Sunday, June 30, 2013

Gagal Berevolusi Punca Syarikat Jepun Semakin Tenggelam

Gagal Berevolusi Punca Syarikat Jepun Semakin Tenggelam

Ketika syarikat elektronik gergasi Apple dan Samsung bersaing untuk mendominasi pasaran dengan melancarkan produk yang kompetitif sehingga perlu bertarung sengit dalam hal paten, syarikat elektronik Jepun pula sebaliknya perlu berjuang untuk bertahan dalam pasaran elektronik yang kompetitif dan sengit.


Syarikat gergasi seperti Sony, Panasonic dan Sharp pernah suatu ketika dahulu menjadi ‘pemimpin’ industri elektronik dan mengalahkan para pesaingnya dari AS, akan tetapi sekarang mereka harus beradaptasi, melakukan penjimatan dan terus berinovasi.

Keadaan ini menjadi bertambah buruk dengan ekonomi Jepun yang sedang bergelut, syarikat elektronik Jepun semakin jatuh dan mereka tidak dapat meraih perhatian di pasaran komputer tablet dan smartphone.

Harga saham mereka semakin jatuh dan berada dalam kedudukan terendah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini dan terpaksa memberhentikan sebahagian pekerjanya. Baru-baru ini Sharp dilaporkan telah memberhentikan satu perlima daripada pekerjanya. Keadaan ini membuatkan syarikat elektronik Jepun beralih untuk mengembangkan sesuatu yang lain seperti panel suria dan peralatan perubatan.


Penganalisa berpendapat syarikat elektronik Jepun telah melakukan strategi yang salah dan gagal berinovasi mengikut trend semasa. Mereka membuat produk-produk seperti televisyen dan komputer akan tetapi tidak mengembangkan perangti sambungan yang dapat menghubungkan (sinkronisasi) antara satu sama lain. Akibatnya, produk mereka tidak dapat beroperasi secara ‘integrated’ seperti iPhone yang dapat berhubung dengan laptop dan kedai musik digital.

Sharp, Sony dan Panasonic telah membuat produk televisyen terbaik di dunia, akan tetapi pesaing dari Korea seperti LG dan Samsung telah melakukan inovasi dan penambahbaikan teknologi yang jauh lebih ketara dan dengan harga yang lebih murah. Syarikat-syarikat Jepun juga kalah dalam pasaran smartphone kepada Apple dan Samsung yang ketika ini telah mendominasi pasaran.

Jika dahulu, Sony memegang ‘tampuk’ sebagai ‘pemimpin industri elektronik dunia selama lebih dua dekad, namun sejak akhir 2004 lalu, takhta itu telah diambilalih oleh Samsung. Samsung juga pada 2009 telah menjadi syarikat teknologi terbesar di dunia mengalahkan Hewlett Packet (HP) dan kini merupakan vendor smartphone terbesar di dunia menewaskan Nokia pada awal 2012.


Dalam empat tahun terakhir Sony tidak dapat mencatatkan keuntungan, Panasonic juga mencatatkan kerugian selama empat tahun berturut-turut. Berdasarkan data dari Bloomberg, jika digabungkan nilai 3 syarikat gergasi Jepun iaitu Sharp, Sony dan Panasonic bernilai 32 billion dolar AS, hal ini membuat mereka hanya bernilai satu perlima daripada nilai Samsung dan satu per dua puluh dari nilai Apple di bursa saham!

[Sumber]

Lelaki Mati Terkejut Bil Elektrik Naik

Lelaki Mati Terkejut Bil Elektrik Naik

Di Colombo, seorang lelaki maut selepas diserang sakit jantung sejurus melihat bil elektrik yang mengejutkan.

Gambar hiasan

Kejadian berlaku ketika mangsa berada di pejabat Lembaga Elektrik Sri lanka kerana membantah kenaikan bil elektriknya secara mendadak. Dia yang dimaklumkan bahawa kenaikan itu berpunca daripada peningkatan kenaikan tarif sejak bulan lalu diserang sakit jantung lalu rebah dan mati, lapor akhbar Ceylon Today.

Akhbar berkenaan tidak menyebut jumlah bil mangsa kecuali berkata, ia selaras dengan peningkatan tarif baru sebanyak 50 peratus.

Lelaki terbabit, SP Samaradasa rebah di atas kerusi, lapor akhbar berkenaan di muka depannya dengan tajuk ‘Tarif elektrik ragut mangsa pertama.’

“Punca kematian dikenal pasti sebagai serangan sakit jantung,” menurut akhbar itu.

Samaradasa mati setibanya di hospital.

Sri Lanka merupakan antara negara dengan tarif elektrik paling mahal di Asia apabila kos satu kilowatt sejam ditetapkan sebanyak 47 rupee (RM1.21).

Kira-kira dua pertiga tenaga elektrik diperoleh menerusi arang batu atau minyak sementara bakinya dari stesen tenaga hidro yang tidak boleh berfungsi ketika kemarau. Pihak berkuasa elektrik negara itu berkata, ia akan mengalami kerugian RM2.25 juta tahun ini.

Bagaimanapun, kenaikan tarif yang bermula Mei lalu itu akan mengurangkan unjuran kerugian kepada RM675 juta. –AFP

Kisah Istana Edinburg Scotland Yang Berhantu

Kisah Istana Edinburg Scotland Yang Berhantu

Istana Edinburgh ini dulunya sebagai tempat mukim bagi keluarga kerajaaan Scotland pada abad ke-12. Namun, Istana Edinburgh sudah dihuni sejak 900 tahun lalu.

Istana Edinburg

Dipetik dari laman rasmi Istana Edinburgh, diceritakan pelbagai pertempuran dan pengepungan terjadi di istana ini.

Ramai keluarga kerajaan hidup dan meninggal di dalam istana ini. Sebuah puisi kuno menceritakan para kesatria gagah berani berpesta di sini sebelum pergi ke medan perang dan mati.

Istana ini menjadi rumah bagi keluarga Kerajaan Scotland, Ratu Margaret menghembuskan nafas terakhirnya di sini pada tahun 1093.

Kemudian Ratu Scotland Mary Queen, ibu dari Raja James VI meninggal tahun 1566. Istana ini menjadi pangkalan tentera pada tahun 1600an.

Pada tahun 2001, beberapa pasukan paranormal pernah mengadakan penelitian tentang keberadaan hantu-hantu di dalam istana.

Anehnya, mereka melaporkan kejadian yang sama dengan cerita masa lalu. Mereka mendapati banyak tokoh penampakan hantu.

Sejak tahun 1996, semua tempat di mana raja-raja bertahta selama beberapa abad lamanya kini dipamerkan.

Di sana pelancong boleh melihat semua rahsia dan harta Kerajaan Scotland yang masih mempunyai nilai seni tinggi.

Ketika memasuki bilik, terlihat ruang dengan sedikit pencahayaan. Istana ini terbahagi kepada 12 bangunan dengan pelbagai fungsi seperti muzium, bilik tarian dan beberapa bangunan yang lain.

Namun siapa sangka, bangunan yang menyeramkan ini menjadi ikon destinasi pelancongan di Scotland dan menjadi tapak warisan budaya dunia UNESCO.

Bangunan istana ini banyak dimanfaatkan untuk peristiwa penting seperti perkahwinan, majlis, lokasi penggambaran dan acara persendirian yang lain.

Ketika melawat ke sana, jangan dilihat dari kisah seramnya saja. Di sana anda boleh mengelilingi kawasan istana. Anda boleh menyaksikan video 3D Map yang menggambarkan seluruh sisi kawasan bangunan.

Jika datang ke sana, perbezaan musim menentukan waktu buka Istana Edinburgh. Jika pada musim panas istana ini buka pada pukul 09.30-5.00 petang. Dan ketika musim salji, dibuka pada dari pukul 09.30-5.00 waktu setempat.

Anda perlu membayar harga tiket dewasa sebanyak 16 Euro. Harga tiket kanak-kanak 9.60 Euro.

BACA INI JUGA: 10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Misteri Di Sebalik Supernova Bintang-bintang Gergasi

Misteri Di Sebalik Supernova Bintang-bintang Gergasi

Ia merujuk peristiwa suatu bintang menjadi terang secara tiba-tiba. Nova ialah perkataan Latin yang bererti ‘baru’. Apabila kestabilan suatu bintang diganggu oleh bintang yang bersebelahannya, bintang tersebut akan meletup lalu mengeluarkan cahaya yang amat cerah.


Tenaga yang terhasil daripada bintang nova dalam masa beberapa hari boleh disamakan dengan jumlah tenaga yang dijanakan oleh matahari dalam masa 10,000 tahun. Pada tahun 1975, berlaku satu nova yang telah didokumentasikan secara terperinci oleh ahli astronomi dan ia diberi nama ‘Nova Cygni’.

Perkataan super di hadapan perkataan nova menunjukkan bahawa letupan yang berlaku adalah jauh lebih hebat daripada letupan nova, malah kecerahaannya adalah beribu kali kecerahan nova.

Cahaya yang dihasilkan menghampiri kecerahan bulan dan ia boleh dilihat walaupun pada waktu siang.tenaga yang terhasil dalam masa satu saat adalah sama dengan jumlah tenaga yang dihasilkan oleh matahari selama 60 tahun.

Tenaga yang terhasil dalam masa beberapa hari pula adalah setara dengan tenaga yang dihasilkan oleh berjuta bintang dalam sebuah galaksi. Dalam kedua-dua letupan, gas-gas panas disembur keluar, tetapi berbeza daripada letupan nova. Letupan supernova menandakan kematian sebuah bintang yang amat berat.

Dalam galaksi Bima Sakti (Milky Way), hanya satu supernova dicerap dalam tempoh lebih kurang 140 tahun. Ini bererti sejak 2000 tahun yang lampau, sebanyak 14 supernova telah dikenalpasti.

Satu kejadian supernova yang hebat telah dicerap di buruj Taurus oleh pakar astronomi China pada tahun 1054. Walaupun telah lama berlalu, sisa awan gas daripada letupan itu masih dapat dilihat sehingga kini. Awan gas ini dinamakan Nebula Ketam (Crab Nebula).

Supernova ini juga dipercayai telah dilihat di Arizona dan New Mexico. Selain itu, banyak lagi supernova telah dicerap antaranya pada tahun 185, 393,1006, 1181, 1575 dan 1604. Supernova yang dicerap pada tahun 1006, 1572 dan 1604 berlaku di dalam galaksi Bima Sakti.

Pada 24 Februari 1987, seorang ahli astronomi Kanada telah terlihat satu supernova dari sebuah balaicerap di Chile. Pada mulanya dia melihat satu objek yang malap di Awan Magellan Besar (Large Magellanic Cloud). Objek itu tiba-tiba menjadi cerah sehingga mencapai magnitud kecerahan 4.5 dalam masa beberapa jam dan dapat dilihat dengan mata kasar. Kecerahan itu kekal untuk beberapa bulan dan pudar secara beransur-ansur.

Letupan supernova berlaku pada bintang yang amat berat, hampir 30 kali lebih berat daripada matahari. Seperti bintang-bintang lain, bintang ini pada mulanya menukarkan hidrogen kepada helium di terasnya. Lama-kelamaan kadar pembakaran hidrogen berkurangan lalu teras mula menyejuk.

Ini mengakibatkan lapisan gas-gas di bahagian luar teras diserap ke dalam dan teras akan terus mengecut. Dengan itu suhu teras meningkat dan menjadi cukup tinggi untuk menukar helium menjadi karbon dan oksigen.

Suhu teras meningkat lagi menyebabkan tindakbalas terus berlaku sehingga teras menjadi besi. Apabila bintang kehabisan hidrogen untuk dibakar, penghasilan besi di bahagian dalam teras terhenti lalu teras mula menyejuk dan mengecut sekali lagi.

Kali ini, pengecutan yang berlaku menyebabkan teras terus dipadatkan sehingga akhirnya yang tinggal di teras hanyalah neutron-neutron.

Bintang tidak lagi dapat menampung beratnya. Jika wujud gangguan walaupun sedikit akan menyebabkan letupan yang sangat kuat yang dinamakan supernova.

Rujukan: Mazlan Othman, 1987. Astronomi Sezaman.

[Sumber]

Kewujudan Mengarut Negara Gay Dan Lesbian Di Australia

Kewujudan Mengarut Negara Gay Dan Lesbian Di Australia

Pernahkah anda mendengar sebuah negara yang dinamakan Gay and Lesbian Kingdom of the Coral Sea Islands? Mungkin ramai tidak tahu negara ini sebenarnya wujud, walaupun tidak diisytiharkan secara rasmi, tetapi penduduk di sini telah mengisytiharkan kemerdekaan sendiri.

Negara Gay Dan Lesbian

Ditubuhkan pada bulan Jun 2004, Kerajaan Gay dan Lesbian Laut Coral Islands telah diwujudkan oleh sekumpulan penunjuk perasaan gay terhadap keengganan kerajaan Australia untuk mengakui perkahwinan sejenis.

Mereka menyewa kapal dipanggil Gayflower dan memilih Kepulauan Laut Coral sebagai lokasi mereka. Pulau utama yang dipilih untuk penempatan baru mereka dipanggil Pulau Cato.

Pemimpin penunjuk perasaan, Dale Anderson, diisytiharkan sebagai "maharaja" kerajaan itu, dengan gelaran Dale Anderson I.

Pada masa ini, selain daripada penduduk penunjuk perasaan, pulau itu sendiri tidak didiami dan kerajaan itu tidak diiktiraf oleh Australia atau mana-mana kerajaan di dunia.

Berikut fakta ringkas tentang 'negara diraja' ini:

Gay and Lesbian Kingdom info
Gay and Lesbian Kingdom info
Gay and Lesbian Kingdom info

BACA INI JUGA: Normalisasi, Seks Bebas Dan Dosa Sebagai Perkara Biasa

-Sentiasapanas.com

Saturday, June 29, 2013

Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan

Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan

Seppuku atau juga Harakiri, salah satu tradisi yang menjadi kebanggan masyarakat Jepun, yang berasal dari kata hara yang bererti perut dan kiru yang bererti memotong.

Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan

Harakiri juga dikenali dengan istilah seppuku. Kebiasaannya harakiri dilakukan oleh perajurit kelas tinggi dari kalangan samurai sebagai bukti kesetiaan.

Bunuh diri yang dilakukan para Samurai sangat menyeksakan, kerana si pelaku harus menunggu kematian sehingga kehabisan darah setelah merobek dan mengeluarkan isi perutnya.

Ada ritual khusus yang harus dilakukan oleh Samurai jika ingin melakukan harakiri. Seorang samurai akan mandi, menggunakan jubah putih, dan makan makanan kegemaran.

Pelaku harakiri akan ditemani seorang pelayan (kaishakunin), yang dia pilih sendiri. Kaishakunin ini bertugas membuka kimononya dan memberikan pisau yang akan digunakan.

Jika pelaku harakiri menjerit atau menangis kesakitan ketika ia menusuk dan mengeluarkan isi perutnya, perkara tersebut dianggap sangat memalukan bagi seorang Samurai.

Oleh itu, Kaishaku bertugas mengurangkan penderitaan itu dengan mempercepat kematian dengan memenggal kepala samurai tersebut!

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Jenis-jenis Pedang Samurai Jepun?

-SENTIASAPANAS.COM

Bahaya Penyakit Gastrik Dan Cara Merawatnya

Bahaya Penyakit Gastrik Dan Cara Merawatnya

Info Kesihatan. Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut.


Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Rawatan moden

Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu.

Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.

Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat.

Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.

Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik.

Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.

Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.

Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.

Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.

Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawatan Al-quran

Daripada pengalaman, ramai pesakit gastrik yang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amalan pembacaan al-Quran secara konsisten setiap hari memberi banyak manfaat dan ketenteraman hati kepada pesakit.

Ramai pesakit Al-Hidayah berjaya membentuk banyak sifat terpuji seperti sabar, tekun dan sangka baik setelah membaca al-Quran setiap hari.

Rasulullah saw ada menyentuh tentang pembentukan sifat sabar dalam diri manusia. Rasulullah saw bersabda: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari).

Setiap pesakit gastrik yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jika ada sebarang gangguan makhluk halus.

Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan mengeluarkan gangguan jika ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:
  • Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22
  • Surah Ghafir ayat 41 hingga 55

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Buruuj tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ghafir tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

Pesakit harus ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanya dengan izin Allah. Oleh itu, kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Seperti di dalam surah al-Mukminun ayat 111, Allah swt berfirman; “"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya".“

Penutup

Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya.

Jika merasa anda mempunyai simptom gastrik saya nasihatkan agar tuan atau puan cepat berjumpa pegawai perubatan atau perawat Al-Hidayah untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan tunggu hingga gastrik menjadi kronik dan pendarahan dalaman berlaku.

Jika anda adalah pesakit gastrik, tidak kira sama ada tahap awal atau kronik, jangan berputus asa berikhtiar dan berdoa sepenuh hati untuk penyembuhan penyakit gastrik.

Sesungguhnya, setiap penyakit merupakan satu ujian Allah dan turunnya sesuatu penyakit atau musibah bukannya bermakna Allah kejam atau membenci kita.

Musibah merupakan ujian untuk hamba-hambaNya yang beriman. Jangan ingat bahawa kita sudah cukup beriman selagi kita belum diuji Allah dengan musibah atau ujian yang pasti mencabar iman dan kesabaran kita sebagai hambaNya yang hina.

Allah berfirman di dalam surah al-Furqan ayat 75 yang bermaksud; “Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."

Artikel oleh Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

-Utusan

Penutupan Jonker Walk Adalah Penganiayaan Kepada Pusat Penjualan Barangan Tiruan?

Penutupan Jonker Walk Adalah Penganiayaan Kepada Pusat Penjualan Barangan Tiruan?

Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron diserang bertalu-talu oleh parti-parti yang mewakili kaum Cina, khususnya DAP kerana menutup Jonker Walk dengan alasan tindakan itu melenyapkan salah satu tarikan pelancong ke negeri itu.


Menurut blog House PK (parpukari.blogspot.com), media yang dikuasai oleh kaum Cina juga membantah keputusan Kerajaan Negeri Melaka dan bersedia mengadakan kempen bagi mempertahankan Jonker Walk - pasar malam ala Petaling Street di Kuala Lumpur yang dimonopoli sepenuh oleh kaum-kaum tertentu sahaja.

Justeru, kata blog ini, jika DAP berteriak mempertahankan Jonker Walk, beliau bersama rakan-rakan penulis blog lain akan mempertahankan keputusan Idris.

Wak Jengkol (ulatdankulat.blogspot.com) turut menilai Jonker Walk tidak lebih sebagai pusat jualan barangan tiruan oleh para peniaga haram yang seratus peratus dikuasai oleh kaum-kaum tertentu.

"Ketegasan Idris terhadap peniaga-peniaga haram yang sekian lama beroperasi di Jonker Walk wajar menjadi contoh yang perlu diikut dan dilaksanakan oleh pemimpin Melayu lain di negeri-negeri yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

"Jika di Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh menganiaya peniaga-peniaga Melayu atas nama undang-undang jadi apa masalahnya kalau Ketua Menteri Melaka itu menutup terus Jonker Walk dengan menggunakan pendekatan serupa?" katanya.

Blog The Unspinners (theunspinners.blogspot.com) pula hairan dengan sikap DAP yang begitu emosi dengan tindakan Kerajaan Negeri Melaka itu sedangkan ia bertujuan melancarkan aliran trafik di bandar raya bersejarah itu.

"Sekarang DAP Melaka melalak-lalak membantah penutupan pasar malam tersebut. DAP kata Ketua Menteri Melaka tidak demokratik dan berdendam kepada pengundi-pengundi Cina di Kota Melaka.

"Ini bukan soal dendam, ini soal kamu (peniaga) tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Kamu berniaga tanpa lesen dan jual barang tiruan, itu satu kesalahan," katanya mempertahankan keputusan tersebut.

Helen Ang (helenang.wordpress.com) turut mengambil bahagian dalam isu ini. Beliau membidas Presiden MCA yang turut membantah keputusan tersebut dengan alasan Melaka bakal kehilangan salah satu tarikan pelancong ke negeri itu.

Bidas beliau: "Betulkah Jonker Walk ada mempamerkan kekayaan pelbagai budaya Malaysia ataupun ia sebenarnya lebih menjurus kepada penjualan barangan tiruan buatan dari China?"


Blog Melayu Maju (siemens-melayumaju. blogspot.com) turut membidas DAP yang terus menerus membuat provokasi dengan membangkitkan isu perkauman dan balas dendam berhubung penutupan Jonker Walk.

"Jika kerajaan Cina DAP boleh meruntuhkan premis perniagaan milik Melayu sesuka hati. Menutup bazar Ramadan yang rata-ratanya dijalankan oleh peniaga Melayu sesuka hati, berlandaskan kepada undang-undang, mengapa tidak kerajaan negeri Melaka?

"Adakah undang-undang hanya terpakai terhadap kaum Melayu sahaja, tetapi tidak terhadap kaum Cina?" bidas blog ini.

Blog Jiwa Paradox (alamijiwaparadox. blogspot.com) pula menempelak mereka yang membantah keputusan tersebut dan menjelaskan bahawa kerajaan negeri Melaka bukan menutup Jonker Walk, tetapi hanya membuka semula laluan tersebut untuk pengguna jalan raya.

Blog ini juga menempelak DAP yang cuba mengaitkan penutupan Jonker Walk dengan bazar Ramadan. Memetik kenyataan Tony Phua yang mahukan agar bazar Ramadan juga patut ditutup, kata Jiwa Paradox:

"Jangan pusing fakta untuk keuntungan politik kau. Bazar Ramadan ini setahun sebulan saja, bukan sepanjang tahun. Aku harap orang Pas boleh buka mata dengan kejahatan yang dibawa sekutu mereka ini.

"Ramai juga orang Pas yang berniaga di bazar Ramadan. Takkan nak setuju juga dengan DAP yang cuba menutup rezeki kalian ini?"

-Utusan

Tiduri 70 Wanita Selepas Isteri Potong Kemaluan

Tiduri 70 Wanita Selepas Isteri Potong Kemaluan

Masih anda ingat mengenai kisah John Wayne Bobbit? Lelaki yang bernasib malang apabila isterinya ketika itu, Lorena Bobbit telah memotong kemaluannya dan kemudian membuang kemaluan tersebut.


Kisah berkenaan menjadi tajuk utama dunia dan nama Bobbit tiba-tiba menjadi terkenal. Ia berlaku selepas Lorena mendakwa Bobbit telah merogolnya, dan selepas mengalami penganiayaan fizikal dan mental, dia bertindak nekad memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

Itu kisah 20 tahun lalu namun ia tetap menjadi igauan ngeri kepada Bobbit, yang merupakan bekas tentera laut Amerika Syarikat.

“Orang ramai melihat kejadian ini sebagai gurauan tetapi tidak bagi saya kerana saya hampir mati akibat kehilangan darah.

“Saya tidak sedarkan dan apabila terjaga, jururawat sedang menyiapkan saya untuk pembedahan menyambung semula alat sulit berkenaan,’’ katanya.

Selepas membuang alat sulit itu, Lorena melarikan diri dari rumah namun dia berasa amat bersalah lalu menghubungi ambulans dan pihak berkuasa kemudiannya berjaya menemui semula alat sulit Bobbit itu.

Lorena Bobbit

Selepas pembedahan penyambungan alat sulit itu diadakan selama 10 jam, Bobbit berasa bimbang dia tidak mampu melakukan hubungan seks lagi.

“Selepas tiga minggu pembedahan itu, ketika jururawat menukar balutan, saya mula terasa sesuatu dan tahu ia masih berfungsi. Saya menghubungi ibu saya dan dengan rasa malu ibu meminta saya bercakap mengenai perkara itu dengan bapa saya,’’ katanya.

Menurut Bobbit, doktor telah memberitahunya bahawa dia tidak mungkin dapat melakukan hubungan seks lagi memandangkan kecederaan yang dihadapinya adalah serius.

“Namun saya membuktikan bahawa doktor salah dan telah meniduri 70 wanita selepas insiden berkenaan,’’ katanya.

Bagaimanapun sifat barannya menghantui Bobbit selepas itu apabila dia dipenjarakan selama 15 hari kerana memukul tunangnya, Kristina Elliot.

