Friday, June 28, 2013

Punca Sarawak Blackout Belum Diketahui

Punca Sarawak Blackout Belum Diketahui

Penurunan frekuensi pada sistem tenaga yang mencetuskan gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan di Sarawak, petang semalam, mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Torstein Dale Sjøtveit.

Kejadian terputus bekalan elektrik mengakibatkan kesesakan lalu lintas 
yang teruk serta menjejaskan operasi premis-premis perniagaan.

Beliau berkata sistem itu terpelantik yang membawa kepada kegagalan keseluruhan sistem SEB dan semua stesen SEB mengalami gangguan termasuk di Sejingkat di Kuching, Batang Ai, loji arang batu Mukah selain loji gas Bintulu dan Miri.

“Punca insiden yang bermula 5.36 petang masih belum diketahui sepenuhnya tetapi dengan fakta yang diperoleh setakat ini, kelihatan seperti penurunan frekuensi mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun,” katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Bernama di sini.

Sambil memohon maaf atas kesulitan dan kerugian yang dialami pengguna akibat gangguan bekalan elektrik itu, beliau memberi jaminan SEB akan melakukan yang terbaik bagi mengembalikan keadaan itu seperti sedia kala pagi ini berikutan masalah luar jangka yang dialami bagi memulihkan sistem itu.

Beliau berkata semua sistem penghantaran SEB termasuk talian penghantaran Kemena-Bintulu, dipulihkan beberapa jam pertama selepas sistem itu terpelantik tetapi ia hanya mampu mendapatkan semula bekalan melalui dua daripada empat unit bekalan tenaga Bakun selepas 11 malam tadi.

“Sistem itu masih tidak stabil akibat impak besar itu tetapi buat masa ini, saya mempunyai satu pasukan lebih daripada 30 orang kami yang terbaik di Menara Sarawak Energy di sini bagi melihat dan memulihkan sistem itu peringkat demi peringkat,” katanya.

Katanya ratusan petugas SEB juga digerakkkan di seluruh Sarawak di stesen-stesen janakuasa dan stesen kecil bagi menyokong dan memantau pemulihan sistem. Beliau memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dijalankan dengan input pihak ketiga bagi memaksimumkan apa yang boleh dipelajari SEB daripada insiden yang sangat serius ini.

Bekalan tenaga hampir dapat dipulihkan sepenuhnya di bandaraya Kuching menjelang 10.45 malam tadi manakala bekalan tenaga di sebahagian kawasan di Miri dan Bintulu dapat dipulihkan dengan Sibu masih mengalami gangguan.

Di Lawas, pengguna tidak terjejas dengan insiden itu dan menikmati bekalan tenaga kerana kawasan itu tidak disambung dengan grid utama.

–BERNAMA

Panas! 185 Syarikat Guna Penapis Rokok Daripada Darah Babi

Panas! 185 Syarikat Guna Penapis Rokok Daripada Darah Babi

Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Rokok Darah Babi

Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.

Hakim berkata, sudah sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. -agensi

BACA INI JUGA: Adakah Rokok Elektronik Selamat Digunakan?

-SENTIASAPANAS.COM

Benarkah Mark Lester Ayah Kandung Sebenar Paris dan Prince Jackson?

Benarkah Mark Lester Ayah Kandung Sebenar Paris dan Prince Jackson?

Salah seorang rakan baik mendiang Michael Jackson hari ini memberitahu, dia mengenali siapa sebenarnya ayah kandung kepada Paris dan Prince.

Paris (kiri) dan Prince dipercayai anak kandung Mark Lester.

Jason Pfeiffer juga memberitahu Raja Pop itu sendiri pernah mengakui hal ini beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia. Malah menurut Pfeiffer, bapa sebenar kepada Paris dan Prince adalah seorang aktor British, iaitu Mark Lester.

"Michael merasakan Mark sebagai seorang rakan terdekat. Dia pernah memberitahu Mark sebagai seorang pelakon yang hebat. Malah dia turut mengakui kepada saya dia telah memilih Mark dari beberapa penderma sperma lain," katanya.

Michael Jackson mempunyai dua anak dengan Debbie Rowe, sementara seorang lagi anaknya dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

Malah Lester sebelum ini juga pernah membuka persoalan ini melalui temu ramah yang mengatakan dia mungkin ayah kandung kepada dua anak Jackson itu kerana pernah menderma sperma.

Malah sewaktu anak kedua Jackson, Paris mengalami kecelaruan diri dan mahu membunuh diri baru-baru ini, Lester dengan sikap bertanggungjawab mahu melindungi anak itu dengan menawarkan sebuah rumah untuk Paris.

Jackson yang meninggal disebabkan menerima dos anesthetic Propofol secara berlebihan daripada doktornya juga pernah menawarkan Lester untuk berbaik-baik dengan anak-anaknya itu.

Sementara itu menurut Lester dia sanggup menjalani ujian DNA bagi membuktikan kebenaran itu. Bagaimanapun dia tidak akan memaksa mereka untuk melakukan ujian tersebut kerana masih menghormati mendiang Jackson.

"Terpulang, saya tidak mahu mengganggu urusan mereka. Saya akan terus berhubung dengan mereka melalui hubungan ayah angkat yang sudah dipersetujui oleh Michael.

"Anak perempuan saya yang berumur 18 tahun mempunyai wajah seiras Paris. Malah orang ramai juga menyedari persamaan di antara saya dan Prince Michael," katanya.

-Utusan

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Masih Dalam Peringkat Kajian

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Masih Dalam Peringkat Kajian

Kerajaan masih belum memuktamadkan pelaksanaan dan kadar bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia masih lagi diperingkat kajian, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


Ahmad Husni berkata, Putrajaya bagaimanapun telah mempertimbangkan untuk memberikan cukai sifat kepada barangan keperluan asas dan kegunaan harian seperti produk makanan, air, dan elektrik yang diperlukan rakyat daripada golongan berpendapatan rendah.

"Kerajaan masih belum membuat kata putus lagi dan akan dimaklumkan keputusan itu kelak," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari ketika sesi perbahasan di Parlimen hari ini.

Ahmad Husni berkata, termasuk Malaysia, hanya 11 sahaja negara yang belum melaksanakan GST, sedangkan 160 negara telah melaksanakan sistem percukaian berkenaan.

"Negara mahukan sistem kutipan cukai terbaik dalam menguruskan kewangan. Peningkatan hasil peningkatan perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat," kata Ahmad Husni, yang juga ahli Parlimen Tambun.

Antara cadangan sifar cukai itu jelas Ahmad Husni adalah termasuk barang makanan, seperti beras, minyak masak, ternakan dan daging, ukan udang, bekalan eletrik 200 kilowat, bekalan air 30 meter padu.

"Barangan dan produk diperingkat penjualan akhir, tidak dikenakan GST," katanya, dan menambah ia berkurangan daripada peraturan yang dikenakan, ia melibatkan teksi, bas dan rumah kediaman.

"Ada dua impak yang kita lihat , bebanan kepada rakyat, berbanding cukai jualan dan berapa banyak pertambahan sekiranya berlaku dan apakah kaedah ini sekiranya dan kadar faedah ini sedang kita kaji," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun dalam kajian kerajaan, GST merupakan sistem yang baik dan dilaksanakan di 140 negara bagi menggantikan cukai jualan dan perkhdimatan, namun dengan mengambil kira prinsip rakyat, maka kerajaan tidak melaksanakan cadangan itu pada masa sekarang.

Rang Undang- Undang GST telah dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Disember 2009, namun bacaan kedua yang dijadualkan pada Mac 2010, telah ditangguhkan.

Ia pada mulanya dijangka dilaksanakan pada pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

[Sumber]

Jaclyn Victor Sah Putus Tunang Selepas Bercinta 10 Tahun!

Jaclyn Victor Sah Putus Tunang Selepas Bercinta 10 Tahun!

Selepas 10 menyulam cinta bersama tunang, hubungan antara penyanyi popular Jaclyn Victor dan tunangnya Chris Bellamy kandas di tengah jalan apabila masing-masing bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.


"Hubungan kami tiada masalah apa-apa, Cuma apabila memikirkan soal perjalanan karier masing-masing ia membuatkan kami harus akur suatu keputusan terbaik perlu diambil.

Jadi kami sepakat tidak memutus hubungan ini sebaliknya berasa wajar memilih jalan membawa haluan sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Jaclyn, 35, walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan istimewa mereka masih berhubung melalui telefon untuk bertanyakan khabar dan meluahkan masalah masing-masing.

Pada masa sama, Jaclyn berkata, walaupun perasaan sayang masih tebal kerana hubungan mereka sudah 10 tahun, namun dia tidak mahu meletak sebarang harapan yang kabur dan tidak pasti.

[Sumber]

Pasangan Leka Berasmara Mati Terjatuh Dari Flat!

Pasangan Leka Berasmara Mati Terjatuh Dari Flat!

Sepasang kekasih ditemui mati dalam keadaan bogel setelah dikatakan terjatuh daripada pangsapuri rumah mereka kerana terlalu asyik berasmara di sini baru-baru ini.


Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sedang ‘bergurau-senda’ di tepi tingkap rumah mereka sebelum si wanita gagal mengimbangi badannya.

Pihak polis percaya, berdasarkan siasatan awal, tingkap rumah berkenaan didapati rosak dan ia mungkin ‘menyumbang’ kepada kejadian ngeri tersebut.

Kedua-dua mayat mengalami keceraan parah di bahagian kepala dan seluruh badan.

Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca SEBENAR kejadian sama ada disebabkan mereka terlalu asyik mengadakan hubungan seks di tepi tingkap ataupun disebabkan ada unsur-unsur jenayah yang lain.


Yang pasti menurut penduduk setempat, cuaca panas di daerah itu sejak akhir-akhir ini MUNGKIN menjadi penyebab mengapa pasangan itu memilih tingkap sebagai tempat melampiaskan keinginan batiniah mereka.

Macam-macamlah...

-Mynewshub

Tahukah Anda Negara-negara Yang Paling Di Lawati Alien?

Tahukah Anda Negara-negara Yang Paling Di Lawati Alien?

Kewujudan makhluk asing di dunia ini sehingga sekarang masih menjadi misteri namun sebilangan orang pernah melaporkan kejadian kemunculan makhluk asing ataupun UFO di kawasannya.

Daripada pelbagai hasil laporan, negara-negara berikut memiliki data statistik tentang kunjungan makhluk asing atau kemunculan UFO terbanyak.

Amerika Syarikat


Dikatakan antara lima hingga sepuluh peratus dari populasi Amerika telah melihat apa yang mereka gambarkan sebagai UFO.

Amerika Syarikat juga memegang rekod jumlah tertinggi tentang laporan penculikan oleh makhluk asing.

Brazil


Pertemuan dengan makhluk asing di Brazil dilaporkan kerana beberapa kejadian aneh yang berlaku, iaitu kisah Chupacabre.

Pertemuan dengan makhluk asing ini sering berakhir dengan seseorang yang mendapat luka serius. Kejadian ini sering dikatakan sebagai serangan Colares UFO, iaitu mangsa diserang dengan sinar laser yang kuat yang menyebabkan kesan luka terbakar.

Mungkin yang paling unik adalah sikap pemerintah Brazil dan angkatan bersenjata mereka yang terpaksa menganggap serius tentang kemunculan UFO.

Seolah-olah mereka tahu makhluk asing memiliki beberapa tujuan yang tidak baik.

Rusia


Pada tahun 2009, Angkatan Laut Rusia mengeluarkan sebuah fail tentang UFO yang mengungkapkan serangkaian pertemuan dengan UFO dari era Kesatuan Soviet.

Fail tersebut menceritakan bagaimana kapal selam rusia mengekori sebuah UFO, lalu UFO itu menyelam ke atas permukaan air dan akhirnya terbang ke langit.

Salah satu cerita paling luar biasa diperolehi daripada fail Angkatan Laut tersebut menceritakan tentang pertemuan dengan makhluk asing di Tasik Baikal, tasik air tawar yang terbesar dan terdalam di dunia, pada tahun 1982.

China


China (dan daerah autonomi Tibet) memiliki sejarah yang panjang berkaitan tentang kehidupan makhluk asing, dengan beberapa kejadian kemunculannya sejak ribuan tahun.

Mitos kuno yang bercerita tentang mesin yang terbang (kadang-kadang disebut sebagai mutiara dari langit), kadang-kadang dibuat oleh manusia, tetapi sering dikaitkan dengan para dewa.

Beberapa pengamat UFO, khususnya Hartwig Hausdorf, berspekulasi bahawa banyak kisah dalam mitologi China tentang naga yang sebenarnya merujuk kepada mahluk Ekstraterrestrial.

Kanada


Banyak kejadian di negara ini, bermula dengan sesuatu yang aneh menghilang di hutan atau lingkaran tanaman yang aneh. Stefan Micholak, mendakwa dia mendapat kesan luka terbakar oleh reaktor UFO pada tahun 1967.

Kejadian yang paling terkenal di Kanada adalah Insiden Shag Harbour di Nova Scotia, iaitu penemuan objek tak dikenali jatuh di perairan tersebut.

Jerman


Beberapa kemunculan UFO yang paling awal terjadi pada perang dunia ke-II. Semua juruterbang angkatan tentera Jerman ketika itu mendakwa didatangi oleh kemunculan pesawat-pesawat tempur yang aneh.

Desas-desusnya adalah, Nazi mempunyai projek rahsia dalam penciptaan pesawat tempur, walaupun tak diketahui bukti kebenarannya.

Perancis


Pada tahun 2007 kerajaan Perancis membuat keputusan yang belum pernah dilakukan sebelumnya, iaitu menyusun semua fail UFO dari masa lalu hingga kini.

Mereka berharap bahawa ufologi akan dapat memberikan penjelasan yang tidak dapat mereka jelaskan sebelumnya.

BACA INI JUGA: Mesej Rahsia Tersirat Illuminiti Disebalik Pembikinan Filem Avatar

[Sumber]

Unik! Kolam Yang Berbentuk Zip Seluar

Unik! Kolam Yang Berbentuk Zip Seluar

Info Unik Dunia. Kolam pada umumnya berbentuk bulat atau sedikit bujur. Tapi jika anda berkunjung ke Taiwan, anda akan menemui sebuah kolam dengan bentuk yang sangat unik!


Jika berkunjung ke Muzium Juming, seperti yang kita boleh lilihat dari laman web rasmi Muzium Juming,  muzium ini berada di Xishihu, Jinshan, di luar bandar Taipei, Taiwan.

Muzium ini ditubuhkan oleh seorang pematung terkenal di Taiwan. Namanya pun diabadikan sebagai nama muzium. Pelbagai bentuk patung pun ada di sana.

Selain patung, yang paling menarik minat pelancong, iaitu kolam berbentuk zip seluar. Bentuknya yang unik sangat menarik minat ramai pelancong untuk datang melihat.

Kolam yang diberi nama Zipper Pond bukanlah kolam semulajadi yang berbentuk zip. Kolam ini sengaja dibuat oleh Ju Chun, pematung yang juga anak pemilik muzium.


Dengan teliti dia menghias kolam dengan bentuk zip yang mengelilingi kolam. Kerana mempunyai bentuk yang luar biasa, Zipper Pond telah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di Taiwan.

Melihat ke dalam kolam, anda boleh melihat ada banyak daun teratai terapung di atas air. Bentuknya yang unik, memerlukan anda mengabadikannya dengan kamera.

Muzium Juming dibuka pada hari Selasa-Ahad dengan bayaran NT $ 4,250 seorang untuk dewasa. Khusus untuk pelajar, harga tiket muzium lebih murah, iaitu NT$125 seorang.

Pada bulan Mei-Oktober, muzium ini dibuka dari jam 10.00-6.00 petang.

Namun, pada bulan November-April, muzium ini dibuka sehingga jam 5.00 petang.

[Sumber]

Thursday, June 27, 2013

Al-Qur'an Membuktikan Bahawa Teori Umur Bumi Selama Ini Satu Pembohongan

Al-Qur'an Membuktikan Bahawa Teori Umur Bumi Selama Ini Satu Pembohongan

Sejarawan barat menyebutkan bahawa catatan mengenai sejarah bermula sekitar 3,500 SM. Sekitar 4,000 sehingga 3,500 SM merupakan zaman Nabi Musa AS kerana ada catatan mengatakan bahawa Nabi Musa bersama Firaun dan kaumnya adalah sekitar 4,900 SM.


Walau bagaimanapun, sejarah bermulanya peradaban manusia adalah bermula sekitar 8,000 sehingga 10,000 SM.

Fakta yang dipelajari di seluruh dunia termasuklah di Malaysia mengenai sejarah awal tamadun manusia adalah tidak tepat.

