Wednesday, August 16, 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (16 Ogos)

Tarikh 16 Ogos merupakan hari ke-228 (hari ke-229 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 137 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Elvis Presley

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kanak-Kanak di Paraguay.

Peristiwa

1777 - Perang Revolusi Amerika: Tentera British dan Jerman Brunswick ditumpaskan dalam Pertempuran Bennington di Walloomsac, New York.

1819 - Pasukan berkuda menyerbu ke khalayak ramai, menukar perhimpunan umum menuntut perubahan politik di Manchester, England menjadi Pembunuhan Peterloo (gambar).

1896 - Satu kumpulan yang diketuai Skookum Jim Mason menemui emas berhampiran Dawson City, Yukon, Kanada, memulakan Kerubut Emas Klondike.

1929 - Pertikaian berpanjangan antara Muslim dan Yahudi terhadap capaian ke Tembok Meratap di Baitulmuqaddis meruncing menjadi rusuhan di seluruh Palestin.

1954 - Jilid 1 majalah sukan Sports Illustrated diterbitkan.

1960 - Joseph Kittinger turun dengan payung terjun dari sebuah belon di New Mexico pada 31,330 m, satu rekod untuk terjunan altitud-tinggi, ketinggian jatuhan bebas dan kelajuan terpantas manusia tanpa mesin.

1960 - Kemerdekaan Cyprus daripada United Kingdom.

1962 - Kumpulan The Beatles memecat Pete Best dan menggantikannya dengan Ringo Starr.

2008 - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt memecahkan rekod Olimpik serta dunia dan memenangi pingat emas acara pecut 100-meter Olimpik dengan catatan masa 9.69 saat.

2013 - Ecuador mengumumkan akan membuka semula Taman Negara Yasuni kepada penggerudian minyak, menamatkan inisiatif enam tahun melindungi hutan hujan di situ.

Kelahiran

1913 - Menachem Begin, Perdana Menteri Israel ke-6.

1951 - Umaru Yar'Adua, seorang Presiden Nigeria.

1958 - Madonna, pemuzik, pelakon dan penghibur dari Amerika Syarikat.

Kematian

1977 - Elvis Presley, penyanyi A.S.

1979 - John Diefenbaker, Perdana Menteri Kanada Ke-13.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Ogos)

sumber: wikipedia

Tuesday, August 15, 2017

Anak Lahir Kurang 6 Bulan Boleh Bin Binti Kepada Suami Ibunya

Anak Lahir Kurang 6 Bulan Boleh Bin Binti Kepada Suami Ibunya

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;

Bin Binti Suami Ibu

“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.”

Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud Fatwa

Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya.

Senario

Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut.

Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup.

Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga.

Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat.

Antara Asas Alasan

Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi SAW, “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi SAW apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah.

Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah.

Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.

Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda, “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut).”

Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah SAW memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.

Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi SAW yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas.

Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga.

Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya.

Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi, “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

NAMUN: Keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Kebaikan Fatwa Ini
  • Menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.
  • Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan.
  • Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Kesannya

Pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah.

Yang benar,
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

BACA INI JUGA:

sumber: drmaza

Punca Mata Pedih Dan Gatal, Simptom Dan Rawatannya

Punca Mata Pedih Dan Gatal, Simptom Dan Rawatannya

Pernahkah anda mengalami situasi mata tiba-tiba berair sangat pedih, perih dan gatal seperti tidak dapat ditahan-tahan?

Punca Mata Pedih Dan Gatal

Hampir beberapa minit melalui situasi sebegini di samping sesekali dititikkan cecair pelembap mata, ia benar-benar merimaskan.

Petanda dan gejala begini sebenarnya merupakan petanda awal masalah kekeringan mata yang terjadi apabila mata gagal mengawal air mata yang cukup dan acap kali dialami oleh individu yang berusia 40-an ke atas khususnya wanita.

Gejala mata kering, pedih dan gatal ini bukan sahaja merimaskan, tetapi turut menjejaskan beberapa aktiviti seperti menggunakan komputer atau membaca untuk tempoh masa yang panjang.

Bahkan, ia boleh mendatangkan bahaya terutama apabila sedang memandu bila mana situasi ini mengganggu penglihatan.

