Thursday, June 27, 2013

Benarkah Perkataan Maaf Mampu Memanjangkan Usia Wanita?

Benarkah Perkataan Maaf Mampu Memanjangkan Usia Wanita?

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua perkataan ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada wanita dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Saya minta Maaf

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat sukar dilafazkan kebanyakan orang terutama lelaki. Akan tetapi, menurut kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang wanita boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Wanita yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau strok.

Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah lelaki 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar perkataan maaf kerana mendapat perlakuan tidak tenang.

Perkara ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara degupan jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’.

Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Benarkah Sistem Pendidikan Di Malaysia Membosankan?

Benarkah Sistem Pendidikan Di Malaysia Membosankan?

Sejak tadika hingga melangkah ke tingkatan lima, kita disogok de­ngan lambakan buku ilmiah. Impiannya hanya satu, untuk membentuk individu berjaya dengan memegang status kerja yang bagus.

Gambar hiasan

Tapi pernahkah anda terfikir setiap individu mempunyai minatnya tersendiri selain daripada menghadap buku hingga suku umur hidupnya? Yang jelas, sifat ini dimonopoli golongan lelaki.

Mungkin si gadis lebih beradab. Tidak menolak sekiranya ibu bapa ingin menempatkannya di IPT tanah air. Namun sebaliknya bagi lelaki, mereka lebih tegas dan berprinsip dalam menentukan hala tuju hidup. Disebab­kan itu, kita boleh lihat kurangnya golongan lelaki di pusat pengajian seluruh negara.

Statistik

Keseluruhan laporan banci dan perumahan Malaysia pada 2010 menyatakan bilangan penduduk negara ini adalah seramai 28.3 juta dengan pecahan 14.56 juta bagi lelaki dan 13.77 juta wanita.

Tidak dinafikan kewujudan lelaki lebih ramai berbanding wanita, namun keadaan berbeza jika dilihat di IPT apabila seolah-olah bilangan lelaki terlalu sedikit.

Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti tidak pernah selesai untuk dibincangkan. Statistik kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Persoalannya, kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?

Buku membosankan

Ada menyoal, benarkah sistem pendidikan negara tidak cukup menarik untuk memupuk minat lelaki dalam pelajaran atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?

Berdasarkan perbincangan ringkas, kedua-dua faktor itu logik dan ada betulnya tetapi ia lebih terarah kepada rasa bosan golo­ngan lelaki untuk melanjutkan pengajian.

Dalam erti kata lain, mereka sudah muak melihat susunan buku di atas meja. Buku harus digantikan dengan peralatan seperti gajet atau elektronik yang seiring dengan era teknologi kini.

Ramai berpendapat, teknik pengajaran lisan dan sistem pendidikan dengan berpuluh-puluh jenis peperiksaan membantutkan minat lelaki dalam akademik kerana difahamkan, apabila meningkat dewasa mereka lebih meminati pendidikan berteraskan kemahiran.

Oleh itu, jika direnungkan kembali, memang benar peratus pembabitan lelaki di IPT tidak setanding wanita tetapi kebanyakannya memilih kemahiran seperti di institut kemahiran dan sebagainya.

Duit dan kerja

Secara logiknya, apa juga keinginan meletakkan wang sebagai perkara utama untuk direalisasikan. Jadi tidak hairanlah apabila tamat persekolahan, lelaki lebih cenderung untuk mendapatkan kerja. Apabila memperoleh sejumlah wang, segala kemahuan dapat ditunaikan termasuk apa yang diidamkan selama ini.

Perlakuan ini disokong dengan pendapat ‘tidak semestinya belajar setinggi gunung, mampu peroleh pekerjaan terbaik’ sedangkan beribu-ribu lambakan graduan IPT masih menganggur dan menanti untuk mendapat tempat di alam pekerjaan.

Yakin terhadap keupayaan diri untuk berjaya mendorong remaja lelaki melakukan apa yang difikirkan tepat untuk masa depan. Jika dia memilih untuk berniaga, usaha keras diteruskan tanpa perlu segulung ijazah untuk meraih kejayaan.