Menurut buku sejarah, zaman terawal dikenali sebagai Paleolitik, Neolitik, diikuti Mesolitik dan Logam. Menurut sejarah yang kita pelajari lagi, Paleolitik bermula 2,500,000 sehinggalah 8,000 SM.

Terdapat beberapa kekeliruan mengenai fakta kewujudan zaman Paleolitik ini. Sekiranya zaman Neolitik sehinggalah zaman Logam hanya megambil masa kira-kira 7,500 tahun sahaja iaitu bermula 8,000 SM sehinggalah 500 SM, bagaimanakah zaman Paleolitik mengambil menempuh masa yang terlalu panjang iaitu 2,492,000 tahun!

Adakah tiada zaman atau tamadun manusia yang wujud antara tempoh tersebut? Jawapannya Ya! Bahkan hakikatnya zaman Paleolitik ini yang terbahagi kepada Awal (2.5 juta - 30 ribu SM) dan Lewat (30 ribu - 8,000 SM) ini sebenarnya tidak wujud!

Menurut kajian sejarah, Nabi Adam AS mula hidup di dunia setelah diturunkan ke bumi sekitar 10,000 sehingga 8,000 SM.

Sekiranya kita mahu serasikan dengan fakta kajian sejarawan barat ini, tamadun kehidupan manusia awal hanya bermula sekitar tempoh tersebut sahaja.

Dari Ibnu Abbas, dari (cerita) Rasulullah SAW (kepadanya), kemudian ia berkata: “Umur Adam adalah 1000 tahun”.

Kemudian ia berkata: "Antara Adam dengan Nuh adalah 1000 tahun, dan antara Nuh dengan Ibrahim adalah 1000 tahun, dan antara Ibrahim dengan Musa adalah 700 tahun, dan antara Musa dengan Isa adalah 1500 tahun, sedangkan antara Isa dengan Nabi kita adalah 600 tahun". [HR. Hakim]

Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah Nabi Allah yang dikurniakan umur paling panjang sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” (Qs. Al-Ankabut 14).

Kawasan yang didakwa bermulanya zaman Paleolitik di benua Eropah.

Dikatakan bahawa manusia yang hidup di zaman Paleolitik ini dinamakan sebagai Homo Habilis dan Homo Sapiens.

Ianya dikatakan bermula di benua Eropah. Teori sejarah menyebutkan bahawa antara faktor utama pembentukan sesebuah tamadun adalah disebabkan kedudukan di perairan sungai dan tepian laut. Ini kerana, manusia amat memerlukan air sebagai sumber kehidupan.

Tetapi, di manakah sekitar benua Eropah tersebut mempunyai sungai utama yang mampu menyediakan kehidupan kepada manusia?

Sejarah hanya menyatakan beberapa sumber utama sungai sahaja iaitu Mesopotamia, Nil, Euphrates, Tigris, Indus dan Hwang Ho. Tiada langsung sungai utama yang wujud di Eropah!

Terdapat beberapa fakta mengenai gambaran zaman Paleolitik yang bertentangan dengan kehidupan keluarga Nabi Adam AS sebagai manusia pertama di muka bumi.

Antara kegiatan utama manusia Paleolitik ialah memburu binatang, memungut tumbuhan liar dan menangkap ikan serta kehidupan mereka secara nomad (berpindah-randah tanpa kediaman yang tetap).

Penempatan mereka seperti di gua-gua atau pokok-pokok yang dibina menggunakan ranting kayu dan rumput-rampai.

Mereka menghidupkan api menggunakan kaedah geseran, memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang, mengukir gambar di dinding gua serta mempercayai kehidupan selepas kematian.

Sudahlah zaman ini bermula di benua Eropah, maka di mana pula terdapatnya gua-gua serta bagaimanakah saiz pokok-pokok di benua yang mengelami empat musim ketara ini boleh digunakan sebagai kediaman taua penempatan?

Sekiranya ada golongan yang mendakwa zaman Paleolitik bermula di Mesapotamia, ia sesuatu yang keliru juga. Jika dilihat dengan keadaan geografinya, hampir tidak wujud gua-gua (terutamanya) dan pohon besar di tepian sungai atau persisiran pantai di sekitar sungai Mesapotamia.

Mengapa sehingga kini seolah tiada langsung peninggalan yang boleh dijadikan sebagai bukti wujudnya zaman Paleolitik ini!

