Saturday, September 28, 2013

Video Pasangan Lakukan Seks Ketika Memandu!

Video Pasangan Lakukan Seks Ketika Memandu!

Selalunya kita selalu mendengar pesanan supaya tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu kerana ia boleh menyebabkan kelalaian sekaligus berlakunya kemalangan tetapi, bagaimana pula dengan rakaman video yang tiba-tiba menjadi sensasi di laman YouTube?

Video Seks Ketika Memandu

Rakaman yang diambil oleh seorang pemandu kereta di Chicago menunjukkan seorang lelaki sedang memandu kenderaannya di lebuhraya sambil berasmara dengan kekasihnya.

Sambil menikmati ‘layanan’ dari kekasihnya itu, lelaki tersebut tetap fokus terhadap pemanduannya.

Matanya tetap memandang jalan raya dan kedua-dua tangannya berada pada stereng kereta.

Bagaimanapun, selepas menyedari gelagat mereka diperhatikan, dia kemudiannya mengangkat tangan seolah-olah meminta pemandu yang merakam supaya menghentikan rakaman itu.

Hasil pencarian di laman YouTube, video ini sebenarnya sudah dimuatnaik sejak dua tahun lalu, namun mula menjadi ‘viral’ dalam minggu ini.

Memang tak malu sungguh manusia sebegini. Mana tidaknya, bukan setakat berasmara dalam kereta, tingkap pun dibiar terbuka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Akhirnya Isteri Mat Yo Tampil Memohon Maaf

Akhirnya Isteri Mat Yo Tampil Memohon Maaf

Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

Isteri Mat Yo

“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.



Sumber: Sinar Online

Mangsa Rogol Dipaksa Bogel

Mangsa Rogol Dipaksa Bogel

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dipaksa berbogel di balai polis bagi membuktikan bahawa dia telah dirogol, ketika gadis berkenaan mahu membuat laporan berhubung jenayah tersebut.

Rogol

Mangsa didakwa dipaksa berbuat demikian ibu bapanya gagal membayar wang sebanyak 50,000 rupee kepada anggota polis terbabit.

Selepas gagal memenuhi tuntutan berkenaan, anggota polis itu meminta remaja itu masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam serta meminta gadis itu berbogel.

“Dia bawa saya ke dalam bilik dan menutup pintu, selepas itu meminta saya membuka baju,’’ kata gadis itu.

Menurut Times Of India, budak itu diarahkan berbuat demikian bagi menyakinkan anggota polis terbabit bahawa dakwaannya bahawa dia dirogol adalah benar dan bukan satu pembohongan.

Kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lalu dan ketika dipaksa berbuat demikian, ibu bapa budak tersebut turut menemaninya di balai tersebut.

Susulan dakwaan tersebut, suspek kes berkenaan berjaya ditangkap sementara anggota polis itu pula disiasat.

Kes rogol dan serangan seksual semakin meningkat di India dan ia merupakan satu masalah serius.

Malah Biro Jenayah Kebangsaan di India melaporkan setiap 20 minit, seorang wanita di India dirogol.

Sumber: Mynewshub

Friday, September 27, 2013

Layanan Buruk Punca Fida Ibrahim Tinggalkan Lokasi Penggambaran!

Layanan Buruk Punca Fida Ibrahim Tinggalkan Lokasi Penggambaran!

Pelakon Fida Ibrahim akhirnya membuka mulut dengan menempelak produksi drama Kampungku dan Aidiladha sebagai tidak profesional sehingga memaksanya meninggalkan diri dari lokasi.

Fida mendakwa produksi telefilem 
Kampungku dan Aidiladha tidak profesional.

Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 27, berkata, dia meninggalkan lokasi pada hari terakhir penggambaran selepas memikirkan banyak faktor dalam produksi termasuklah kecewa dengan lokasi, rombakan skrip dan keselamatan yang tidak terjamin.

"Jujur saya katakan saya tinggalkan lokasi penggambaran pada hari terakhir selepas diminta berbuat demikian oleh pengurus saya kerana merasakan permintaan tambahan pihak produksi terhadap adegan terakhir telefilem itu tidak munasabah.

"Bayangkanlah dalam adegan terakhir telefilem itu, pelakon diminta masuk ke dalam hutan iaitu sebuah kawasan yang baru diteroka. Ketika sampai di situ, saya mula bimbang akan keselamatan diri seperti faktor dipatuk ular dan sebagainya.

"Pemilihan lokasi dalam hutan untuk babak yang tidak sepatutnya itu menyebabkan saya nekad berbuat demikian kerana risau akan keselamatan diri saya," jelasnya pada Khamis.

Laporan akhbar pada Khamis melaporkan penerbit drama berkenaan iaitu Hazmimi Johar kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada Ahad lalu.

Hazmimi berkata, pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya.

Dalam perkembangan sama, Fida berkata adalah tidak adil bagi pelakon sepertinya dilayan dengan buruk dan tidak profesional sedangkan dia cuba memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan telefilem itu.

Fida (kiri) dan pengarah Shuhaimi Lua (tiga dari kiri) 
bersama barisan pelakon Kampungku dan Aidiladha.

"Saya sedar akan perkara itu tetapi apa yang saya lakukan adalah untuk membetulkan masalah yang saya lihat terutamanya dari segi keselamatan para pelakon yang dipandang ringan terutamanya ketika di lokasi seperti dalam hutan yang mungkin mendatangkan bahaya kepada kami.

"Pun begitu, saya tidak pernah membuat kekecohan di set sebaliknya memberitahu apa yang tidak kena kepada pengurus saya bagi memberi ruang untuk dia berbincang dengan pengurus produksi mengenai masalah yang diutarakan," katanya.

Tambah Fida, kebanyakan pelakon telefilem itu turut merungut mengenai pelbagai perubahan skrip dan lokasi pada saat-saat akhir namun tidak berani untuk bersuara.

Ia termasuk soal bilik hotel yang tidak selesa diberikan kepadanya selain pindaan terhadap skrip yang berbeza daripada skrip asal.

Sementara itu, Fida berkata, dia telah membuat laporan kepada Biro Aduan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengenai masalah tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka.

"Buat masa ini saya tidak mahu mengulas mengenai tindakan selanjutnya sebaliknya menyerahkan kepada pihak Seniman untuk membantu menyelesaikan masalah ini," katanya.

Telefilem Kampungku dan Aidiladha diarahkan oleh Shuaimi Lua Abdullah dan diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran bersempena Hari Raya Aidiladha di TV3.

Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.

Sumber: mStar

Ngeri! Isteri Anggota Polis Maut Digilis Lori

Ngeri! Isteri Anggota Polis Maut Digilis Lori

Info Ngeri. Isteri seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul maut selepas digilis sebuah lori simen di Jalan Sentul berhampiran Pusat Komersial Sentul Boulevard di sini.

Siti Rohani Mohamad, 30

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Siti Rohani Mohamad, 30, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai bergesel denganlori simen tersebut.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan untuk menjemput anaknya di sebuah sekolah berdekatan lokasi kejadian.

Rusli berkata, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berasal dari Kerdau, Temerloh Pahang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami wanita tersebut, Koperal Azli Sham, 32, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) IPD Sentul ketika ditemui di HKL berkata beliau menghubungiisterinya tengah hari tadi meminta menjemput anak mereka dari sekolah.

“Kira-kira 20 minit kemudian, ada orang awam buat panggilan dan beritahu isteri saya kemalangan..Saya bergegas ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, saya lihat isteri terperosok bawah tayar lori,” katanya sedih.

Sumber: Bernama

Manfaat Kepada Tubuh Apabila Pasangan Bercium

Manfaat Kepada Tubuh Apabila Pasangan Bercium

Ciuman bukan hanya sebagai tanda kerakusan nafsu bercinta dengan pasangan, tetapi sebenarnya tanda kasih sayang melalui ikatan fizikal dan lebih penting lagi dari itu, ciuman mampu memberikan sejumlah manfaat dan kebaikan kepada pasangan.

Bercium

Dan inilah yang akan terjadi di dalam tubuh kita ketika berciuman:

Mengeratkan Ikatan

Ketika berciuman, tubuh menghasilkan hormon oksitosin yang bertanggungjawab terhadap rasa sayang dan bahagia sehingga semakin erat perasaan kasih-sayang.