Jenis-jenis mata pedih

Lapisan air mata terdiri daripada tiga lapisan lain. Ini termasuk lapisan air mata sebenar (bahagian tengah), lapisan lemak (paling luar) dan lapisan mukus (paling dalam).

Apabila masalah mata kering berlaku, ini bermakna ada yang kurang pada salah satu daripada komponen tersebut.

Ketiga-tiga lapisan ini memiliki kelenjarnya sendiri dan kebanyakannya berada pada kelopak mata.

Lapisan lemak merembes oleh kelenjar meibomian. Air mata pula oleh kelenjar lacrimal, manakala lapisan mukus dikeluarkan oleh sel goblet.

Jika salah satu daripada kelenjar ini rosak ataupun tercedera, fungsinya untuk merembeskan lapisan tersebut akan terjejas dan terhenti.

Kekurangan pada lapisan lemak dan mukus jarang berlaku dan selalunya kerosakan berlaku pada kelenjar lacrimal yang mengeluarkan air mata sebenar.

Ia mudah rosak disebabkan kemalangan serta infeksi mata yang teruk dan lama. Semua kelenjar pada mata adalah sensitif.

Mata kering boleh dikaitkan dengan:
  • Radang permukaan mata, kelenjar lacrimal atau konjunktiva.
  • Mana-mana proses penyakit yang mengubah komponen air mata.
  • Peningkatan dalam permukaan mata seperti dalam penyakit tiroid apabila mata menonjol ke hadapan.
  • Penyakit kulit pada atau sekitar kelopak mata.
  • Pembedahan kosmetik, jika kelopak mata dibuka terlalu meluas.

Selain faktor genetik, mata kering turut berkaitan dengan proses penuaan. Wanita yang sudah hampir, sedang ataupun telah menopaus turut berkemungkinan mengalaminya.

Individu yang telah ataupun baru berhadapan dengan masalah mata kering juga akan lebih sensitif pada angin dan pendingin hawa. Ia juga boleh berlaku di kalangan wanita yang hamil.

Simptom Mata Pedih Dan Gatal
  • Rasa pedih atau panas.
  • Terasa seperti berpasir atau seolah-olah ada sesuatu di dalam mata.
  • Air mata merembes berlebihan dalam tempoh berterusan.
  • Sakit dan mata kemerahan.
  • Penglihatan kabur.
  • Kelopak mata terasa berat.
  • Gatal.
  • Banyak mengeluarkan tahi mata.

Rawatan mata pedih

Daripada segi rawatan, ia bergantung pada punca-punca mata kering. Biasanya doktor akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk melegakan gejala ini.

Sebenarnya, terdapat pelbagai kaedah untuk mengenal pasti mata kering. Antaranya termasuk menggunakan pewarna. Apabila pewarna dititiskan ke dalam mata, warna air mata akan berubah.

Menerusi warna biru, lapisan mata akan kelihatan. Pesakit biasanya diminta mengerdipkan mata beberapa kali agar doktor dapat melihat berapa lama tempoh lapisan air mata itu tidak pecah. Ini dikenali sebagai ‘tear breakup time’.

Selain itu, ujian Schirmer juga boleh dilakukan. Dalam ujian ini, dua kertas kecil akan diletakkan pada bucu mata.

Masalah mata kering dapat dilihat menerusi berapa jauh kertas itu basah. Kertas tersebut hanya basah sedikit sahaja kalau individu terbabit berhadapan dengan masalah mata kering.

Jika menggunakan ujian ‘marginal tear strip’, kita akan nampak ada satu lapisan air mata macam bertakung. Jadi, kita kena lihat ketebalannya.

Kalau air mata kering, ia akan nampak nipis. Masalah mata kering boleh dikenal pasti menerusi ujian-ujian tersebut serta simptom yang kelihatan.

Tidak ada banyak kaedah untuk merawat mata kering lazimnya, individu yang bermasalah akan diberikan ‘air mata palsu’ berbentuk ubat titis.

Ia boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk kepekatan. Ada yang begitu likat dan ada yang amat cair. Ghalibnya, ia akan diberikan kepada pesakit berdasarkan keperluannya.

