Tuesday, July 30, 2013

Strategi Rajagobal Sudah Tidak Relevan Dan Memalukan!

Strategi Rajagobal Sudah Tidak Relevan Dan Memalukan!

Sudah tiba masanya buat ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menilai tahap sebenar keupayaan skuad negara di pentas antarabangsa.

Rajagobal dikritik hebat.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Namat Abdullah berkata, pendekatan Rajagobal untuk menguji muka-muka baharu dalam skuad kebangsaan dianggap sudah tidak relevan.

Namat menyuarakan kenyataan lantang itu selepas skuad negara diaibkan dengan kekalahan 0-5 kepada pasukan kedua tercorot Liga Jepun, Shonan Bellmare kelmarin.

Bekas pemain Kedah itu menganggap, tindakan Rajagobal memakan diri sendiri apabila skuad kebangsaan terpaksa menanggung malu besar terutamanya diaibkan dengan kekalahan terbesar kepada pasukan Divisyen Satu Jepun itu.

Namat berkata, persembahan yang tidak konsisten ditambah dengan eksperimen terhadap pemain-pemain langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada Harimau Malaya.

“Senang cerita, tak payah uji pemain. Rombak satu pasukan.

“Jika inilah hasilnya untuk menguji pemain-pemain baharu tetapi skuad negara diaibkan dengan kekalahan besar, saya tidak menganggap ia sebagai satu pendedahan yang bagus.

“Sebaliknya, skuad negara dimalukan dengan pasukan bertaraf kelab. Saya tidak mahu campur dalam hal pengurusan Rajagobal tetapi lebih baik rombak sahaja skuad yang sedia ada.

“Berdasarkan persembahan yang tidak konsisten terutamanya menjelang kejohanan besar yang semakin hampir (kelayakan Piala Asia 2015), mereka semakin kesuntukan masa.

“Nasihat saya, Harimau Malaya harus bangkit dengan memberikan persembahan menyakinkan kepada peminat-peminat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Impian Harimau Malaya untuk memburu slot automatik pada kelayakan Piala Asia 2015 dijangka berdepan kesukaran selepas mempamerkan prestasi tidak menentu sepanjang mengharungi aksi pemanas badan.

Selain itu, kemarahan peminat-peminat juga tidak dapat dibendung lagi apabila skuad negara lebih cenderung untuk mengadakan siri perlawanan persahabatan menentang pasukan bertaraf kelab berbanding skuad kebangsaan.

Sebelum ini, anak-anak buah Rajagobal telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Australia yang berkesudahan mereka tewas 2-3 kepada Canberra FC, menang 4-0 ke atas Sydney Olimpik dan kalah 2-0 dengan Marconi Stallions, Jun lalu.

Harimau Malaya turut seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 Julai lalu.

Untuk rekod, Harimau Malaya hanya menewaskan Sydney Olympic 4-0 pada aksi persahabatan dan Yemen 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 sepanjang 12 perlawanan sejak 1 Februari lalu.

Skuad negara yang tewas 0-2 kepada Shimizu S Pulse pada aksi pertama siri perlawanan persahabatan di Jepun sebelum dibelasah 0-5 oleh Shonan Bellmare akan melengkapkan aksi terakhir dengan menentang Tokyo Verdy, Rabu ini.

Skuad bimbingan Rajagobal akan bertemu Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan sebelum melayan kunjungan Bahrain untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan.

Dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015, Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D apabila berkongsi tiga mata dengan Bahrain (kedua) selepas tewas 0-2 kepada pendahulu, Qatar dan menang 2-1 terhadap pasukan tercorot, Yemen sepanjang dua perlawanan pertama.

-Kosmo

Cara Mengetahui Blog DoFollow Dan NoFollow

Cara Mengetahui Blog DoFollow Dan NoFollow

Blog dofollow memang menjadi buruan setiap blogger untuk mendapatkan backlink termasuk saya yang juga masih dalam proses belajar menjadi blogger yang baik.

Follow

Oleh sebab itu blog yang dofollow akan mendapatkan kunjungan yang sangat signifikan dari segi kunjungan.

Buat kawan-kawan yang sedang belajar sebagai blogger dan ingin mengetahui bahawa suatu blog itu dofollow atau nofollow, mari semak butir-butir berikut.

Untuk mengetahui bahawa dengan mudah suatu blog dofollow atau nofollow boleh menggunakan cara menginstall add ons (bagi pengguna mozilla firefox).

Langkah pertama dapatkan add ons nodofollow di sini,

Kemudian klik + Add to firefox.


Firefox akan meminta anda untuk 'confirm' pemasangan add-ons, klik allow. Setelah selesai, restart firefox anda dan add ons nodofollow siap digunakan.

Jika ingin mengetahui suatu blog nofollow atau dofollow adalah dengan cara mengklik tools di menu firefox kemudian pilih NoDoFollow


Atau dengan cara klik kanan pada halaman mana-mana blog dan pilih NoDofollow.

Dan setelah mengklik NoDoFollow maka seluruh link dofollow akan kelihatan berwarna biru dan link nofollow akan kelihatan berwarna merah.


Seperti yang anda lihat, blog sentiasapanas adalah nofollow (berwarna merah) termasuk pada ruangan komen KECUALI pada link BLOGLIST.


Jadi, jika anda mahukan backlink dofollow daripada kami, mari bertukar link.

Tinggalkan komen anda pada ruangan BLOGLIST.. :)

BACA INI JUGA: Masalah Background Gambar Gelap Selepas Muat Naik Pengguna Blogspot

-SENTIASAPANAS.COM

Panas! Model Cantik Mengaku Lakukan 'Ehem-ehem' Dalam Penjara

Panas! Model Cantik Mengaku Lakukan 'Ehem-ehem' Dalam Penjara

Kisah panas di sebalik penjara Indonesia tercetus lagi apabila seorang model, Vanny Rossyanne, mendedahkan dia sering bertemu kekasihnya, Freddy Budiman, yang di penjara atas kesalahan mengedar dadah, untuk mengadakan hubungan seks dalam bilik 'persendirian' di penjara itu.

Vanny Rossyanne
Vanny Rossyanne.

Selain itu, Vanny, 22, turut mengambil dadah apabila berkunjung ke penjara itu tiga kali seminggu.

"Biasanya saya ke penjara itu pada pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang. Kami akan mengadakan hubungan seks dan mengambil dadah.

"Terdapat dua buah bilik di penjara itu yang kami biasa gunakan dan sebuah daripadanya adalah bilik warden penjara," kata Vanny mendedahkan kisah benar itu kepada wartawan tempatan.

Dalam pendedahan itu juga, dia merujuk kepada Thurman Hutapea iaitu warden penjara yang biliknya digunakan oleh Vanny dan kekasihnya untuk menjalin hubungan asmara.

Pendedahan Vanny juga membuka cerita bagaimana banduan yang mempunyai wang boleh memiliki 'kuasa' sekalipun sedang menjalani hukuman, merujuk kepada status Freddy yang dianggap sebagai banduan kaya dan sangat ditakuti oleh semua orang di penjara itu.

Tindakan wanita itu yang juga model untuk majalah dewasa, mendedahkan kelemahan sistem di penjara sekali gus menarik perhatian seluruh rakyat Indonesia.

Vanny berkata, sehingga kini, sudah lebih daripada 10 kali dia berkunjung ke Penjara Cipinang untuk bertemu buah hatinya dan mengambil dadah di bilik ketua penjara atau ruang yang ada di sebelahnya.

"Saya yakin itu ruang Ketua Penjara kerana Freddy sendiri yang memberitahu. Freddy tidak pernah berbohong dengan saya. Kalau ada orang datang, saya pura-pura bermain telefon bimbit," katanya.

Vanny juga menegaskan, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong pendedahannya.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin tidak percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh Vanny mengenai kawalan keselamatan yang lemah di Penjara Cipinang dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, July 29, 2013

Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

Walaupun pengikut Syiah mendakwa mereka tidak sesat, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996; antara lain telah memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

Pergerakan Syiah sudah lama berakar umbi di Malaysia, cuma akhir-akhir ini pergerakan mereka mula menjadi perhatian pihak berkuasa.

Justeru itu penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Di negara ini, pengikut Syiah secara lahiriah nampak tidak ada bezanya tetapi kalau dilihat dengan lebih teliti, dengan mudah kita dapat melihat betapa ‘berbezanya’ mereka daripada ajaran Islam yang diajarkan junjungan besar Nabi Muhammad SWT.

Lihatlah sendiri cara solat mereka dalam video yang dipercayai dirakamkan di Klang, Selangor ini. Bukan sahaja bacaan solat menyimpang, syarat sah solat pun dah memang terbarai habis.

Semoga pihak berwajib mengambil tindakan segera sebelum ia menular dengan lebih dahsyat dalam masyarakat.

BACA INI JUGA:


-Sentiasapanas.com

Aeril Zafril Dan Wawa Zainal Bercinta Senyap-Senyap?

Aeril Zafril Dan Wawa Zainal Bercinta Senyap-Senyap?

Pelakon Aeril Zafril sebeum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Ummi Nazeera namun masing-masing menafikan dakwaan tersebut. Terbaru Aeril Zafril dikaitkan pula dengan artis yang semakin meningkat naik, Wawa Zainal.


Gosip tersebut dengarnya bermula selepas masing-masing digandingkan di dalam filem terbitan MIG berjudul 7 Petala Cinta tahun lalu, namun tiada pengesahan dari mereka berdua dan masing-masing dengarnya pandai menyimpan rahsia sehingga tiada siapa dapat menghidu bahawa mereka kini benar-benar bercinta.

Apa yang menguatkan cerita tersebut adalah Wawa Zainal sanggup meninggalkan keretanya kepada Aeril ketika pulang ke kampung di Lahad Datu, Sabah dan Aeril Zafril pula bersedia membayar ganti rugi di atas kehilangan kereta yang dijaganya itu.


Menurut laporan Berita Harian, Wawa Zainal yang sudah berada di Sabah hampir sebulan kerana menjalani rawatan tradisional dan tidak menjawab panggilan telefon dan juga sms.

[Sumber]

Empat Peserta Miss Malaysia World 'Sedih' Tidak Di Benarkan Bertanding

Empat Peserta Miss Malaysia World 'Sedih' Tidak Di Benarkan Bertanding

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali telah memaklumkan kepada penganjur Miss Malaysia World, Datuk Anna Lim bahawa empat finalis yang beragama Islam tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik susulan daripada kajian semula terhadap fatwa yang berkaitan dengan agama Islam berdasarkan undang-undang.


Menurut Lim, Che Mat telah memanggil beliau untuk memperjelaskan mengenai undang-undang mengikut fatwa yang telah dikuatkuasakan dan sudah pun dilaksanakan. Maka tiada apa perubahan yang dilakukan.

“Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih,” kata Lim.

“Peserta-peserta lain gembira dan ceria. Mereka sudah pun memulakan program Miss Malaysia World,” tambahnya.

“Sedih bila mendapat tahu bahawa keempat-empat mereka tidak dapat menyertai pertandingan ini. Mereka cantik dan mempunyai banyak ciri yang berpotensi. Mereka mempunyai peluang untuk menjadi duta bagi negara kita,” kata Lim.

“Saya berharap mereka dapat mempertimbangkannya semula sekiranya terdapat kemungkinan terdapat sebarang perkara yang boleh dilakukan,” kata Lim.

Lim berkata, finalis yang digugurkan daripada program Miss Malaysia World itu bagaimanapun dijemput sebagai tetamu bagi acara berkenaan.

Tiga Daripada Empat Peserta Akhir Ratu Cantik Mohon Maaf

Kathrina Ridzuan

Tiga daripada empat peserta akhir pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang disifatkan menghina Islam telah membuat permohonan maaf.

Salah seorang peserta, Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, berkata dia telah membuat permohonan maaf secara formal kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam dan agama saya sendiri," katanya pada Rabu.

Seorang lagi perserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut memohon maaf.

"Saya tidak sama sekali ingin menentang fatwa. Saya menghormati fatwa yang diwartakan itu untuk melindungi umat Islam di Malaysia.

"Jika ada mana-mana pihak tersinggung, saya minta maaf sangat-sangat tetapi saya tidak berniat untuk menghina sesiapa," katanya.

Terdahulu, Jawi dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap empat peserta akhir yang bertanding merebut gelaran Miss Malaysia World 2013 kerana mereka disifatkan menghina Islam.

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata, bahagian penguatkuasa Jawi akan meneliti perkara itu selepas peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sementara itu, Miera Sheikh, 19, enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan Jawi.

Bagaimanapun, dia menghormati budaya masyarakat Melayu dan berkata dia berpegang teguh kepada agama Islam.

"Saya mungkin bukan orang Islam yang sempurna tetapi saya dibesarkan dengan budaya Melayu dan Islam walaupun saya bersikap terbuka mengenai beberapa perkara dalam hidup.

"Bagi saya, agama Islam tidak akan pudar dalam hidup saya sehingga nafas yang terakhir," katanya.

Peserta keempat, Kathrina Ridzuan, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

-mStar/Antarapos

Gambar Nora Danish Dan Nadeem Bercuti Di Thailand!

Gambar Nora Danish Dan Nadeem Bercuti Di Thailand!

Nora Danish seolah-olah mengiakan telahan peminat sejak akhir-akhir ini bahawa dia sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan anak Dato Seri Nazri Aziz, Nadeem.


Meskipun menyatakan sebelum ini Nadeem cuma kawan yang sudah lama dikenali, keadaan sekarang berbeza memandangkan mereka kini kerap dilihat berdua.

Malah Nora juga kelihatan tidak segan-segan lagi memuatnaik gambarnya bersama Nadeem di Instagram.

Mungkinkah, ini petanda dia semakin terbuka untuk mengakui hubungannya dengan Nadeem sekarang bukan lagi sekadar kawan?

Lihatlah gambar yang dirakamkan ketika mereka ke utara tanahair untuk mengunjungi keluarga seorang kru penggambaran yang meninggal dunia ini.

Seterusnya, perjalanan mereka dipanjangkan ke Thailand dan dapat dilihat Nora dan Nadeem sentiasa kelihatan berdekatan satu sama lain.


-Mynewshub

Kisah Pokok Sujud Pada Malam Lailatul Qadar Adalah Dongeng Semata-mata!

Kisah Pokok Sujud Pada Malam Lailatul Qadar Adalah Dongeng Semata-mata!

Info Agama. Disebut dalam hadis Nabi SAW dari ‘Aisyah RA, ertinya: “Nabi SAW apabila memasuki sepuluh akhir (dari bulan Ramadhan), baginda mengetatkan kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Mengetatkan kainnya yakni kiasan bagi berjima’ dan muqaddimah jima’.

Ini kerana perkataan-perkataan Nabi SAW diriwayatkan dengan bahasa yang sopan.

Nabi menghidupkan malam dengan amalan-amalan kebaikan, antaranya dengan memperbanyakkan doa, antara contoh doa yang tsabit dalam hadis Nabi yang baginda baca pada bulan Ramadhan berulang kali,

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau bersifat Pengampun, Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.”

Begitu juga tsabit di dalam hadis baginda menghidupkan malam dengan shalat.

Shalat tarawih, qiyamullail.

Walaupun terdapat perbahasan di kalangan para ulama tentang bolehkah sesudah shalat tarawih disambung pula di penghujung malam dengan shalat malam yang lain.

Ada ulama menterjemahkan shalat tarawih itu adalah shalat malam.

Ada yang membezakan di antara shalat tarawih dengan shalat tahajjud, antaranya Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al Fauzan hafizhahullah.

Ada di kalangan ahli ilmu yang lain di antaranya Syaikh Muhammad bin Nashiruddin Al Albani beliau memahami hadis Aisyah RA,

Ertinya: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah jumlah rakaat dalam shalat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula pada selainnya melebihi 11 rakaat.” (riwayat Bukhari no. 1147 dan Muslim no. 738)

Maka dari hadis ini beliau memahami bahawasanya itulah shalat malam, tarawih, dan tahajjud.

Ini juga merupakan perbezaan ijtihad yang seharusnya kita hormat-menghormati setiap pandangan.

Maka terpulang sekiranya seseorang ingin menambah shalat malamnya sesudah tarawih sekiranya dia meyakini seperti itu asalkan dia melakukannya berasaskan dalil dan bukan emosi atau ketaksuban.

Selain itu, malam Ramadhan juga dihidupkan dengan amalan membaca Al Quran;

Maksudnya: “Bulan Ramadhan (adalah) bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara al-haq dan bathil).” (surah Al-Baqarah, 2: 185)

Digandingkan bulan Ramadhan dengan penurunan Al Quran Al Karim, ini bukan hal yang kecil. Sabda Nabi SAW,

Maksudnya: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat bagi pembacanya.” (riwayat Imam Muslim, dari Abu Umamah Al-Bahili)

Nabi membaca dan mengkhatam Al Quran dengan Jibril pada setiap Ramadhan. Kaedah mengkhatam Al Quran di kalangan masyarakat pada hari ini perlu kita perbetulkan. Kaedah tadarus mestilah berkehendak kepada sekurang-kurangnya dua pihak. Seorang membaca dan yang lain mendengar dan membetulkan jika ada kesalahan, bukan membaca beramai-ramai.

Dengan tadarus Nabi mengambil pelajaran dan belajar tentang Al Quran, itu erti tadarus di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Carilah Lailatul Qadar

Banyak hadis yang menyebutkan tentang hal ini, antaranya:

Maksudnya: “Barangsiapa yang beribadah pada saat lailatul qadar, kerana iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (riwayat Imam Al Bukhari dan Nasa-i)

Nabi SAW juga menyebut seperti yang datang dari Aisyah RA,

Artinya: “Carilah lailatul qadar di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.” (riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Bahkan Nabi SAW memberikan petunjuk yang lebih terperinci untuk kita mencari Lailatul qadar dengan memperincikan lagi di dalam riwayat yang lain,

Ertinya: “Carilah malam al-qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Baginda SAW turut bersabda dalam riwayat yang lain,

Ertinya: “Maka carilah (lailatul qadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima (dari 10 malam yang terakhir).” (riwayat Imam Al Bukhari)

Bukan sekadar itu sahaja, datang pula atsar dari Ubay bin Ka’b RA yang berkata:

“Demi Allah, sungguh aku tahu malam mana malam itu (lailatul Qadar), ia adalah malam di mana Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk menghidupkan malamnya, iaitu malam ke 27.” (riwayat Imam Muslim)

Ini adalah pendapat sahabat Nabi RA. Walaubagaimanapun Al Hafidz Ibn Hajar Al Atsqalani rahimahullah membuat rumusan daripada keseluruhan tentang hadis-hadis berkaitan Lailatul Qadar, menurutnya Allah SWT lebih mengetahui bilakah malam tersebut, cuma Nabi SAW memberi kepada kita tanda-tandanya maka kita dituntut mencari dan menghidupkan malam tersebut.

Ia bukan bererti Nabi SAW menetapkan malam itu pada 27, 29, atau 25, tetapi sebenarnya ia adalah sebagai satu ujian kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT.

Orang yang tidak pernah menghidupkan malam sejak awal Ramadhan dan hanya menunggu untuk beribadat pada lailatul qadar tidak mungkin berhasil mendapatkan malam tersebut, melainkan dia konsisten sejak awal lagi, mudah-mudahan dia memperolehnya.

Tanda-tanda Lailatul Qadar


Tanda-tanda lailatul qadar menurut adat melayu seperti pokok sujud dan sebagainya, ia mungkin hanyalah dongeng dan ianya tidak pernah wujud dari ajaran agama.

Kita hanya mengambil ilmu tentang lailatul qadar dari hadis-hadis Nabi SAW, antaranya:

1. Malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk

Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar.” (riwayat Ibnu Khuzaimah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam koreksi beliau terhadap shahih Ibnu Khuzaimah)

2. Pada pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik, Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar.” (riwayat Muslim, no. 1762)

Walaubagaimanapun, perkara-perkara ini semua tidak boleh ditunggu baru hendak beramal, ianya tidak akan menjadi. Kita juga tidak mahu mencarinya di siang hari, sedangkan pada malam sebelumnya kita isikan dengan tidur.

Itu semua bukan yang terpenting, ianya hanyalah tanda-tanda yang diberikan oleh Nabi SAW sebagai satu semangat untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Yang pentingnya adalah menghidupkan malam-malam di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Wallahu-A’lam.

[Sumber]

Remaja 'Rosak' Berdoa Sambil Buat Maksiat!

Remaja 'Rosak' Berdoa Sambil Buat Maksiat!

Keghairahan bercinta selalu membuat ramai remaja terlalu mengikut perasaan sendiri.


Orang kata kalau dah tengah seronok tu, air muka mak ayah dan hukum agama semua ditolak tepi.

Kalau sebelum ini seorang remaja berjanji bulan bintang kepada kekasih yang baru seminggu bercinta, kali ini seorang remaja pula berdoa bukan main lagi pada Allah Taala.

Berdoa dah tentulah tak salah, tapi kalau dah berdoa sambil tangan pakwe menjalar ketat kat pinggang apa kes?

Aduhai adik-adik sekelian, tolonglah berfikir panjang sebelum mengepos apa-apa ke laman sosial selepas ini.

Selain memalukan mak bapak, takut nanti satu Malaysia ketawakan kebodohan dan kejahilan awak. Masa depan panjang lagi kot! Belum tentu dia tu akan jadi jodoh awak yang nak tunjuk sangat lovey dovey tu kat orang lain.

-Mynewshub

Ashraf Muslim Akui Sakinah Kawan Lama!

Ashraf Muslim Akui Sakinah Kawan Lama!

Sejak dua minggu lalu, nama Ashraf Muslim panas dengan kontroversi dia mengahwini isteri kedua secara senyap-senyap di selatan Thailand.


Tiga hari sebelum puasa, suami kepada Noor Dayana Lokman itu melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, pada 7 Julai lalu.

(Baca: Panas! Wan Sakinah Pernah Putus Tunang Kerana Ashraf Muslim!)

Perbuatan pelakon yang juga pengamal perubatan Islam itu dikecam pelbagai pihak. Bukan sahaja dia, isteri yang baharu dinikahinya, Sakinah juga berdepan tempias yang sama hebat. Isu menduakan isteri dan curang galak disebut-sebut orang.

Di pihak yang dimadukan, Noor Dayana pula dikatakan menerima pukulan yang hebat. Siapa sangka, perkahwinan yang baharu hendak mencecah dua tahun itu berdepan ujian yang sangat digeruni kaum isteri. Sama ada merelakan atau menentang, perkahwinan Ashraf sudah pun sah. Itu hukum agama yang tidak boleh digugat.

Kekecohan pernikahan rahsia Ashraf itu dibocorkan oleh isteri pertamanya. Tidak membiarkan masyarakat berlumba-lumba menghukum kesalahan dan kebenaran tindakan yang sudah pun tertulis, Ashraf akhirnya muncul membuat satu sidang media khas.

Biarpun tidak ditemani kedua-dua isteri yang didakwanya sedang keluar bersama-sama, lelaki berumur 32 tahun itu tenang merungkai persoalan. Paling utama, katanya, keputusan menikahi Sakinah tidak dibuat gara-gara ketiadaan zuriat sepanjang hidupnya bersama Noor Dayana.

Ashraf bagaimanapun, menafikan desas-desus yang selama ini mendakwa Sakinah sebagai kekasih lamanya. Wanita itu sebaliknya menegaskan dia hanya kawan biasanya.

"Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan ketiadaan zuriat.

"Saya mengenali Sakinah sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna," katanya pada sidang media yang dilakukan di Menara Mara, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Dua tahun lepas, Ashraf mengahwini Noor Dayana, 26, di dalam bangunan Masjidil Haram, Mekah. Namun, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Tindakan Ashraf yang berkahwin dulu dan kemudian baru memohon untuk mendapatkan kebenaran berpoligami menerusi mahkamah juga dipersoalkan ramai.

Ashraf berkata, tindakan itu berlaku disebabkan beberapa perkara yang terjadi di luar jangkaan. Pertama sekali, dia mahu menjaga hati ramai pihak.

"Pada asalnya, saya ingin memberitahu semua pihak selepas semuanya selesai tapi belum sempat berbuat demikian, Dayana sudah mengetahui terlebih dahulu apabila dia menjumpai beberapa bukti dan tiket penerbangan di dalam beg saya," katanya yang berjanji untuk berlaku adil ke atas kedua-dua isterinya itu.

Ashraf turut mendapatkan khidmat nasihat ustaz dan pakar berhubung soal poligaminya.

"Saya tahu, ia sesuatu yang sukar terutama sekali untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak. Dalam kalangan ahli keluarga saya sendiri ada yang tidak bersetuju tapi, di penghujung ceritanya, ini tetap keputusan saya," tegas Ashraf yang meminta agar Dayana dan Sakinah diberi ruang privasi.

Atas sebab itu juga, Ashraf secara budiman hadir bersendirian tanpa perlu mengepit kedua-dua isterinya untuk ditayangkan kepada umum.

Menurut Ashraf, isteri pertamanya itu masih belum dapat menerima kehadiran Sakinah dalam hidupnya. Hal yang sama juga harus difahami oleh Sakinah.

"Mereka masih dalam proses (menerima hakikat). Hal itu tidak boleh saya cakap 100 peratus sebab itu hal perempuan. Sebagai lelaki, saya kena faham.

"Pada peringkat permulaan, memang sesiapa pun tidak akan suka tetapi sebagai ketua keluarga, saya kena jaga semua sekali. Jaga isteri-isteri saya, keluarga (dua) mertua dan keluarga saya," tutup Ashraf mengharapkan pengakuan terbukanya dapat meredakan isu yang hangat diperkatakan itu.

-Kosmo