Ghairah

Hormon yang berkaitan dengan seks akan meningkat serta mempengaruhi dan meningkatkan ghairah seks.

Menghindarkan Penyakit

Ketika berciuman, air liur akan dirangsang serta keluar dengan banyak. Air liur inilah yang boleh menangkis virus dan membantu membangkitkan kekebalan terhadap penyakit.

Bahagia

Berciuman akan meningkatkan tahap pengeluaran hormon endophins dan endorfin yang bertanggungjawab terhadap perasaan bahagia.

Mengurangkan rasa sakit

Ketika berciuman, tubuh akan membebaskan adrenalin yang mampu mengurangkan kesakitan.

Menurunkan stres

Ketika dua bibir bertemu, ini akan membantu menurunkan kadar kortisol yang bertanggungjawab menyebabkan stres dan meningkatkan sistem endokrin dan kekebalan tubuh.

Membakar kalori

Walaupun tidak sebanyak seperti latihan fizikal, tetapi berciuman memerlukan metabolisme dua kali lebih besar dari sukatan normal.

Melambatkan proses penuaan

Berciuman juga mampu melambatkan penuaan kerana ia membuatkan wajah terus bergerak sehingga menguatkan otot-otot wajah.

Begitulah sebahagian dari kebaikan apabila dua insan (suami isteri tentuny), berciuman jadi, kepada pasangan suami isteri diluar sana, ciumlah pasangan anda selalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Artis-artis Hollywood Yang Berpelajaran Tinggi

Artis-artis Hollywood Yang Berpelajaran Tinggi

Dalam lambakan pelakon popular Hollywood, ada beberapa diantaranya yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kelulusan yang boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki.

Ironinya, mereka lebih berminat berkecimpung dalam dunia lakonan dan kini sudah terkenal di seluruh dunia. Berikut merupakan senarai pelakon yang boleh dijadikan sebagai idola berikutan kejayaan mereka dalam pelajaran.

Rowan Atkinson

Rowan Atkinson

Selama ini penonton sudah melihat aksinya sebagai seorang lelaki 'bodoh' dalam sitkom yang cukup digemari ramai iaitu Mr. Bean. Namun begitu, di sebalik kebodohan yang ditampilkannya itu, mungkin ramai yang tidak tahu tentang tahap pendidikan yang dimiliki Rowan Atkinson.

Dilahirkan di Durham, England, Rowan Sebastian Atkinson mendapat pendidikan awal di Chorister School dan St. Bees School, Durham. Kemudian dia menyambung pengajiannya di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.

Selepas tamat pengajian, pelawak tersebut menyambung pengajiannya dalam peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang sama di Universiti Oxford. Semasa di universiti berkenaan, Rowan turut aktif dalam pementasan teater bersama The Experimental Theatre Club.

Lucy Liu

Lucy Liu

Nama pelakon Lucy Alexis Liu mula dikenali ramai setelah membintangi filem Charlie's Angels bersama-sama Drew Barrymore dan Cameron Diaz pada tahun 2002. Ironinya, karier lakonan Lucy sudah bermula lapan tahun sebelum itu.

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Lucy pernah menuntut di Universiti New York selama setahun dan kemudian berpindah ke Universiti Michigan dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Dan Kebudayaan Asia.

Sepanjang pengajiannya di universiti berkenaan, pelakon kelahiran New York, Amerika Syarikat itu aktif dalam bidang seni dan pernah menyertai pementasan teater Alice In Wonderland semasa berada di tahun akhir.

Selain mempunyai kelulusan yang tinggi, Liu juga berkebolehan bertutur dalam lima bahasa iaitu Mandarin, Sepanyol, Itali, Jepun dan Perancis.

Arnold Schwarzenegger

Arnold Schwarzenegger

Bermula sebagai ahli bina badan, lalu berkecimpung dalam dunia lakonan dan akhirnya terpilih sebagai Gabenor California, Arnold Schwarzenegger cukup popular dengan lakonannya dalam filem The Terminator.