Pada 2001 pula, perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan berakhir selepas hanya 23 hari berkahwin.

Kini Bobbit mahu memadamkan kisah silamnya itu dan telah insaf serta bekerja sebagai tukang kayu dan pemandu Limo.

Dia juga sudah menemui wanita baru dalam hidupnya yang merupakan rakan sejak kecil iaitu Marie. Bobbit juga sibuk menulis autobiografi mengenai kisah silamnya itu.

Manakala Lorena pula telah mengasaskan lorenasredwagon.com, iaitu satu laman web bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga.

-Mynewshub

Ustaz Azhar Idrus Calon PAS DUN Hulu Besut?

Ustaz Azhar Idrus Calon PAS DUN Hulu Besut?

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.


Malah dalam Sinar Harian hari ini, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.

Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.

Baik bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu.

UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan.

Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu.

Cuma yelah, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil.

Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja-kerja dakwahnya.

Tetapi siapa tahu dengan kelebihan yang ada padanya maka dia akan diangkat sebagai calon? Itu kemungkinan yang tak boleh ditolak!

Apatah lagi UAI anak jati Terengganu, cantik sangat.

Lagipun ini peluang dan medan terbaik untuk UAI ‘walk the talk’ kata orang putih.

Yelah, setakat berceramah memang mudah tetapi yang lebih penting melaksanakan apa yang diucap.

Rasanya kalau terpilih jadi ADUN sekalipun, ini tidak bermakna dia tidak boleh memberi ceramah-ceramah lagi seperti sebelumnya.

Namun terpulanglah kepada yang empunya diri.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

Politik ini sepak terajangnya lain macam sikit.

Musuh boleh datang dari luar dan dari dalam parti itu sendiri.

Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Ke macam mana Ustaz?

-Mynewshub

Nenek Saman Cucu Penipu

Nenek Saman Cucu Penipu

Seorang warga emas, Sarah Weinberg, 73, menyaman cucu perempuannya selepas wanita itu menipunya dengan menjual dua hartanah mewah miliknya dan turut menghalau dia keluar dari rumah tersebut.


Sarah mendakwa, tindakan yang dilakukan oleh cucunya, Danielle Kaminsky ke atasnya itu telah memaksa dia mengemukakan tuntutan saman berjumlah $16 juta.

“Saya berjaya menyelamatkan diri daripada Nazi, terselamat daripada nahas pesawat dan pernah dilanggar oleh kereta, namun apa yang dilakukan oleh cucu saya ini amat menyedihkan.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan dia tetapi saya tidak mahu bercakap buruk mengenainya,’’ kata Sarah.

Dalam fail tuntutan saman yang dikemukakan di Mahkamah Manhattan, Sarah berkata, Danielle, yang juga seorang broker hartanah yang cantik, telah berkomplot dengan menantu dan peguamnya untuk menipu.

Ia merlibatkan dua bangunan apartmen yang dimilikinya sejak berdekad-dekad lalu.

“Danielle meminta saya mengemas, itu sahaja,’’ katanya.

Jelas Sarah, penipuan itu berlaku ketika Sarah menetap bersama anak perempuannya, Iris dan juga cucunya Danielle.

Anak serta cucunya itu, kata Sarah telah berpindah ke kediamannya selepas dia dilanggar oleh kereta dan ketika itu bangunan berkenaan dalam proses pembiayaan semula.

Danielle, 23, dikatakan telah menyebabkan kebimbangan, ketakutan dan kekeliruan kepada neneknya itu dalam usaha memujuk wanita tua itu menual bangunan berkenaan.

Bangunan itu dijual pada bulan Mei lalu kepada rakan kepada bapa Danielle pada harga S3.5 juta walaupun kos sebenar dianggarkan $5.3 juta.

Sementara bapa Danielle, Davi Kaminsky yang juga seorang ejen hartanah telah dibayar komisyen sebanyak $200,000 selepas pertukaran hak milik dijalankan.

Dalam pada itu, peguam Sarah, Kenneth Glassman, berkata, anak guamnya itu berhijrah ke Eropah pada 1939 ketika dia masih kecil bagi melarikan diri daripada Nazi.

-Mynewshub