Saturday, September 28, 2013

Tiada Ampun Dan Maaf Buat Bini Mat Yo


Kata orang, terlajak perahu boleh diundur. Tapi kalau sudah terlajak kata, buruk padahnya.

Isteri Mat Yo

Itulah yang harus diterima oleh Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo selepas kejadian memaki-hamun dan menendang pengawal keselamatan, Azman Md. Nayan, 49, di lapangan terbang Subang, 12 September lalu.

Permohonan maaf yang dibuatnya semalam dan disiarkan di dada-dada akhbar nampaknya tidak berjaya melembutkan hati Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn. Bhd, Mukhveer Singh Gill yang bertekad untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Melalui laporan Harian Metro hari ini, Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya.

(Baca: Akhirnya Isteri Mat Yo Tampil Memohon Maaf)

Rakaman pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai selepas dimuat naik ke Internet dan disebar secara meluas oleh pengguna laman sosial Facebook serta YouTube.

Wanita itu bagaimanapun menafikan bahawa dia yang memuatnaik video tersebut dan mendakwa ia dilakukan oleh orang lain, namun enggan mendedahkannya.

Mukhveer turut mendedahkan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima dari Aisya yang berbunyi:

“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”

Nampaknya, perkara ini akan berpanjanganlah jawabnya. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja sejauh mana hangatnya kes ini jika ia benar-benar dibawa ke mahkamah nanti.



Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon