dua wanita dalam pergaduhan tersebut bukanlah pegawai polis lalu lintas sebaliknya mereka hanya pembantu yang disewa untuk membantu pegawai polis trafik.

Di bandar-bandar terpencil, pembantu polis trafik umumnya diberikan tugas untuk mengawal keadaan lalu lintas jalan pada waktu puncak.



Pembantu polis trafik juga memakai pakaian seragam yang berbeza dengan pegawai polis lalu lintas sebenar.

Pasangan ini dikatakan mempunyai perselisihan, yang kemudiannya berlarutan menjadi pergaduhan jalanan.

Polis tempatan mengatakan kedua-duanya telah dipecat sehari selepas aksi pergaduhan tersebar.

[Sumber] [Edited by SP]

Rahsia Penduduk Mekah Berumur Panjang

Rahsia Penduduk Mekah Berumur Panjang

Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia. (al-Ma'idah: 97)

Kota suci Mekah tidak pernah sepi daripada menerima kehadiran tetamu
Allah, sama ada atas urusan menunaikan ibadat haji mahupun umrah.

Angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Neil Armstrong telah membuktikan bahawa kota suci Mekah yang terletaknya Kaabah adalah merupakan pusat kepada planet bumi.

Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan perkara ini. Maka sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu.

Antara kalam-kalam Allah SWT mengenai Mekah sebagai pusat bumi adalah firman yang bermaksud: Demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syura: 7)

Perkataan Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota lain di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih daripada itu kata ummul (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber daripada keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Firman Allah lagi yang bermaksud: Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan). (ar-Rahman: 33)

Perkataan aqthar adalah bentuk jamak daripada perkataan qutr yang bererti diameter dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat Kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai orang Mekah, wahai orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit."

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah seharunya dijadikan rujukan waktu dunia. Bukannya Greenwich yang sekian lama menjadi rujukan umum. (Mekah sebagai pusat bumi, Dr. Mohamad Daudah).

Suka ditegaskan akan pengakuan yang dibuat oleh Neil Armstrong bahawa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet bumi. Sedangkan al-Quran sejak 1,400 tahun lalu telah membicarakan mengenai kota Mekah dan Kaabah adalah sebagai pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Armstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet bumi, dia berkata: "Planet bumi ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?"

Fakta ini telah diteliti melalui suatu penelitian ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet bumi mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkan di Internet tetapi sayangnya 21 hari kemudian, laman sesawang tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah dan tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir).

Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet Marikh, radiasi tersebut masih berterusan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub Utara dan kutub Selatan, terdapat suatu kawasan yang bernama Zero Magnetism Area, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua-dua kutub.

"Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi (tawaf) di Kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah."

Penelitian lainnya ialah Hajarul Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di England, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam (rujuk Jami' at-Tirmizi al-Hajj).

Begitu juga hadis yang bermaksud: "Hajar Aswad dari batu-batuan syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari syurga selain batu itu." (riwayat Tabarani).

BACA INI JUGA: Kesesatan Syiah, Kufah Dan Karbala

Sumber: Utusan.com.my

Penemuan Mumia Di China Berusia 2,150 Tahun Dengan Lidah Terjelir

Penemuan Mumia Di China Berusia 2,150 Tahun Dengan Lidah Terjelir

Mumia wanita berusia 2,150 tahun dalam keadaan basah dan utuh dipelihara dengan teknologi tinggi oleh pakar China dan telah dipamerkan di muzium Changsha, Provinsi Hunan, China, menjadi tumpuan popular pelancong.

Mumia

Mayat tersebut masih utuh bagaikan manusia hidup dan diletakan dalam kotak berisi cecair pengawet.

Mayat wanita bernama Sinzui tersebut berkulit pucat, dengan mata tertutup, lidah terjelir dan berambut hitam dengan ketinggian 158 sentimeter.

Berdasarkan data di muzium tersebut, mayat itu ditemui pada tahun 1972 dalam peti kayu berukuran lima meter, lebar dua setengah meter dan tinggi dua meter, yang terkubur pada kedalaman 20 meter dari permukaan tanah di kawasan bukit Mantui, Changsha.

Ketika ditemui, tiga peti dengan saiz sama di dalamnya masing-masing terdapat satu mayat, seorang lelaki berusia 58 tahun dan 30 tahun, namun jasad dua lelaki itu tidak dipamerkan di muzium Changsha.

Tiga peti besar tersebut ditemui ketika pemerintah China ketika itu mengarahkan penduduk di Changsha menggali lubang besar untuk berlindung sebagai persediaan apabila perang tercetus.

Mumia
Mumia

Selain itu, beraneka barang yang digunakan pada 2,150 tahun dahulu juga masih tersimpan di dalam peti dan masih utuh, malah warnanya juga tidak pudar.

Pemerintah China kemudian mengarahkan pakar untuk membongkar dan menyelamatkan tiga peti mayat tersebut.

Sepasukan doktor pakar, yang menjalankan pembedahan, menyatakan bahawa mayat itu masih utuh dan basah tanpa sebarang kerosakan, walaupun telah terkubur selama 2,150 tahun.

Setelah bedah siasat dijalankan, mayat itu kemudian diawet menggunakan teknologi tinggi dan kemudiannya di simpan dalam muzium Changsha, yang telah dibina untuk menyelamatkan, menyimpan dan mempamerkan penemuan yang mampu mendedahkan kehidupan warga China 2,150 lalu.

Dengan kewujudan muzium ini juga, para pelancong boleh melihat mayat yang telah terpelihara selama 2,150 tahun. [Sumber]

[Edited by SP]

Saturday, November 02, 2013

Cincin Dicuri 25 Tahun Lalu Ditemui Semula

Cincin Dicuri 25 Tahun Lalu Ditemui Semula

Sebentuk cincin milik bekas bintang sukan bola sepak Amerika, Lance Alworth yang hilang 25 tahun lalu akhirnya berjaya ditemui semula, kata Jabatan Syerif San Diego rabu lalu.

Lance Alworth Stolen Ring

Cincin itu dicuri pada tahun 1998 dari sebuah bar di San Diego, Amerika Syarikat semasa pameran barang-barang cendermata sukan berlangsung.

Penemuan cincin itu bermula selepas satu pasangan dari Palm Springs menerima cincin tersebut pada tahun 2001.

Mereka memperoleh cincin itu yang dicagarkan oleh seorang lelaki yang meminjam wang daripada pasangan tersebut sebanyak AS$5,000 (RM15,734). Lelaki itu menyatakan dia memperoleh cincin itu menerusi satu permainan poker.

Pasangan itu kemudian memutuskan untuk menjual cincin tersebut menerusi satu lelongan.

Baru-baru ini, Alworth menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang tidak dikenali dengan niat untuk menjual cincin tersebut.

Namun, individu itu menetapkan syarat Alworth perlu membayarnya sebanyak AS$44,000 (RM138,465).

Jabatan syerif kemudian melancarkan siasatan selepas panggilan telefon itu dibuat.

Anggota-anggota syerif kemudian menemui cincin itu di sebuah firma lelongan di Laguna Niguel.

Lelongan cincin itu akan dibuat pada 20 November depan dengan harga permulaan sebanyak AS$44,000.

Cincin itu kini telah dipulang semula kepada Alworth.

Setakat ini tiada tangkapan telah dibuat berhubung kes itu.

Alworth dihadiahkan cincin itu pada tahun 1972 selepas pasukan yang diwakilinya, Dallas Cowboys mengalahkan Miami Dolphins dengan mata 24-3 di New Orleans. -Agensi


Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!

Sungai Paling Ngeri Dan Menjijikkan Di Dunia!

Sungai Ganges ialah sungai yang dianggap paling suci oleh penganut Agama Hindu tetapi sebaliknya dianggap sangat menjijikkan diseluruh dunia.

Sungai Ganges

Setiap hari ribuan orang datang untuk mandi didalam sungai ini bagi menyucikan diri mereka dari dosa. Setiap hari juga ratusan mayat dibakar di tebing dan debunya ditaburkan ke dalam Sungai.

Menurut kepercayaan masyarakat Hindu, sungai sepanjang 2,510 km ini adalah penjelmaan Dewi Gangga.

Sekiranya penganut hindu ingin mencapai TAHAP Moksha, iaitu Kebebasan dari Dilahirkan semula kedunia (seumpama Nirvana dalam ajaran Buddha), mereka perlu menaburkan debu mereka ke dalam Sungai Ganges dalam upacara Asthi Visarjan.

Debu Gandhi dan George Harrison adalah antara debu yang pernah ditaburkan kedalam sungai ini.