Air mata palsu ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti jeli. Biasanya ia diberikan secara kombinasi. Pesakit juga akan sentiasa bergantung dengan ubat. Selalunya kalau sudah ada masalah mata kering, ia jarang boleh pulih.

Walau bagaimanapun, pembedahan boleh dilakukan seandainya tahap kekeringan mata begitu kritikal.

Jika air mata terlampau kering, saluran keluar air mata (drainage duct) boleh ditutup menerusi pembedahan. Dengan ini, air mata dapat ditakung supaya mata tidak kering sementara air mata lain merembes.

Selain itu, memakai cermin mata atau cermin mata hitam yang sesuai berhampiran dengan muka atau yang mempunyai perisai sisi, boleh membantu memperlahankan penyejatan air mata daripada permukaan mata.

Di samping itu, elakkan keadaan kering bagi membolehkan mata anda berehat apabila melakukan aktiviti yang memerlukan anda menggunakan mata untuk jangka masa yang lama. Guna cecair titis mata semasa menjalankan tugas-tugas ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ubat Hospital Yang Menyebabkan Mati Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin

sumber: nona

5 Fakta Menarik Sukan SEA 2017 Yang Anda Patut Tahu

5 Fakta Menarik Sukan SEA 2017 Yang Anda Patut Tahu

Pelbagai persediaan telah dilakukan bagi memastikan Sukan SEA ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN ke-9 dari 17 hingga 23 September 2017 ini berjalan lancar.

Bersama 404 acara yang dipertandingkan, tambah keterujaan anda dengan 5 fakta menarik ini.

1. Maskot Rasmi

RIMAU

Spesies Harimau Malaya diangkat sebagai maskot acara ini dan diberi nama RIMAU, singkatan kepada Respect (Hormat), Integrity (Berwibawa), Move (Tangkas), Attitude (Pesimis) dan Unity (Bersatu).

2. Wau Bulan Logo Rasmi

Wau Factor

Wau Bulan dipilih sebagai logo, "Wau Factor" pula merujuk kepada 13,000 sukarelawan terpilih dengan 9,000 terbabit dalam Sukan SEA manakala 4,000 dalam Sukan Para ASEAN 2017.

3. Video Iklan Rasmi Sukan SEA 2017

Sebuah filem iklan rasmi KL2017 berjudul “It Takes A Nation To Raise A Champion” atau “Bersama, Kita Lahirkan Juara” arahan Quek Shio Chuan turut dihasilkan. Filem iklan ini boleh ditonton di Saluran Rasmi Kuala Lumpur 2017 (Kuala Lumpur 2017 Official Channel) di YouTube dan aplikasi rasmi “KL2017” di telefon pintar yang boleh didapati melalui iOS dan Android.

4. Penganjur Pertama

Malaysia pernah menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN pertama pada tahun 2001, Malaysia sekali ini menjadi tuan rumah Sukan Para Asean ke-9 tahun ini, yang pertama selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015.

5. Jumlah Atlet

Kontinjen Malaysia

Daripada 4,888 atlet menyertai Sukan SEA tahun ini, 874 adalah kontinjen Malaysia!

Apa tunggu lagi! Libatkan diri dan mainkan peranan anda sebagai tanda sokongan kepada atlet Negara.

Dapatkan tiket ke acara pembukaan dan penutup yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

BACA INI JUGA: Sejarah Penganjuran Sukan SEA

sumber: era

Rakyat Malaysia Ketiga Paling Pemalas Di Dunia?

Rakyat Malaysia Ketiga Paling Pemalas Di Dunia?

Berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat oleh penyelidik di Universiti Stanford, Amerika Syarikat, baru-baru ini, rakyat Malaysia secara purata berjalan atau bergerak 3,963 langkah sehari.

Rakyat Ktiga Paling Pemalas

Kajian berkenaan yang dibuat menggunakan aplikasi khusus pada telefon pintar merekodkan pergerakan kira-kira 700,000 orang dari 46 negara di seluruh dunia.

Projek yang dipimpin oleh Profesor Scott Delp itu pada asalnya memberi fokus kepada isu obesiti, tetapi akhirnya bertukar kepada isu malas.

Dalam kata lain, jumlah purata langkah yang dibuat oleh penduduk atau rakyat di sesebuah negara kajian itu dijadikan ranking kemalasan negara berkenaan.