Dilahirkan di Styria, Austria pada 30 Julai 1947, dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat, meskipun tidak fasih berbahasa Inggeris, dia akhirnya berjaya menjadi ahli bina badan berjaya dan pernah bergelar Mr. Olympia sebanyak tujuh kali.

Kemudian pada tahun 1977, Arnold mengambil kelas Bahasa Inggeris di Kolej Santa Monica dan menyambung pelajarannya di Universiti Wisconsin. Dia berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Dan Ekonomi Antarabangsa.

Hugh Jackman

Hugh Jackman

Sebelum popular sebagai pelakon, Hugh Jackman menuntut di Universiti Teknologi Sydney dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Menariknya, cita-cita awalnya dahulu adalah mahu menjadi seorang wartawan.

Pada tahun terakhirnya di universiti tersebut, hasratnya tiba-tiba berubah dan mahu bergelar seorang pelakon. Setelah tamat pengajian, dia lantas mengikuti kursus lakonan selama setahun di Actors' Centre di Sydney.

Selepas itu, dia meneruskan usahanya untuk bergelar pelakon dengan menuntut di Western Australian Academy Of Performing Arts (WAAPA) pada 1994 dan banyak diberi peluang berlakon sepanjang berada di akademi tersebut.

Natalie Portman

Natalie Portman

Melihat kepada latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh pelakon Natalie Portman, pastinya ia sesuatu yang cukup mengagumkan.

Selain cantik dan berbakat besar, bintang filem Black Swan itu boleh dikategorikan sebagai antara pelakon yang bijak dan sering mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Ketika menuntut di Sekolah Tinggi Syosset, Long Island, Amerika Syarikat, Natalie berhasil mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 sehingga melayakkannya menyambung pelajaran dalam jurusan Psikologi di Universiti Harvard.

Setelah menamatkan pengajian pelakon berkenaan meneruskan karier lakonannya, tetapi pernah dipilih menjadi pensyarah jemputan di Universiti Columbia. Selain itu, sejak kecil lagi dia sudah menguasai beberapa bahasa asing seperti Hebrew, Perancis, Jerman, Arab dan Jepun.

Hugh Grant

Hugh Grant

Selama ini peminat lebih mengenali wajah tampan pelakon Hugh Grant serta sikap mata keranjang kerana selalu menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita cantik.

Namun begitu, pelakon yang memulakan karier seni pada tahun 1982 menerusi filem Privileged itu merupakan lulusan Universiti Oxford dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris serta aktif dalam beberapa jenis sukan seperti ragbi, kriket dan bola sepak.

Menariknya, dia juga pernah mendapat tawaran untuk melakukan kajian dalam pengkhususan sejarah seni dari Universiti London yang melayakkannya mendapat ijazah Doktor Falsafah (PhD), tetapi terpaksa menolaknya kerana gagal mendapat geran penyelidikan.

David Duchovny

David Duchovny

Drama bersiri lakonan David Duchovny yang paling diingati ramai sudah tentu The X-Files sekitar tahun 90-an dahulu bersama gandingannya, Gillian Anderson.

Menceritakan tentang tahap pendidikannya, pelakon kelahiran New York, Amerika Syarikat itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Princeton kemudian menyambung pengajian dalam bidang yang sama di Universiti Yale.

Selepas itu, David melakukan tesis dengan memilih tajuk Magic And Technology In Contemporary Poetry And Prose di universiti berkenaan, namun dia tidak dapat meneruskannya dan gagal mendapat PhD.

BACA INI JUGA: Siapa "Raja Kematian" Terulung Hollywood?

Sumber: Kosmo.com.my

Harga Minyak Petrol RON95 Naik Lagi?

Harga Minyak Petrol RON95 Naik Lagi?

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 pada jangka masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

RON95

Langkah itu juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

“Penyeludupan petrol dan diesel berlaku kerana bahan api ini lebih murah di Malaysia,” kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

Sumber: BERNAMA

Video Dan Gambar Sempena Pernikahan Adam AF Dan Fiza Elite

Video Dan Gambar Sempena Pernikahan Adam AF Dan Fiza Elite

Penyanyi Adam AF menyatakan dirinya mengimpikan tiga orang cahaya mata untuk menyerikan kehidupan rumahtangga yang baru dibinanya bersama bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Abdul Halim.

