Sunday, September 29, 2013

Giler! Empat Pegawai Genneva Gold Dihadapkan Dengan 900 Pertuduhan!

Giler! Empat Pegawai Genneva Gold Dihadapkan Dengan 900 Pertuduhan!

Empat pegawai atasan syarikat perniagaan perdagangan emas Genneva Gold hari ini dihadapkan ke mahkamah dengan 900 pertuduhan dibacakan kepada mereka, dipercayai memecahkan rekod pertuduhan terbanyak di negara ini.

Genneva Gold

Mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Dua bekas Pengarah syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd itu ialah Datuk Philip Lim Jit Meng dan Datuk Tan Liang Keat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan membuat kenyataan palsu dalam iklan syarikat berkenaan dengan mengatakan bahawa pelaburan emas dengan syarikat berkenaan mengikut undang-undang Syariah.

Mahkamah memerintahkan kes itu disebut semula pada 28 Oktober depan dengan kedua-dua mereka RM20,000 setiap seorang. Mereka kemudiannya dibawa pula ke Mahkamah Sesyen lain untuk menghadapi pertuduhan lain pula.

Di Mahkamah Sesyen yang lain, Lim, Tan dan Datuk Lim Hah Heng dan Datuk Ng Poh Weng didakwa dengan enam pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah melalui satu skim perlaburan emas di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Keempat-empat mereka menghadapi dua pertuduhan setiap seorang di bawah akta itu.

Mereka juga dijangkakan akan menghadapi 915 tuduhan pengubahan wang haram.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 10 Januari 2011 higga 1 Oktober 2012.

Pada 1 dan 5 Oktober 2011, Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu beberapa syarikat pelabur emas bersama anggota polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terhadap syarikat Genneva Malaysia, Pageantry Gold, Ceasar Gold dan Worldwide Far East Berhad.

Selain itu pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

Pada 1 Ogos 2012 pula, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang ke atas syarikat Genneva Malaysia oleh tiga wakil persatuan Pegawai Kerja Mohd Mustaffa Hamzah dan juga Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

Mohd Mustaffa atau lebih dikenali dengan Abang Muss berkata PPIM kesal dengan tindakan syarikat Genneva yang mengaku menjalankan urusniaga mengikut hukum syari’ah seperti dinyatakan di laman web mereka.

Menurut beliau, laporan polis dibuat untuk menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap syarikat Genneva Malaysia yang sewenang-wenangnya melakukan perbuatan berkenaan.

Syarikat berkenaan turut didakwa mengambil deposit sebanyak RM5 juta tanpa kebenaran dari Bank Negara Malaysia. Lebih perit lagi, pelabur yang terlibat dalam urus niaga Genneva ini didakwa terdiri daripada orang kenamaan, syarikat dan yayasan serta tidak diketahui punca pendapatan mereka.

Butiran terperinci mengenai kesemua 900 pertuduhan berkenaan masih belum diperolehi, laporan lanjut bakal menyusul tidak lama lagi.

Sumber: Mynewshub

Israel Berang Sejarah Holocaust Di Persoal

Israel Berang Sejarah Holocaust Di Persoal

Pegawai Israel menolak kenyataan Presiden Iran, Hassan Rowhani yang mengutuk Holocaust.

Holocaust

Pegawai berkenaan menganggapnya tidak memadai sebaliknya berkata dia sepatutnya mengutuk mereka yang menafikan pembunuhan beramai-ramai Nazi.

Rowhani memberitahu CNN selepas berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelmarin, penghapusan Yahudi pada Perang Dunia Kedua patut ‘dicela.’

Kenyataan itu dianggap menunjukkan perubahan radikal kerajaan Teheran.

Bekas presiden, Mahmoud Ahmadnejad pengkritik Israel berulang kali sambil mempersoal kesahihan Holocaust.

“Memang benar Rowhani tidak menafikan Holocaust, tetapi dia tidak mengutuk mereka yang menafikannya, seperti pemimpin sebelum dan pemimpin Iran lain,” kata Menteri Inteligen, Yuval Seinitz kepada radio Israel.

(Baca: Bukti Holocaust Adalah Pembohongan Besar Yahudi)

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Zeev Elkin berkata: “Mengiktiraf Holocaust tidak cukup.”

Rowhani memberitahu CNN apa saja jenayah berlaku dalam sejarah termasuk jenayah Nazi terhadap Yahudi patut dicela dan dikutuk.

“Tidak ada beza sama ada jenayah itu membabitkan nyawa Kristian, Yahudi atau Muslim. Bagi Kami semuanya sama,” kata Rowhani.

Bagaimanapun, presiden itu mengutuk pembentukan negara Israel dengan merampas tanah kumpulan lain hanya untuk membalas dendam terhadap jenayah Nazi.

Temu bual Rowhani diadakan sehari selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa presiden itu tidak mengiktiraf Holocaust. -AP

Gambar Bogel Nikita Mirzani Untuk Majalah Playboy Tersebar!

Gambar Bogel Nikita Mirzani Untuk Majalah Playboy Tersebar!

Model dan pelakon seksi Indonesia, Nikita Mirzani sekali lagi menimbulkan kontroversi panas. Sebelum ini, Nikita pernah menyatakan bahawa beliau mahu ke Amerika Syarikat untuk beraksi dalam majalah bogel popular, Playboy.

Nikita Mirzani Playboy

Hari ini, salah satu daripada foto bogelnya untuk majalah itu telah pun tersebar di internet. Akui Nikita, itu memang fotonya.

Dalam foto tersebut, Nikita dilihat sedang berbaring di tepi pantai dalam keadaan bogel. Bahagian pehanya ditutupi kain putih, manakala bahagian dada ditutupi rambutnya yang panjang.

Tatu ditubuhnya menguatkan lagi bukti bahawa foto tersebut memang milik Nikita Mirzani.

Wanita berusia 27 tahun itu mengaku foto berkenaan diambil tiga bulan yang lalu di Pulau Dewata. Menurutnya lagi, majalah Playboy akan menerbitkan foto berkenaan pada terbitan tahun hadapan.

“Itu fotonya tiga bulan lalu, di Bali buat Playboy AS, dan terbitnya tahun depan,” ungkap Nikita kepada Liputan6.com.

Sayangnya, Nikita enggan membocorkan foto-foto lainnya.

“Itu saja dulu. Karena kan majalahnya belum terbit, baru tahun depan,” ungkap Nikita.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Denda RM500,000 Kepada Penggodam WiFi!

Denda RM500,000 Kepada Penggodam WiFi!

Umum mungkin sedia maklum akan yang mana mencuri sambungan WiFi daripada pemilik lain adalah suatu kesalahan, dan kini pihak SKMM dilihat menekankan perkara berkenaan.

WiFi Hack

Mengikut apa yang dikongsikan oleh SKMM, kedua-dua pihak, iaitu mereka yang mengodam sambungan WiFi, dan mereka yang menyediakan peralatan untuknya adalah bersalah dibawah Seksyen 236 dan 239 (Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998).

Perkara ini ditekankan semula oleh pihak SKMM dengan pelbagai peralatan yang dijual oleh ramai pihak akhir-akhir ini yang membolehkan seseorang mengodam dan menggunakan rangkaian WiFi pihak lain tanpa kebenaran.

Pada masa yang sama, pihak CyberSecurity Malaysia turut mengatakan yang mana pengodaman sambungan WiFi kini adalah mudah, apatah lagi dengan pelbagai perisian yang disediakan di internet.

Apa pun, sebagai langkah mengelakkan rangkaian WiFi anda dicuri, ia dinasihatkan untuk menggunakan kata laluan yang sukar (gabungan pelbagai abjad, angka dan simbol), serta memasang firewall untuk rangkaian anda.

[Sumber]

Gwyneth Paltrow Maafkan Suami Jika Curang

Gwyneth Paltrow Maafkan Suami Jika Curang

Pelakon Gwyneth Paltrow akan tetap memaafkan suaminya, Chris Martin sekiranya lelaki itu berlaku curang terhadapnya.