Maka, berdasarkan kaji selidik di 46 negara berkenaan, penduduk Hong Kong yang secara puratanya dikatakan berjalan dan bergerak sebanyak 6,880 langkah sehari dianggap negara yang mempunyai rakyat paling rajin di dunia. Ini diikuti China di mana purata rakyatnya melangkah 6,189 tapak sehari.

Dalam kalangan negara ASEAN, Singapura di kedudukan kesembilan apabila rakyatnya dikatakan melangkah 5,674 tapak sehari.

Bagi negara maju, Jepun di nombor 4 (6,010 langkah), United Kingdom (12 dengan 5,444 langkah), Australia (28 dengan 4,941 langkah) dan Amerika Syarikat di nombor 30 dengan 4,774 langkah.

Bagaimana pula dengan negara kita? Mengikut kajian universiti tersohor di California itu, dengan purata 3,963 sehari, Malaysia diletak jauh di kedudukan hampir corot, iaitu di ranking ke-44.

Dua negara di bawah kedudukan Malaysia adalah Arab Saudi (3,807 langkah) manakala kajian itu telah menobatkan Indonesia sebagai negara paling pemalas di dunia dengan purata rakyatnya hanya berjalan 3,513 langkah sehari.

Maka secara rasminya, berdasarkan kajian itu, negara kita kini adalah negara ketiga paling pemalas di dunia!

Terus terang, saya tiada masalah dengan kajian ini. Saya juga tidak berniat untuk menyanggah dapatan atau hasil daripada kaji selidik yang dikatakan dibuat secara begitu menyeluruh membabitkan 700,000 responden, terperinci dan amat saintifik itu.

Yang menjadi kemusykilan saya adalah kajian berkenaan hanya dibuat terhadap rakyat di 46 negara sedangkan realitinya ada 196 negara yang berdaulat di muka bumi ini. Ini bermakna ada 150 negara lagi di mana rakyatnya tidak dijadikan bahan kaji selidik ini.

Kajian ini hanya dijalankan di 25 peratus negara (46) di seluruh dunia manakala hasil kajian atau dapatannya pula dianggap mewakili seluruh dunia dengan menobatkan rakyat Hong Kong, China dan Ukraine sebagai kelompok manusia paling tidak pemalas di dunia manakala rakyat Indonesia, Arab Saudi dan Malaysia diberi kedudukan sebagai makhluk paling pemalas di muka bumi ini. Adilkah?

Benua Afrika yang mempunyai 54 negara, tetapi hanya membuat kaji selidik di Mesir dan Afrika Selatan, manakala bagi benua Amerika Selatan, hanya Chile dan Brazil yang dibuat kajian, sedangkan benua itu mempunyai 12 negara.

Saya boleh terima jika kajian ini menjurus kepada kaitan antara jumlah purata langkah dengan tahap obesiti atau kecergasan dan kecerdasan rakyat di sesebuah negara berkaitan.

Maknanya, semakin tinggi atau banyak purata langkah dibuat setiap hari, maka semakin rendah kadar obesiti di sesebuah negara itu.

Contohnya, dengan purata 6,880 langkah sehari, purata penghidap obesiti di Hong Kong jauh lebih rendah berbanding penghidap obesiti di Malaysia.

Tetapi mengaitkan jumlah kita berjalan atau melangkah dengan ‘kemalasan’ rakyatnya adalah amat pelik dan sukar diterima akal.

Tiada jaminan bahawa manusia yang banyak berjalan adalah lebih rajin dan produktif berbanding mereka yang kurang berjalan.

Tukang jahit atau pekerja kilang yang kerjanya hanya duduk atau berdiri di sesuatu tempat selama berjam-jam tentunya lebih rajin daripada seseorang yang hanya berjalan ke hulu ke hilir sehari suntuk tanpa menghasilkan sesuatu.

Menggunakan analogi kurang melangkah bermakna orang itu pemalas, maka seorang nelayan yang hanya duduk di sampan sepanjang hari menjala ikan itu adalah lebih pemalas berbanding seorang penoreh getah yang perlu bergerak berpuluh kilometer setiap pagi dari satu pokok ke pokok yang lain?

Sebenarnya ada banyak sebab mengapa rakyat di sesebuah negara itu lebih banyak melakukan aktiviti berjalan berbanding dengan negara lain.

Negara-negara seperti Hong Kong, Singapura dan Jepun mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang sangat meluas dan sempurna, menjadikan rakyat negara itu perlu lebih banyak berjalan terutama dari kediaman mereka ke stesen kereta api atau bas dan dari stesen pengangkutan berkenaan ke pejabat atau tempat kerja mereka.

Faktor harga kenderaan persendirian yang tinggi seperti di Singapura juga menyebabkan ramai rakyatnya lebih memilih menggunakan pengangkutan awam.

Selain itu, Singapura, Hong Kong dan kota-kota besar seperti London, Sydney dan New York juga memang sudah terkenal sebagai kota raya yang mesra dengan pejalan kaki dan mempunyai rangkaian kemudahan untuk pejalan kaki yang begitu baik, bersih dan selamat.

Berbeza dengan Malaysia atau Indonesia di mana sistem pengangkutannya masih belum begitu menyeluruh dan sempurna, maka lebih banyak rakyatnya menggunakan kenderaan sendiri seperti kereta atau motosikal untuk ke tempat kerja.

Ini tentu sekali akan mengurangkan aktiviti berjalan atau melangkah bagi penghuninya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Rakyat Paling Pemalas Di Dunia

sumber: hmetro

5 Atlet Paling Cantik Di Malaysia

5 Atlet Paling Cantik Di Malaysia

Setiap kali acara sukan ini dipertandingkan, pasti seluruh tumpuan akan diberikan kepada atlet-atlet yang berjuang memburu pingat.

Kami senaraikan 5 atlet dan bekas atlet Malaysia paling cantik dan jelita yang sentiasa menjadi bualan ramai peminat.

1. Farah Ann

Farah Ann

Gimnas negara ini pernah menjadi bualan hangat netizen bukan sahaja kerana memilik paras rupa yang jelita, malah pakaiannya ketika beraksi di arena gimnastik juga menjadi perdebatan netizen.

2. Suzanna Ghazali Bujang

Suzanna Ghazali Bujang

Pemenang pingat emas Sukan Sea 2001 Kuala Lumpur ini lantas mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana memilik paras rupa yang menawan.

Disebabkan kecantikanya itu, Suzana pernah terpilih sebagai duta barangan kemas Habib Jewels dan juga cokelat Cadbury.

3. El Regina Tajudin

El Regina Tajudin

Siapa yang dapat melupakan kejelitaan atlet negara yang pernah mengharumkan nama negara pada temasya Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 ini.

Berbekalkan wajah yang jelita serta liuk lentok badannya mempamerkan aksi lincah pada ketika itu sehingga berjaya memberi pingat emas buat Malaysia.

4. Fadzlun Abbas

Fadzlun Abbas

Bekas atlet bola jaring ini memiliki ketinggian 180 sentimeter lantas melayakkan beliau bergelar seorang peragawati selepas bersara dari bidang sukan.

Wajah Melayunya yang eksotik sering menjadi pilihan pereka fesyen serta majalah fesyen tempatan.

Malah beliau pernah berjalan di pentas peragaan di Kota New york.

5. Nik Nur Azura

Nik Nur Azura

Siapa yang tidak mengenali atlet balapan yang jelita ini. Kecantikan wajahnya sering menjadi bualan selain pencapaian cemerlangnya di trek balapan.

Bekas pelari pecut 100 dan 200 meter ini pernah disebut sebagai pengganti ratu pecut negara, G Shanti pada awal pembabitannya.

Azura juga pernah bertugas sebagai penyampai radio selama 2 tahun.

Cantik kan?

BACA INI JUGA:

sumber: suria

Watak Komik Mat Despatch Inspirasi Kisah Benar

Watak Komik Mat Despatch Inspirasi Kisah Benar

Tahukah anda watak-watak komik terkenal Mat Despatch yang sudah hampir 20 tahun menghiburkan peminat-peminatnya diinspirasi daripada watak sebenar?