Sungai Ganges
Sungai Ganges
Mayat bergelimpangan di Sungai Ganges.

Gambar-gambar diatas menunjukan bagaimana sungai yang di anggap suci oleh bangsa hindu, penuh dengan mayat-mayat membusuk yang terapung dan terdampar tebing sungai, bagi bangsa lain, ini sangat jijik dan mengerikan.

Terlalu jijik dan mengerikan untuk memaparkan lebih banyak gambar, yaks..

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Bilik Hotel Yang Menjijikkan

Gagal Bunuh Diri Selepas Di Cium Awek!

Gagal Bunuh Diri Selepas Di Cium Awek!

Hanya dengan satu ciuman, seorang remaja perempuan, Liu Wenxiu berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri..

Kejadian tersebut berlaku pada bulan lepas, namun kisah mengenainya terus diperkatakan selepas remaja perempuan berjaya meyakinkan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, agar menyayangi diri sendiri dan tidak melakukan perbuatan bodoh.

Ketika kejadian, gadis tersebut berada di sebuah pusat beli belah di Shenzhen, apabila dia kemudian melihat orang ramai mengerumuni seorang lelaki yang ketika itu cuba memanjat pengadang di tingkat paling atas bangunan itu..

Gambar yang diambil ketika lelaki tersebut 
leka mencium remaja perempuan itu.

“Saya mahu membantu lelaki itu namun polis tidak membenarkannya. Saya kemudian menipu polis bahawa dia adalah teman lelaki saya yang mahu membunuh diri kerana saya.

“Mereka kemudiannya membenarkan saya bercakap dengan lelaki itu dan dia memberitahu bahawa dia sangat sedih kerana keluarganya berpecah belah,’’ katanya.

Apabila mendengar cerita lelaki itu, Liu Wenxiu menjadi sedih kerana dia juga berasal daripada keluarga yang berpecah belah.


Wanita itu kemudiannya mengejutkan orang ramai apabila mencium lelaki itu di bahagian bibir, hingga lelaki itu leka dan polis dengan segera menarik lelaki tersebut.

[Sumber]

Video Parodi Sharifah Sakinah, “Macam cantik je.. Macam cantik je..”

Video Parodi Sharifah Sakinah, “Macam cantik je.. Macam cantik je..”

Sharifah Sakinah kini bolehlah dilabel sebagai Keekers tegar kerana beliau sering merakamkan video baru yang menimbulkan kontroversi dan ia berjaya menarik ramai tontonan pulak tu.


Sharifah juga kalau diperhatikan takkan ketinggalan dalam memberikan video parodi kepada mana-mana video hangat yang menjadi viral di internet.

Video terbaru Awek Legoland yang memuji kecantikan matanya dengan kata “Macam cantik je.. Macam cantik je..,” turut menjadi bahan kepada beliau untuk merakamkan video parodi versi Sharifah Sakinah.

Di YouTube Keek Artis Malaysia video Sharifah baru sahaja dimuatnaik beberapa hari lalu.



Di ruangan Keek Sharifah Sakinah ia telah ditonton sebanyak 10,068 kali dan mendapat 477 Likes, tidak hairanlah akaun Keek Sharifah Sakinah turut ada simbol ‘disahkan’ atau verified mengesahkan ia adalah akaun tulen Sharifah Sakinah oleh pihak Keek.com.

Bagaimanapun, Sharifah membuat lawak dengan keadaan matanya yang nampak sembab kerana tidak mendapat rehat yang cukup selepas sibuk dengan dunia artis sambil berkata “Macam sembab je… macam eye bag je… macam ketumbit je…,” dalam video itu.

Walaupun si gadis Legoland yang bernama Syasya itu sudah membuat penjelasan bahawa video itu sekadar gurauan untuk tujuan melawak tetapi kini berderet-deret video parodi dihasilkan dek populariti video beliau.

Bukan hanya Sharifah yang berminat menghasilkan video parodi, ada seorang budak tomboy juga turut menghasilkan parody berkenaan tetapi rasanya lebih teruk daripada si pembikin video asal.

Sudah lah awak tu perempuan, berangan hendak jadi lelaki, bertindik di bibir, hidung dan lidah kemudian rakam video aksi parodi mengajuk video awek Legoland itu.

Dik.. untuk awak tu bukannya macam cantik je.. Naik menyampah lah.. Penulis sertakan kedua-duanya, tengoklah sendiri.

Sumber: Mynewshub