Gwyneth dan Chris telah berkahwin selama 10 tahun.

Bagaimanapun kata Paltrow, 40, ia tetap menguris perasaannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak mereka.

Pasangan itu telah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata.

"Jujurnya sesiapa pun akan terluka jika mendapat tahu suami mereka curang selepas bertahun-tahun berkahwin.

"Tetapi saya mungkin akan memaafkan pasangan saya walaupun ia menyakitkan," katanya kepada majalah Female First.

Paltrow juga memberitahu setiap pasangan mempunyai cabaran dan masalah berbeza dan pandangannya hanya bersifat peribadi.

"Pada saya sangat penting untuk setiap pasangan suami isteri memahami komitmen dalam sesuatu hubungan selain menghargai antara satu sama lain.

"Pun begitu itu tidak bererti mereka boleh mengetepikan aktiviti sosial kerana ia dapat menyeimbangkan kehidupan," katanya.

Jelas Paltrow lagi, dia tidak dapat menjangkakan apakah tindakannya jika perkara itu benar-benar berlaku.

Sumber: mStar

Cendawan Chaga Mampu Merawat AIDS?

Cendawan Chaga Mampu Merawat AIDS?

Satu lagi penemuan baru bagi merawat penyakit Aids ditemui saintis Rusia menggunakan cendawan Chaga yang tumbuh di Serbia.

Chaga and AIDS
Cendawan Chaga.

Menurut saintis dari Institut Vector di Novosibirsk, spesies cendawan tumbuh di pokok birch itu menunjukkan reaksi positif untuk digunakan dalam perubatan antiretroviral berbanding dua jenis cendawan lain yang turut digunakan dalam kajian sama.

"Terikan yang terdapat pada cendawan ini menunjukkan tahap toksik yang rendah dan kesan anti virus yang kuat, selain berkesan menghalang influenza, penyakit cacar dan HIV," katanya dalam satu kenyataan, dipetik dari Daily Mail.

Chaga atau nama saintifiknya Inonotus obliquus dianggap mengandungi asid betulinic yang mempunyai ciri antiretroviral dan anti radang serta telah digunakan oleh pengamal perubatan tradisional di Serbia sejak berabad.

Berbeza dengan spesies cendawan lain yang biasanya lembut, Chaga adalah keras seperti kayu dan ditemui di habitat sejuk seperti Rusia, Eropah Timur, Amerika Syarikat dan Kanada.

Sesetengah daripada mereka juga percaya, cendawan itu boleh merawat penyakit kanser.

Namun, masih tiada ujian klinikal yang mampu membuktikannya, menurut pakar Pusat Kanser Memorial Sloan-Kettering di New York.

Sumber: Utusan

Saturday, September 28, 2013

Tiada Ampun Dan Maaf Buat Bini Mat Yo

Tiada Ampun Dan Maaf Buat Bini Mat Yo

Kata orang, terlajak perahu boleh diundur. Tapi kalau sudah terlajak kata, buruk padahnya.

Isteri Mat Yo

Itulah yang harus diterima oleh Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo selepas kejadian memaki-hamun dan menendang pengawal keselamatan, Azman Md. Nayan, 49, di lapangan terbang Subang, 12 September lalu.

Permohonan maaf yang dibuatnya semalam dan disiarkan di dada-dada akhbar nampaknya tidak berjaya melembutkan hati Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn. Bhd, Mukhveer Singh Gill yang bertekad untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Melalui laporan Harian Metro hari ini, Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya.

(Baca: Akhirnya Isteri Mat Yo Tampil Memohon Maaf)

Rakaman pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai selepas dimuat naik ke Internet dan disebar secara meluas oleh pengguna laman sosial Facebook serta YouTube.

Wanita itu bagaimanapun menafikan bahawa dia yang memuatnaik video tersebut dan mendakwa ia dilakukan oleh orang lain, namun enggan mendedahkannya.

Mukhveer turut mendedahkan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima dari Aisya yang berbunyi:

“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”

Nampaknya, perkara ini akan berpanjanganlah jawabnya. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja sejauh mana hangatnya kes ini jika ia benar-benar dibawa ke mahkamah nanti.



Sumber: Mynewshub

Pensyarah Sebar Gambar Bogel Kekasih Di Hukum Penjara

Pensyarah Sebar Gambar Bogel Kekasih Di Hukum Penjara

Di Singapura, percubaan seorang pensyarah lelaki untuk membalas dendam terhadap bekas kekasihnya dengan menghantar gambar bogel gadis itu kepada ibu-bapanya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga minggu oleh mahkamah.

Low Peng Hui, 50
Gambar hiasan.

Tertuduh, Low Peng Hui, 50, yang didakwa atas kesalahan mengedar gambar lucah turut disifatkan oleh hakim sebagai ‘keji dan pengecut’.

Low mengaku bersalah menghantar gambar tersebut kerana kecewa apabila ditinggalkan oleh bekas kekasih yang juga merupakan bekas pelajarnya.

Dikhabarkan juga bahawa gadis yang berusia tersebut telah menemui penggantinya yang jauh lebih muda dari Low.

Dalam surat yang dihantar bersama gambar tersebut, pensyarah yang sudah berkahwin itu turut menghina mangsa dengan mengatakan bahawa dia ‘”tiada dara lagi, sangat longgar, mempunyai bau badan dan kurang bijak”.

Pihak pendakwa menyatakan bahawa surat yang dihantar tertuduh pada November tahun lalu telah menjejaskan emosi keluarga mangsa terutama ayahnya yang berusia 71 tahun hingga jatuh sakit.

Low kini bukan sahaja terpaksa menjalani hukuman penjara, malah turut digantung pekerjaannya.

BACA INI JUGA: HOT! Pelakon Sinetron Dipaksa Kahwin Angkara Gambar Bogel

-SENTIASAPANAS.COM

Zain Saidin Nafi Gosip Bertunang Rabu Lalu!

Zain Saidin Nafi Gosip Bertunang Rabu Lalu!

Pelakon Zain Saidin terkejut mendengar khabar angin kononnya dia telah bertunang secara senyap dengan aktres, Rozita Che Wan pada Rabu lalu.

Zain Saidin - Rozita Che Wan

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menganggap gosip berkenaan adalah mengarut.

“Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?

“Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Zain bagaimanapun tidak menafikan hasrat untuk mengadakan sebuah majlis pertunangan namun masih lagi belum diputuskan lagi memandangkan dia sibuk dengan penggambaran Oh My English dan Fear Factor Selebriti Malaysia 2 sehingga bulan November depan.

“Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zain berharap, tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita kerana ia boleh disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.

Dalam perkembangan lain Zain juga sibuk dengan penggambaran drama berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan RTM.

Sumber: Mynewshub

Pelik! Hidung 'Tumbuh' Di Dahi Seorang Lelaki!

Pelik! Hidung 'Tumbuh' Di Dahi Seorang Lelaki!

Info Pelik. Seorang lelaki di China telah mempunyai hidung baru yang ditanam di dahinya. Lelaki itu, yang hanya dinamakan sebagai Xiaolian, telah menjalani rawatan untuk membuat gantian kepada hidung asalnya yang telah dijangkiti dan menjadi cacat.

Hidung di dahi

Lelaki China ini yang mempunyai hidung baru yang telah ditanam di dahinya telah menjalani prosedur ini di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Lelaki berusia 22 tahun ini telah rosak hidungnya dalam satu kemalangan jalanraya pada Ogos 2012 tetapi gagal untuk mendapatkan rawatan.

Akibatnya, jangkitan pada tulang rawan membuatkan pakar bedah tidak dapat memperbaikinya.

Hidung di dahi

Mereka tidak mempunyai pilihan selain menanam hidung baru dan kemudian memindahkannya ke tempat yang rosak itu.

Hidung itu telah dicipta dengan meletakkan pengembang tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia telah dipotong menjadi bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil dari tulang rusuk lelaki itu.

Doktor mengatakan bahawa hidung itu telah dijaga dengan baik dan pembedahan pemindahan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

[Sumber]