Tahu kemahuan

Berbeza dengan lelaki, perempuan lebih mengutamakan pelajaran kerana saingan di alam pekerjaan lebih tinggi dan tidak keterlaluan juga dikatakan wanita tidak berilmu mudah terjebak dalam kancah penipuan. Disebabkan itu, kesedaran pentingnya ilmu memungkinkan perempuan memilih untuk sambung belajar demi menjamin kehidupan yang tidak menentu pada masa depan. Dalam hal ini, pelajaran dilihat sebagai aset wajib perlu ada bagi si gadis.

Jejaka juga sedar akan kepentingan ilmu untuk menjamin masa depan lebih baik. Namun cara pemikiran berbeza menjadikan mereka berfikir lebih kritis dan siap sedia dalam segala kemungkinan. Keputusan untuk tidak menghadap buku dan digantikan dengan peralatan elektronik atau cara kerja kemahiran menjadi pemangkin untuk lelaki berjaya dalam memburu kerjaya diimpikan.

Lelaki berjaya tanpa segulung ijazah

Henry Ford:
Pengasas Syarikat Ford Motor

Steve Jobs:
Pengasas syarikat telekomunikasi, Apple

Bill Gates:
Pengasas Microsoft

Walt Disney:
Pengasas Disneyland

Tan Sri Sheikh Mokhtar Al-Bukhary:
Pengasas Yayasan Al-Bukhary

-Hmetro

Melia Ditawar Watak Ranjang Selepas Video 3gp Tersebar

Melia Ditawar Watak Ranjang Selepas Video 3gp Tersebar

Siapa yang tidak kenal dengan Melia Aimelia yang satu ketika dulu pernah gempar dengan penyebaran video lucahnya di youtube.


Akibat dari kontroversi yang hebat itu, nama pelakon Karipap-Karipap Cinta ini tiba-tiba melonjak diseantero bumi Malaya.

Walaupun kes itu berakhir dengan permohonan maaf dari pihak yang menyebarkanya, namun trauma & kesan yang dihadapi oleh Melia masih diterima sampai sekarang sehingga dia dilabelkan sebagai ‘Pelakon Karipap’ sedangkan itu bukan dirinya.

Berkesempatan bertemu dengan gadis yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur ini memberi kami kesempatan bertanya tentang kehidupanya selepas peristiwa hitam yang pernah melanda diriya tidak lama dahulu dan benarkah dia kini menjadi semakin anti kepada wartawan?

“Tidak, memang tak pernah pun dalam diri Melia ini ada sifat anti kepada mana-mana wartawan terutamanya kepada pengamal media baru, apatahlagi tidak pernah juga menaruh dendam terhadap mana-mana pihak terutamanya para wartawan yang memainkan isu yang lalu. Bagi Melia, ini semua dianggap sebagai salah faham dan yang lepas itu biarkan berlalu.”

“Walaupun perkara macam ni banyak memberi kesan yang negatif terhadap diri Melia dan juga family. Tapi ada juga side positifnya. Sejak timbulnya kes video lucah ni banyak tawaran berlakon yang diterima. Tapi kebanyakan watak tu diberi watak yang bersifat ganas dan seksual. Mungkin ini dari kes video tu la.” Jelasnya ketawa kecil

Walaupun akui kontroversi yang lepas memberi kesan terhadap watak yang sering ditawarkan kepadanya, namun jelas Melia lagi dia nyata bersyukur dengan rezeki yang telah dilimpahkan kepadanya.

“Memang syukur sangatlah bila masih ada lagi offer yang datang. Ini menunjukkan pihak penerbit tidak ragu ragu untuk ambil Melia berlakon. Begitu juga dengan Family. Bila dah tahu kebenaranya tentang penyebaran video tu, diorang tidak pernah menghalang Melia dari terus berada dalam industri ini. Cuma pesan mereka, lepas ni perlu lebih berhati-hati dengan siapa Melia berkawan dan jaga batas dalam setiap pergaulan. Itu je pesan family dekat Melia. Bagi Melia pula boleh je percaya dekat orang lain tapi ada batasnya.”


Ujar Melia juga kes sebegini tidak membuatkan ramai lelaki semakin cuba untuk menjauhkan dari dirinya, sebaliknya semakin ramai pula yang cuba mendekati.

“Cuma satu je yang Melia kesalkan sebab mereka mengenali Melia dengan satu perkara yang tidak baik. Sebab bila diorang tahu dan kenal Melia, ‘owhh ni budak perempuan bogel tu’.”

Mengulas perkembangan kerjayanya pula Melia memaklumkan yang kini dia banyak terlibat di belakang tadbir produksi, sekaligus menolak andaian yang dilemparkan kepadanya bahawa dia kini sedang bersembunyi akibat tertekan dengan tomahan masyarakat sekeliling.

“Insyallah tahun 2014 jika diizinkan Allah dan ada rezeki Melia akan buat ‘comeback’ dalam bidang yang diceburi ini nanti. Apa yang Melia harapkan masyarakat diluar sana agar sentiasa doakan yang terbaik buat diri Melia” Ujar Melia yang merupakan Juri Awam Bagi Program Bintang Mencari Bintang Minggu lepas.

-Buahmulut.com

Wednesday, June 26, 2013

Kenapa Kaum Cina Menjauhi Perhimpunan Black 505?

Kenapa Kaum Cina Menjauhi Perhimpunan Black 505?

Ramai yang mempersoalkan penyertaan kaum Cina yang amat hambar dalam himpunan Black505 Sabtu lalu. Sedangkan, sebelum ini merekalah yang menjuarai siri-siri himpunan Blackout di mana hampir 95% dari peserta adalah dari kaum itu.


Namun, entah kenapa dalam siri kemuncaknya iaitu Black505, hanya 4% dari kaum itu yang kelihatan.

Walaupun Lim Kit Siang turut berada di himpunan, tetapi nampaknya beliau tidak turut mengerah penyokong-penyokong DAP untuk turun. Atau mungkin juga arahan beliau sudah tidak lagi dipedulikan.

Sebenarnya, terdapat beberapa alasan yang menyebabkan kaum Cina menghindari himpunan Black505, selain mengelak jerebu.

Antaranya, kaum Cina baru sahaja tersedar bahawa Ketuanan Cina adalah angan-angan yang tidak masuk akal kerana mereka berada di bumi milik Melayu. Mereka juga baru sahaja tersedar bahawa keangkuhan mereka tidak akan membawa mereka ke mana-mana.

Oleh itu, mereka kini berada dalam keadaan terpinga-pinga sementara mencari titik ketenangan untuk mengatur langkah semula. Mereka sedang mencongak-congak untung rugi antara menyokong pembangkang dan juga kerajaan.

Walau apapun, yang pasti, mereka bukan mencari kebenaran tetapi hanya mengambilkira untung untuk mereka – bukan untuk negara.

Justeru, buat masa ini mereka melihat tiada untungnya menyokong pembangkang kerana PRU telah pun berlalu dan pembangkang telah kalah. Pilihan terbaik ialah memencilkan diri sementara.

Selain itu, kaum Cina juga gusar dengan serangan balas kaum Melayu melalui boikot barangan dan perniagaan mereka. Sekiranya mereka ‘menunjuk muka’ di himpunan Black505, ia pasti akan meningkatkan lagi sentimen permusuhan kaum Melayu terhadap mereka dan ini pasti akan lambat laun menjejaskan periuk nasi mereka.

Kaum Cina juga sebenarnya sudah mulai serik dengan Anwar. Keganasan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 masih lagi menghantui mereka.

Dalam himpunan yang dijanjikan akan berlaku secara aman itu, Anwar jelas telah mengarahkan peserta demonstrasi untuk merempuh halangan polis bagi mencetuskan rusuhan.

Kaum Cina pada ketika itu baru tersedar bahawa mereka telah ditipu oleh Anwar dan mula lari lintang pukang, enggan terlibat dalam keganasan.

Oleh itu, mereka tidak berani lagi untuk menyertai himpunan ‘aman’ anjuran Anwar di jalanraya.

Kaum Cina juga terkenal dengan hidup yang bertuhankan wang dan amat takut dengan kematian. Maka tidak hairanlah mereka enggan menyertai himpunan yang tidak mampu menjamin keselamatan diri dan nyawa mereka.

Lebih-lebih lagi apabila terdapat isyarat dari PAS untuk berjihad yang difaham mereka membawa makna ‘berperang sehingga mati’.

Nampaknya, niat Husam Musa untuk menaikkan semangat orang-orang PAS menyebabkan DAP pula yang kecut perut.

Akhir sekali, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa kaum Cina sudah merasai bahawa membantah PRU-13 adalah satu usaha yang sia-sia apabila semua pembohongan yang mereka cipta, iaitu mengenai ‘blackout’ mahupun pengundi hantu dari Sabah dan warga Bangladesh, telah terdedah luas.

Bertitik-tolak dari situ, semua rakyat kini tahu betapa kaum Cina begitu rasis dengan menyerang mereka yang berkulit gelap sebagai pengundi hantu.

Rakyat juga telah menyaksikan bagaimana jahatnya Red Bean Army dari kaum Cina menyebarkan penipuan, hasutan dan kebencian yang melampau-lampau.

Kesemua yang berlaku ini benar-benar mendedahkan sifat sebenar kaum Cina yang busuk hati sehinggakan isu kelemahan dakwat kekal juga tidak mampu membantu menutup segala taktik kotor mereka.

Justeru, tidak hairanlah jika kaum Cina malu untuk meneruskan bantahan terhadap keputusan PRU-13.

Berdasarkan semua fakta ini, maka kerana itulah Black505 hanya menyaksikan puak-puak tegar PAS dan PKR yang tidak mampu menganalisis fakta sahaja yang terkinja-kinja dan sanggup berkhemah di dalam jerebu demi suatu apa yang mereka sendiri tidak tahu.

-Mynewshub

Gadis Juara Tangkap Patin Tewaskan Peserta Lelaki

Gadis Juara Tangkap Patin Tewaskan Peserta Lelaki

Seorang gadis berusia 19 tahun menjadi wanita pertama memenangi pertandingan menangkap ikan menggunakan tangan di Oklahoma, Amerika Syarikat.


Gadis tersebut, Lucy Millsap menjuarai pertandingan itu selepas menangkap spesies ikan patin seberat 32.7 kilogram (kg) di Tasik Texoma baru-baru ini.

Dia memenangi wang tunai AS$1,500 (RM4,804) selepas menjuarai kategori ikan besar pada pertandingan tersebut yang disertai oleh 200 peserta.

“Ayah bertanya jika saya mahu menyertai kategori wanita, tetapi saya menjawab tidak, saya mahu mengalahkan peserta lelaki,” katanya dalam satu temu bual selepas pertandingan itu selesai.

Dikenali sebagai Festival Okie Noodling, pertandingan tersebut memerlukan peserta menyeluk lubang di dalam tasik yang menjadi sarang ikan itu.

Peserta kemudian akan menangkap ikan patin yang menyambar tangan mereka.

Acara tahunan yang menarik kehadiran beberapa ribu penonton itu dimulakan oleh seorang pembikin filem Oklahoma, Bradley Beesley bagi memperkenalkan sukan tersebut.

–Agensi

David Beckham Paling Sesuai Bawa Watak James Bond?

David Beckham Paling Sesuai Bawa Watak James Bond?

Isteri David Beckham, Victoria, menganggap bintang bola sepak itu menjadi tokoh paling sesuai membawa watak fiksyen James Bond.


Menurut bekas anggota kumpulan Spice Girls itu, Beckham layak menggantikan Daniel Craig apabila aktor terbabit bersara daripada membawa watak perisik terkenal berkenaan.

Bagaimanapun, Beckham, 38, mendedahkan dia tidak sependapat dengan pandangan Victoria.

Kata Beckham, dia bersahabat dengan beberapa aktor terkenal seperti Tom Cruise.

“Tetapi saya tidak fikir menjadi pelakon ada dalam perancangan saya.

“Saya tak pasti jika saya boleh berlakon dengan baik,” katanya.

Pengakuan itu dinafikan Victoria.

“Saya yakin anda akan menjadi aktor yang sangat baik.

“Saya rasa anda akan menjadi pelakon hebat.

“Watak yang sesuai untuk anda ialah James Bond!” katanya.

Sementara itu, Victoria berkata Beckham dan empat anak mereka Brooklyn, 14; Romeo, 10; Cruz, 8 dan Harper, 22 bulan tetap menjadi keutamaan walaupun sibuk dalam kerjayanya sebagai pereka fesyen.

“Apa saja yang saya lakukan, semuanya berlegar di sekitar Beckham dan anak-anak,” katanya.

-AP

Wanita Mempunyai Dua Kemaluan Berang Ditawar Berlakon Filem Dewasa

Wanita Mempunyai Dua Kemaluan Berang Ditawar Berlakon Filem Dewasa

Seorang wanita yang dilahirkan dengan dua saluran faraj dan mendapat perhatian industri filem lucah, tidak pernah terfikir untuk menerima sebarang watak dalam filem sebegitu.


Ketika muncul dalam rancangan televisyen awal minggu ini, Hazel Jones mendedahkan dirinya memiliki ‘uterus didelphys’, merujuk kepada keadaan dua rahim dan dua serviks.

Wanita berusia 27 tahun itu didekati syarikat Vivid Entertainment, sebuah syarikat produksi filem dewasa Amerika Syarikat.

Mengakui terkejut, wanita berambut perang berasal dari High Wycombe, menegaskan akan menolak sebarang tawaran seumpama itu.

Menurut rancangan This Morning, Jones memberitahu: “Saya tidak pernah terima apa-apa tawaran seperti itu mahu pun melakukannya pada masa depan. Jangan ganggu saya.”


Jones memberi reaksi itu selepas pengasas Vivid, Steven Hirsch, menulis sepucuk surat kepadanya menawarkan AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk membintangi satu daripada filemnya, lapor TMZ.com.

Dalam surat itu, Hirsch menulis: “Anda seorang wanita luar biasa dan saya mahu menjadikan anda seorang bintang untuk membintangi satu daripada produksi akan datang Vivid.

“Kami akan membayar anda sehingga AS$1 juta untuk perkhidmatan anda.”

Hirsch juga berjanji untuk membayar tambang dan kemudahan oleh kerana filem itu akan dilakukan di sini.



[Sumber]

Pengkhianat Polis Mengaku Amerika Syarikat Sokong Pencerobohan Lahad Datu

Pengkhianat Polis Mengaku Amerika Syarikat Sokong Pencerobohan Lahad Datu

Mahkamah Tinggi di sini Selasa diberitahu suara dalam dua perbualan telefon yang dipintas dikenal pasti sebagai suara anggota polis yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah.


Saksi kedua yang dilindungi itu berkata beliau mengecam suara Detektif Korporal Hassan Ali Basari dalam komunikasi yang dipintas sebelum ini di mana tertuduh memperkenalkan identiti dirinya.

Hassan dari Semporna dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Saksi berkenaan berkata pada 2 Mac tahun ini, Hassan dihubungi seorang lelaki Sabah pukul 7.37 malam untuk bertanyakan jika satu peperangan sudah berlaku dan Hassan mengiyakannya.

Saksi berkata menurut perbualan telefon yang diterjemahkannya itu, lelaki Sabah tersebut memaklumkan dia ada menghubungi Filipina dan mengatakan lebih 400 orang akan memasuki Sabah dari Bongao, Filipina.

Dalam perbualan telefon yang dipintas pada 3 Mac tahun ini, Hassan sekali lagi dihubungi lelaki Sabah terbabit pada pukul 9.28 pagi untuk memberitahu maklumat yang diperolehnya melalui internet mengatakan jumlah penceroboh mencecah angka ribu dan memerlukan sokongan kewangan yang banyak.

Menurut saksi itu, Hassan memaklumkan lelaki Sabah berkenaan, Amerika Syarikat menyokong pencerobohan itu, termasuk bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari.

Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Sabah Zulkifli Abd Aziz memberitahu mahkamah maklumat dalam pintasan komunikasi antara tertuduh dengan lelaki Sabah tersebut penting untuk keselamatan negara.

Ketika Zulkifli memegang jawatan Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 di Sabah, beliau berkata Hassan turut terlibat dalam risikan ancaman pengganas Sulu di Lahad Datu.

Katanya, tertuduh dipilih dalam tugas risikan ancaman pengganas Sulu kerana kebolehannya berbahasa Bajau dan Suluk dan mempunyai ramai kenalan dari kalangan suku kaum tersebut di Lahad Datu.

Beliau juga menafikan pernah menerima maklumat mengenai ancaman pengganas Sulu atau kegiatan keganasan di Kampung Tanduo, Lahad Datu oleh tertuduh.

Menurutnya, maklumat mengenai sebarang ancaman terhadap keselamatan negara yang diperoleh anggota polis Cawangan Khas di peringkat daerah perlu segera dilaporkan kepada ketua Cawangan Khas daerah.

Tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh, manakala Datuk Nordin Hassan mengetuai pihak pendakwaan.

Turut hadir isteri dan dua anak tertuduh.

-Bernama

Persoalan Telur Atau Ayam Terlebih Dahulu Wujud Akhirnya Terjawab

Persoalan Telur Atau Ayam Terlebih Dahulu Wujud Akhirnya Terjawab

Pertikaian sama ada ayam atau telur yang wujud terlebih dahulu telah menjadi persoalan yang paling berfalsafah dan ilmiah kepada manusia sejak berabad-abad lamanya.


Sekalipun manusia cuba mencari jawapan, namun persoalan tersebut masih terus tergantung tanpa jawapan yang pasti.

Ada mengatakan telur dahulu yang wujud di dunia ini, dan ada pula memberikan jawapan sebaliknya. Tetapi, kebanyakan hujah yang diberikan hanya berlandaskan kepada logik akal semata-mata tanpa sebarang pembuktian ilmiah.

Sejak sekian lama ia telah menjadi satu teka-teki misteri kepada manusia, kini persoalan itu akhirnya terjawab apabila sekumpulan saintis dari Eropah yang diketuai oleh Dr Colin Freeman dikatakan telah berjaya mengungkai teka-teki berkenaan melalui pemerhatian saintifik.

Jawapan yang diberikan ialah, ayam terlebih dahulu wujud di dunia ini.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, para penyelidik itu mendapati, pembentukan kulit telur bergantung kepada satu protein yang hanya boleh ditemui pada indung telur ayam.

Protein yang dikenali sebagai Ovocledidin -17 (0C-17) itu berfungsi sebagai 'katalis' untuk mempercepatkan pembentukan kulit telur. Dalam erti kata lain, telur hanya boleh wujud jika berada di dalam ayam.

Secara biologinya, cangkerang keras kulit telur adalah penting untuk memelihara kestabilan telur kuning dan telur putih. Justeru, pengkaji-pengkaji dari University of Sheffield, United Kingdom telah melakukan pemerhatian mendalam bagi mencari jawapan bagaimana pembentukan kulit telur berlaku.

Dengan menggunakan komputer berteknologi tinggi, para penyelidik cuba untuk mellhat sendiri proses pembentukan kulit telur ayam secara semula jadi.

Melalui sistem komputer yang dikenali sebagai HECTOR, saintis mendapati kewujudan protein OC-17 adalah penting dalam memulakan 'kritalisasi' atau tahap awal penciptaan kulit telur.

Protein tersebut akan mengubah kakium karboThat menjadi Kristal kalsit yang membe.ntuk kulit telur. Sebagai perbandingan, Kristal kalsit ini juga sebenarnya wujud di dalam tulang dan tempurung, namun ianya terbentuk lebih cepat di dalam ayam.

Dalam setiap pusingan 24 jam, ayam mampu untuk menghasilkan enam gram kulit telur.

Menurut Dr. Colin, jika sebelum ini ada pihak yang menganggap kewujudan telur mendahului ayam, ternyata pembuktian saintifik telah memberikan jawapan sebaliknya. Melalui pemerhatian secara jeli, saintis dapat melihat sendiri bagaimana protein tersebut memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kulit telur ayam.

Justeru, ia secara sahih telah memberikan jawapan bahawa telur tidak mungkin wujud dengan sendiri tanpa bantuan protein yang terdapat di dalam tubuh seekor ayam.

Menurut Dr. Colin lagi, dengan memahami cara seekor ayam membuat kulit telur, ia bukan sekadar untuk memberikan jawapan kepada teka-teki yang menjadi misteri selama ini, tetapi secara tidak langsung turut memberi petunjuk tentang suatu bahan baru kepada manusia.

Penemuan bersejarah itu telah diterbitkan dalam jurnal saintifik yang bertajuk 'Structural Control of Crystal Nuclei by an Eggshell Protein'.

Jika ayam dikatakan terlebih dahulu wujud daripada telur, maka dari mana pula ayam berasal?

Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan?

-SP

Saya Halalkan Hutang RM5,000 Shahz Jaszle - Neelofa

Saya Halalkan Hutang RM5,000 Shahz Jaszle - Neelofa

Tidak berniat mahu memanjangkan isu hutang pelakon Shahz Jaszle terhadapnya, pelakon dan pengacara, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor akui sudah pun menghalalkan hutang sebanyak RM5,000 kepada aktor tersebut.


Neelofa berkata, hutang sebanyak iyang dibuat oleh Shahz Jaszle sejak 2 tahun lalu itu telah didiamkan begitu sahaja oleh aktor tersebut selepas mereka tidak berhubung sejak lebih setahun yang lalu.

“Memang dia ada berhutang dengan saya dengan jumlah wang yang sebanyak itu tetapi ianya sudah berlalu sejak tahun lalu. Selepas itu kami tidak bercakap atau berhubung, jauh sekali berjumpa di dalam set penggambaran bersama.

(Baca: Panas! Skandal Shahz Jaszle Dan Neelofa Pula!)

“Senang kata kami lost contact atau tidak berhubung lebih setahun, malah dia juga tidak ada menghubungi saya pun untuk membayar balik hutang itu. Bila perkara ini diketahui umum, saya pun tidak mahu memperbesarkannya lagi dan saya halalkan sahaja hutangnya itu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Neelofa diminta mengulas mengenai isu hutang tersebut selepas sebuah artikel daripada Murai Batu yang mengatakan bahawa pelakon wanita itu mahu menuntut hutang berkenaan daripada Shahz Jaszle.

Meskipun Neelofa sudah menghalalkan hutangnya itu, namun pelakon filem Azura ini memberitahu dia masih terima jika Shahz Jaslze masih mahu membayarnya.

“Jika dia tidak mahu membayarnya saya boleh sahaja halalkannya kerana tidak mahulah ianya menjadi kecoh begini. Tetapi jika dia mahu membayarnya, tangan saya terbuka luas untuk menerimanya,” jelasnya lagi.

Mengenai perkembangan terbarunya, Neelofa bakal menjalani penggambaran sebuah filem arahan Kabir Bhatia bersama pelakon Sharnaaz Ahmad menjelang bulan ramadan ini.

-Murai

Kelab Eksklusif Yang Unik Dan Pelik Diseluruh Dunia

Kelab Eksklusif Yang Unik Dan Pelik Diseluruh Dunia

Info Unik. Info Pelik. Masyarakat di seluruh dunia ada yang memilih untuk tinggal di beberapa tempat unik, aneh dan ekstrem, misalnya bandar di dasar gunung berapi.

Setenil de las Bodegas, Sepanyol dihuni kira-kira 3,000 
orang penduduk yang tinggal di bawah bongkah batu.

Setenil de las Bodegas, Sepanyol juga salah satu lokasi unik itu.

Ironinya, bandar tersebut kelihatan seperti bandar yang telah dilanggar oleh meteor besar.

Tanggapan itu boleh dibuat kerana kira-kira 3,000 orang di Setenil de las Bodegas tinggal di bawah bongkah batu.

Luas bandar itu ialah 82 kilometer persegi dan terletak di wilayah Cadiz, timur laut Sepanyol.

Bandar itu dibina sepanjang jurang yang terbentuk akibat hakisan air Sungai Trejo Rio.

Namun, bukan sekadar Setenil de las Bodegas menjadi bandar yang eksentrik di dunia.

Antaranya ialah Mezhgorye yang merupakan sebuah kota tertutup di Rusia yang terletak di Gunung Yamantaw didirikan pada tahun 1979 pada ketinggian 1,640 meter.

Bandar itu pernah didakwa Amerika Syarikat sebagai lokasi pembuatan senjata nuklear sehingga ia diawasi oleh satelit pada tahun 1990.

Namun, bekas negara komunis itu mendakwa Mezhgorye sebuah bandar khusus untuk aktiviti perlombongan.

Dahulunya, ia dikenali dengan nama pelik iaitu Ufa-105 dan Belorefsk-16.

Selain itu, negara yang dipimpin oleh Presidennya, Vladimir Putin itu mempunyai laluan keretapi bawah tanah iaitu Moscow Metro-2.

Moscow Metro-2 merupakan sistem pengangkutan bawah tanah terbesar di dunia yang dibina semasa era pemerintahan pemimpin komunis terkenal, Joseph Stalin.

Kewujudan kota itu dirahsiakan kerana untuk memasukinya boleh menyebabkan seseorang ditahan pihak polis.

Namun, peneroka terowong bawah tanah yang dikenali dengan panggilan Eugin itu telah beberapa kali menceroboh tempat itu.

Katanya, tempat itu merupakan kawasan laluan kereta api bawah tanah yang mungkin digunakan untuk mengangkut trak dan kereta kebal tentera pada era Perang Dunia Kedua.

"Namun, lokasi itu kini turut digunakan oleh atlet sukan ekstrem lelaki atau perempuan untuk menguji tahap kecergasan mereka.

"Laluan kereta api itu tidak lagi digunakan sekarang," ujarnya.

Ironinya, Taman Tema Disneyland dikenali sebagai hab hiburan untuk kanak-kanak mahupun dewasa turut mempunyai sebuah kelab khas iaitu Club 33.

Kuil Ise Grand Shine dirobohkan dan dibina semula setiap 20 tahun.

Kelab itu cukup eksklusif sehingga ahli-ahlinya dikenakan yuran tahunan sehingga mencecah RM40,000.

Tidak semua orang boleh diterima untuk menjadi ahli walaupun si pemohon mempunyai banyak wang kerana proses permohonannya sebelum diluluskan boleh mengambil masa sehingga 10 tahun. Bayaran yuran keahliannya pula melebihi RM100,000.

"Saya menggemari kelab itu walaupun terpaksa menunggu sehingga 10 tahun sebelum diterima menjadi ahli," kata seorang ahli Club 33 yang bernama Michael.

Selain itu, identiti berapa orang ahli kelab tersebut juga tidak didedahkan.

Kira-kira 800 individu yang masih dalam senarai menunggu untuk menjadi ahli kelab tersebut.

Selebriti Hollywood yang dikatakan menjadi ahli kelab itu ialah Tom Hanks, Michael Jackson, Christina Aguilera dan Elton John.

Lain pula di Kelab White's yang terdapat di London, England.

Mula dibina pada tahun 1963 oleh Francesco Bianco, kelab itu diasaskan untuk pencinta minuman coklat panas.

Namun, ia kemudian menjadi tempat eksklusif dan terkenal dengan permainan judinya yang aneh, seperti ahlinya yang bertaruh sebanyak RM9,000 hanya untuk meneka titisan pertama air hujan.

Mereka yang ingin mendaftar keahlian hanya akan diterima sekiranya dipersetujui oleh dua anggota yang lain.

Malah, kelab itu tidak menerima wanita untuk menjadi ahli.

Negara yang mendapat jolokan Negara Matahari Terbit Jepun pula mempunyai sebuah kuil Ise Grand Shrine yang berusia beratus-ratus tahun.

Kuil itu juga didakwa menyimpan beberapa dokumen sulit mengenai negara itu. Ia dirobohkan setiap 20 tahun sekali sebelum dibina semula.

Tempat itu merupakan kawasan larangan untuk orang awam kecuali mereka yang pernah menjadi pemimpin atau maharaja Jepun.-Kosmo