Sunday, November 03, 2013

Penemuan Mumia Di China Berusia 2,150 Tahun Dengan Lidah Terjelir


Mumia wanita berusia 2,150 tahun dalam keadaan basah dan utuh dipelihara dengan teknologi tinggi oleh pakar China dan telah dipamerkan di muzium Changsha, Provinsi Hunan, China, menjadi tumpuan popular pelancong.

Mumia

Mayat tersebut masih utuh bagaikan manusia hidup dan diletakan dalam kotak berisi cecair pengawet.

Mayat wanita bernama Sinzui tersebut berkulit pucat, dengan mata tertutup, lidah terjelir dan berambut hitam dengan ketinggian 158 sentimeter.

Berdasarkan data di muzium tersebut, mayat itu ditemui pada tahun 1972 dalam peti kayu berukuran lima meter, lebar dua setengah meter dan tinggi dua meter, yang terkubur pada kedalaman 20 meter dari permukaan tanah di kawasan bukit Mantui, Changsha.

Ketika ditemui, tiga peti dengan saiz sama di dalamnya masing-masing terdapat satu mayat, seorang lelaki berusia 58 tahun dan 30 tahun, namun jasad dua lelaki itu tidak dipamerkan di muzium Changsha.

Tiga peti besar tersebut ditemui ketika pemerintah China ketika itu mengarahkan penduduk di Changsha menggali lubang besar untuk berlindung sebagai persediaan apabila perang tercetus.

Mumia
Mumia

Selain itu, beraneka barang yang digunakan pada 2,150 tahun dahulu juga masih tersimpan di dalam peti dan masih utuh, malah warnanya juga tidak pudar.

Pemerintah China kemudian mengarahkan pakar untuk membongkar dan menyelamatkan tiga peti mayat tersebut.

Sepasukan doktor pakar, yang menjalankan pembedahan, menyatakan bahawa mayat itu masih utuh dan basah tanpa sebarang kerosakan, walaupun telah terkubur selama 2,150 tahun.

Setelah bedah siasat dijalankan, mayat itu kemudian diawet menggunakan teknologi tinggi dan kemudiannya di simpan dalam muzium Changsha, yang telah dibina untuk menyelamatkan, menyimpan dan mempamerkan penemuan yang mampu mendedahkan kehidupan warga China 2,150 lalu.

Dengan kewujudan muzium ini juga, para pelancong boleh melihat mayat yang telah terpelihara selama 2,150 tahun. [Sumber]

[Edited by SP]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon