Aeril Zafril Dan Wawa Zainal Bercinta Senyap-Senyap? | Sentiasa Panas
Home » Dunia Hiburan » Aeril Zafril Dan Wawa Zainal Bercinta Senyap-Senyap?

Aeril Zafril Dan Wawa Zainal Bercinta Senyap-Senyap?

Pelakon Aeril Zafril sebeum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Ummi Nazeera namun masing-masing menafikan dakwaan tersebut. Terbaru Aeril Zafril dikaitkan pula dengan artis yang semakin meningkat naik, Wawa Zainal.


Gosip tersebut dengarnya bermula selepas masing-masing digandingkan di dalam filem terbitan MIG berjudul 7 Petala Cinta tahun lalu, namun tiada pengesahan dari mereka berdua dan masing-masing dengarnya pandai menyimpan rahsia sehingga tiada siapa dapat menghidu bahawa mereka kini benar-benar bercinta.

Apa yang menguatkan cerita tersebut adalah Wawa Zainal sanggup meninggalkan keretanya kepada Aeril ketika pulang ke kampung di Lahad Datu, Sabah dan Aeril Zafril pula bersedia membayar ganti rugi di atas kehilangan kereta yang dijaganya itu.


Menurut laporan Berita Harian, Wawa Zainal yang sudah berada di Sabah hampir sebulan kerana menjalani rawatan tradisional dan tidak menjawab panggilan telefon dan juga sms.

[Sumber]

0 comments :

BLOGLIST Link Exchange, jika sudi klik sini..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.


Facebook fanpage Sentiasa Panas G+ Sentiasa Panas Twitter Sentiasa Panas RSS Sentiasa Panas Youtube Sentiasa Panas