Adam AF Dan Fiza Elite

Pasangan mempelai ini telah selamat dinikahkan oleh Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid pada pukul 10.30 pagi kelmarin di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam.

Pada majlis itu, Fiza telah menerima sepersalinan barangan keperluan solat sebagai gantian hantaran dan mas kahwin RM300.

“Semuanya bergantung kepada rezeki Allah, kalau boleh tahun depan saya nak anak, saya nak dua, tiga anak,” katanya ketika ditemui di majlis pernikahannya, pagi ini.

Pasangan ini juga mendedahkan mereka tidak membuat sebarang perancangan lagi untuk berbulan madu di mana.



Ketika diajak berbicara bagaimana cara mereka berdua berkenalan, Adam menyatakan mereka berkenalan sejak awal tahun ini di sebuah majlis keramaian sebelum bertukar BB pin di antara satu sama lain.

Namun hanya pada bulan Ramadan lalu, mereka mula rapat setelah Adam memberanikan diri menegur Fiza yang pada ketika itu sudah pun berhijrah mengenakan hijab sebagai imej terbarunya.

“Saya dah mula tertarik padanya dan dah terbuka hati, jadi hari kedua kita jumpa, terus saya cakap, ‘saya rasa macam nak nikah dengan awak lah’,” kata Adam yang mengakui dia hanya keluar bertemu janji dengan Fiza, 33, selama tiga kali sahaja sebelum sah bergelar pasangan suami isteri.

Dalam pada itu, Adam, 30, dan Fiza mengharapkan peminat akan sentiasa mendoakan kebahagian rumah tangga mereka agar kekal sehingga ke hujung nyawa.

Adam AF Dan Fiza Elite
Adam AF Dan Fiza Elite
Adam AF Dan Fiza Elite
Adam AF Dan Fiza Elite
Adam AF Dan Fiza Elite
Adam AF Dan Fiza Elite
Adam AF Dan Fiza Elite
Adam AF Dan Fiza Elite

Sumber: Mynewshub

Gambar ‘BERAKSI PANAS’ Peserta Program Realiti Dibongkar Kembali!

Gambar ‘BERAKSI PANAS’ Peserta Program Realiti Dibongkar Kembali!

Tak tahu nak cakap apa lagi pasal isu yang melibatkan aksi-aksi panas kat dalam online ni.

Gambar PANAS

Rasa, bukan sekali dua benda ni berlaku pada bintang-bintang realiti yang baru nak naik dalam industri ni.

Tapi dah banyak kali dah. Tapi, masih ada jugak insan-insan yang tidak guna akal yang tetap nak lakukan benda-benda macam ni.

Lepas tu, bila mula nak ceburkan diri dalam bidang ini, aksi-aksi panas yang melibatkan bintang realiti ini terus diselongkar, didedahkan dan dipanas semula oleh pihak-pihak tertentu.

Siapa yang kena tanggung malu?

Macam yang berlaku kat seorang bintang realiti ni!

Program realiti yang melibatkan penyertaannya baru saja mula ditayangkan di skrin televisyen, tapi gambar panas masa lampaunya sudah pun tersebar meluas di serata alam.

Padahal gambar itu sudah lama diambil sejak beberapa tahun dulu.

Agaknya masa buat tu si bintang realiti ni tak fikir panjang.

Nak glamor punya pasal, dia sanggup beraksi panas.

Sampai, ianya jadi isu besarlah di dalam akhbar.

Tapi, bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya, terlajak perbuatan, diri binasa!

Sekarang ni, nak buat apa-apa pun tak guna. Sebab, benda dah berlaku. Nasi dah jadik bubur. Damage has been done.

Jadi, mahu tak mahu, si bintang realiti ni kenalah terima hasil dan kesan daripada perbuatan masa lampaunya.

Takpelah, kalau tak jadi bintang realiti pun tidak mengapa. Sebab dia ini pun sudah ada pekerjaan yang tetap.

Sumber: Murai