Mat Despatch

Selama hampir 20 tahun juga, perkara ini tidak diketahui oleh pembaca setianya, sehinggalah salah seorang watak daripada komik itu mengucapkan takziah di atas pemergian pelukis asal Lengkuas yang menghembuskan nafas terakhir.

Caron iaitu watak setiausaha dalam komik berkenaan telah mengesahkan perkara itu ketika memuat naik ucapan tersebut di laman Facebook Allahyarham Lengkuas dan ia mendapat reaksi pelbagai daripada peminat Mat Despatch.

Caron How Choy Sim memecah rahsia itu dengan berkata bahawa wataknya dalam komik berkenaan tidak akan sama lagi tanpa Allahyarham.

Lantas Caron dihujani pelbagai persoalan daripada peminat Lengkuas yang turut bertanyakan mengenai kesahihan watak bos dalam komik itu iaitu Zainol.

“Ya, Zainol wujud, tetapi ejaan sahaja berlainan,” kata Caron ketika menjawab salah satu komen peminat Lengkuas.

Mat Despatch

Caron How Choy Sim memecah rahsia itu dengan berkata bahawa wataknya dalam komik berkenaan tidak akan sama lagi tanpa Allahyarham.

Mat Despatch

Caron dihujani pelbagai persoalan daripada peminat Lengkuas yang turut bertanyakan mengenai kesahihan watak bos dalam komik itu iaitu Zainol.

Mat Despatch

Caron iaitu watak setiausaha dalam komik berkenaan telah mengesahkan perkara itu ketika memuat naik ucapan takziah di laman Facebook Allahyarham.

Kisah Mat Despatch berkisar ragam di pejabat di mana watak utamanya Mat, seorang penghantar surat, sering mengusik rakan-rakan termasuklah bosnya.

Paling mencuit hati adalah apabila watak Mat itu dijadikan sebagai seorang yang sangat selamba dan sering meminta RM2 daripada bosnya.

Pelukis komik Mat Despatch, Lengkuas meninggal dunia

Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh merupakan salah seorang pelukis utama bagi majalah Ujang yang sangat terkenal sekitar tahun 90an.

Beliau meninggal dunia pada usia 53 tahun akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang.

Allahyarham berpengalaman berkarya lebih 30 tahun.

Al-Fatihah.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Ogos)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (15 Ogos)

Tanggal 15 Ogos merupakan hari ke 227 (hari ke 228 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 138 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

TrES-2b
TrES-2b.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kemenangan ke atas Jepun (1945), Hari Pembebasan di Korea (1945), Hari Kemerdekaan di India (1947) dan Congo (1960), Pembanjiran Nil di Mesir dan Perayaan Kenaikan, Perayaan Tidur dalam Kristian.

Peristiwa

778 - Tentera Frank yang diketuai Roland tewas kepada Basque, seperti yang diceritakan semula dalam epik Perancis Lama La Chanson de Roland.

1281 - Serangan Mongol terhadap Jepun: Armada Mongol Kublai Khan dihancurkan oleh "angin dewa" buat kali kedua.

1511 - Afonso de Albuquerque menawan Kesultanan Melayu Melaka, memberikan Portugal kawalan terhadap Selat Melaka, laluan penting perdagangan laut antara China dan India.

1534 - Ignatius dari Loyola dan enam lagi mengangkat sumpah yang memulakan Societas Iesu di Montmartre, Paris.

1914 - Terusan Panama dibuka untuk laluan, mewujudkan jalan pintas dari Lautan Pasifik ke Lautan Atlantik melalui Segenting Panama.

1945 - Gyokuon-hōsō tersiar di Jepun, mengisytiharkan penyerahan tanpa syarat tentera Jepun, mengakhiri Perang Dunia Kedua.

1947 - Raj British dibahagikan kepada dua negara berdaulat: Kesatuan India dan Dominion Pakistan.

1948 – Republik Korea ditubuhkan dengan Syngman Rhee sebagai presiden pertama.

1969 – Perayaan Muzik dan Kesenian Woodstock di Bethel, New York bermula.

1975 – Ketua pengasas Bangladesh, Sheikh Mujibur Rahman dan kebanyakan keluarganya dibunuh dalam satu rampasan kuasa tentera.

2007 – Satu gempa bumi bermagnitud 8.0 di luar pantai Pasifik memusnahkan Ica dan wilayah lain di Peru.

2008 – Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal.

2011 – Ahli astronomi mengumumkan yang TrES-2b memiliki albedo terendah diketahui antara semua planet, memantulkan kurang 1% cahaya yang jatuh padanya.

2013 – NASA menyatakan teleskop angkasa Kepler tidak dapat dibaiki, secara rasmi mengakhiri misi utamanya.

2013 – Institusi Smithsonian mengumumkan penemuan olinguito, spesies carnivora baharu pertama di Amerika sejak 35 tahun.

Kelahiran

1993 - Alex Oxlade-Chamberlain, bekas pemain bola sepak Arsenal F.C.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (14 Ogos)

sumber: wikipedia

Monday, August 14, 2017

Usain Bolt Bersara, Ucap Selamat Tinggal Dunia Olahraga

Usain Bolt Bersara, Ucap Selamat Tinggal Dunia Olahraga

Usain Bolt meluahkan dirinya sedih tetapi dalam masa yang sama teruja untuk mengucapkan selamat tinggal kepada olahraga dan menyifatkan prestasi mengecewakan pada kejohanan dunia 2017 tidak akan mengubah pencapaian kariernya.

Usain Bolt Bersara
Usain Bolt menerima cenderahati pada majlis perpisahan di Stadium London.

Bolt menutup tirai kecemerlangan kariernya dengan penuh dramatik apabila mengalami kekejangan hamstring di pertengahan larian acara 4x100m berganti-ganti.

Ini bermakna perlumbaan kompetitif terakhir Bolt berakhir tanpa sebarang pingat selepas sekadar meraih gangsa dalam acara 100m di belakang dua atlet Amerika, Justin Gatlin, yang sebelum ini pernah dua kali digantung kerana doping dan Christian Coleman.

"Beberapa hari ini memang sukar," kata Bolt, 30.

"Saya sentiasa cuba pamerkan yang terbaik 100 peratus dan mahu buat larian yang bagus. Saya sedih untuk beredar pergi. Saya tidak fikir satu kejohanan akan mengubah apa yang saya lakukan dalam sukan ini."

Presiden Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF), Sebastian Coe sering menyamakan Bolt dengan legenda tinju Amerika, Muhammad Ali yang mana menggambarkan pemegang rekod dunia itu bukan saja cemerlang dalam arena sukan diceburi malah juga daripada aspek personaliti di luar trek.

"Saya masih ingat selepas tewas dalam 100m, seseorang berkata kepada saya, 'Usain, jangan bimbang, Muhammad Ali juga tewas dalam pertarungan terakhirnya, jadi jangan tertekan'.'

"Saya sudah membuktikan kemampuan diri saya selama ini dari tahun ke tahun," kata pelari Jamaica itu yang memegang rekod dunia dalam acara 100m dan 200m.

Bolt juga adalah pemenang pingat emas lapan kali di Sukan Olimpik dan pernah meraih 14 pingat di peringkat kejohanan dunia sejak mula beraksi di Helsinki pada tahun 2005 di mana dia menamatkan saingan di tangga kelapan dan tercorot dalam final 200m.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Individu Buat Laporan Palsu Hilang Kad Pengenalan Akan Dianggap Penjenayah

Individu Buat Laporan Palsu Hilang Kad Pengenalan Akan Dianggap Penjenayah

Individu yang membuat laporan palsu kehilangan kad pengenalan (IC) kononnya diragut dan disamun bagi mengelak membayar denda kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal menanggung rekod jenayah seumur hidup, apabila mereka didakwa di mahkamah dan didapati bersalah.

Hilang IC

Peguam, Zulkifli Awang berkata individu itu akan terpalit dengan rekod jenayah walaupun dia hanya dijatuhi hukuman denda oleh mahkamah atas perbuatannya itu.

“Ramai individu yang hilang IC ‘mereka’ cerita, membuat laporan palsu kepada polis mendakwa diragut, disamun, dirompak, hanya kerana tidak mahu membayar denda kepada JPN dan apabila pihak polis mendapati keterangan mereka tidak konsisten dan menimbulkan curiga, mereka akan didakwa di mahkamah kerana membuat laporan palsu.

