Monday, July 01, 2013

Rahsia Kehidupan Liar Rihanna Semasa Remaja Terbongkar

Rahsia Kehidupan Liar Rihanna Semasa Remaja Terbongkar

Abang kepada Rihanna mendedahkan penyanyi terkenal itu mula terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti mengambil minuman beralkohol dan sering menghabiskan masa di kelab malam sejak berusia 14 tahun.


Rorrey Fenty memberitahu The Sun ibu mereka ketika itu sangat risaukan tentang tabiat kakaknya itu dan sentiasa menasihatinya supaya berubah.

“Dia sangat liar semasa remaja dan ibu sentiasa risaukannya namun Rihanna bukanlah seorang yang jahat sehingga menimbulkan masalah besar,” katanya.

Dalam pada itu, Fenty berkata, Rihanna sebenarnya seorang yang sederhana dan sering menghabiskan masanya di Barbados iaitu tempat kelahirannya jika tidak membuat sebarang aktiviti seni.

Jelasnya, penyanyi lagu Diamonds akan menghabiskan masanya di rumah dan sering meminta ibu mereka memasakkan kari ayam kegemarannya. –mStar

Shah Jaszle Kahwin Lari Bersama Bekas Tunang?

Shah Jaszle Kahwin Lari Bersama Bekas Tunang?

Kahwin lari? Biar betul apa yang kami dengarkan ini wahai sang jejaka tampan Shah Jaszle?


Memetik laporan Rotikya menerusi Berita Harian, Shah Jaszle dikatakan akan terus berpegang dengan pendiriannya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Puteri Redzwan.

Walaupun pertunangan mereka itu putus pada 10 Jun lalu, rasa sayang dan cinta tidak pernah padam antara mereka meskipun perhubungan mereka itu tidak direstui keluarga.

Mereka berdua dikatakan telah sedaya upaya untuk meredakan situasi yang kian tegang antara kedua keluarga.

“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi”

“Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan,” ujar Shahz Jaszle.

Dalam pada itu, Shah Jaszle turut menjelaskan bahawa Puteri sering menemaninya di set pengambaran selepas insiden khalwat lalu.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa keluarga Puteri secara terang-terangan menolah Shah Jaszle sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Bukan itu sahaja, keluarga Puteri turut menasihati Puteri dan akan bertindak untuk mengurungnya sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil.

Apa-apa pun, nasihat untuk Shah Jaszle supaya berfikir dengan bijak dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat serius.

Justeru, keberkatan dari kedua ibu bapa adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian sesebuah rumahtangga itu.

-Rotikaya

Gadis Di Paksa Minum Arak Sebelum Diratah Tiga Lelaki

Gadis Di Paksa Minum Arak Sebelum Diratah Tiga Lelaki

Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.

Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.

“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.

“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.

“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.

“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

-Sinarharian

PAS Boikot Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut?

PAS Boikot Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut?

Adakah Pas akan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng?


Persoalan ini timbul apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan cadangan Guan Eng itu akan diteliti.

Menurut Mustafa, parti itu akan merujuk kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang sebelum mengambil keputusan sama ada bertanding atau memboikot pilihan raya kecil tersebut.

“Pimpinan Pakatan kena berbincang dahulu betul-betul kalau hendak memboikot (PRK DUN Kuala Besut), apa-apa keputusan perlu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng dalam satu majlis di Kulaijaya, Johor hari ini mencadangkan Pas untuk memboikot PRK DUN Kuala Besut ekoran isu dakwat kekal dalam PRU-13 yang dakwanya tidak ditangani oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Kuala Besut menyaksikan kekosongan selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair pada 26 Jun lalu.

Menurut Mustafa, biarpun cadangan untuk memboikot dikemukakan, Pas akan tetap membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

“Bagi Pas, kita akan tetap membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil ini, itu tanggungjawab kita dengan dibantu rakan-rakan parti pakatan," katanya.

-Utusan

Giler! Kelahiran Bayi Paling Terkenal Di Dunia Bakal Jana Pendapatan RM1.3 Bilion

Giler! Kelahiran Bayi Paling Terkenal Di Dunia Bakal Jana Pendapatan RM1.3 Bilion

Anak patung kangaru di Australia, mandian bayi di Amerika Syarikat, Air Terjun Niagara akan diwarnakan merah jambu atau biru. Semuanya gara-gara kehamilan Kate Middleton.

Antara cenderamata yang dijual sempena 
bakal kelahiran anak William, Kate.

Akhbar Washington Post mengisytiharkannya sebagai “bayi paling terkenal di dunia.” Apabila Kate - yang kini dikenali dengan gelaran Duchess of Cambridge - melahirkan anak pertamanyanya di Hospital Lindo Wing Of St Mary di Paddington tidak lama lagi, ia akan menjadi perhatian jutaan orang, termasuk di negara luar Britain.

Pewaris takhta pertama yang lahir dalam tempoh 31 tahun, cucu mendiang Puteri Diana itu dipuja seperti selebriti.

Justeru, tidak menghairankan apabila kelahiran bayi itu akan menjana perolehan AS$415 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.

Di Britain, kegembiraan itu kekal dalam keadaan sederhana dengan pemerhati menunggu sehingga bayi terbabit lahir sebelum sebarang perayaan dirancang.

Namun, di seluruh dunia - di Amerika, India, Australia, New Zealand dan Kanada misalnya ‘demam’ itu mencapai puncaknya.

Minggu lalu sejumlah gambar bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard menjahit anak patung kangaru untuk anak Kate itu disiarkan media.

Namun, ia adalah sebahagian kecil daripada gambaran obsesi antarabangsa terhadap anak yang bakal lahir itu.

Antara puncanya, lawatan diraja pasangan Kate dan Putera William ke beberapa negara luar, selain sambutan Jubli Intan pemerintahan diraja Britain membantu melonjakkan profil mereka.

Bagaimanakah penduduk dunia membuat persediaan menyambut kelahiran bayi diraja itu?

Di seberang Lautan Atlantik, liputan meluas media menghangatkan rasa ingin tahu orang ramai, Minggu lalu, Kate muncul sebagai penghias muka depan hampir semua majalah di AS dan setiap butiran kehamilannya dilaporkan sebagai berita utama.

Akhbar di Kanada merancang menerbitkan edisi khas sempena kelahiran bayi itu nanti dan dijangka menjadi “berita paling panas dan mendapat perhatian tertinggi pada 2013.”

Saluran televisyen ABC News pula membuka buku lawatan khas untuk pengunjung laman sesawangnya. Lebih 5,000 orang - termasuk dari Kenya, Indonesia dan Qatar - sudah membuat catatan di situ.

Seorang peminat dari Filipina menulis: “Seluruh dunia tidak sabar menunggu untuk melihat si bayi.”

Siaran berita juga pelbagai - daripada berbentuk serius sehingga ke laporan mengarut. Di Sepanyol Kate sering menjadi penghias muka depan majalah Hola! dan menggelar bakal anaknya sebagai “masa depan monarki Britain.” -Agensi

Program Pemodenan Helikopter Tempur Malaysia

Program Pemodenan Helikopter Tempur Malaysia

Bercakap mengenai pembelian senjata strategik, teringatlah saya ura-ura kononnya Malaysia akan menghidupkan program helikopter tempurnya yang sudah tertangguh sejak dari tahun 1997 lagi.

A109 Agusta

Apa yang sudah berlaku di Sabah iaitu isu pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Kiram sebenarnya memberikan petanda yang nyata bahawa helikopter tempur ala-ala Apache ini perlu dihidupkan.

Helikopter tempur terbukti sangat efektif dalam menangani masalah insurgensi di Chennya, Afghanistan dan juga Iraq.

Dahulu, helikopter tempur buatan Afrika Selatan iaitu Rooivalk hampir saja memasuki perkhidmatan tentera kita tetapi atas sebab-sebab tertentu terutama kegawatan ekonomi menyebabkan projek itu tertangguh.

Tentera darat sudah pun ada Pasukan Tentera Udara Tentera Darat (PUTD) yang hari ini dilengkapi dengan pesawat helikopter “Fly By Wire” dari jenis A109 Agusta

A109 Agusta pernah terhempas?

Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang menggunakan A109 ini, bagi saya ianya adalah pesawat yang serba canggih dan selamat.

Umum tidak pernah tahu bahawa sebuah A109 pernah terhempas di Kuala Kubu Baru ketika membuat ujian penerbangan (enjin dimati dan kemudian dihidupkan dalam ketinggian beberapa meter).

Kukuhnya badan A109 ini menyebabkan kru helikopter tersebut selamat tetapi pesawat terbabit mengalami kerosakkan.

Hal ini tidak diketahui orangramai kerana tidak sampai sejam, pasukan komando telah mengepung dan membawa keluar helikopter tersebut untuk dibaiki semula hehehe

Insiden ini terjadi sekitar tahun 2008 kalau tidak silap saya.

Helikopter tempur Malaysia ada bau-bau Rusia

Eurocopter Tiger

Sekarang ini kita tolak Rooivalk kerana kisah helikopter tempur dari Afrika Selatan ini sudah tidak boleh lagi dimasukkan dalam “Wish List” PUTD.

Helikopter tempur Tiger dari Eurocopter dikatakan sebagai calon yang popular untuk memasuki inventori tentera darat.

Saya akui Tiger ini sudah pun diuji penerbangannya oleh juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

Bab ujian helikopter ini, memang juruterbang TUDM yang buat penerbangan kerana mereka lebih pakar dan berpengalaman walaupun helikopter tersebut akan dipakai oleh PUTD.

Saya malas nak mengulas isu helikopter Tiger ini kerana anda boleh google sendiri maklumat teknikal heli tersebut dan cerita konon-konon Malaysia minat sangat dengan pesawat ini sudah pun heboh diperkatakan oleh media sosial dan media tradisional kita.

Maka terpampang di dada media kita cerita-cerita mengenai helikopter Tiger ini.

Cuma tidak ramai yang tahu bahawa ada satu lagi calon yang cukup berbisa dan juruterbang TUDM kita telah pun menguji helikopter terbabit di Russia sekitar tahun 2009.

Helikopter tersebut adalah dari variasi Kamov KA-50.

Kamov KA-52

Oleh kerana maklumat ini sudah lama saya terima dan baru hari ini saya war-warkan kepada umum, saya sudah tidak ingat versi yang tepat yang sedang diuji ketika itu sama ada KA-50 atau versi KA-52.

Secara asasnya Kamov merupakan satu-satunya helikopter dalam dunia yang ada dua rotor utama serta mempunyai kerusi lenting sama seperti yang dipasang dalam jet pejuang moden.

Setakat inilah sahaja hikayat saya pada kali ini, anda mahu tambahan maklumat silalah bertanya kepada pakcik Google

[Sumber]

Wanita Potong Kemaluan Suami Dipenjara 7 Tahun

Wanita Potong Kemaluan Suami Dipenjara 7 Tahun

Seorang wanita dari selatan California dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan kemungkinan jaminan parol selepas tujuh tahun apabila didapati bersalah memotong dan mencampak kemaluan bekas suaminya ke tempat pembuangan sampah.


Menurut laporan CNN, Catherine Kieu, 50 dan suaminya, 60 bercerai pada Julai 2011.

Mengikut rekod Mahkamah Orange Country, pasangan ini berkahwin pada Disember 2009 tapi pada Mei 2011, suaminya memfailkan penceraian yang diluluskan pada Ogos 2011.

Dalam kenyataan pejabat peguam daerah Orange Country Jumaat lalu ada menyebut Kieu menyediakan makan malam yang dimasukkan ubat tidur untuk suaminya selepas mereka bertengkar.

Apabila suaminya tertidur, Kieu mengikat kaki dan tangan di katil dan apabila si suami bangun, dia menarik seluar dan memotong kemaluan si suami dengan pisau.

Kieu kemudiannya membuang kemaluan si suami ke kawasan pembuangan sampah dan menghubungi 911 ekoran pendarahan suaminya itu.

Menurut polis, nama mangsa tidak didedahkan kerana dia mangsa kecacatan kekal.

Kieu merupakan anak kelahiran Vietnam yang dikenali sebagai Que Anh Tran.

-Sinarharian

Bekas Jeneral AS Bocor Maklumat Serangan Stuxnet Keatas Program Nuklear Iran

Bekas Jeneral AS Bocor Maklumat Serangan Stuxnet Keatas Program Nuklear Iran

Seorang bekas pegawai atasan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), disiasat di bawah pertuduhan membocorkan maklumat rahsia mengenai serangan siber ke atas program nuklear Iran, semalam.

Sehingga kini, Cartwright masih enggan memberi 
sebarang komen mengenai siasatan terhadapnya

Lapor agensi berita NBC, Jeneral James Cartwright yang juga bekas pegawai kedua tertinggi disiasat bagi kebocoran maklumat membabitkan virus komputer rahsia, Stuxnet.

Dalam satu kenyataan, Stuxnet telah digunakan dalam 2010 bagi tujuan melumpuhkan sementara 1,000 pegempar sebatian uranium di kemudahan nuklear Iran.

Menurut rekod, Cartwright, merupakan individu kedua dalam senarai pegawai kanan dari 2007 hingga 2011 sekaligus berperanan dalam pembangunan Stuxnet.

Pembocoran itu dipercayai dilakukan sendiri oleh Cartwirght menerusi satu artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times pada tahun lalu.

Sementara itu, NBC melaporkan, virus Stuxnet mampu melumpuhkan perisian komputer orang awam dan menyebarkan virusnya menerusi pemacu boleh tanggal.

-Sinarharian

Kapal Titanic Tenggelam Kerana Kesombongan Manusia

Kapal Titanic Tenggelam Kerana Kesombongan Manusia

Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Tragedi malang ini telah difilemkan dan mendapat sambutan box-office di seluruh dunia.

Kapal Titanic

Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata:

”Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..”

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.

Allah SWT tenah mengingatkan manusia;

"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung."- Al-Israa' - 37

”Hasil” dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ”mangsa” Titanic.

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Berlian 'The Heart of The Ocean' Yang Berpuaka

[Sumber]

Luarbiasa! Remaja Lakukan 11 Pekerjaan Bekerja 50 Jam Seminggu!

Luarbiasa! Remaja Lakukan 11 Pekerjaan Bekerja 50 Jam Seminggu!

Bagi kebanyakan remaja, zaman muda itu biasanya akan dihabiskan untuk belajar dan bersukaria, tetapi berbeza pula dengan seorang pemuda di Britain yang tidak suka duduk diam dan melakukan 11 pekerjaan dalam sehari.

Luarbiasa! Remaja Lakukan 11 Pekerjaan Bekerja 50 Jam Seminggu!

Apa yang lebih menarik, daripada 11 pekerjaan yang dilakukan oleh David Day, 21, hanya lima sahaja yang mendapat upah, selebihnya dilakukannya secara sukarela.

Day yang hanya memperolehi pendapatan 500 pound (RM2,403) sebulan akan bekerja selama 50 jam dalam tempoh seminggu.

“Terdapat persepsi yang menyatakan orang muda tidak mahu melakukan apa-apa, tetapi hakikatnya ada juga remaja yang mahu menolong orang ramai," katanya.


Lima pekerjaan Day yang menerima upah ialah menjadi petugas ketika makan tengah hari di sebuah sekolah rendah, menjadi pelayan di kelab bola sepak Notts County, menjaga kedai Primark, bekerja di pusat komuniti serta di sebuah kelab sebelum dan selepas sekolah.

Namun, pekerjaan itu masih tidak cukup baginya dan dia juga melakukan enam kerja secara sukarela iaitu menjadi sukarelawan di kumpulan pemuda dan St John Ambulans, menjadi jurulatih badminton, bola sepak, penyelamat serta menyertai permainan kumpulan.

“Memiliki wang memang menyeronokkan, tetapi bagi saya itu bukanlah yang paling utama," ujar Day. -AGENSI

Professor Fizik Berjaya Merungkai Rahsia Solat Berjemaah

Professor Fizik Berjaya Merungkai Rahsia Solat Berjemaah

Info Agama. Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.


Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.

Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.

Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.

Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.


Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.

Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga.

Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.

Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.

Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.

Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

BACA INI JUGA: Kisah Solat Subuh Terakhir Sebelum Matinya Dajjal

[Sumber]