Monumen manusia zaman paleolitik yang dipamerkan di China.

Antara golongan manusia yang dikatakan wujud pada zaman ini ialah Manusia Jawa, Peking, Neanderthal dan Cro-Magnon. Kesemua muka mereka mirip muka orang asli red indian dan seolah seiras.

Bagaimana sebuah zaman yang mencecah berjuta-juta tahun hanya memiliki bentuk wajah yang seolah stereotaip dan diambil daripada sampel terkini (bukan daripada bahan artifak dan bukti sejarah yang benar).

Manusia-manusia ini seolah disifatkan dengan golongan yang tidak mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka hidup tanpa pakaian serta mempunyai bentuk fizikal yang menyerupai dan membenarkan Teori Darwin mengenai asal-usul manusia.

Bagaimana mungkin Nabi Adam, isterinya Hawa dan anak-anak mereka hidup tanpa pakaian sedangkan mereka kelompok pertama hdiup di dunia?

Sejarah Nabi Adam AS jelas menunjukkan bahawa bermula mereka dturunkan ke dunia, mereka telah dikurniakah oleh Allah SWT ilmu untuk mengurus kehidupan mereka. Perjalanan kehidupan mereka tersusun dan penuh perancangan. Setelah beberapa tempoh mendiami dunia, maka Saidatina Hawa melahirkan  sepasang kembar.

Mereka ialah Qabil dan Iqlima, kemudiannya Habil dan Labuda. Sepertimana fitrah pasangan ibu dan ayah, Adam dan Hawa berusaha mencari nafkah untuk anak-anak mereka. Anak-anak perempuan menguruskan rumah dan hal-hal wanita.

Manakala anak lelaki pula mencari nafkah keperluan hidup mereka. Qabil bertungkus-lumus mengerjakan tanah pertaniannya dan Habil berjaya dalam lapangan penternakan.

Bukti yang menunjukkan bahawa pertanian dan penternakan mereka sangat menjadi melalui kisah mereka untuk menetukan jodoh kehidupan masing-masing. Mereka harus menyerahkan korban mereka kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: "Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa" (Surah al-Ma'idah 5:27)

Allah SWT secara jelas telah menerangkan bahawa Dia telah mengajarkan kepada Nabi Adam AS beberapa nama.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa anugerah ilmu dan pemikiran telahpun Allah kurniakan kepada manusia sejak manusia pertama berada di dalam syurga lagi.

Ini bertentangan dengan Teori Darwin yang menyatakan manusia berasal daripada beruk dan berevolusi berperingkat sehinggalah menjadi manusia seperti hari ini.

Apabila manusia bermula daripada beruk, ini bermakna seolah manusia ini sebenranya haiwan dan bertukar menjadi manusia.

Sedangkan Allah SWT telah menjelaskannya dengan terang bahawa manusia dan haiwan itu merupakan dua kelompok makhluk yang sangat berbeza.

Maka, anugerah ilmu oleh Allah SWT awal-awal lagi telah menafikan Teori Darwin yang penuh dengan elemen atheis dan rasis.

Firman Allah SWT: "Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar” (Surah al-Baqarah 2:31)

Firman Allah SWT lagi: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?” (Surah al-Baqarah 2:33)

Dedikasi: Semua sekolah di Malaysia khususnya telah menipu pelajar sejak di bangku persekolahan lagi. Para murid ditipu, guru menipu tanpa disedari dan ahli akademik terus leka tertipu tanpa sebarang usaha 'sendiri' untuk pemurnian fakta sejarah. Terima kasih kepada para guru sehingga saya pada hari ini mampu untuk menilai pembohongan dan kebenaran sejarah.

BACA INI JUGA: Tapak Kaki Gergasi Nabi Adam Di Afrika Selatan?

[Sumber]

Panas! DAP Mahu Pasar Ramadhan Ditutup!

Panas! DAP Mahu Pasar Ramadhan Ditutup!

Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.


Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

“Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

“Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

“Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam,” katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah ‘pembalasan’ kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13. -Antarapos

DAP Isytihar 'Perang'?


Kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan supaya Pasar ramadhan ditutup kira-kira dua minggu sebelum umat Islam di negara ini menyambut kedatangan bulan Ramadhan seperti ‘mengisytiharkan perang’ kepada semua warga Islam.