“Di sinilah risiko yang bakal dihadapi individu ini apabila mahkamah mendapati mereka bersalah dan dijatuhi hukuman walaupun denda sahaja, akan terpalitlah rekod jenayah yang akan ditanggung seumur hidup,” katanya.

Zulkifli berkata rekod jenayah itu menyebabkan individu terbabit berdepan kesan jangka panjang bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga keluarga apabila sukar untuk membuat pinjaman bank atau menjadi penjamin kepada anak-anak bagi membuat pinjaman pendidikan.

Jelas Zulkifli, pihak pemberi pinjaman kebiasaannya akan memeriksa rekod jenayah untuk memastikan seseorang individu berkenaan boleh dipercayai sebelum meluluskan permohonan mereka.

“Lebih malang, individu ini turut menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan dan juga pasukan keselamatan, misalnya,” katanya.

Zulkifli berkata, mana-mana individu yang didapati membuat laporan palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pada bulan Julai 2017 yang lepas, sepasang kekasih masing-masing didenda RM1,500 dan RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini kerana membuat laporan palsu kehilangan IC kononnya disamun.​​​​

Hasil siasatan polis mendapati kejadian samun itu tidak berlaku sebaliknya pasangan itu kehilangan IC kerana kecuaian sendiri dan membuat laporan palsu bagi mendapatkan IC gantian tanpa perlu membayar denda kepada JPN.

Peguam Ahmad Ridza Mohd Noh pula berkata hukuman penjara atau denda kepada pesalah yang membuat laporan palsu kehilangan IC adalah wajar mengambil kira kes seumpama itu yang kerap berlaku di negara ini.

“Segelintir masyarakat kita ini sudah naik lemak, asyik mahukan perkara percuma sahaja. Ini tidak boleh diterima, mereka perlu diberi pengajaran,” tegasnya.

Ahmad Ridza berkata IC adalah dokumen pengenalan diri yang penting untuk memberitahu identiti dan kerakyatan individu dan kehilangan IC mendedahkan seseorang kepada kerugian dan keselamatan diri apabila mereka yang tidak bertanggungjawab memanipulasi, menipu menggunakan IC orang lain untuk faedah mereka sehingga boleh menyebabkan kebankrapan.

“Saya nasihatkan jagalah IC sebaiknya dan jika berlaku kehilangan akibat kecuaian diri sendiri, bertanggungjawablah dengan membayar denda di JPN.

"Langkah itu jauh lebih selamat daripada membuat laporan palsu dan akibatnya terpaksa merengkok dipenjara atau membayar denda lebih tinggi di mahkamah yang merugikan seperti pepatah Inggeris ‘a penny wise a pound foolish’ (terlalu berhati-hati dengan perkara tidak penting namun cuai dengan sesuatu yang penting),” katanya.

Jumlah Bayaran Jika Kehilangan Kad Pengenalan

Untuk rekod, bayaran bagi kehilangan IC kali pertama adalah RM100, kehilangan kali kedua RM300 dan kehilangan kali ketiga dan seterusnya RM1,000.

Pengecualian kadar bayaran diberikan kepada orang kurang upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.

Rekod JPN menunjukkan kadar kehilangan IC akibat kecuaian dari 2010 hingga September 2015 adalah 1,356,135 kes.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: RCI: Pendatang Haram Mengaku Terlibat "Projek IC" Di Sabah

sumber: mynewshub

Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad Selamat Diijab Kabul

Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad Selamat Diijab Kabul

Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan Dennis Muhammad Abdullah, selamat diijab kabul di Istana Bukit Serene dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Johor.

Tunku Tun Aminah - Dennis Muhammad

Sebanyak 30 gambar istiadat nikah yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers dikongsi sehingga lebih 5,000 pengguna laman sosial berkenaan sejak dimuat naik.

Laman sosial berkenaan turut merakamkan ucapan sembah tahniah kepada Tunku Aminah dan suaminya.

Menerusi gambar yang dimuat naik, semua keluarga Diraja menghadiri istiadat berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Upacara bersanding dijangka berlangsung jam 8 malam di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Tunku Tun Aminah yang diputerikan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

BACA INI JUGA: Gambar Perkahwinan Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad Abdullah

sumber: bharian