Menurut Sekretariat NGO Islam- Melayu, ia juga merupakan petanda jelas agenda licik parti perkauman itu terhadap bangsa Melayu dan Tanah Melayu jika ia berjaya merampas kuasa pada PRU14 kelak.

Jurucakapnya, Dzulkarnain Talib, kenyataan biadap dan kurang ajar pemimpin Cina DAP ini tidak seharusnya diberi muka dan dilayan dengan manis oleh orang Melayu lagi.

” Mereka tidak tahu membalas budi dan mengenang untung sebagai keturunan bangsa pendatang di bumi Melayu ini ,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Dzulkarnain yang juga Presiden Wartawan Muda Malaysia, setelah muncul sebagai parti terkuat dalam pakatan pembangkang dengan 38 kerusi Parlimen, DAP terus mengkeldaikan orang-orang Melayu di dalam PKR dan Pas yang sehingga kini terlalu takut dan kecut perut untuk membidas parti itu atas kenyataan amat rasis itu.

Dengan nada yang lebih tegas, Dzulkarnain mendakwa, mungkin inilah hasil yang diperolehi oleh Pas dan PKR yang selama ini rela menghulur leher mereka untuk menjadi anjing belaan Dap.

” Kami mencabar Pas dan PKR supaya menjadi anak jantan mengecam kebiadapan Tony dan Teresa dan bukannya hamba politik DAP,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya, Gabungan NGO Islam-Melayu mendesak supaya kedua-dua individu ini yang bernaung di bawah keistimewaan sebagai Ahli Dewan Rakyat dilucutkan kerakyatan sebagai pengajaran di atas keceluparan dan pengkhianatan mereka terhadap orang Melayu.

Dakwanya, tidak ada lagi bahasa yang lebih cucuk dan sesuai untuk digunakan terhadap kedua-dua mereka kecuali kecaman dan bidasan yang keras dan penuh kemarahan.

Kata Dzulkarnain, perbuatan dan percakapan mereka tidak langsung mencerminkan permuafakatan antara kaum yang sedia terjalin dengan baik antara semua kaum di negara ini.

-Mynewshub

Peniaga Cina Melaka Di Hukum Kerana Sokong Pembangkang?

Peniaga Cina Melaka Di Hukum Kerana Sokong Pembangkang?

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penutupan pasar Jonker Walk di Melaka tiada kaitan dengan dakwaan yang menyifatkannya hukuman kepada pengundi Cina di negeri itu.


Sebaliknya, beliau berkata, penutupan pasar malam itu hanya bersifat sementara apabila ia akan ditutup selama empat minggu untuk percubaan.

"Hukuman untuk apa? Tidak ada yang peribadi dengan kaum Cina. Ini tidak benar (hukuman pada kaum Cina)," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pembukaan Parlimen penggal ke-13 di ibu negara.

Katanya, ketua menteri Melaka Datuk Idris Haron juga memberitahunya bahawa penutupan berkenaan dibuat susulan aduan orang ramai yang merungut mengenai kesesakan lalut lintas.

"Jadi (Idris) kata, akan cuba untuk tutup selama empat minggu dan kemudian kita akan tengok keputusannya sama ada penutupan itu akan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Isu berkenaan timbul susulan dakwaan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan pasar Jonker Walk oleh kerajaan negeri Melaka merupakan "pembalasan" kepada pengundi Cina yang telah menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Laporan Kwong Wah Daily pula pada hari Isnin lalu memetik kenyataan Idris yang berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan untuk menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Idris dalam laporan itu turut mengingatkan bahawa pihak yang menyatakan bantahan apabila pasar malam itu ingin diperkenalkan pada 13 tahun lalu adalah DAP.


Pada masa itu, DAP menyelar kerajaan dengan dakwaan menggadaikan hak pengguna jalan demi kepentingan 200 orang pengusaha gerai, katanya.

Kebanyakan warga Melaka pula kini memberi sokongan penuh kepada DAP berbanding calon MCA, katanya.

"Maka kami memutuskan untuk membatalkan pasar malam dan berharap mereka akan gembira," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Seramai 100 orang pengusaha gerai berkenaan berhimpun dan berarak di Jonker Street pada Ahad malam lalu untuk membantah keputusan terbaru itu.

[Sumber]